Teks Forum Perdana

8
3.0 Teks Forum Perdana ( Tugasan Berkumpulan ) Tajuk forum : Budaya Merokok dalam kalangan murid sekolah, apa tindakan masyarakat kini? Moderator: Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Warga dewan sekalian, bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Perdana. Topik kita pada hari ini ialah ”Budaya Merokok Dalam Kalangan Murid Sekolah, apa Tindakan Masyarakat Kini?”. Bersama saya adalah dua orang ahli panel yang tidak asing lagi. Jangan ragu dan jangan risau kerana nampaknya warga dewan kita khususnya para jejaka tidak senang duduk melihat keayuan dua orang ahli panel kita pada hari ini . Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, Dr. Norika Kadir, selamat datang saudari. Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung Profesor Madya Darayani Johari. Selamat datang saudari. Baiklah sebelum saya menyimpang lebih jauh, hadirin sekalian pastinya mengetahui tentang bahaya sebatang rokok kepada kesihatan manusia. Maka, soalan saya yang pertama kepada panel pertama, apakah kandungan yang boleh kita dapati di dalam rokok? Panel Pertama: Terima kasih kepada saudara moderator, Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan-bahan radioaktif, bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas

description

GBM 1103

Transcript of Teks Forum Perdana

Page 1: Teks Forum Perdana

3.0 Teks Forum Perdana ( Tugasan Berkumpulan )

Tajuk forum : Budaya Merokok dalam kalangan murid sekolah, apa tindakan masyarakat

kini?

Moderator:

Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Warga dewan

sekalian, bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Perdana. Topik kita pada hari ini ialah

”Budaya Merokok Dalam Kalangan Murid Sekolah, apa Tindakan Masyarakat Kini?”.

Bersama saya adalah dua orang ahli panel yang tidak asing lagi. Jangan ragu dan jangan

risau kerana nampaknya warga dewan kita khususnya para jejaka tidak senang duduk

melihat keayuan dua orang ahli panel kita pada hari ini . Baiklah di sebelah kanan saya, ahli

panel pertama nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, Dr. Norika Kadir, selamat datang

saudari. Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung Profesor Madya Darayani Johari.

Selamat datang saudari. Baiklah sebelum saya menyimpang lebih jauh, hadirin sekalian

pastinya mengetahui tentang bahaya sebatang rokok kepada kesihatan manusia. Maka,

soalan saya yang pertama kepada panel pertama, apakah kandungan yang boleh kita

dapati di dalam rokok?

Panel Pertama:

Terima kasih kepada saudara moderator, Setiap batang rokok yang dinyalakan akan

mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa

maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan

asap rokok termasuklah bahan-bahan radioaktif, bahan-bahan yang digunakan di dalam cat

(acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT),

racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas

maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi.

Page 2: Teks Forum Perdana

Moderator :

Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Saya berasa amat ngeri mendengar

bahan-bahan beracun yang disebutkan oleh panel pertama kita tadi. Namun situasi yang

kita lihat kini ialah semakin ramai perokok yang terdiri daripada kalangan pelajar dan

sesuatu anjakan dan langkah proaktif daripada masyarakat kini perlu dijana. Oleh itu, saya

menjemput panel kedua kita iaitu Prof. Madya Darayani Johari untuk memberi serba sedikit

pendapat beliau berikutan perkara ini.

Panel Kedua:

Baiklah, terima kasih saudara moderator. Situasi yang dinyatakan oleh saudara moderator

tadi sudah tidak asing lagi di negara kita namun masih boleh menyebabkan negara

mengalami mimpi ngeri alam realiti di masa depan jika gejala tadi tidak dibendung. Saya

dan beberapa rakan pensyarah saya di Universiti Malaya telah menjalankan satu kajian

yang melibatkan perokok di kalangan remaja khususnya pelajar yang berumur di antara 13

hingga 19 tahun. Antara faktor yang menyumbang kepada gejala ini ialah faktor tekanan,

pengaruh rakan sebaya dan sifat ingin mencuba yang membawa kepada ketagihan

merokok. Mengulas tentang sikap masyarakat, kadar kesedaran masyarakat mengenai

gejala tidak sihat ini masih berada di tahap yang lemah.

Moderator :

Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa gejala

merokok amat sinonim kini dengan golongan pelajar pada masa kini. Jika sebentar tadi

panel kedua mengulas tentang kesedaran masyarakat tentang gejala tidak sihat ini, apakah

pendapat panel pertama tentang langkah yang sewajarnya dilakukan oleh masyarakat untuk

membendung gejala ini daripada terus menular?

Panel Pertama:

Masyarakat sebenarnya boleh bertindak sebagai guru sekiranya wujud kerencatan dalam

kelompok sosialnya. Hakikatnya, semua orang bertindak sebagai guru dalam kehidupannya.

