Teknologi mekanisasi dan pengurusan air untuk …ebuletin.mardi.gov.my/buletin/07/Chan Chee...

10
51 Buletin Teknologi MARDI, Bil.7(2015): 51 – 60 Teknologi mekanisasi dan pengurusan air untuk pengeluaran padi aerob di Malaysia (Mechanization and water management technologies for aerobic rice production in Malaysia) Chan Chee Sheng, Mohd Khusairy Khadzir, Sariam Othman dan Mohamed Fauzi Md Isa Pengenalan Bagi menjamin bekalan makanan yang mencukupi, pelbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan pengeluaran beras bagi mencapai tahap sara diri yang lebih tinggi. Banyak strategi telah dicadangkan bagi memenuhi tahap sara diri ini termasuklah segala aspek pengeluaran beras bermula daripada pembangunan varieti benih, kualiti pengeluaran benih, pengurusan lepas tuai, pengurusan air, penyediaan tanah, amalan penanaman, pengurusan nutrisi, penjagaan tanaman, kawalan rumpai, mekanisasi, proses penuaian, peningkatan kawasan tanaman dan teknologi lepas tuai. Kerajaan juga telah menyediakan pelbagai subsidi input termasuk baja (kedua- duanya, organik dan bukan organik), perapi tanah, penyediaan tanah, infrastruktur ladang dan insentif hasil. Namun, tahap sara diri masih lagi sekitar 72%. Salah satu cara hasil padi dapat ditingkatkan dengan pesat adalah dengan meningkatkan kawasan pengeluaran padi. Kekurangan sumber asli seperti tanah rendah yang sesuai, bekalan air tidak mencukupi sepanjang tempoh pertumbuhan dan kekurangan tenaga buruh merupakan cabaran utama untuk mencapai objektif ini. MARDI telah mencetuskan idea penanaman padi aerob untuk mengatasi masalah ini. Penanaman padi aerob pada asasnya menggunakan pendekatan yang berbeza di mana padi yang berhasil tinggi ditanam di kawasan yang tidak perlu dibajak basah dan takungan air, dengan pengairan tambahan dan input yang tinggi. Apabila hujan tidak mencukupi, pengairan diberikan untuk mengisi air tanah di zon akar selepas mencapai tahap ambang yang telah ditetapkan. Kawasan sasaran tanaman terdiri daripada kawasan tanaman padi tunggal, sawah padi terbiar dan tanaman bergilir berhampiran pinggir kawasan jelapang padi di mana kemarau boleh berlaku semasa musim kering. Teknologi mekanisasi untuk penanaman padi aerob Semua aktiviti penanaman padi aerob perlu dimekanisasikan bergantung kepada kesediaan jentera yang sesuai. Kini, aktiviti penanaman utama seperti penyediaan tanah,

Transcript of Teknologi mekanisasi dan pengurusan air untuk …ebuletin.mardi.gov.my/buletin/07/Chan Chee...

Page 1: Teknologi mekanisasi dan pengurusan air untuk …ebuletin.mardi.gov.my/buletin/07/Chan Chee Sheng.pdf · benih aerob dan penabur benih ‘Accord’ seperti dalam Gambar 1 dan Gambar

51

  Buletin Teknologi MARDI, Bil. 7(2015): 51 –  60

Teknologi mekanisasi dan pengurusan air untuk pengeluaran padi aerob di Malaysia(Mechanization and water management technologies for aerobic rice production in Malaysia)

