Teks Bercerita Nabi Yusuf

1
TEKS BERCERITA ( PEREMPUAN ) TAJUK : DUGAAN NABI YUSUF ALAIHISSALAM PENCERITA : NUR AIN SHAFIKA BT. CHE HASSAN ( SK LADANG TAKU ) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahlan wasahlan bicara bermula Hakim bijaksana, hadirin sejahtera, Qisosul Anbiya wadah ditinta, Dugaan Nabi Yusuf alaihissalam dengarkan bersama. Nabi Yusuf adalah putera Nabi Yaakub dan isterinya Rahil. Baginda ialah anak ketujuh daripada 12 orang adik beradik dan amat disayangi oleh kedua ibubapanya. Pada suatu malam, baginda telah bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan sujud padanya. Oleh kerana baginda amat disayangi oleh bapanya, Nabi Yusuf dicemburui oleh saudara-saudaranya. Baginda menjadi mangsa penganiayaan saudara-saudaranya sehingga dicampak ke dalam perigi. Namun begitu, baginda telah diselamatkan oleh para peniaga sebelum dijual kepada seorang pembesar Mesir. Sidang dewan yang dimuliakan, Selepas dijual kepada pembesar Mesir, maka tinggallah Nabi Yusuf di istana. Ketampanan wajah baginda telah memikat hati pembesar Mesir itu iaitu Zulaikha. Zulaikha cuba menawan hati Nabi Yusuf dan cuba menggodanya, namun baginda menolak. Baginda difitnah dan akhirnya dipenjara. Nabi Yusuf bersyukur kerana tidak ingin terus difitnah berpanjangan. Hiduplah Nabi Yusuf dipenjara bersama 2 orang pegawai istana yang dituduh meracuni raja. Suasana penjara gelap dan sempit namun jiwa baginda aman dan tenteram kerana dapat memberi tumpuan untuk beribadat kepada Allah. Ketika dipenjara, baginda mentafsir mimpi kedua tahanan dan juga mimpi raja. Raja mesir mula yakin bahawa hukuman penjara terhadap Nabi Yusuf adalah angkara fitnah. Akhirnya Nabi Yusuf dilepaskan dari hukuman tersebut. Kawan-kawan, Nabi Yusuf kemudiannya dilantik sebagai penasihat istana dan sebagai raja muda mesir. Saudara-saudaranya masih mencemburui baginda dan membuat pelbagai tohmahan dengan menuduh mencuri harta negara namun baginda dapat menanganinya dengan bijaksana. Akhirnya mereka berbaik-baik dan keharmonian keluarga mereka bertaut kembali. Begitulah sedikit kisah yang saya bawakan, semoga dapat memberi pengajaran kepada kita semua. Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

description

TEKS BERCERITA

Transcript of Teks Bercerita Nabi Yusuf

TEKS BERCERITA ( PEREMPUAN )

TAJUK: DUGAAN NABI YUSUF ALAIHISSALAM

PENCERITA: NUR AIN SHAFIKA BT. CHE HASSAN ( SK LADANG TAKU )

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ahlan wasahlan bicara bermula

Hakim bijaksana, hadirin sejahtera,

Qisosul Anbiya wadah ditinta,

Dugaan Nabi Yusuf alaihissalam dengarkan bersama.

Nabi Yusuf adalah putera Nabi Yaakub dan isterinya Rahil. Baginda ialah anak ketujuh daripada 12 orang adik beradik dan amat disayangi oleh kedua ibubapanya. Pada suatu malam, baginda telah bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan sujud padanya. Oleh kerana baginda amat disayangi oleh bapanya, Nabi Yusuf dicemburui oleh saudara-saudaranya. Baginda menjadi mangsa penganiayaan saudara-saudaranya sehingga dicampak ke dalam perigi. Namun begitu, baginda telah diselamatkan oleh para peniaga sebelum dijual kepada seorang pembesar Mesir.

Sidang dewan yang dimuliakan,

Selepas dijual kepada pembesar Mesir, maka tinggallah Nabi Yusuf di istana. Ketampanan wajah baginda telah memikat hati pembesar Mesir itu iaitu Zulaikha. Zulaikha cuba menawan hati Nabi Yusuf dan cuba menggodanya, namun baginda menolak. Baginda difitnah dan akhirnya dipenjara. Nabi Yusuf bersyukur kerana tidak ingin terus difitnah berpanjangan.

Hiduplah Nabi Yusuf dipenjara bersama 2 orang pegawai istana yang dituduh meracuni raja. Suasana penjara gelap dan sempit namun jiwa baginda aman dan tenteram kerana dapat memberi tumpuan untuk beribadat kepada Allah. Ketika dipenjara, baginda mentafsir mimpi kedua tahanan dan juga mimpi raja. Raja mesir mula yakin bahawa hukuman penjara terhadap Nabi Yusuf adalah angkara fitnah. Akhirnya Nabi Yusuf dilepaskan dari hukuman tersebut.

Kawan-kawan,

Nabi Yusuf kemudiannya dilantik sebagai penasihat istana dan sebagai raja muda mesir. Saudara-saudaranya masih mencemburui baginda dan membuat pelbagai tohmahan dengan menuduh mencuri harta negara namun baginda dapat menanganinya dengan bijaksana. Akhirnya mereka berbaik-baik dan keharmonian keluarga mereka bertaut kembali.

Begitulah sedikit kisah yang saya bawakan, semoga dapat memberi pengajaran kepada kita semua.

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh saya menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..