Guru dalam konsep ini lebih kepada tugas ingat-mengingati, saling mencerna pemikiran

melalui pengalaman, mendidik dan mendisiplinkan diri sendiri dan orang lain serta mengajar

sesuatu yang berlaku dalam hidup dengan penerimaan yang baik. Maka pendapat saya

tidak lain dan tidak bukan adalah tanggungjawab didikan tidak kiralah daripada ibu bapa,

guru, masyarakat, media massa dan semua yang terlibat adalah bertanggungjawab dalam

pembentukan disiplin iaitu pendisiplinan pelajar. Seperti kata-kata sahabat Rasulullah SAW

tentang penilaian baik masyarakat ( muslimin ) adalah baik pada Allah SWT dan sebaliknya

Page 3: Teks Forum Perdana

jika penilaian buruk maka buruklah bagi Allah SWT. Maka, dengan adanya ejen-ejen

sebegini dalam masyarakat kita, gejala merokok dalam kalangan pelajar dapat dikurangkan.

Moderator: Terima kasih atas pandangan yang bernas itu tadi saudari panel yang pertama.

Soalan saya yang seterusnya akan saya beri pula kepada Profesor kita yang nampaknya

begitu teruja untuk menerima soalan daripada saya. Soalan saya ialah apakah pandangan

profesor tentang sikap peniaga yang seolah-olah lebih memetingkan materialistik iaitu

keuntungan berbanding impak negatif yang bakal diterima masyarakat akibat gelaja

merokok?

Panel Kedua:

Saya bersetuju dengan pendapat saudara moderator yang mengatakan bahawa sesetengah

peniaga mementingkan keuntungan semata-mata. Hal ini kerana, walaupun

penguatkuasaan tentang penjualan rokok kepada pelanggan di bawah umur 18 tahun

adalah diharamkan, masih ada segelintir peniaga yang culas dalam hal ini. Maka, tidak

hairanlah jika masih ada yang mendapat bekalan rokok dengan mudah. Oleh itu, integriti

dalam kalangan masyarakat yang berniaga perlu diperkukuh dan seharusnya tidak mudah

dikaburi dengan wang ringgit semata-mata. Seandainya integriti masyarakat peniaga kian

memudar dari hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun, pasti suatu hari nanti kadar

kesihatan generasi belia akan merosot walhal belia adalah tonggak masa depan negara.

Moderator :

Benar dan tepat sekali hujahan daripada panel kedua kita tadi kerana Imam Al Ghazali juga

pernah berkata bahawa jika kamu ingin melihat masa hapadan, lihatlah generasi pada masa

kini. Sememangnya, setiap insan di muka bumi ini pasti didatangi oleh godaan-godaan yang

berupa wang ringgit. Maka, hanya akal dan hati yang bergerak seiring saja yang mampu

menepis godaan yang jahat tersebut. Berbalik kepada panel pertama kita iaitu DR. Norika,

apakah batas autoriti masyarakat dalam usaha membantu membendung budaya merokok

dalam kalangan pelajar?

Page 4: Teks Forum Perdana

Panel Pertama:

Terima kasih saudara moderator kita yang kacak bergaya, santun bicaranya. Berbincang

tentang batas autoriti masyarakat kini adalah sesuatu perkara yang memerlukan semua

pihak untuk membuka minda. Kita dapat melihat situasi di mana sesetengah masyarakat

hanya berpeluk tubuh, membutakan mata, memekakkan telinga apabila berhadapan dengan

kelompok pelajar yang sedang menghisap rokok. Hal ini dibuktikan di sebuah pusat beli

belah yang mana masyarakat sekeliling sekadar mencebik bibir tanpa menegur pelajar yang

berkeliaran sambil merokok di pusat beli-belah. Situasi yang hampir serupa juga berlaku di

dalam tren mahupun bas apabila sekelompok pelajar dibiarkan menghisap rokok hingga ke

sedutan yang terakhir tanpa nasihat sewajarnya yang patut diberi oleh penumpang tren dan

bas yang lain. Tuntasnya, batas autoriti masyarakat setidak-tidaknya ialah menegur dan

menasihati pelajar yang merokok ini secara berhemah agar mereka dapat merima teguran.

Moderator:

Terima kasih saya ucapkan kepada kedua-dua ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi

menyuakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar ”

masuk telinga kanan, keluar telinga kiri”. Nampaknya masa amat mencemburui kita,

sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya

dan tekun mendengar perbincangan kita hari ini. Kesimpulannya, masyarakat juga

memegang satu tanggungjawab besar untuk membendung gejala merokok dalam kalangan

pelajar. Pengayuh sudah ditangan perahu sudah di air, fikir-fikirkan dan jangan sekali

berhenti berfikir. Usah menepuk dada menanya selera tetapi tepuklah dahi, bukalah minda,

dan fikir-fikirkanlah. Rokok setiap sedutan membawa padah!

Terimalah serangkap pantun indah daripada saya:

Tuailah padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan;

Intailah kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.

Salam hormat, ceria-ceria selalu. Akhir kalam,

Orang putih, orang Pakistan,

Terima kasih syukran jaziilan.

Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.

Page 5: Teks Forum Perdana