Chan Chee Sheng, Mohd Khusairy Khadzir, Sariam Othman dan Mohamed Fauzi Md Isa

PengenalanBagi menjamin bekalan makanan yang mencukupi, pelbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan pengeluaran beras bagi mencapai tahap sara diri yang lebih tinggi. Banyak strategi telah dicadangkan bagi memenuhi tahap sara diri ini termasuklah segala aspek pengeluaran beras bermula daripada pembangunan varieti benih, kualiti pengeluaran benih, pengurusan lepas tuai, pengurusan air, penyediaan tanah, amalan penanaman, pengurusan nutrisi, penjagaan tanaman, kawalan rumpai, mekanisasi, proses penuaian, peningkatan kawasan tanaman dan teknologi lepas tuai. Kerajaan juga telah menyediakan pelbagai subsidi input termasuk baja (kedua-duanya, organik dan bukan organik), perapi tanah, penyediaan tanah, infrastruktur ladang dan insentif hasil. Namun, tahap sara diri masih lagi sekitar 72%. Salah satu cara hasil padi dapat ditingkatkan dengan pesat adalah dengan meningkatkan kawasan pengeluaran padi. Kekurangan sumber asli seperti tanah rendah yang sesuai, bekalan air tidak mencukupi sepanjang tempoh pertumbuhan dan kekurangan tenaga buruh merupakan cabaran utama untuk mencapai objektif ini. MARDI telah mencetuskan idea penanaman padi aerob untuk mengatasi masalah ini. Penanaman padi aerob pada asasnya menggunakan pendekatan yang berbeza di mana padi yang berhasil tinggi ditanam di kawasan yang tidak perlu dibajak basah dan takungan air, dengan pengairan tambahan dan input yang tinggi. Apabila hujan tidak mencukupi, pengairan diberikan untuk mengisi air tanah di zon akar selepas mencapai tahap ambang yang telah ditetapkan. Kawasan sasaran tanaman terdiri daripada kawasan tanaman padi tunggal, sawah padi terbiar dan tanaman bergilir berhampiran pinggir kawasan jelapang padi di mana kemarau boleh berlaku semasa musim kering.

Teknologi mekanisasi untuk penanaman padi aerobSemua aktiviti penanaman padi aerob perlu dimekanisasikan bergantung kepada kesediaan jentera yang sesuai. Kini, aktiviti penanaman utama seperti penyediaan tanah,

Page 2: Teknologi mekanisasi dan pengurusan air untuk …ebuletin.mardi.gov.my/buletin/07/Chan Chee Sheng.pdf · benih aerob dan penabur benih ‘Accord’ seperti dalam Gambar 1 dan Gambar

52

penanaman, pengurusan tanaman, penuaian dan pengendalian lepas tuai dapat dimekanisasikan dengan menggunakan kepakaran tempatan. Antara semua tanaman yang diusahakan di Malaysia, penanaman padi sawah mencapai tahap makanisasi yang paling tinggi. Penyediaan tanah, penuaian dan pengendalian pukal menerima pakai proses mekanisasi sepenuhnya kecuali penjagaan dan penyelenggaraan tanaman yang menerima pakai aras makanisasi yang agak rendah. Untuk mencapai tahap kejayaan yang sama bagi padi aerob, pakej lengkap sistem mekanisasi penanaman menjadi satu keperluan termasuk sistem pengairan dan saliran. Pembangunan pakej mekanisasi ladang adalah untuk meningkatkan kecekapan dan ketepatan kerja ladang di samping mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh. Ini akan mewujudkan satu kaedah penanaman yang lebih sistematik untuk penanaman padi yang merupakan prasyarat bagi sistem pengeluaran yang berjaya. Sistem mekanisasi untuk penanaman padi aerob telah dibangunkan oleh MARDI yang dapat membantu dalam semua aspek aktiviti penanaman. Pakej mekanisasi termasuklah pembersihan tanah, penyediaan tanah, penapakan tanaman, penjagaan dan penyelenggaraan tanaman termasuk penggunaan baja, semburan bahan kimia, penuaian dan pengendalian lepas tuai serta sistem bekalan air untuk pengairan tambahan.

Penyediaan tanahPenyediaan tanah merupakan langkah awal yang penting bagi tujuan penapakan tanaman yang sempurna. Penyediaan tanah yang kurang sempurna akan menyebabkan percambahan benih kurang baik dan penapakan yang tidak seragam. Langkah penyediaan tanah untuk penanaman padi aerob bermula daripada pembersihan tanah, membajak, harrow dan akhirnya putar. Dalam usaha untuk mencapai petak penanaman yang rata untuk percambahan benih yang seragam, petak tanaman mesti sentiasa dalam keadaan kering supaya jentera ladang dapat bergerak dengan bebas untuk melaksanakan aktiviti yang berkaitan. Perparitan yang cukup kedalaman dan intensiti perlu disediakan supaya petak tidak bertakung air dan cepat kering. Ini bukan sahaja boleh memanjangkan tempoh masa penyediaan tanah, tetapi juga penapakan tanaman serentak untuk kawasan yang luas. Pembersihan tanah bermula dengan semburan racun herba sistemik atau sentuhan dengan menggunakan penyembur galas manual atau bermotor untuk membasmi rumpai diikuti dengan pembakaran. Penyediaan tanah bermula dengan pembajakan pertama iaitu bajak piring, diikuti pembajakan ke-2 seminggu selepas pembajakan pertama dengan menggunakan alat harrow untuk memecahkan

Page 3: Teknologi mekanisasi dan pengurusan air untuk …ebuletin.mardi.gov.my/buletin/07/Chan Chee Sheng.pdf · benih aerob dan penabur benih ‘Accord’ seperti dalam Gambar 1 dan Gambar

53

ketulan tanah besar kepada ketulan yang lebih kecil. Petak akan diputar 1 – 2 hari sebelum penapakan dan jika saiz ketulan tidak cukup kecil (kurang daripada 2.5 cm) bagi memenuhi keperluan penyemaian, putaran tambahan diperlukan. Semua aktiviti penyediaan ladang perlu dilakukan dalam keadaan tanah kering. Pemilihan traktor ladang yang digunakan untuk penyediaan tanah adalah lebih mudah berbanding dengan penanaman padi sawah kerana keadaan tanah yang kering mempunyai keupayaan galas yang lebih tinggi. Dalam keadaan biasa, traktor ladang 60 kk cukup untuk melaksanakan semua aktiviti penyediaan tanah termasuk bajak cakera, harrow dan putar. Jika perataan tanah diperlukan, maka rear bucket atau motor penggred (motor grader) perlu digunakan.

Penapakan tanamanPenabur benih berbaris dalam keadaan tanah kering disyorkan bagi penapakan tanaman. Ia bukan sahaja untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh, tetapi juga untuk mengurangkan kos penyelenggaraan tanaman. Sebanyak 50% tenaga kerja boleh dikurangkan dengan menggunakan alat penabur berbaris mekanikal berbanding dengan penanaman berbaris secara manual. Selain itu, dengan menggunakan penaburan secara berbaris, serangan rumpai mudah untuk dikawal berbanding dengan tabur terus. Pada masa kini, terdapat dua jenis penabur benih berbaris iaitu penabur benih aerob dan penabur benih ‘Accord’ seperti dalam Gambar 1 dan Gambar 2. Penabur benih aerob adalah penabur benih enam baris yang dicipta sendiri oleh MARDI dan sesuai untuk penanaman petak bersaiz kecil. Traktor pejalan kaki digunakan sebagai penggerak utama dan alat penabur benih dipasang di bahagian belakang penggerak utama. Sebaliknya, penabur benih ‘Accord’ diimport dan diubah suai untuk penaburan padi aerob. Alat penabur ini mempunyai sembilan penabur berbaris yang dikuasai oleh traktor ladang dan sesuai untuk penanaman skala besar. Kadar kerja penabur benih aerob dan ‘Accord’ masing-masing ialah 3.0 – 4.0 dan 1.0 – 1.5 jam sehektar. Manakala, penanaman berbaris secara manual memerlukan 200 jam sehektar, ini menunjukkan penanaman secara mekanikal

Gambar 1. Penabur benih aerob untuk penanaman petak kecil

Gambar 2. Penabur benih ‘Accord’ untuk penanaman skala besar

Page 4: Teknologi mekanisasi dan pengurusan air untuk …ebuletin.mardi.gov.my/buletin/07/Chan Chee Sheng.pdf · benih aerob dan penabur benih ‘Accord’ seperti dalam Gambar 1 dan Gambar

54

dapat menjimatkan masa yang banyak. Perbandingan spesifikasi terperinci antara penabur aerob dan ‘Accord’ adalah seperti dalam Jadual 1. Untuk penaburan benih berbaris, petak mesti diputar dalam keadaan kering. Biji benih kering ditanam ke dalam tanah selepas pusingan terakhir penyediaan tanah dan ditutup selepas ditanam.

Jadual 1. Spesifikasi dan fungsi alat penabur benih berbaris

Spesifikasi Penabur aerob Penabur ‘Accord’

1. Hos penabur benih 6 baris 9 – 11 baris2. Kadar benih (kg/ha) 80 – 150 60 – 1503 Penggerak utama Traktor mini atau traktor

pejalan 2 rodaTraktor ladang 4 roda

5 Keupayaan tangki benih 6 tangki (6 kg setiap satu) 150 – 200 kg (satu)6 Mekanisme menabur benih Graviti Pneumatik sistem aliran

udara

Penjagaan dan penyelenggaraan tanamanPenggunaan penyembur galas jenis bermotor adalah cara yang disukai ramai untuk semburan kimia bagi mengawal rumpai, perosak, penyakit dan juga untuk baja foliar dalam penanaman padi aerob. Kaedah ini tidak memerlukan jentera ladang yang besar. Kadangkala, penyembur galas manual juga digunakan untuk tujuan yang sama dalam pengeluaran ladang kecil. Penyembur (blower) galas bermotor juga digunakan untuk aktiviti membaja selain daripada meracun. Sepanjang tempoh pertumbuhan tanaman, pembajaan yang diperlukan adalah sebanyak tiga kali.

Pada masa kini, MARDI telah memperkenalkan traktor berkelegaan tinggi beroda (Gambar 3) sebagai penggerak utama untuk penjagaan dan penyelenggaraan padi aerob. Reka bentuk traktor yang mempunyai kelegaan 80 cm dari aras tanah dan mempunyai kelebaran roda 12 – 14 cm dapat membolehkan penggerak utama untuk bergerak bebas di antara barisan penanaman bagi 45 hari pertama selepas penaburan tanpa merosakkan tanaman. Apabila traktor ini dipasang dengan alat yang berbeza seperti penyembur baja, ia boleh digunakan untuk penjagaan tanaman dan penyelenggaraan seperti semburan kimia untuk rumpai, perosak dan kawalan penyakit serta pembajaan jenis berbutir dan kadar kerja boleh mencapai 6 – 7 ha/hari.

Gambar 3. Penggerak utama berkelegaan tinggi beroda untuk penjagaan dan penyelenggaraan tanaman

Page 5: Teknologi mekanisasi dan pengurusan air untuk …ebuletin.mardi.gov.my/buletin/07/Chan Chee Sheng.pdf · benih aerob dan penabur benih ‘Accord’ seperti dalam Gambar 1 dan Gambar

