TEKS BERITA

13
DISEDIAKAN OLEH : AHMAD KAMAL AHMAD WAFI AIZAT FAIZ IKHWAN HAFIZI TEKS BERITA

description

brta

Transcript of TEKS BERITA

DISEDIAKAN OLEH :

AHMAD KAMAL

AHMAD WAFI

AIZAT FAIZ

IKHWAN HAFIZI

TEKS BERITA

Berita @News bermaksud perkhabaran, laporan dan pemberitahuan tentang khabar, acara atau kejadian yang diterima atau disalurkan daripada sesuatu sumber sebagai maklumat terkini.

Concourse English Dictionary ( 1992:989 ) mendefinasikan berita sebagai khabar atau kejadian terkini atau khabar berita juga melibatkan siaran radio dan televisyen dalam menyampaikan maklumat terkini tentang berita atau peristiwa semasa, atau dirujuk juga sebagai sebuah surat khabar.

MAKSUD BERITA

A Dictionary of Education ( 1981:191 ) memberikan makna berita sebagai satu sesi atau pelajaran yang biasanya dilaksanakan di sekolah rendah, iaitu guru meminta murid untuk berbincang tentang perkara yang melibatkan berita semasa yang menarik minat, dan kemudiannya memberitahu seisi kelas tentang benda – benda menarik yang selalu dilakukan oleh mereka bersama – sama rakan atau keluarga.

Berita boleh berbentuk lisan ( radio ) atau tulisan ( surat khabar ).

‘Berita panas’ – merujuk kepada berita yang baharu sahaja diterima dan membawakan isu yang paling menarik perhatian orang ramai untuk mengetahuinya.

‘Berita basi’ – merujuk kepada berita yang lambat tersiar hingga dibatalkan oleh berita yang terbaharu.

PENGENALAN

1. Sumber berita Berita mestilah sesuatu peristiwa atau

kejadian yang benar dan bukan direka – reka. Penulis berita daripada wartawan, pemberita

dan editor tidak mempunyai pilihan selain memberitahu kejadian sepertimana peristiwa sebenarnya berlaku.

CIRI – CIRI BERITA

2. Ketepatan berita Bermaksud bahawa sesuatu berita itu

hendaklah memperlihatkan fakta sebenar dan betul.

Juga bermaksud berita yang tiada kesilapan fakta dan sumber berita itu sahih atau benar.

3. Gaya penulisan– Gaya penulisan berita banyak bergantung pada

kewibawaan, pengalaman dan keupayaan penulis mempersembahkan beritanya.

– Gaya penulisan yang baik selalunya menggunakan bahasa yang jekas, tepat dan betul.

Fakta langsung.Berita hendaklah bebas daripada prasangka

dan perasaan penulis yang beremosi.Isi dan fakta hendaklah terus.Berita hendaklah meliputi liputan yang

menyeluruh dan maklumat yang terbaru dan terkini.

Cepat disebarkan.Berita hendaklah cepat disampaikan melalui

surat khabar atau media elektronik.Berita yang baik disebarkan kepada umum

pada hari yang sama sesuatu peristiwa atau kejadian berlaku.

Maklumat sahihLaporan berasaskan kejadian sebenar dan

hendaklah bersifat objektif tanpa menyelewengkan maklumat yang ingin disampaikan.

Maklmat lengkap.Berita hendaklah mempunyai maklumat yang

lengkap mengenai peristiwa atau kejadian yang berlaku.

Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan urutan peristiwa dan tahap perkembangan peristiwa sesuatu berita.

Pemerengganan berstrukturPerenggan berita hendaklah pendek dan

biasanya mempunyai tiga atau empat ayat sahaja.

Setiap perenggan hanya mempunyai satu maklumat.

Pemerengganan dilakukan menggunakan penanda wacana yang bersesuaian agar wujud sesuatu teks yang utuh.

Tajuk Berita-Tajuk terletak di bahagian paling atas teks.-Tajuk berita ditulis dalam huruf kecil keseluruhannya kecuali pada pangkal frasa.-Frasa tajuk berita dihitamkan dan menggunakan saiz huruf yang lebih besar daripada kandungan teks.-Tajuk berita menggambarkan interpretasikan isi kandungan berita dan mewakili keseluruhan kandungan berita.

Format Berita

Pembukaan berita-Pembukaan berita biasanya terdiri daripada nama tempat dan tarikh, nama tempat ditulis dalam huruf besar kesemuanya.-Nama tempat tidak menunjukkan spesifik berlakunya kejadian. Ia mewakili nama bandar, daerah atau mukim berita itu dilaporkan.-Tarikh tidak disertaka tahun, hanya hari dan bulan saja yang ditetapkan-Tarikh membawa dua makna ; iaitu tarikh berita itu dilaporkan dan tarikh peristiwa itu berlaku.- Selepas tarikh satu tada sempang diletakkan bagi memisahkannya dengan kandungan.

Isi KandunganIsi kandungan bermula selepas tanda sempangKandungan berita dimulakan dengan satu

perenggan pengenalanPengenalan perenggan disusun dalam satu ayat

sahaja dengan cara yang jelas mudah dan menarik

Perenggan pengenalan kemudian diikuti dengan perenggan isi yang melaporkan berita dengan terperinci

Segala fakta yang menghuraikan peristiwa berlaku dimuatkan dalam bahagian ini