Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

8
HBEF2303: TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN 1 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN 1.1 Pendahuluan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru dan asing, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Negara kita tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan dan ledakan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini. Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun mengambil pelbagai inisiatif untuk memperlengkapkan warga pendidik seperti mengadakan pelbagai jenis kursus jangka pendek dan kursus jangka panjang. Ianya telah melibatkan perbelanjaan yang cukup besar. Sebagai contoh kerajaan sanggup membelanjakan berbilion ringgit bagi melicinkan pelaksanaan PPSMI. Tahun ini sahaja(2006) kerajaan telah membelanjakan sekitar RM250 juta untuk pembelian notebook dan perkakasan PPSMI yang lain. Sudah pasti kerajaan mahu melihat hasil yang setimpal dengan pelaburan yang begitu besar. Dalam hal ini, kerajaan amat bergantung kepada golongan guru sebagai golongan yang berada di barisan hadapan pembangunan negara bagi memastikan kejayaan PPSMI.

Transcript of Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

Page 1: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

HBEF2303: TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

1 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

1.1 Pendahuluan

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam bidang pendidikan bukanlah

sesuatu yang baru dan asing, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti

Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Negara kita tidak ketinggalan dalam

menikmati arus pembangunan dan ledakan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi

(ICT) ini.

Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun mengambil pelbagai inisiatif

untuk memperlengkapkan warga pendidik seperti mengadakan pelbagai jenis kursus jangka

pendek dan kursus jangka panjang. Ianya telah melibatkan perbelanjaan yang cukup besar.

Sebagai contoh kerajaan sanggup membelanjakan berbilion ringgit bagi melicinkan pelaksanaan

PPSMI. Tahun ini sahaja(2006) kerajaan telah membelanjakan sekitar RM250 juta untuk

pembelian notebook dan perkakasan PPSMI yang lain.

Sudah pasti kerajaan mahu melihat hasil yang setimpal dengan pelaburan yang begitu besar.

Dalam hal ini, kerajaan amat bergantung kepada golongan guru sebagai golongan yang berada di

barisan hadapan pembangunan negara bagi memastikan kejayaan PPSMI.

Salah satu faedah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas ialah ianya dapat memperkembang dan memperkasakan lagi

pemahaman pelajar dalam sesuatu tajuk mata pelajaran yang diajar. Ini diakui oleh Cockroft

(1982) bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran boleh memperbaiki

kualiti pengajaran dan boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam pengajaran.

Sebagai seorang guru, mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam

pengajaran dan pembelajaran sangat penting dalam pencarian maklumat secara global. Ini selaras

Page 2: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

dengan hasrat kerajaan untuk memastikan anak-anak kita berkemampuan mengejar

perkembangan ilmu pengetahuan berkaitan Sains dan Teknologi serta berkebolehan

menguasainya dengan pantas sesuai dengan perubahan era globalisasi. 

Untuk merealisasikan matlamat ini, terdapat empat mod pengajaran dan pembelajaran di dalam

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang boleh digunakan oleh seseorang pendidik.

Mod-mod tersebut ialah mod tutorial, mod penerokaan, mod aplikasi dan mod komunikasi.

1.2 Mod Tutorial

Sebahagian besar perisian pendidikan yang diguna dalam pembelajaran tutorial direka bentuk

berdasarkan kepada model tradisional pengajaran dan pembelajaran, model transmisi, yang

melihat guru sebagai penyampai utama dan murid sebagai penerima.

Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajaran secara ekspositari iaitu merujuk kepada

suasana pembelajaran di mana guru menyampaikan maklumat kepada

murid yang pasif. Segala latihan dan latihtubi yang disampaikan dikawal oleh sistem.

Situasi yang sesuai bagi pembelajaran mod tutorial ini ialah untuk kelas yang ramai murid.

Dalam situasi ini, guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid yang memerlukan

bantuan guru sementara sebahagian lagi menggunakan komputer.

Pembelajaran ini juga sesuai bagi kelas yang mmpunyai murid yang pelbagai keupayaan.

Pemulihan boleh dibuat untuk murid yang menghadapi kesukaran belajar dan 

pengayaan untuk pelajar cerdik yang mencabar minda.

Kelebihan - kelebihan menggunakan mod tutorial ini ialah ianya dapat mengindividukan

pembelajaran, murid-murid belajar mengikut kemampuan sendiri, meningkatkan motivasi murid

untuk belajar dan murid-murid boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan guru yang

minimum.

Page 3: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

1.3 Mod Penerokaan

Dalam mod penerokaan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan sebagai

medium untuk mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan sumber

seperti CD ROM, portal maklumat dan internet.

Selain daripada itu, murid juga mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara tunjuk cara

di bawah kawalan murid sendiri. Murid juga boleh mengalami, mempelajari dan mengkaji

sesuatu fenomena secara simulasi di bawah kawalan sistem.

Pendekatan penerokaan ini menyokong kepada pendekatan constructivism, iaitu pembelajaran

yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman

pembelajaran autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial.

Selain daripada mengakses maklumat terus dari internet, guru juga boleh menggunakan

maklumat yang disimpan dalam CD ROM, ensiklopedia dan lain-lain

maklumat yang diperolehi di pasaran.

Kelebihan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk mod penerokaan

ialah untuk memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan

pembelajaran masing-masing. Ia juga mendorong murid terlibat secara aktif dalam pengajaran

dan pembelajaran dan memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di

dalam kelas.

Selain dari itu, pembelajaran penerokaan ini juga memberi peluang kepada guru menerapkan

teori pembelajaran moden seperti constructivism, multiple intelligence dan sebagainya.

1.4 Mod Aplikasi

Sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu dikatakan menggunakan mod aplikasi apabila alat ICT

itu digunakan untuk membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai

mekanisma penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran.

Page 4: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

Contohnya, penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemprosesan perkataan oleh murid

dalam menghasilkan sesuatu tugasan (karangan) atau penggunaan perisian hamparan elektonik

untuk memplot graf. Editor grafik, Computer Aided Design(CAD), Adobe Photoshop adalah

contoh perisian khusus aplikasi. Penggunaan pengajaran mod aplikasi ini dikatakan berlaku

apabila sekumpulan murid berbincang, mengedit dan mengolah kandungan karangan dengan

bantuan pemprosesan perkataan dan seterusnya mempersembahkan hasil karangan mereka.

Sekiranya guru itu hanya meminta murid-murid menyediakan karangan dengan mengunakan

pemprosesan perkataan tanpa melakukan perkara seperti yang diterangkan di atas tadi, maka

pemprosesan perkataan hanya diguna sebagai mesin taip sahaja.

Kelebihan-kelebihan menggunakan mod aplikasi di dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

murid boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik, guru

boleh mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda murid dan murid dapat meningkatkan

kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran

1.5 Mod Komunikasi

Mod pembelajaran komunikasi digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi

yang berbeza menghantar, menerima,dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk.

Kecanggihan dan kemajuan ICT pada ketika ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam

pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video atau kombinasi pelbagai mod.

Mod komunikasi dapat dijalankan menggunakan empat teknik iaitu teknik seorang – sendirian,

teknik seorang kepada seorang, teknik seorang kepada ramai dan teknik ramai kepada ramai.

Pembelajaran kolaboratif adalah contoh model pengajaran yang menggunakan mod komunikasi. 

Kelebihan-kelebihan menggunakan mod komunikasi ini ialah ianya boleh melaksanakan

pembelajaran kolaboratif, mempertingkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran

melalui peer group yang bersifat global dan murid-murid boleh berkomunikasi dengan pakar di

dalam dan luar negeri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 5: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

Dalam kerja kursus ini kami telah memilih DUA mod pengajaran iaitu mod tutorial dan mod

penerokaan untuk diintegrasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Ringkasan tentang persamaan, perbezaan , corak persamaan dan perbezaan yang penting kedua-

dua mod boleh dirujuk pada Lampiran A yang disertakan.

1.6 Kesimpulan

Ringkasnya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara terancang dan teratur akan

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran guru lebih diyakini oleh pelajar. Pelajar –

pelajar pasti suka akan pengajaran guru yang mempelbagaikan kaedah, teknik, pendekatan dan

bahan bantu mengajar yang terkini.

Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan agar generasi muda hadapan Malaysia yang hendak

dilahirkan ini dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain di

dunia ini serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa dengan penuh keyakinan tanpa

menghadapi sebarang halangan komunikasi. 

Sekarang ini terpulang kepada warga pendidik untuk memanfaatkan kemudahan teknologi

maklumat dan komunikasi ini di bilik darjah semaksima yang mungkin.

“PENDIDIKAN HARI INI UNTUK KEHIDUPAN MASA HADAPAN”