55

Penuaian dan pengendalian lepas tuaiPenuaian merupakan aktiviti yang paling mencabar antara semua aktiviti pertanian yang mempunyai kekangan masa. Kelewatan menuai bukan sahaja menyebabkan kerugian dari segi kuantiti, malahan juga kepada kualiti bijian padi yang dituai. Ini akan mengurangkan pendapatan sebanyak 30 – 50% daripada kehilangan hasil padi dan harga jualan yang lebih rendah disebabkan beras yang berkualiti rendah. Kelewatan menuai akan mengakibatkan kerugian dalam kuantiti hasil padi akibat pendedahan yang lama kepada perosak dan serangan serangga, burung, tikus dan pokok padi rebah. Kerugian dari segi kualiti juga boleh berlaku kerana biji padi yang terlalu matang akan menghasilkan peratus beras hancur yang tinggi dan warna berubah selepas pengilangan. Oleh itu, padi aerob disyorkan untuk dituai 85 – 90% pada peringkat masak. Dalam keadaan ini, bilangan bijian hijau di tangkai padi adalah antara 10 – 15%. Pada masa kini, jentuai padi yang diubah suai daripada jentuai gandum untuk iklim tropika basah adalah disyorkan untuk menuai padi aerob. Bagi petak penanaman yang lebih kecil, jentuai padi trek getah dari Jepun dengan sistem penghancur aliran paksi boleh digunakan. Kesemua padi yang dituai perlu diangkut dengan pengendalian pukal. Traktor yang dipasang dengan treler atau lori trak dengan keupayaan 2 – 10 tan digunakan untuk mengangkut padi dari ladang ke kilang beras. Operasi ini dapat menjimatkan pembelian bahan pembungkusan dan beg pengangkutan untuk memuatkan padi ke treler dan dihantar ke kilang beras. Kesemua padi yang dituai harus dijual secara terus dalam bentuk padi basah. Ini akan menjimatkan kos pengendalian kerja-kerja untuk proses pengeringan dengan penggunaan sinaran matahari yang bergantung kepada keadaan cuaca dan ruang yang ada.

Sistem pengurusan air di ladangUntuk memastikan pertumbuhan optimum sepanjang tempoh penanaman padi, pengurusan air ladang adalah kritikal. Bagi mencapai matlamat ini, bekalan air ke ladang mesti mencukupi dan tepat pada masanya. Sumber air adalah terhad dan perlu dihantar ke ladang tanpa pembaziran. Untuk mencapai pengurusan air yang baik pada peringkat awal penyediaan tanah, petak penanaman mesti dalam keadaan kering dan perlu diputar dan diratakan dengan sempurna supaya dapat aras penanaman yang seragam. Aktiviti memutar dan meratakan petak penanaman tidak boleh dilakukan dalam keadaan tanah tepu atau petak yang bertakung air. Pengairan awal diperlukan untuk memastikan pertumbuhan awal yang merupakan prasyarat untuk mendapat hasil tinggi jika tiada hujan. Pengurusan air yang baik di peringkat pertumbuhan vegetatif ini adalah untuk menggalakkan pokok padi beranak dan mencapai anak padi

Page 6: Teknologi mekanisasi dan pengurusan air untuk …ebuletin.mardi.gov.my/buletin/07/Chan Chee Sheng.pdf · benih aerob dan penabur benih ‘Accord’ seperti dalam Gambar 1 dan Gambar

56

yang optimum bagi setiap unit kawasan. Dengan mengawal air di ladang, memenuhi permintaan air yang berbeza bagi setiap peringkat pertumbuhan dapat memastikan pertumbuhan yang baik bagi tangkai, sistem akar dan pengisian bijirin tinggi pokok padi. Pada masa kini, sistem pengairan renjis (Gambar 4) dan pengairan permukaan alternatif basah serta kering ialah dua kaedah pengairan tambahan yang disyorkan untuk penanaman padi aerob. Pilihan untuk menentukan kaedah pengairan yang paling sesuai bergantung

