Teks Hari Sukan

2
TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH YDP PIBG Bismillahirrahmanirrahim.Terima kasih pengerusi majlis. Yang Berusaha, Puan Hajah Halimah binti Dolan, Guru Besar SK Sungai Ramal Dalam, Yang Dihormati, barisan penolong kanan, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru, murid-murid yang dikasihi, seterusnya para hadirin yang dihormati sekalian .Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberi keizinan untuk berucap di majlis yang penuh bermakna ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak pengelola kerana telah berbesar hati memberi peluang kepada saya bagi merasmikan temasya sukan tahunan di SK Sungai Ramal Dalam pada tahun ini. Hadirin dan hadirat sekalian, Sukan dan kehidupan tidak boleh dipisahkan. Orang yang mementingkan sukan adalah orang yang tahu makna kehidupan. Dengan bersukan kehidupan lebih sihat, cergas dan kuat. Amalan ini mestilah dipupuk di peringkat sekolah lagi dan sudah tentulah pihak sekolah menjadi teraju utama untuk memupuk minat bersukan dalam kalangan murid-murid. Sukan sebahagian daripada kehidupan. Sukan juga merupakan satu industri. Dunia yang semakin mencabar ini telah menjadikan bidang sukan sebagai satu bidang kerjaya

Transcript of Teks Hari Sukan

Page 1: Teks Hari Sukan

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH YDP PIBG

Bismillahirrahmanirrahim.Terima kasih pengerusi majlis.

Yang Berusaha, Puan Hajah Halimah binti Dolan, Guru Besar SK Sungai

Ramal Dalam,

Yang Dihormati, barisan penolong kanan, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, guru-

guru, murid-murid yang dikasihi, seterusnya para hadirin yang dihormati

sekalian .Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberi

keizinan untuk berucap di majlis yang penuh bermakna ini. Ribuan terima

kasih juga diucapkan kepada pihak pengelola kerana telah berbesar hati

memberi peluang kepada saya bagi merasmikan temasya sukan tahunan di SK

Sungai Ramal Dalam pada tahun ini.

 

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sukan dan kehidupan tidak boleh dipisahkan. Orang yang

mementingkan sukan adalah orang yang tahu makna kehidupan. Dengan

bersukan kehidupan lebih sihat, cergas dan kuat. Amalan ini mestilah

dipupuk di peringkat sekolah lagi dan sudah tentulah pihak sekolah

menjadi teraju utama untuk memupuk minat bersukan dalam kalangan

murid-murid. Sukan sebahagian daripada kehidupan. Sukan juga

merupakan satu industri. Dunia yang semakin mencabar ini telah

menjadikan bidang sukan sebagai satu bidang kerjaya yang amat

menarik. Kita bukan sahaja bersukan untuk menyihatkan badan tetapi

Page 2: Teks Hari Sukan

jika bakat yang ada dapat dipupuk ke peringkat yang lebih tinggi tidak

mustahil pada satu hari nanti ada dalam kalangan anak-anak didik

akan menjadikan bidang sukan ini sebagai satu kerjaya pilihan. Kepada

murid yang bertanding, gunakanlah gelanggang ini untuk menunjukkan

kemampuan anda . Buatlah yangterbaik!.

 

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK

Pengelola, terutamanya guru besar, barisan pentadbir dan guru-guru kerana

telah dapat menganjurkan Temasya Sukan Tahunan SK Sungai Ramal Dalam

kali ke-16. Kepada murid-murid yang akan mengambil bahagian dan yang

akan meraih pingat selepas ini, saya ucapkan tahniah dan kepada yang tidak

berjaya jangan putus asa kerana penyertaan kalian sudah pun menunjukkan

kejayaan. Dengan lafaz Bismillahir Rahmannir Rahim, saya dengan ini

merasmikan Temasya Sukan Tahunan Kali ke-16 SK Sungai Ramal Dalam

tahun 2014.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatu.