TEKS CERPEN 3 Israk Erda Roslan Khairi

6
TEKS CERPEN 3 Israk Erda Roslan Khairi(Sinopsis) Cerpen “Israk”mengisahkan Adam,iaitu anak tunggal Wah membawa isterinya,Hawa dan anak-anaknya,Israk dan Mikraj bercuti di rumah nenek mereka di Kampung Sayong,Perak.Keadaan rumah kampung yang serba kekurangan dari segi kemudahan asas menyebabkan Israk berasa kurang senang.Dia menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung.Sebaliknya adik perempuannya,Mikraj suka akan suasana di kampung.mereka berdua sering bertikam lidah kerana perbezaan pendapat.Israk tidak betah tinggal di kampung kerana dia dibesarkan di luar negara.Dia tidak menggemari makanan dan buah-buahan tempatan juga. Tindakan Israk menimbulkan perasaan kurang senang Mikraj.Mikraj sakit hati akan sikap Israk yang sering menghina dan menggores perasaan Wah.Hal ini demikian kerana Mikraj amat menyayangi Wah dan faham akan perasaan neneknya itu.Mikraj kerap mempertikaikan perbuatan Israk terhadap Wah.Mikraj mahu supaya Israk menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung.Selain itu,Mikraj mahu supaya Israk mengenali Wah lebih dekat kerana Wah telah menjaga Israk sejak hari pertama kelahirannya lagi.Perbezaan pendapat ini menyebabkan berlakunya perang mulut antara Israk dengan Mikraj dan hampir- hampir terjadinya pergaduhan.Wah tidak suka mereka bertengkar seperti anjing dengan kucing.Wah telah menasihati Israk dan Mikraj.Wah mahu supaya mereka berbaik-baik walaupun hati Wah terluka.Pada suatu hari,bekalan air paip di Kampung Sayong terputus.Mikraj menyuruh abangnya mandi air sungai sahaja.Malangnya,ketika Israk melalui rimbunan semak,dia terjatuh ke dalam sungai.Wah menghulurkan sebatang kayu kepada Israk.Dia juga berusaha sedaya upaya untuk menarik Israk naik ke tebing.Akhirnya,Israk mula insaf dan berubah.Perubahan sikap Israk dapat dilihat apabila dia mula memakai baju Melayu,dan makan nasi,serta mencari jering dan tempoyak untuk dimakan. Tema Cerpen ini mengutarakan tema tentang perbezaan budaya dan cara hidup sehingga mencetuskan pertentangan pendapat dan nilai.Israk yang dibesarkan di luar Negara tidak menyesuaikan diri dengan suasana kampung.Keadaan rumah kampung yang serba kekurangan dari segi kemudahan asa menyebabkan Israk tidak suka tinggal di rumah neneknya,Wah.Dia tidak suka akan makanan dan buah-buahan tempatan juga. Persoalan

description

teks

Transcript of TEKS CERPEN 3 Israk Erda Roslan Khairi

Page 1: TEKS CERPEN 3 Israk Erda Roslan Khairi

TEKS CERPEN 3 Israk Erda Roslan Khairi(Sinopsis)

Cerpen “Israk”mengisahkan Adam,iaitu anak tunggal Wah membawa isterinya,Hawa dan anak-anaknya,Israk dan Mikraj bercuti di rumah nenek mereka di Kampung Sayong,Perak.Keadaan rumah kampung yang serba kekurangan dari segi kemudahan asas menyebabkan Israk berasa kurang senang.Dia menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung.Sebaliknya adik perempuannya,Mikraj suka akan suasana di kampung.mereka berdua sering bertikam lidah kerana perbezaan pendapat.Israk tidak betah tinggal di kampung kerana dia dibesarkan di luar negara.Dia tidak menggemari makanan dan buah-buahan tempatan juga.