kepada topografi ladang, sumber air, penggunaan tanah, perosak serta kejadian penyakit dan amalan penanaman. Hasil kajian menunjukkan pengairan renjis menggunakan jumlah air yang lebih kurang berbanding dengan pengairan permukaan alternatif basah dan kering, tetapi untuk kaedah pengairan renjis tanaman padi lebih mudah terdedah kepada serangan penyakit kerana persekitaran tanaman yang lembap. Kedua-dua kaedah menghasilkan keputusan yang setanding terhadap hasil padi. Keperluan air semusim adalah antara 442 – 763 mm bergantung pada keadaan cuaca, topografi ladang, kaedah pengairan dan tekstur tanah. Ini menunjukkan bahawa penanaman padi aerob dapat menjimatkan jumlah kuantiti air yang banyak berbanding dengan penanaman padi sawah yang biasanya memerlukan 1,200 mm kedalaman air. Kekerapan pengairan adalah antara 3 – 6 hari berdasarkan jenis tanah dan peringkat pertumbuhan tanaman. Jumlah air yang digunakan untuk setiap pengairan adalah sekitar 20 – 30 mm kedalaman air. Pengairan secara ringan dan kerap adalah lebih baik berbanding dengan pengairan dengan jumlah air yang banyak dan sekali-sekala bagi mengelakkan tekanan air yang boleh menyebabkan pengurangan hasil padi. Sebanyak 50% pengurangan hasil padi dicatatkan jika tekanan air berlaku semasa peringkat terbit dan pengisian pembentukan bijian. Dengan purata penggunaan air semusim ialah 530 mm dan hasil sekitar 3 t/ha, indeks produktiviti air ialah 0.57 kg/m3 berbanding dengan tanaman sawah 0.42 kg/m3. Pengurangan penggunaan air yang diperlukan terutamanya disebabkan kekurangan kerugian resapan dan serapan, kekurangan pada penyejatan kerana ketiadaan air bertakung dan juga air yang diperlukan pada tempoh pratepu untuk membadai tanah tidak diperlukan langsung. Untuk mencapai penjimatan air dan juga mendapat hasil yang tinggi dalam penanaman padi aerob adalah bergantung kepada pengurusan air dan

Gambar 4. Padi aerob yang ditanam berbaris dengan pengairan sistem renjisan

Page 7: Teknologi mekanisasi dan pengurusan air untuk …ebuletin.mardi.gov.my/buletin/07/Chan Chee Sheng.pdf · benih aerob dan penabur benih ‘Accord’ seperti dalam Gambar 1 dan Gambar

57

tanah yang baik, pemahaman asas hubungan tanaman dan pengurusan pengairan.

Pakej mekanisasiUntuk mencapai tahap mekanisasi yang sama untuk penanaman padi aerob dengan padi sawah, pakej mekanisasi yang sesuai diperlukan bagi memastikan kesemua aktiviti penanaman dapat dilaksanakan dengan lancar bermula daripada aktiviti penyediaan tanah sehingga proses penuaian padi. Pakej mekanisasi yang dicadangkan untuk aktiviti-aktiviti penanaman diringkaskan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2. Cadangan pakej mekanisasi untuk penanaman padi aerob

Jenis mesin ladang Keupayaan operasi(ha/hari)

Keadaan ladang

Penyediaan tanahTraktor ladang (60 – 80 KK)Bajak piringHarrow piringRotovatorRear bucketMotor Penggred

5.0 – 6.0 Keadaan tanah kering

Penapakan TanamanTraktor ladang atau pejalanPenabur benih aerobPenabur benih ‘accord’

2.06.0

Keadaan tanah kering

PenyemburanEmpat roda traktor ladang (30 – 90 kk)Traktor berkelegaan tinggi berodaPenyembur boom, kapasiti tangki 400 – 600 literPenyembur bermotorPenyembur galas

10.0 – 15.03.0 – 4.02.0 – 3.0

Keadaan tanah yang lembap

PembajaanPenyembur galas bermotor 4.0 – 5.0 Keadaan tanah yang

lembap

PenuaianJentuai padi saiz sederhanaJentuai padi

5.0 – 10.010.0 – 15.0

Keadaan tanah kering

Pengangkutan dan pengendalian pukalLori (3 – 8 tan)Traktor yang dipasang dengan treler (8 – 10 tan)

Jalan ladang yang sesuai

Sistem pengurusan airPengairan permukaan (basin)Pengairan renjisan

Tanah yang rata

Page 8: Teknologi mekanisasi dan pengurusan air untuk …ebuletin.mardi.gov.my/buletin/07/Chan Chee Sheng.pdf · benih aerob dan penabur benih ‘Accord’ seperti dalam Gambar 1 dan Gambar

