Teks Forum Ting 6

7
Teks ucapan Forum Pra Universiti Sekolah-Sekolah Daerah Pulau, Negeri Pulau Pinang Hadiran sekalian, Bagi memberkati majlis kita pada hari ini ,dijemput Al-Fadhil Ustaz Thahir Bin Shaik Ali untuk membimbing bacaan doa.Dipersilakan. -Terima kasih diucapkan kepada A-Fadhil ustaz atas bacaan doa itu tadi. Sirih berlipat sirih ditatang, Sirih dari pulau mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Bismillahhirrahmanirahim.... Yang berbahagia Tuan Pauzi bin Haji Omar, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang Yang Berbahagia En Zainudin Bin Abdul Hamid, Ketua Penolong Pengarah Unit Sekolah Menengah, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Yang Berbahagia Pn Suhana Bt Mohamed Zamri, Penolong Pengarah, Unit Sekolah Menengah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Yang Berbahagia En Mazli Bin Md Yusoff, Pegawai Pengurusan Tingkatan 6, PPD Timur Laut YBrbhgia En Jais bin Abdul Karim, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia. YBbhgia Encik Mohd Hafiz Ali Mohd Anuar, Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri Pulau Pinang YBhgia Prof. Madya Dr Main Rindam, pensyarah Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang Yang Berusaha , Pn Hjh Zaimah bt Abd Latiff Pengetua SMK Abdullah Munshi

description

xxx

Transcript of Teks Forum Ting 6

Teks ucapan Forum Pra Universiti Sekolah-Sekolah Daerah Pulau, Negeri Pulau Pinang

Hadiran sekalian,Bagi memberkati majlis kita pada hari ini ,dijemput Al-Fadhil Ustaz Thahir Bin Shaik Ali untuk membimbing bacaan doa.Dipersilakan. -Terima kasih diucapkan kepada A-Fadhil ustaz atas bacaan doa itu tadi.

Sirih berlipat sirih ditatang,Sirih dari pulau mutiara,Pemanis kata selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahhirrahmanirahim....Yang berbahagia Tuan Pauzi bin Haji Omar, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Pulau PinangYang Berbahagia En Zainudin Bin Abdul Hamid, Ketua Penolong Pengarah Unit Sekolah Menengah, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau PinangYang Berbahagia Pn Suhana Bt Mohamed Zamri, Penolong Pengarah, Unit Sekolah Menengah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau PinangYang Berbahagia En Mazli Bin Md Yusoff, Pegawai Pengurusan Tingkatan 6, PPD Timur Laut

YBrbhgia En Jais bin Abdul Karim, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia.

YBbhgia Encik Mohd Hafiz Ali Mohd Anuar, Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri Pulau Pinang

YBhgia Prof. Madya Dr Main Rindam, pensyarah Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang Yang Berusaha , Pn Hjh Zaimah bt Abd Latiff Pengetua SMK Abdullah MunshiYang Berusaha, En Zahari bin Zakariah, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Abdullah MunshiYang Berusaha, En Ahmad Zaki bin Mohd Noor, Penolong Kanan Tingkatan Enam, SMK Abdullah Munshi

Penolong-penolong kanan, guru-guru kanan,guru-guru, dan para pelajar pra-universiti sekolah-sekolah di dalam daerah Pulau, negeri Pulau Pinang

-Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

-Selamat datang ke SMK Abdullah Munshi sempena Forum Pra Universiti Sekolah-sekolah Daerah Pulau, negeri Pulau Pinang tahun 2011. Alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah kurniaNya maka kita dapat bersama-sama menjayakan forum kita pada hari ini. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dapat menyerikan lagi majlis kita pada pagi ini.

Hadirin sekalian,

-Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, En Ahmad Zaki bin Mohd Noor, Penolong Kanan Tingkatan Enam, SMK Abdullah Munshi untuk memberikan ucapan alu-aluan.Dipersilakan.

- Begitulah tadi ucapan alu-aluan oleh, Yang Berusaha En Ahmad Zaki bin Mohd Noor, Penolong Kanan Tingkatan Enam, SMK Abdullah Munshi

Hadiran sekalian,

Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang berbahagia Tuan Pauzi bin Haji Omar, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya melafazkan perasmian forum kita pada hari.Dipersilakan.

Hadirin sekalian, -Dengan ini maka rasmilah sudah Forum Pra Universiti Sekolah-sekolah Daerah Pulau, negeri Pulau Pinang tahun 2011.

Pohon beringin pohon bidara,Tempat bernaung Si mergastua,Berbual bicara,Berkongsi idea,Memperkasa belia, Transformasi 1 MALAYSIA.

Begitulah Tema Forum kita pagi ini yang bertajuk: Memperkasa belia, Transformasi 1 MALAYSIA.

Hadirin sekalian,

Antara ahli-ahli panel undangan kita pada pagi yang mulia ini ialah;

Ahli panel Yang Pertama: YBrbhgia En Jais bin Abdul Karim, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia

Ahli Panel Yang Kedua: YBbhgia Encik Mohd Hafiz Ali Mohd Anuar, Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri Pulau Pinang

Dan Seterusnya ahli panel yang ketiga: YBhgia Prof. Madya Dr Main Rindam, pensyarah Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Manakala;

Moderator kita pada pagi yang mulia ini, YB Encik Mohd Siraaj bin Said Masud,Penasihat Akademik Pra Universiti, SMK AbdullahMunshi, Pulau Pinang.

Majlis dengan berbesar hati menjemput ahli-ahli panel dan moderator ke pentas bagi memulakan forum kita pada pagi ini. Dipersilakan.

Hadirin sekalian,

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kpd yang berbahagia ahli-ahli panel pada pagi ini di atas sumbangan yang begitu besar kepada pihak sekolah dan para pelajar pra universiti sekolah-sekolah daerah pulau, p.pinang.

Hadirin sekalian,

Majlis dengan sukacitannya menjemput Yang Berusaha, En Zahari bin Zakariah, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Abdullah Munshi untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang berbahagia ahli-ahli panel, yang sudi hadir pada hr ini sempena forum anjuran SMK Abdullah Munshi. Dipersilakan....

Dijemput,Ahli panel Yang Pertama: YBrbhgia En Jais bin Abdul Karim, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia.

Seterusnya dijemput Ahli Panel Yang Kedua: YBbhgia Encik Mohd Hafiz Ali Mohd Anuar, Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri Pulau Pinang

Dan akhir sekali ahli panel yang ketiga: YBhgia Prof. Madya Dr Main Rindam, pensyarah Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Terima kasih diucapkan kepada Encik Zahari bin Zakariah atas kesudian menyampaikan cenderahati.

Maka dengan penyampaian cenderahati tersebut maka berakhirlah sudah forum kita pada pagi ini.

Pesanan ini saya tujukan khas buat para belia kita pada hari ini:

Pohon berangan tempat bertemu,Girangnya rasa si anak daraPulanglah tuan membawa ilmuBinalah bangsa bangunkan negara

Seterusnya saya ingin menjemput semua dif-dif kehormat, pengetua, penolong2 kanan dan guru2 kanan untuk menikmati juadah di bilik sidang blok A. Dipersilakan.

Dijemput para tetamu untuk menikmati juadah yang telah disediakan di dewan makan laman bestari.