teks bercerita

17
KISAH KETABAHAN SITI HAJAR Yang mulia tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia seterusnya guru- guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berjalan-jalan ke Tanjung Jara, Bermain pasir bersama rakan, Kisah Siti Hajar pilihan cerita, Mari bersama kita dengarkan. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Tersebutlah kisah suatu cerita, Seorang isteri dan juga anaknya, Ditinggalkan suami perintah Ilahi, Tabah dan sabar ketika diuji. Rakan-rakan sekalian, Siti Hajar ialah isteri kepada seorang nabi Ulul Azmi, iaitu Nabi Ibrahim. Siti Hajar tidak lahir dari keluarga bangsawan, bukan juga dari keluarga ternama, malah hanya seorang hamba sebelum dia berkahwin dengan Nabi Ibrahim. Siti Hajar sanggup dibawa jauh dari kota kediaman dan berada jauh dari suami tercinta. Siti Hajar yakin Allah tidak akan mensia-siakan pengorbanannya. Rakan-rakan yang dikasihi, Pada suatu hari, Allah telah mengarahkan suaminya meninggalkan Siti Hajar di tempat yang jauh dari rumah mereka. Beliau langsung tidak mempersoalkan apa-apa dan tidak bersangka buruk kepada Allah dan suaminya. Luar biasa sungguh ketaatan beliau.

description

siti hajar

Transcript of teks bercerita

KISAH KETABAHAN SITIHAJARYang mulia tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia seterusnya guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Berjalan-jalan ke Tanjung Jara,Bermain pasir bersama rakan,Kisah Siti Hajar pilihan cerita,Mari bersama kita dengarkan.Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Tersebutlah kisah suatu cerita,Seorang isteri dan juga anaknya,Ditinggalkan suami perintah Ilahi,Tabah dan sabar ketika diuji.Rakan-rakan sekalian,Siti Hajar ialah isteri kepada seorang nabi Ulul Azmi, iaitu Nabi Ibrahim.Siti Hajar tidak lahir dari keluarga bangsawan, bukan juga dari keluarga ternama, malah hanya seorang hamba sebelum dia berkahwin dengan Nabi Ibrahim.Siti Hajar sanggup dibawa jauh dari kota kediaman dan berada jauh dari suami tercinta. Siti Hajar yakin Allah tidak akan mensia-siakan pengorbanannya.Rakan-rakan yang dikasihi,Pada suatu hari, Allah telah mengarahkan suaminya meninggalkan Siti Hajar di tempat yang jauh dari rumah mereka. Beliau langsung tidak mempersoalkan apa-apa dan tidak bersangka buruk kepada Allah dan suaminya. Luar biasa sungguh ketaatan beliau.Siti Hajar telah ditinggalkan di sebuah padang pasir yang tandus dan menyerahkan diri dan bayinya kepada Allah. Beliau yakin Allah tidak akan mempersia-siakan dirinya.Rakan-rakan sekalian,Walaupun ditinggalkan di padang pasir yang tandus dengan kudrat seorang wanita, dia tetap bangkit meneruskan kehidupan dalam segala kepayahan. Semua ini tidak mungkin dapat diharungi oleh wanita biasa-biasa yang tidak memiliki jiwa yang cukup tabah.Siti Hajar sabar dalam menempuh kehidupan tanpa suami disisi untuk membantu membesarkan anak mereka. Dia sabar mengadu dan meluahkan perasaannya hanya kepada Allah. Kesabarannya sebagai seorang wanita, isteri dan ibu sangat luar biasa.Rakan-rakan sekalian,Siti Hajar sentiasa memandang positif segala ketentuan Allah. Dengan jiwa ini, darjat Siti Hajar diangkat tinggi oleh Allah walaupun dia lahir sebagai seorang hamba, status yang dipandang rendah oleh manusia. Namun hakikatnya beliau mendapat kedudukan luar biasa di sisi Allah dan di sisi manusia.Pada masa kini kita dapat melihat ramai wanita yang sudah berani ke depan walaupun pelbagai ujian yang menimpa. Contohnya ibu tunggal yang kematian suami. Ramai di kalangan mereka yang sudah menjadi usahawan yang berjaya dan tidak pernah mengenal putus asa.Pengajaran dari cerita ini ialah :Pertama : Kita hendaklah sabar menghadapi ujian Allah dan tidak boleh berputus asa.Kedua : Kita hendaklah taat kepada Allah dan Rasul-Nya tanpa sebarang prasangka buruk.Ketiga : Kita hendaklah bertawakkal kepada Allah sesudah berusaha.Sekian saja cerita saya..Sekian, terima kasih

Berikut adalah sebahagian kisah pengorbanan Siti Hajar.

Dalam bahang terik mata hari di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim, menunggang unta bersama Siti Hajar. Perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu.

Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu. Selepas kira-kira enam bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah.

Nabi Ibrahim memilih sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar.

Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikit pun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya mengenai perintah Allah itu. Sepanjang perjalanan lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.

Selepas Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu:

Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?

Tanpa memandang wajah isterinya, Nabi Ibrahim hanya mampu menganggukkan kepala. Oh kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tidak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini.

Nabi Ibrahim menjawab: Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu

Siti Hajar bertanya lagi: Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?

Kepiluan dan kesedihan Nabi Ibrahim, hanya Allah yang tahu. Katanya: Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah.

Apabila disebut perintah Allah, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ.

Siti Hajar sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah itu? Ketika gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelosok dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah.

Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan Allah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan. Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya: Jika benar ia adalah perintah Allah, tinggalkanlah kami di sini. Aku reda ditinggalkan. Suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya.

Ditabahkan hatinya dengan berkata: Mengenai keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini.

Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta reda di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. Doakanlah agar datang pembelaan Allah kepada kami, kata Siti Hajar.

Nabi Ibrahim terharu dan bersyukur. Isterinya, Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa: Ya Tuhan kami. Aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka daripada buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu.

Menitis air matanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya. Namun atas keyakinan padu pada janji Allah, ditunaikan juga perintah Allah walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar.

Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah. Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang berlaku.

Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga kering sama sekali.

Anaknya Ismail menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak diusahakannya air di tengah padang pasir yang kering kontang itu?

Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana.

Namun Siti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain, dia ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber mata air.

Dia pun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah fatamorgana. Tanpa disedari dia berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa dan Marwa untuk mencari sumber air.

Tubuhnya keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Sedangkan anak yang kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi. Tiba-tiba dengan rahmat Allah, sedang Siti Hajar mencari-cari air, terpancutlah air dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail.

Pada waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, Zami, zami, zami.. yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, Berkumpullah untuk anakku.

Selepas peristiwa itu, kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Makkah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Makkah menjadi tumpuan manusia.

IBADAT korban yang dilakukan pada Hari Raya Haji atau Aidiladha dikaitkan dengan pengorbanan Nabi Ibrahim yang menerima perintah daripada Allah agar menyembelih anaknya, Ismail. Perintah yang begitu berat disambut oleh seorang ayah dan anaknya dengan hati yang tabah dan penuh kerelaan.Di sebalik pengorbanan agung itu, kita tidak harus melupakan juga pengorbanan hebat seorang wanita, Siti Hajar. Siti Hajar adalah gundik puteri Mesir, yang dihadiahkan oleh Raja Mesir kepada Sarah, isteri Nabi Ibrahim. Siti Sarah kemudian mengahwinkan Hajar dengan suaminya kerana berasa dirinya terlalu tua dan tidak boleh beranak. Usianya ketika itu mencapai 70 tahun. Apabila Hajar mengandung, ditakdirkan sifat cemburu mula memberontak dalam Sarah.Tiba saat Hajar melahirkan Ismail, perasaan cemburu itu semakin membara, sehingga dia bersumpah tidak mahu tinggal serumah dengan madunya dan menuntut suaminya agar menjauhkan Hajar serta anaknya daripada pandangannya.Pada suatu hari Nabi Ibrahim mengajak Hajar dan anaknya keluar. Mereka berjalan ke arah selatan, mendaki gunung-ganang dan menuruni lembah, serta melalui pelbagai kesukaran. Perjalanan itu berhenti di Makkah, di mana ketika itu adalah padang pasir kering kontang tanpa manusia, kecuali puak Badwi yang hidup berpindah-randah. Nabi Ibrahim kemudiannya meninggalkan Hajar bersama bayinya yang masih menyusu badan di kawasan gersang, dan meletakkan di sisi mereka satu bungkusan berisi kurma dan satu pundi berisi air. Nabi Ibrahim berpesan kepada Hajar supaya membuat tempat teduhan di situ. Selepas itu, baginda berpatah balik menuju ke arah mana yang dia datang tadi. Hajar terpinga-pinga. Beliau mengamati kesepian dan kesunyian di sekeliling tempat itu. Hatinya dibelit kehairanan. Mengapa mesti dia ditinggalkan sendirian bersama anaknya yang masih kecil? Hajar mengejar suaminya sambil memanggil-manggil dengan penuh keharuan: Wahai suamiku! Ke mana kanda hendak pergi? Kenapa kanda tinggalkan kami di lembah sepi ini? Hajar mengulang-ulangi kata itu sambil merayu-rayu meminta dikasihani agar mereka tidak ditinggalkan di situ.Namun Nabi Ibrahim tidak menjawab. Baginda bimbang kalau perasaan belas kasihan baginda akan mengkhianati dirinya apabila berhadapan dengan ibu yang sedang meratap hiba atau dipatahkan oleh perasaan rahmat terhadap satu-satunya anak yang masih belum mengerti apa-apa. Apabila Nabi Ibrahim tiba pada hujung lembah, terdengar lagi Hajar bertanya dengan suara yang menyayat hati: Wahai suamiku! Apakah Tuhan yang memerintahkan kamu untuk meninggalkan aku bersama anak kecilku ini di tempat yang sunyi ini? Tanpa menoleh, Nabi Ibrahim menjawab tegas: Ya, benar!Apabila mendengar jawapan itu Hajar terdiam. Beliau pasrah. Hajar berusaha menenangkan hatinya dengan berkata kepada dirinya sendiri: Kalau begitu, tentulah Tuhan tidak akan mensia-siakan kami! Ibrahim mengangkat kedua-dua tangannya ke langit sambil berdoa:Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku menempatkan dari keturunanku di lembah yang tiada mempunyai tanam-tanaman berdekatan dengan Rumah Suci Engkau. Wahai Tuhan kami! Ingatkanlah mereka supaya mengerjakan solat dan jadikanlah hati-hati sebahagian manusia tertarik kepada mereka, dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan, moga-moga mereka bersyukur. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami terang-terangkan, dan tiadalah tersembunyi kepada Tuhan sesuatu pun, baik yang di bumi atau yang di langit. (Surah Ibrahim, ayat 37-38).Selesai berdoa Ibrahim pun meneruskan perjalanannya kembali ke bumi Palestin. Tinggallah Hajar sendirian bersama bayinya, Ismail, yang menyerahkan diri dan kehidupan mereka sepenuhnya kepada Allah. Sambil menyusukan puteranya yang kecil itu, dia menatap wajahnya yang comel untuk menghiburkan hatinya. Beberapa ketika, dia seperti terlupa pada tragedi yang sedang dihadapinya serta keadaan sekelilingnya yang sungguh membahayakan.Selepas bekalan yang ditinggalkan suaminya kehabisan, dengan pada masa sama jasmaninya juga tidak berupaya lagi mengeluarkan walau setitis susu bagi menghilangkan dahaga putera kesayangan, barulah Hajar keresahan. Tidak tahan mendengar jeritan anaknya, Hajar bingkas bangun mencari-cari air untuk minuman Ismail. Tidak dapat digambarkan betapa Hajar dicengkam kebimbangan melihat anaknya, sedangkan dalam tangannya tidak ada apa-apa untuk menyelamatkannya. Dalam keadaan gerun bercampur hiba, Hajar mula pergi jauh daripada anak itu, tergesa-gesa berlari menuju ke bukit yang paling hampir dengannya.Beliau berdiri di kemuncak Bukit Sofa, meninjau-ninjau di sekitar lembahnya cuba mencari manusia atau suara mereka. Malangnya tiada apa-apa yang terdengar. Hajar kemudian turun dari Bukit Sofa menuju ke lembahnya seraya berlari-lari tanpa arah tujuan hingga sampai ke Bukit Marwah. Beliau mendakinya sambil melihat-lihat dari atas puncaknya. Namun tiada terlihat orang atau terdengar suaranya. Tiada apa-apapun kecuali sunyi senyap dan pandangan yang sungguh menggerunkan. Pun begitu, Hajar tidak berputus asa. Dia terus berlari beberapa kali berulang-alik antara Sofa dan Marwah sebanyak tujuh kali hingga kepenatan, lalu tersungkur ke bumi kerana tidak bermaya lagi. Tangisan anak dalam keadaan tercungap-cungap benar-benar menghiris hati dan merentap jantungnya. Ibu manakah yang sanggup melihat anak kesayangan menghadapi saat yang sungguh mencemaskan itu? Lalu, dikumpulkan segala kekuatan dalam dirinya, cuba merangkak mendapatkan bayinya yang ditinggalkan agak jauh tadi.Seluruh alam sunyi sepi menyaksikan kehibaan hati seorang ibu dan seorang anak yang hampir disambar maut. Ketika itulah datang pertolongan daripada Allah. Bumi yang kering tandus tiba-tiba memancutkan air yang jernih lagi dingin. Serta merta semangatnya pulih, kekuatannya kembali bertenaga. Hajar menerpa ke arah pancutan air yang ajaib itu, menadahnya lalu menitikkannya ke mulut bayinya. Hajar kemudian membuat lubang untuk menakung air itu. Setiap kali dia mencedok air dari lubang takungan itu semakin deras air memancut keluar.Demikian berlakunya mukjizat Ilahi yang menjadi sumber kehidupan seorang ibu dan anaknya yang kemudian mengundang manusia dan hidupan lain mendatangi lembah itu. Hajar, seorang wanita, ditakdirkan Allah menjadi orang yang merintis penempatan di sebuah kota suci yang penuh barakah, iaitu Makkah. Kota yang dipilih oleh Allah untuk dibangunkan Baitullah yang mulia. Kota, tempat lahir penghulu anbia dan mursalin, tumpuan seluruh Muslimin mengerjakan ibadat haji dan umrah sepanjang masa hingga ke hari hancurnya dunia. Kisah ini menjadi bukti Islam mengiktiraf kedudukan wanita yang memainkan peranan secara langsung dalam membangun tamadun umat.

(Al Quran) ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengan-Nya, dan supaya mereka mengetahui bahwasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran. Surah Ibrahim - 52.Allah SWT telah memilih Nabi Ibrahim berada dari golongan orang yang beriman kepadaNya. Walaupun dilahir dan dibesarkan bukan didalam keluarga yang beriman kepada Allah, bapanya Azar menyembah berhala, Baginda tetap merasakan bahawa dengan menyembah berhala itu adalah salah dan sesat.

Allah menjadikan Ibrahim seorang yan bijak menilai. Dicampak Allah akan rasa logik akal yang memnyembah patung itu adalah sia-sia. Sedangkan patung itu sendiri dibuat oleh tangan-tangan manusia, bahkan patung itu juga tidak dapat berbuat apa-apa.

Didatangi fitrah manusia akan rasa ingin menyembah Pencipta, suatu malam Ibrahim merasakan bahawa bintang di langitlah penciptanya, namun bila tiba hari yang terang, maka hilanglah bintang tersebut.

Oleh sebab itu, ketahuilah Ibrahim yang bintang itu bukanlah pencipta kerana ia hilang setelah muncul pada waktu malam. Sesungguhnya pencipta itu tidaklah sekejap ada sekejap hilang. Dari situlah Allah SWT. memberi hidayah kepada Ibrahim as.

Ibrahim telah berkahwin dengan Siti Sarah, seorang wanita Yahudi bangsawan. Bertahun lamanya tidak dikurniakan anak. Maka Ibrahim berkahwin lagi dengan seorang wanita hadiah daripada raja Mesir ketika itu, Siti Hajar. Doa nabi Ibrahim dalam Surah Ash Shaaffaat ayat 100:Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.Berlainan asal taraf hidup dengan Siti Sarah, Siti Hajar adalah wanita berketurunan hamba, bukan dari bangsa Yahudi. Dengan Siti Hajar, dikurniakan seorang anak lelaki, namanya Ismail. Nabi Ibrahim memanjatkan rasa syukurnya kepada Allah.Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa. - Surah Ibrahim - 39.Ketika inilah bermulanya keretakkan rumahtangga mereka- Siti Sarah merasakan Ibrahim lebih banyak mendekati Siti Hajar sehingga dapat melahirkan zuriat serta setelah adanya Ismail, Ibrahim lebih banyak meluangkan masa bermain dengan putera sulungnya.

Sedangkan dia sudah bertahun bersama Ibrahim tetapi tetap belum dikurniakan anak. Tambahan pula Siti Hajar itu tidaklah sama taraf hidupnya dengan Siti Sarah yang memang berasal dari golongan bangsawan.

Dari kejadiaan itulah, Siti Sarah meminta suaminya menjauhkan Siti Hajar untuk ditinggalkan di suatu tempat supaya akan dijumpai orang lalu diambil orang yang menjumpai mereka.

Dengan hikmah tersembunyi, Allah telah perintahkan Ibrahim as. menuruti keinginan Siti Sarah lalu membawa Siti Hajr ke suatu tempat yang kering dari rezeki dan tidak diduduki orang untuk ditinggalkan seorang diri bersama putera kecilnya itu. Ibrahim as. sedar inilah ujian demi ujian yang Allah berikan kepadanya demi menguji keimanannya.

Dengan rasa berserah diri kepada Allah, maka Ibrahim as. pun membawa Siti Hajar dan Ismail dari Palestin ke tempat yang dia sendiri tidak tahu tanpa pengetahuan Siti Hajar akan niat Ibrahim as. untuk meninggalkan dirinya.

Ditunggangi unta oleh mereka, Ibrahim hanya berserah kemana unta itu akan berhenti kelak. Disitulah tempat yang akan Ibrahim tinggalkan mereka nanti. Setelah beberapa hari melalui padang pasir yang panas terik, tiadalah pohon-pohon untuk berteduh, gelap gelita dimalam hari, sudahlah tidak dihuni orang, apabila sampai, di lembah Makkah, di tempat di mana Masjidil Haram sekarang berada, berhentilah unta Nabi Ibrahim as. mengakhiri perjalanannya.

Di situlah ia meninggalkan Hajar bersama puteranya dengan hanya dibekali dengan serantang bekal makanan dan minuman sedangkan keadaan sekitarnya tiada tumbuh-tumbuhan, tiada air mengalir, yang terlihat hanyalah batu dan pasir kering. Tibalah masanya Ibrahim as. meninggalkan Siti Hajar. Kisah ini diceritakan dalam Al-Quran, Surah Ibrahim ayat 37.Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezkilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur. Kesedihan hati seorang isteri tidak dapat disembunyikan apabila mengetahui suaminya mahu meninggalkan dirinya seorang diri bersama Ismail mengundang perasaan sayu oleh Ibrahim as.

Alangkah sayunya perasaan Ibrahim as. apabila mahu melangkah pergi, terasa berat hatinya mahu meninggalkan isteri tercinta. Namun itulah dia, wanita solehah yang dipilih oleh Allah SWT. yang akan menghuni syurgaNya. Dengan rasa redha atas segala perintah Allah SWT., dibiarkan Ibrahim pergi meninggalkan mereka demi menurut perintah Allah

Setelah itu, Ibrahim as. pulang semula ke Palestin untuk bersama Sarah. Didalam hatinya sentiasa memohon kepada Allah SWT., agar diselamatkan isteri dan anaknya. Ia berkata dalam doanya dalam Surah Ibrahim ayat 37:Wahai Tuhanku! Aku telah tempatkan puteraku dan anak-anak keturunannya di dekat rumah-Mu (Baitullahil Haram) di lembah yang sunyi dari tanaman dan manusia agar mereka mendirikan solat dan beribadat kepada-Mu. Jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan yang lazat, mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu.Di lembah Makkah yang tiada penghuni itulah Siti Hajar bersama putera kesayangannya. Ketika Siti Hajar keseorangan bersama puteranya, kesabarannya tetap menebal. Dari Bukit Safa ke Bukit Marwah lah Siti Hajar berlari-lari anak mencari air untuk diberikan kepada anaknya.

Di sinilah umat Islam melakukan rukun sai ketika menunaikan haji. Dengan kuasa Allah SWT, di hujung tapak kaki Ismail rupanya keluar air. Di situlah tempatnya kini dipanggil telaga Zamzam. Air Zamzam inilah kurnian dari Allah SWT., bagi membantu hambanya yang beriman.

Dengan terpancutnya air Zamzam telah menarik burung-burung berterbangan mengelilingi tempat itu, menarik pula perhatian sekelompok bangsa Arab dari suku Jurhum yang merantau dan sedang berkhemah di sekitar Makkah. Mereka mengetahui dari pengalaman bahawa di mana ada terlihat burung di udara, nescaya dibawahnya terdapat air, maka diutuslah oleh mereka beberapa orang untuk memeriksa kebenaran ini.

Para pemeriksa itu pergi mengunjungi daerah di mana Hajar berada, kemudian kembali membawa berita gembira kepada kaumnya tentang mata air Zamzam dan keadaan Hajar bersama puteranya.

Segera sekelompok suku Jurhum itu memindahkan perkhemahannya ke tempat sekitar Zamzam, di mana kedatangan mereka disambut dengan gembira oleh Hajar kerana adanya sekelompok suku Jurhum di sekitarnya, ia memperolehi jiran-jiran yang akan menghilangkan kesunyian dan kesepian yang selama ini dirasakan di dalam hidupnya berduaan dengan puteranya saja.

Nabi Ibrahim dari masa ke semasa pergi ke Makkah untuk mengunjungi dan menjenguk Ismail di tempat pengasingannya bagi menghilangkan rasa rindu hatinya kepada puteranya yang ia sayangi serta menenangkan hatinya yang selalu rungsing bila mengenangkan keadaan puteranya bersama ibunya yang ditinggalkan di tempat yang tandus, jauh dari masyarakat kota dan pengaulan umum ketika itu.

Sewaktu Nabi Ismail sedang membesar, Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahwa ia harus menyembelih Ismail puteranya. Dan mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah, maka perintah yang diterimanya dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Ibrahim as. Ia duduk sejurus termenung memikirkan ujian yang maha berat yang ia hadapi. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 124.Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia." Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku"[88]. Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim."Sebagai seorang ayah yang dikurniai seorang putera yang sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan didambakan, seorang putera yang diharapkan menjadi pewarisnya dan penyampung kelangsungan keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan korban dan harus direnggut nyawa oleh tangan si ayah sendiri. Sungguh amat berat ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim, namun sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:

Allah lebih mengetahui di mana dan kepada siapa Dia mengamanatkan risalahnya.

Ibrahim as. tidak membuang masa lagi, berazam (niat) tetap akan menyembelih Ismail, puteranya sebagai korban sesuai dengan perintah Allah yang telah diterimanya.

Ismail sebagai anak yang soleh yang sangat taat kepada Allah dan bakti kepada orang tuanya, ketika diberitahu oleh ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata kepada ayahnya:Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu, agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar meringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku. Berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya.Kisah tragispengorbanan ini diceritakan dalam surah As Shaffat ayat 102 - 110.

Kemudian dipeluknyalah Ismail dan dicium pipinya oleh Ibrahim as. seraya berkata:

Bahagialah aku mempunyai seorang putera yang taat kepada Allah, bakti kepada orang tua yang dengan ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah.

Saat penyembelihan yang mengerikan telah tiba. Diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah parang tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang parang di tangannya, kedua mata Ibrahim as. yang tergenang air berpindah memandang dari wajah puteranya ke parang yang mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain.

Pada akhirnya dengan memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher Ismail dan penyembelihan di lakukan . Akan tetapi apa daya, parang yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.

Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahwa perintah perkorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu.

Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan pengorbanan puteranya untuk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam memperagakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan, sampai-sampai terjadi seketika merasa bahawa parang itu tidak lut memotong lehernya, berkatalah ia kepada ayahnya:

Wahai ayahku! Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati memotong leherku karena melihat wajahku, cubalah telengkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku.

Akan tetapi parang itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging Ismail walau ia telah ditelengkupkan dan dicuba memotong lehernya dari belakang.

Dalam keadaan bingung dan sedih hati, kerana gagal dalam usahanya menyembelih puteranya, datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu Allah dengan firmannya:

Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikkan.

Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa, Ismail telah diselamatkan, Allah telah menggantikan Ismail dengan seekor kibas yang telah tersedia di sampingnya dan segera dipotong leher kibas tersebut.

Diriwayatkan Nabi Ismail mempunyai 12 anak lelaki dan seorang anak perempuan yang dikahwinkan dengan anak saudaranya, iaitu Al-Ish bin Ishak. Nabi Ishak adalah adik beradik Nabi Ismail. Ishak as. adalah anak kepada Siti Sarah yang berketurunan bangsawan Yahudi itu. Daripada keturunan Nabi Ismail inilah lahir Nabi Muhammad SAW dari Bani Hasyim. Keturunan Nabi Ismail juga mewujudkan bangsa Arab Mustaribah.

Dan inilah asal permulaan sunnah berqurban yang dilakukan oleh umat Islam pada setiap Hari Raya Edul Adha di seluruh dunia. Semoga dapatlah kita menghayati makna sebenar amalan korban yang kita lakukan selama ini. Sesungguhnya, maksud yang terkandung di dalam amalan itu lebih jauh perlunya kita serapkan dalam diri kita sebagai hambaNya.

Inilah dua contoh pengorbanan (anak Nabi Adam as., Ibrahim as dan Ismail as.) yang dilakukan demi mendapat keredhaan dari Allah yang dapat kita contohi. Semoga Allah juga menerima setiap dari amalan yang kita laku. Amin.

Selamat Menyambut Edul Adha..Maaf Zahir & Batin..:)