58

KesimpulanPotensi penanaman padi aerob di negara ini adalah baik kerana boleh ditanam sebagai tanaman darat seperti jagung dan sayur-sayuran serta menjimatkan air berbanding dengan tanaman padi sawah. Oleh itu, di kawasan yang airnya agak sukar dan mempunyai tanah yang sesuai, cara terbaik untuk memaksimumkan jumlah pengeluaran padi adalah dengan penanaman padi aerob. Tahap mekanisasi untuk penanaman padi aerob adalah sama dengan penanaman padi sawah. Ini dapat memastikan aktiviti penanaman boleh dijalankan tanpa bergantung terlalu banyak kepada tenaga buruh. Dengan pembangunan sistem pengairan yang berbentuk permukaan atau renjis, air boleh dibekalkan ke ladang pada masa yang sesuai dengan jumlah kuantiti yang tepat di kawasan yang memerlukan. Kawasan sasaran ialah kawasan yang sukar mendapat air di kawasan sawah semusim, sawah padi terbiar atau tanaman bergilir berhampiran dengan kawasan jelapang padi.

PenghargaanSetinggi-tinggi penghargaan kepada Pusat Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi serta Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri MARDI bagi menyediakan kemudahan untuk menjalankan projek ini. Terima kasih juga kepada kakitangan MARDI Seberang Perai yang banyak memberi bantuan untuk projek yang telah dibiayai oleh MARDI dan MOSTI.

RujukanBhagirath, S.C. dan David, E.J. (2011). Row spacing and weed control timing

affect yield of aerobic rice. Field Crops Research Vol. 121(2): 226 – 231Bouman, B.A.M., Lampanyan, R.M. dan Tuong, T.P. (2007) Water 

management in irrigated rice: Coping with water scarcity. Los Banos: IRRIChan, C.S. dan Chong, A.H. (2009) Effect of seasonal weather on crop

evapotranspiration and rice yield. Kertas kerja yang dibentangkan dalam persidangan tahunan MANCID yang ke-14. 14 – 15 Feb. 2009, Kuching, Sarawak

Chan, C.S., Zainudin, H., Saad, A. dan Azmi, M. (2012) Productive water use in aerobic rice cultivation . J. Trop. Agric. and Fd. Sc. 40(1):117 – 126

Mohd Khusairy K., Ayob H., Chan C.S., Mohamed Fauzi M.I. dan Mohamad Fakhrul Zaman, O. (2014). Sistem mekanisasi padi aerob, m.s. 33 – 35. Skudai: Penerbit UTM

Mohd Khusairy K., Ayob H., Chan C.S., Mohamed Fauzi M.I. dan Mohamad Fakhrul Zaman, O. (2014). Mechanization system for aerobic rice production. Kertas kerja yang dibentangkan dalam National conference on agricultural and food mechanization, 20 – 22 Mei 2014, Kota Kinabalu, Sabah

Sariam, O., Azmi, M., Chan, C.S., Zainudin, PMD H., Azimzh, A.K., Badrulhadza, A., Mohd Khusairy, K., Mohd Fitri, M., Alicia, A.J., Ismail, C.H., Shajarutulwardah. M.Y. dan Rosnani, H. (2013). Manual teknologi penanaman padi aerob, 27 m.s. Serdang: MARDI

Page 9: Teknologi mekanisasi dan pengurusan air untuk …ebuletin.mardi.gov.my/buletin/07/Chan Chee Sheng.pdf · benih aerob dan penabur benih ‘Accord’ seperti dalam Gambar 1 dan Gambar

59

Xue, C.Y., Yang, X.G., Bouman, B.A.M., Deng, W., Zhang, Q.P., Yan, W.X., Zhang, T.Y., Rouzi, A., Wang, H.Q. dan Wang, P. (2007) Effects of irrigation and nitrogen on the performance of aerobic rice in northern China. Field Crops Res.