Tindakan Israk menimbulkan perasaan kurang senang Mikraj.Mikraj sakit hati akan sikap Israk yang sering menghina dan menggores perasaan Wah.Hal ini demikian kerana Mikraj amat menyayangi Wah dan faham akan perasaan neneknya itu.Mikraj kerap mempertikaikan perbuatan Israk terhadap Wah.Mikraj mahu supaya Israk menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung.Selain itu,Mikraj mahu supaya Israk mengenali Wah lebih dekat kerana Wah telah menjaga Israk sejak hari pertama kelahirannya lagi.Perbezaan pendapat ini menyebabkan berlakunya perang mulut antara Israk dengan Mikraj dan hampir-hampir terjadinya pergaduhan.Wah tidak suka mereka bertengkar seperti anjing dengan kucing.Wah telah menasihati Israk dan Mikraj.Wah mahu supaya mereka berbaik-baik walaupun hati Wah terluka.Pada suatu hari,bekalan air paip di Kampung Sayong terputus.Mikraj menyuruh abangnya mandi air sungai sahaja.Malangnya,ketika Israk melalui rimbunan semak,dia terjatuh ke dalam sungai.Wah menghulurkan sebatang kayu kepada Israk.Dia juga berusaha sedaya upaya untuk menarik Israk naik ke tebing.Akhirnya,Israk mula insaf dan berubah.Perubahan sikap Israk dapat dilihat apabila dia mula memakai baju Melayu,dan makan nasi,serta mencari jering dan tempoyak untuk dimakan.

Tema

Cerpen ini mengutarakan tema tentang perbezaan budaya dan cara hidup sehingga mencetuskan pertentangan pendapat dan nilai.Israk yang dibesarkan di luar Negara tidak menyesuaikan diri dengan suasana kampung.Keadaan rumah kampung yang serba kekurangan dari segi kemudahan asa menyebabkan Israk tidak suka tinggal di rumah neneknya,Wah.Dia tidak suka akan makanan dan buah-buahan tempatan juga.

Persoalan

1.Kasih sayang nenek terhadap cucunya

2.Generasi muda yang lebih senang dengan kehidupan di Bandar.

3.Sikap mementingkan diri dan ego seorang pemuda yang mendapat pendidikan di luar negara.

4.Ketenangan seorang nenek dalam menyesuaikan perbezaan pendapat cucu-cucunya.

5.Kepentingan melihat asal usul diri dan sejarah keluarga.

Page 2: TEKS CERPEN 3 Israk Erda Roslan Khairi

6.Penghargaan terhadap adat resam dan budaya masyarakat yang tinggal di luar Bandar.

Watak dan Perwatakan

Israk1.Israk merupakan anak sulung kepada Adam dan Hawa.2.Israk merupakan cucu sulung Wah.3.Datuknya ialah Firdaus Frank,iaitu anak buah Frank Swettenham.4.Sewaktu kecil Israk dipelihara oleh Wah tetapi kemudian dilarikan oleh atuk Perth dan dibesarkan di Perth,Australia.5.Israk menyambung pengajiannya dalam bidang korporat.6.Israk tidak suka tinggal di rumah neneknya yang bernama Wah.Dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di rumah neneknya yang serba kekurangan.7.Israk tidak suka akan makanan kampung seperti jering dan tempoyak.8.Israk bersikap ego dan berlagak sombong. 9.Israk sering bertikam lidah dengan adiknya,Mikraj.Israk sering bertengkar dengan adiknya kerana berbeza pendapat.10.Israk sering menghina,mengeji,serta menyakiti hati Wah.Israk tidak mempedulikan perasaan Wah dan sering menganggap penduduk kampung kolot.11.Israk insaf dan sedar akan kesalahannya.Setelah diselamatkan oleh Wah daripada lemas di Sungai Perak,Israk mula berubah sikap.Akhirnya,dia memakai baju melayu.

Latar Tempat1.Kampung Sayong,Perak-Kampung Wah.Suasana damai dengan ppokok-pokok yang menyamankan mata dan udara.Berhampiran dengan Sungai Perak.Adam,Siti Hawa,Israk dan Mikraj balik untuk menziarahi Wah dan menikmati suasana Kampung.2.Rumah Wah-Rumah tua dan uzul ialah rumah warisan ibu Wah yang amat bererti kerana menyimpan sejuta rahsia hati Wah.Rumah ini berjaya bertahan walau dilanda El Nino dan La Nina.Di sini juga Wah melayani anak menantu dan cucu-cucunya makan durian.Di sini juga Israk menunjukkan sikap tidak selesa dan sentiasa merungut dan terjadi pertengkaran.Di rumah ini Wah didatangi pegawai Majlis Daerah yang ingin membeli rumahnya untuk dijadikan pusat pelancongan.3.Sungai Perak-Dari awal keluarga Adam tiba,Mikraj Nampak Wah naik dari sungai itu.Air sungai tenang dan ada bot tambang beroperasi.Di sungai ini juga Wah terkenang nasib kakaknya yang mati lemas.Di sungai ini juga Israk terjatuh dan berpaut pada tali sauh yang reput sebelum diselamatkan oleh Wah.Wah menghulurkan kayu menarik Israk naik.Di tebingnya,Israk yang telah selamat menepis tangan Wah yang mengusap kepalanya.4.Bukit Antarabangsa-Tempat tinggal Adam dan keluarganya.Kawasan kediaman mewah dan di kota.

Page 3: TEKS CERPEN 3 Israk Erda Roslan Khairi

Latar Masa

1.Masa kini-Semasa Adam membawa isteri dan anak-anaknya balik ke kampung.Mereka menikmati durian dan suasana kampung.Israk sahaja yang tidak boleh menikmati suasana kampung kerana dia dibesarkan di Perth.Israk dan Mikraj bertikam lidah kerana sikap yang tidak menghormati Wah.Israk juga terjatuh ke dalam sungai dan diselamatkan oleh Wah.

2.Masa lalu

(a)Adam teringat durian dari kebun.Wahlah yang menghantar dia menjadi seorang yang dominan dan dia menceritakannya kepada Israk.

(b)Mikraj teringat tanggal 4 Oktober lalu apabila orang dari Majlis Daerah datang ingin membeli rumah Wah.Wah menolak dengan dibantu oleh Lebai Saleh.

(c)Zaman remaja Wah-di mati Wah pernah bertahta Lebai Saleh tetapi apabila Lebai Saleh mengaji ke Mesir,mereka terpisah.Mereka bertemu kembali tetapi semasa itu Lebai Saleh sudah berkhawin dan beranak.Wah berkhawin dengan Firdaus Frank,anak buah Frank Swettenham.Suami Wah meninggal sewaktu kandungan Wah masuk Sembilan bulan tiga hari.Wah membesarkan Adam dengan tabah.

(d)Di Sungai Perak,kakak Wah mati lemas.

(e)Wah membela Israk sejak berusia satu hari dan atuk “Perth” membawa lari Israk.Hati Wah terhiris.

Latar Masyarakat

1 Masyarakat kampung di Kampung Sayong,Perak-Mereka mengamalkan cara hidup kampong iaitu bertani,bersawah,bercucuk tanam dan berkebun durian.Durian selain dimakan begitu sahaja,mereka membuat tempoyak dan tempoyak menjadi salah satu hidangan terkenal di sana.Masyarakat kampung hidup secara sederhana dan ada yangmengusahakan bot penambang di Sungai Perak.Masyarakat kampung juga menghormati tetamu dan mereka melayani tetemudengan baik seperti Wah menjamu tetamu yang datang dari Bukit Antarabangsa.

2 Masyarakat yang tabah dan cekal-Ini diwakili oleh Wah yang cekal dan tabah membesarkan anaknya setelah suaminya meninggal.

3 Masyarakat yang penyayang-Wah amat penyayang kepada anak dan cucu-cucunya dan rela berkorban menyelamatkan cucunya,Israk daripada lemas.

Page 4: TEKS CERPEN 3 Israk Erda Roslan Khairi

4 Masyarakat Bandar yang hidup mewah-Mereka diwakili oleh Adam,isteri dan anak-anaknya.Mereka hidup di rumah batu dan mewah di Bukit Antarabangsa.

5 Masyarakat berjiwa korporat-Israk mewakili golongan ini.Mereka agak ego dengan kedudukan dan suka merendah-rendahkan masyarakat dan keadaan di kampung.

6 Masyarakat yang prihatin-Mikraj mewakili masyarakat Bandar yang prihatin dan boleh menyesuaikan diri semasa berada di kampung.

7 Masyarakat berpendidikan tinggi-Israk berpendidikan tinggi dalam bidang korporat dan menghabiskan pengajiannya di Australia,dan Mikraj berpendidikan tinggi dalam bidang sastera.Adam juga berpendidikan tinggi sehingga menjadi orang yang berjaya.

Nilai

1.Nilai hormat akan ibu bapa.Contohnya,Israk menolak pelawaan ayahnya untuk makan durian dengan baik.

2.Nilai jati diri yang tinggi.Contohnya,Mikraj suka tinggal di rumah Wah,di Kampung Sayong.Mikraj juga suka akan buah-buahan tempatan.

3.Nilai kasih sayang.Contohnya,Wah amat saying akan anak,menantu,dan cucu-cucunya.Wah tetap menyayangi Israk walaupun Israk menunjukkan rasa kurang senangnya tinggal di kampung.

4.Nilai ketabahan.Contohnya,Wah tabah menerima kenyataan apabila suaminya meninggal dunia ketika kandungannya berusia Sembilan bulan tiga hari.

5.Nilai taat akan perintah agama.Contohnya,Wah segera mengerjakan solat sebaik-baik sahaja azan habis dilaungkan.

6.Nilai berani.Contohnya,Wah berusaha menyelamatkan Israk yang terjatuh ke dalam sungai.Wah menghulurkan sebatang kayu kepada Israk dan berusaha sedaya upaya menarik Israk naik ke tebing.

Pengajaran

Page 5: TEKS CERPEN 3 Israk Erda Roslan Khairi

1.Janganlah lupa aka nasal usul kita.Contohnya,Israk yang dibesarkan di luar Negara lupa aka nasal usulnya yang pernah dijaga oleh neneknya di kampong.

2.Kita haruslah bijak menyesuaikan diri dengan keadaan setempat.Contohnya,Mikraj pandai menyesuaikan dirinya dengan suasana di kampong walaupun dia tinggal di Bandar.

3.Kita hendaklah mentaati perintah Tuhan dengan mengerjakan segala suruhannya.Contohnya,Wah rajin bersolat.

4.Janganlah bergaduh dengan adik-adiknya sendiri.Contohnya,Israk dan Mikraj sering bergaduh kerana perbezaan pendapat.Sikap mereka ini tidak disukai oleh Wah.

5.Kita hendaklah memberikan nasihat yang baik bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.Contohnya,Wah menasihati Israk dan Mikraj supaya tidak bertengkar.

6.Janganlah menyakiti hati orang tua apatah lagi ahli keluarga kita sendiri.Contohnya,Israk sering merendah-rendahkan orang kampung tanpa mempedulikan perasaan Wah.

7.Kita haruslah berani bertindak untuk menyelamatkan orang yang kita sayangi.Contohnya,Wah telah menghulurkan sebatang kayu kepada Israk yang terjatuh ke dalam sungai.Wah juga telah menarik Israk naik ke tebing.

8.Kita hendaklah sedar akan kesilapan yang telah kita lakukan.Contohnya,Israk akhirnya sedar akan kesilapannya dan mula berubah.Dia telah memakai baju melayu dan mula menyukai makanan tempatan.