RingkasanPenanaman padi sawah menerima penggunaan mekanisasi pada tahap yang sangat tinggi yang memerlukan air yang banyak dan bertakung dalam keadaan yang berterusan. Untuk menjamin dan mengekalkan pengeluaran beras dan pada masa yang sama untuk menjimatkan air kerana sumber air semakin berkurangan disebabkan perubahan iklim dan persaingan daripada pengguna dosmentik dan perindustrian padi aerob telah diperkenalkan untuk mengatasi masalah ini. Walau bagaimanapun, teknologi mekanisasi untuk pengeluaran padi aerob berbeza berbanding dengan padi sawah. Semua aktiviti pertanian untuk pengeluaran padi aerob dijalankan dalam keadaan tanah kering. Penyediaan tanah untuk pengeluaran padi aerob bermula dengan bajak piring, bajak harrow dan putar kering. Kadangkala, rear bucket diperlukan bergantung kepada topografi tanah dan kaedah pengairan yang akan digunakan. MARDI telah membangunkan dan memperkenalkan alat menabur benih berbaris (row  seeder) untuk mewujudkan barisan anak benih yang boleh memudahkan kawalan rumpai dan kerja-kerja penyelenggaraan untuk penanaman berskala kecil. Selain itu, MARDI juga telah mengimport penyemai benih berbaris yang bernama ‘Accord’ dan diubah suai untuk penanaman padi berskala komersial. Dua kaedah pengairan untuk penanaman padi aerob telah disyorkan untuk mencapai produktiviti air yang tinggi dan juga memenuhi keperluan air. Kedua-dua kaedah ialah pengairan renjis dan pengairan permukaan alternatif basah dan kering. Pilihan yang paling sesuai bergantung kepada topografi lapangan, sumber air, perosak dan penyakit serta amalan penanaman. Hasil kajian menunjukkan kaedah pengairan renjis menggunakan air kurang sedikit berbanding dengan pengairan permukaan alternatif basah dan kering, tetapi tanaman di bawah pengairan renjis lebih mudah terdedah kepada serangan penyakit kerana persekitaran tanaman yang lembap. Walau bagaimanapun, kedua-dua kaedah menghasilkan keputusan hasil yang setanding.

SummaryWetland rice cultivation adopts a very high level of mechanization which requires continuous flooding of paddy fields and thus needs a very high level of water input. To safeguard and sustain the rice production and at the same time, to conserve water due to decreasing water resources, climatic changes and competition from domestic and industrial users, aerobic rice production was introduced to overcome these problems. However, the mechanization technology for aerobic rice production is very different from wetland rice. All farming activities for aerobic rice production are performed on aerobic soil conditions. Dry land preparations start from disc plough, disc harrow and rotarvation. At times, rear bucket may be needed, depending on land topography and choice of irrigation used. MARDI has developed a new row seeder (named aerob row seeder) for row seeding and suitable for small-scale cultivation. Row seeding could ease weed control and field maintenance

Page 10: Teknologi mekanisasi dan pengurusan air untuk …ebuletin.mardi.gov.my/buletin/07/Chan Chee Sheng.pdf · benih aerob dan penabur benih ‘Accord’ seperti dalam Gambar 1 dan Gambar

60

works. Apart from that, MARDI also has imported an Accord Seeder and then modified it to suit for commercial scale. Two irrigation methods for aerobic rice cultivation are also recommended to achieve high water productivity and requirement. These two methods are overhead sprinklers and alternate drying and wetting (AWD) surface irrigation. The most suitable choice depends on the field topography, water source, pest and disease control, and cultural practices. Research results showed that the overhead irrigation method uses less water compared to the alternate wetting and drying, but the crops using this method are more susceptible to disease infestation due to the moist crop environment. However, these two methods produced about the same yield.

PengarangChan Chee ShengMARDI Seberang Perai, Peti Surat 203, 13200 Kepala Batas, Pulau PinangE-mel: [email protected]

Mohd Khusairy Khadzir dan Mohamed Fauzi Md IsaMARDI Seberang Perai, Peti Surat 203, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang

Sariam OthmanPusat Perkhidmatan Teknikal, Ibu Pejabat MARDI, Serdang, Peti Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur