Teks JURUACARA Majlis Anugerah Cemerlang 2015 SMKBJ

download Teks JURUACARA Majlis Anugerah Cemerlang 2015 SMKBJ

of 21

description

Teks JURUACARA Majlis Anugerah Cemerlang 2015 SMKBJ

Transcript of Teks JURUACARA Majlis Anugerah Cemerlang 2015 SMKBJ

HARI GURU 16 MEI

ATURCARA PENTADBIRAN

Majlis Anugerah CemerlangSMK Bukit Jelutong2015

Bertempat:Dewan Terbuka

SMK Bukit Jelutong, Shah Alam Selangor

28 Mac 2015 Masehi/ 7 Jamadilakhir 1436HDirasmikan oleh:

Yang DihormatiTan Sri Dato Sri Khalid bin Abu BakarKetua Polis Negara

Atur cara Majlis Anugerah Cemerlang 2015 SMK Bukit Jelutong Shah Alam (28 Mac 2015, Sabtu)

7.30 pagi : Pendaftaran pelajar

8.15 pagi : Ketibaan Ketua Ketua Polis Daerah

8.20 pagi : Ketibaan Ketua Polis Daerah Shah Alam

: Ketibaan Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Perdana

8.25 pagi : Ketibaan Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor

Ketibaan Ketua Polis Selangor

Ketibaan Commisioner Police 8.30 pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat - Tan Sri DatoSri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara

Kawad kehormat pasukan unit beruniform sekolah

Sesi Bergambar

Tanda tangan Plak Perasmian dan buku pelawat

Nyanyian Lagu Negaraku

Nyanyian Lagu Negeri Selangor

Bacaan doa

9.00 pagi : Kata alu-aluan Pengetua (Yang Berusaha Pn Aisah binti Sidan)

9.15 pagi : Ucapan Perasmian Tetamu Kehormat (YDH Tan Sri DatoSri Khalid Abu Bakar)

Multimedia Jalinan Antara SMKBJ dan PDRM

- Persembahan Pelajar 1 : Deklamasi Puisi

Majlis Penyampaian Sijil dan Anugerah 1 (PPD oleh PK) Anugerah Cemerlang Ting 1

Anugerah Cemerlang Ting 2

Anugerah Cemerlang Ting 4

Mata pelajaran Terbaik Ting 4

-Persembahan Pelajar 2 : Tarian Satu MalaysiaMajlis Penyampaian Sijil dan Anugerah 2 (Pengarah Pelajaran Selangor diiringi oleh YDP) Anugerah Mata pelajaran Bertulis Terbaik PT3

Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SPM

Anugerah Panitia Cemerlang

- Persembahan Pelajar 3 : Tarian Endang

Majlis Penyampaian Sijil dan Anugerah Khas (YDH Ketua Polis Negara diiringi oleh Pengetua) Anugerah Lonjakan Perdana SPM

Pencapaian Terbaik SPM Aliran Sains 2014

Pencapaian Terbaik SPM Aliran Kemanusiaan 2014

Anugerah Tunas Kepimpinan (Biodata) Anugerah Tokoh Kepimpinan (Biodata) Anugerah Pelajar Terbaik 2014(Biodata)11.00 pagi : Jamuan dan Bersurai

PELAN LANTAI DEWAN

CADANGAN SUSUN ATUR PENTAS DAN DEWAN

CADANGAN KEPERLUAN ITEM

1. . Rostrum

8. . Meja Tetamu

2. . Backdrop

9. . Karpet Merah

3. . Pentas Utama

10. . Pasu Bunga Hiasan

4. . Unit Skrin

11. . Meja Hadiah

5. . Unit stand mic

12. . Troli Hadiah

6. . Unit mic di Rostrum

13. . Kerusi

7. . Meja VVIP

14. . LCDMasa/HuraianAturcara/ PengacaraanTindakan

PENGUMUMANPERATURAN MAJLISJawatankuasa dan petugas mengambil tempat

Ketibaan para jemputan

TAKLIMAT MAJLIS

(selepas warga smkbj mengambil tempat)

Juruacara menerangkan atur cara majlis

Hadirin sekalian,

Sebelum dimulakan,

Pihak majlis ingin meminta kerjasama Agar:-

-hadirin dapat mematikan telefon bimbit atau menetapkannya ke mod senyap

-hadirin diingatkan supaya tidak meninggalkan majlis sehingga

majlis selesai atau sehingga tetamu kehormat meninggalkan majlis.-kurangkan pergerakan keluar masuk semasa majlis berlangsung

-Hadirin diminta menyanyikan bersama-sama lagu Negaraku

dan Negeri Selangor.

-Hadirin diminta memberi kerjasama sepenuhnya dan patuh pada arahan dari

masa ke semasa.

-Makluman hadirin sekalian:

1. Sepanjanjang majlis ini berlangsung, pihak urusetia telah menyediakan Kaunter AMANITA yang dihadiri oleh Pegawai AMANITA Kontinjen Selangor,

Pegawai AMANITA Daerah Shah Alam, Klang Selatan, Klang Utara dan Subang Jaya. Amanita Selangor telah dibekalkan 29buah motorsikal untuk kegunaan program pencegahan jenayah di sekitar Selangor dan pada hari ini kita akan dipamerkan dengan 3 buah motorsikal dan sebuah skuter. Para hadirin dialu-alukan untuk mendaftar dan menyertai keahlian AMANITA bagi menjaga kebajikan dan keselamatan kaum wanitakhasnya.2. Hadirin yang berminat boleh datang ke kaunter AMANITA setelah tamat majlis nanti.Sekian. Harap maklum.

(Minta hadirin berdiri semasa) a. Ketibaan VIP

b. Pemeriksaan Kawad Kehormat oleh VIP b. Nyanyian Lagu Negaraku/ Lagu Negeri SelangorKetibaan VIP dan disambut oleh JK Sambutan.

(1)PENGUMUMAN KETIBAAN MASUK TETAMU JEMPUTAN DAN TETAMU KEHORMAT UNTUK MENERIMA TABIK HORMAT DAN KAWALAN KEHORMATAN

(CUE : KETIBAAN TN HJ MOHD SALLEH b KASSIM)Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Salleh b Kassim,

Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk menerima tabik hormat.

(CUE : KETIBAAN S/DCP DATO ABDUL SAMAH, KPN SELANGOR)Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati Senior Deputy Commissioner Police Dato Abdul Samah b Hj Mat, Ketua Polis Negeri Selangor untuk menerima tabik hormat.(CUE : KETIBAAN COMMISSIONER POLICE)

Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati Commisioner Police Dato Acryl Sani b Abdullah,

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, untuk menerima tabik hormat.(CUE : BUNYI SIREN. KETIBAAN KETUA POLIS NEGARAACARA PEMERIKSAAN KAWALAN KEHORMATAN UNIT BERUNIFORMMengumumkan ketibaan Yang Di hormati Inspektor General Tan Sri Dato Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara untuk menerima tabik hormat seterusnya menyempurnakan acara pemeriksaan Kawalan Kehormatan.

(KPN berada di atas podium, inspektor kadet Basri memberikan command dan musik dimainkan)Untuk makluman hadirin, Pasukan Kawalan Kehormatan ini diketuai oleh dua orang pegawai iaitu Inspektor Kadet Basri bin Yahya dan Inspektor Kadet Salasiah binti Ahmad serta dianggotai seramai 46 anggota Unit Beruniform Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong.

(CUE : TAN SRI KPN KEMBALI KE PODIUM DAN IK BASRI SELESAI MEMBERIKAN LAPORAN)Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati Inspektor General Tan Sri Dato Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara atas penyempurnaan acara Kawalan Kehormatan sebentar tadi.

(2)TANDATANGAN PLAKUPACARA MENANDATANGANI PLAK DAN BUKU PELAWATSeterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Dihormati Inspektor General Tan Sri Dato Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara diiringi Pengarah JPJKK Bukit Aman, Timbalan Pengarah Pendidikan, Ketua Polis Selangor, Setiausaha Polis Malaysia, Timbalan PPD Petaling Perdana, Puan Pengetua, Ketua-ketua Jabatan IPK Selangor, YDP PIBG SMKBJ untuk upacara menandatangani plak dan buku pelawat. Dipersilakan.

(3)SESI

FOTOGRAFISESI PENGGAMBARANHadirin sekalian,

Acara diteruskan dengan sesi penggambaran. Dipersilakan Yang Dihormati Ketua Polis Negara, Pengarah JPJKK Bukit Aman, Timbalan Pengarah Pendidikan, Ketua Polis Selangor, Setiausaha Polis Malaysia, Timbalan PPD Petaling Perdana, Puan Pengetua, Ketua-ketua Jabatan IPK Selangor, Ketua Polis Daerah Shah Alam, YDP PIBG SMKBJ, Ketua AJK Guru Majlis Anugerah Cemerlang 2015 dan Pasukan Kawalan Kehormatan.Majlis mempersilakan Pegawai-pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia, tetamu jemputan wakil-wakil media dan para ibu bapa untuk mengambil tempat di Dewan Terbuka.

(4)TETAMU KEHORMAT DAN JEMPUTAN MASUK DEWAN

(5)NYANYIAN LAGU NEGARAKU(6)NYANYIAN LAGU NEGERI SELANGOR(7)KATA ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS

(CUE: KPN BANGUN SELEPAS SELESAI SESI BERGAMBAR)Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Dihormati Inspektor General Tan Sri Dato Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara diiringi oleh dif-dif kehormat dan para pentadbir masuk ke Dewan Terbuka.Hadirin mohon berdiri.(CUE : SEMUA TETAMU SUDAH BERADA DI DEWAN DAN SEDIA

BERDIRI)Majlis diteruskan dengan Nyayian Lagu Negaraku.

Semua Pegawai Polis yang berpangkat Sub Inspektor dan ke atas diminta memberi tabik hormat ketika nyanyian Lagu Negaraku.

(Nyanyian Lagu Negaraku )Lagu Negeri Selangor.(Nyanyian Lagu Negeri Selangor)--------------Nyanyian lagu negaraku dan negeri selangor selesai-------------Hadirin dipersilakan duduk.KATA ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS

Jajaran mengkudu diselang bidara

Di celah angsana meredup di hutan

Awal bismillah pembuka bicara

Majlis gemilang kita raikan

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Satu Malaysia

Yang Dihormati Inspektor General Tan Sri Dato Sri Khalid bin Abu Bakar,

Ketua Polis Negara;Yang Berbahagia Tn Hj Mohamad Salleh bin Kassim

Timbalan Pengarah,

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor;(wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor)

Yang Dihormati Commissioner Police Dato Acryl Sani b Haji Abdullah Sani,

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti

Yang Dihormati Senior Deputy Commissioner Police Dato Abdul Samah bin Haji Mat, Ketua Polis Negeri Selangor;

Yang Dihormati Dato Ramli bin Haji Din,

Setiausaha Polis Malaysia

Yang Berbahagia Encik Mohamad Hazli bin HassanPenolong Pegawai Pendidikan, Pengurusan Sekolah,

Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana

Yang Berusaha Puan Hajah Aisah Binti Sidan,

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong;

Yang Berbahagia Dato Hjh Rozana bt Dato Hj RahmatYang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong;Yang Berbahagia Pengetua SMK Shah Alam dan SMK TTDI Jaya,

Serta Guru besar SK Bukit Jelutong dan SK TTDI Jaya

Yang Dihormati Dato-dato, Tuan-tuan, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah Kontinjen Polis Selangor;

Seterusnya, para pentadbir, Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Barisan Jemaah guru, wakil media, Dato-Dato, Datin-Datin, para ibubapa serta para pelajar penerima anugerah yang dikasihi sekalian.Sayang kumbang mencari makan,

Terbang seiring di tepi kali,

Selamat datang kami ucapkan,

Moga diiring restu Ilahi

Dari Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong, majlis terlebih dahulu ingin mengalu-alukan kehadiran Yang Dihormati Inspektor General Tan Sri Dato Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan hadirin sekalian ke MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT JELUTONG 2015, yang bertemakan DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN.

Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama berkumpul pada pagi yang berbahagia ini.

Untuk makluman hadirin sekalian,

Majlis yang gilang gemilang ini diadakan untuk menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar yang telah menunjukkan kesungguhan dalam pelbagai bidang akademik. Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ia menjadi tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam diri setiap pelajar.

HARYATIJIHAN

(8)

BACAAN DOARamai tetamu bermadah puisi,Kata bertuan tanda berbahasa,Selamat bertemu di Majlis Anugerah Cemerlang ini,Semoga tuan puan selamat sejahtera.

Bunga mawar cantik tersemat

Dipetik gadis di tepian titi

Doa dibaca memohon rahmat

Semoga majlis sentiasa diberkatiSebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, moleklah kiranya kita menadah tangan memohon limpah dan rahmatNya.Bagi memberkati majlis kita pada pagi yang berbahagia ini, majlis mempersilakan saudara Ahmad Farhan bin Anuar Sidek, tingkatan 5 Sigma untuk memimpin bacaan doa.

---------------Bacaan doa selesai ------------------Aamiiin-aamiiin ya rabbal aalamin. Majlis merakamkankan jutaan terima kasih kepada saudara Ahmad Farhan bin Anuar Sidek kerana telah memimpin bacaan doa itu tadi.

HARYATI

(9)UCAPAN ALUAN PENGETUADi sini ada putera puteri yang mendaulatkan bangsa

Di sini ada ibu bapa yang prihatin penuh di jiwa

Di sini ada pendidik yang tidak pernah kenal erti putus asa

Di sini ada pengetua yang berjasa

Di sini ada pemimpin yang berjiwa mulia

Indah nian pucuk bidara

Indah lagi bunga setanggi

Ucapan puan penerus bicara

Silakan bonda yang kami sayangiBagi membuka tirai majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Puan Hajah Aisah Bt Sidan, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong untuk menyampaikan ucapan alu-aluan, dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Ucapan Pengetua di rostrum) ---------------------Ucapan Pengetua tamat-----------------Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Hjh Aisah Bt Sidan, atas ucapan yang penuh bermakna itu tadi.

JIHAN

(10)

UCAPAN PERASMIAN

VIPKalau tuan pikat kenariJangan patahkan batang jeramKepada tuan mandat diberiMohon disempurnakan majlis kamiOleh itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Dihormati Inspektor General Tan Sri Dato Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang 2015 Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong. Dipersilakan.(Tan Sri diiringi ke rostrum di atas pentas)(Pelajar naik pentas menyerahkan teks ucapan kpd Tan Sri)

(Selesai ucapan, pelajar naik pentas mengambil semula teks ucapan & pengacara minta Tan Sri kekal di atas pentas)

Majlis mohon Yang Dihormati Inspektor General Tan Sri untuk kekal berada di atas pentas dan majlis mempersilakan Puan Hajjah Aisah binti Sidan, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong naik ke pentas untuk bersama-sama Yang Dihormati Inspector General Tan Sri untuk upacara seterusnya. Dipersilakan.

HARYATI

(11)GIMIK

PERASMIAN (Pengetua naik ke pentas.)Marilah sama-sama kita berikan tumpuan ke pentas utama untuk upacara gimik perasmian.

-----------------------gimik selesai-------------------------

Demikianlah tadi gimik perasmian persembahan multimedia. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati Inspektor General Tan Sri Dato Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara atas ucapan dan penyempurnaan majlis perasmian itu tadi.(CUE : YDH IG TAN SRI DAN PUAN PENGETUA TURUN DARI

PENTAS)Untuk makluman hadirin sekalian, persembahan multimedia yang telah kita saksikan tadi mempamerkan kejayaan dan aktiviti yang telah dijalankan oleh sekolah dengan kerjasama pihak polis bertepatan dengan tema Polis dan masyarakat berpisah tiada.Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd. Naim bin A Rahim, Puan Suraya binti Hashim, yang merupakan guru-guru Teknologi Maklumat Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong; serta Encik Saufi bin Omar dan Encik Mohd. Razif bin Shuaib yang merupakan kakitangan Sekolah, yang telah menyediakan persembahan gimik multimedia itu tadi.

JIHANHARYATI

(12)PERSEMBAHAN 1

DEKLAMASI

SAJAKSeloka bukan sebarang selokaSeloka pantun kiasan diriMajlis kini berehat seketikaSaksikan wadah istimewa iniMajlis pada pagi ini akan diserikan dengan persembahan Deklamasi Sajak. Kita perdengarkan Deklamasi Sajakl Negeri Ini Anak karya Marsli N O, yang akan dideklamasikan oleh Liew Fee Nyii, Ainoor Qaiesya dan Ranusha serta nyanyian syair oleh Nur Najwa Salwanie. ---------------------Deklamasi sajak dan syair selesai-----------------Demikian tadi persembahan Deklamasi sajak dan nyanyian syair di bawah pimpinan Pn Rositah binti Ibrahim. Untuk makluman, Pn Rositah merupakan guru Pendidikan Seni Visual terlibat dengan beberapa penerbitan buku puisi dengan Kumpulan Puisi Perseorangan berjudul, Bunga Di Atas Meja terbitan Institut Terjemahan Buku Negara. Pada disember tahun lepas, beliau dipilih mewakili negara dalam Penerbitan Puisi Penyair Wanita usahasama Malaysia-Indonesia yang dilancarkan di Jakarta.

JIHANHARYATI

(13)PENYAMPAIAN

SIJIL ANUGERAH 1

PENOLONG PPDdiiringi PK PTG

PENYAMPAIAN SIJIL DAN ANUGERAH I OLEH ENCIK MOHAMAD HAZLI BIN HASSAN (PEN. PPD PP)Hadirin sekalian,

Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan, iaitu acara Penyampaian Sijil Dan Anugerah Cemerlang 2015. Justeru dengan penuh takzim, majlis mempersilakan Yang berbahagia Encik Mohamad Hazli Bin Hassan Penolong Pegawai Pendidikan, Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana diiringi oleh Puan Sharifah binti Sarham, Penolong Kanan Petang Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong tampil ke atas pentas untuk menyempurnakan upacara penyampaian sijil dan anugerah ini.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(QUE : ENCIK MOHD HAZLI BIN HASSAN DAN PN SHARIFAH BERADA DI ATAS PENTAS)

Untuk makluman hadirin, penyampaian sijil dan anugerah sesi pertama ini diberikan kepada pelajar yang mendapat 3 kedudukan terbaik dalam tingkatan masing-masing dan terbik mengikut mata pelajaran.Upacara penyampaian sijil dan anugerah cemerlang 2015 dimulakan dengan. (rujuk senarai penerima)14. ANUGERAH KEDUDUKAN TERBAIK DALAM TINGKATAN 1 (HARYATI)15. ANUGERAH KEDUDUKAN TERBAIK DALAM TINGKATAN 2 (JIHAN)16. ANUGERAH KEDUDUKAN TERBAIK DALAM TINGKATAN 4 (HARYATI)17. ANUGERAH PELAJAR TERBAIK MENGIKUT MATA PELAJARAN TINGKATAN 4 (JIHAN)(CUE : PENYAMPAIAN ANUGERAH TAMAT)Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Mohamad Hazli Bin Hassan , atas penyampaian sijil dan anugerah itu tadi. Tahniah dan syabas kepada para penerima.

JIHAN

HaryatiHARYATI

(18)PERSEMBAHAN 2TARIAN

1 MALAYSIAPERSEMBAHAN II TARIAN 1 MALAYSIAHadirin sekalian,

Segak bergaya aduka teruna

cantik berdandan si dara jelita

Irama diikut tarinya sama

Kumpulan tarian 1 malaysia, menghiburkan semua

Majlis berhenti rehat seketika dan akan diteruskan dengan persembahan tarian 1 Malaysia, lambang kepelbagaian budaya etnik Melayu, Cina dan India, Dipersilakan.

-----------------------Tarian 1 MaLaysia selesai -------------------------

Demikian tadi dimulakan dengan langkah penuh gemalai,

disusuli pula dengan aturan langkah tari bertenaga

mengiringi latar lagu pelbagai budayaSatu tepukan gemuruh untuk kumpulan Tarian 1 Malaysia SMKBJ di bawah pimpinan 3 orang guru iaitu Pn Thamilselvi, Pn Puvaneswari, Cik Anna Abraham dengan gandingan En Mohd Zulhafiz b Mohd Zubir, Jurulatih Kesenian Kebangsaan. Terima kasih diucapkan.

HARYATI JIHAN

PENYAMPAIAN

SIJIL ANUGERAH IITN HJ MOHD SALLEH BIN KASSIM

Diiringi PK

PENYAMPAIAN SIJIL DAN ANUGERAH II OLEH TN HJ MOHD SALLEH BIN KASSIM (TP, JPNS)Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Sijil dan Anugerah Cemerlang 2015 bagi sesi kedua.

Justeru Majlis dengan penuh takzim mempersilakan wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Yang Berbahagia , Tn Hj Mohd Salleh bin Kassim,Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor diiringi oleh Yg Berusaha Puan Badariatul Jamal binti Hasnan, Penolong Kanan Akademik, Sekolah Menengah Kebansaan Bukit Jelutong naik ke pentas bagi menyempurnakan upacara penyampaian sijil dan anugerah cemerlang seterusnya.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(QUE : TN HJ MOHD. SALEH DAN PN BADARIATUL JAMAL BERADA DI ATAS PENTAS)

Upacara dimulakan dengan penyampaian sijil dan anugerah cemerlang19. ANUGERAH PELAJAR TERBAIK MENGIKUT MATA

PELAJARAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT 3) 2014Dipersilakan pelajar terbaik mengikut mata pelajaran Pentaksiran Tingkatan 3 bagi mata pelajaran..(rujuk lampiran senarai penerima)20. ANUGERAH PELAJAR TERBAIK MENGIKUT MATA PELAJARAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2014

Dipersilakan pelajar terbaik mengikut mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia 2014 bagi mata pelajaran..(rujuk lampiran senarai penerima)21. ANUGERAH PANITIA CEMERLANG SIJIL PELAJARAN

MALAYSIA 2014.

Untuk makluman hadirin, Anugerah Panitia Cemerlang bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014 dianugerahkan kepada ketua-ketua panitia mewakili ahli-ahli panitia masing-masing kerana telah mencapai peningkatan dalam peratusan lulus keseluruhan dan peningkatan dalam Gred Purata Mata Pelajaran (CGPA).

Dengan ini dipersilakan Ketua Panitia .(rujuk lampiran senarai penerima)

(CUE: PENYAMPAIAN ANUGERAH TAMAT)Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada yang berbahagia Tn Hj Mohd Salleh bin Kassim, atas penyampaian sijil dan anugerah cemerlang itu tadi. Tahniah dan syabas kepada para penerima.

HARYATIJIHAN

HARYATI

JIHAN

HARYATI

(22)

PERSEMBAHAN 3

TARIAN

ENDANGHadirin sekalian,

Adat tuan adat berserah

Mari datang membawa puan

Adat bersirih adat sejarah

Untuk tuan kami sembahkan

Majlis akan berhenti rehat sebentar dan para hadirin akan dihiburkan dengan persembahan Tarian Endang murid-murid SMKBJ. Dipersilakan.(CUE: TARIAN ENDANG SELESAI)Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas persembahan yang begitu menarik dan menghiburkan sebentar tadi.Tarian itu tadi telah dibimbing oleh gandingan Cik Noorhasreeza dan Pn Wan Nur Farihah guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong.

HARYATI JIHAN

PENYAMPAIAN

ANUGERAH

KHAS TOKOH

Oleh

KPN

Diiringi

PENGETUA

(23)ANUGERAH LONJAKAN PERDANAPENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS OLEH KPN

Hadirin yang dihormati,Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, dibalas dengan air mata gembira, hati nan terharu, demikian sejuk kandungan ibu, sejarah diri kini dilakar. Hilang segala penat jerih, guru kini mampu tersenyum, sekolah perkasa murid berjasa, wawasan kerajaan sudah terukir, cemerlang, gemilang dan terbilang bukan kepalang.

Kini tibalah saat yang dinantikan iaitu Penyampaian Sijil Dan Anugerah Khas, Majlis Anugerah Cemerlang 2015. Bagi menyempurnakan tujuan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yg Dihormati Inspektor General Tan Sri Dato Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara diiringi oleh Yg Berusaha Pn Hjh Aisah Bt Sidan, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong dan Yang Berbahagia , Tn Hj Mohd Salleh bin Kassim,Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah kepada para penerima.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis penyampaian sijil dan anugerah dimulakan dengan ANUGERAH LONJAKAN PERDANAAnugerah ini di berikan kepada Panitia yang telah menunjukkan pencapaian yang sangat cemerlang dalam mengekalkan kelulusan 100 peratus dan peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran daripada 3.33 kepada 0.65 iaitu peningkatan sebanyak 2.68 mata.

Justeru ANUGERAH LONJAKAN PERDANA ini dianugerahkan kepada Puan Ranjithamalar A/P Kumar, selaku Ketua Panitia English For Science and Technology (EST)atas pencapian cemerlng yang ditunjukkan. Dipersilakan.

HARYATI

JIHAN

HARYATI

(24)ANUGERAH CEMERLANG SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014(25)

ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK ALIRAN SAINS 2014Seterusnya, penyampaian SIJIL DAN ANUGERAH CEMERLANG SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014.

Anugerah ini diberikan kepada para pelajar yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dan membanggakan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014 baru-baru ini dengan mencapai keputusan 9 A.Dipersilakan..(rujuk lampiran)

Seterusnya, upacara penyampaian Sijil Dan Anugerah PENCAPAIAN TERBAIK ALIRAN SAINS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014.Dengan ini, majlis dengan sukacitanya menganugerahkan Pencapaian Terbaik Aliran Sains Sijil Pelajaran Malaysia 2014 kepada Mohamed Nazhan bin Mohamed Nazir yang telah berjaya memperolehi 9A+. Untuk makluman para hadirin, Mohamed Nazhan tidak dapat hadir ke majlis pada pagi ini kerana perlu menghadiri temuduga biasiswa MARA di Banting . Dengan ini dipersilakan ibu kepada Mohamed Nazhan, Profesor Madya Doktor Tajunnisa' binti Mohd. Iqbal untuk menerima sijil dan anugerah. Tahniah diucapkan.

JIHAN

HARYATI

(26)

ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK ALIRAN KEMANUSIAAN 2014Majlis diteruskan pula dengan upacara penyampaian Sijil Dan Anugerah PENCAPAIAN TERBAIK ALIRAN KEMANUSIAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014.Dengan ini, majlis dengan sukacitanya menganugerahkan Pencapaian Terbaik Aliran Kemanusiaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014 kepada Nurul Shahirah binti Shaifful Anuar yang telah berjaya memperolehi 3A+, 3A dan 2 A-. Dipersilakan penerima anugerah diiringi kedua-dua ibu bapa naik ke pentas menerima anugerah. Tahniah diucapkan.

JIHAN

3 ANUGERAH KHAS TERTINGGI (27)ANUGERAH

TUNAS

KEPIMPINAN

(28)ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN

(29)ANUGERAH PELAJAR TERBAIK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014.CENDERAMATA VIP

Hadirin sekalian, kini tibalah masa kita ke acara kemuncak Penyampaian Sijil Dan Anugerah Khas, Majlis Anugerah Cemerlang 2015 iaitu penyampaian 3 anugerah tertinggi pada pagi ini.Di mulakan dengan

1. ANUGERAH TUNAS KEPIMPINANIzinkan saya membacakan biodata penerima anugerah ini.

(CUE : BIODATA SELESAI DIBACAKAN)Majlis dengan bangganya menganugerahkan ANUGERAH TUNAS KEPIMPINAN, MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2015 KEPADA ..

OOI ZHONG MIN. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Ooi Zhong Min bersama kedua-dua ibu bapa untuk menerima anugerah.__________________________________________________Seterusnya penyampaian2. ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN Anugerah Tokoh kepimpinan diberikan kepada pelajar yang mempunyai sifat kepimpinan, berwibawa, berdisiplin, dan sentiasa disenangi oleh guru-guru. Seterusnya saya akan bacakan biodata tokoh kepimpinan pelajar. (CUE : BIODATA SELESAI DIBACAKAN)Majlis dengan bangganya menganugerahkan ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN, MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2015 KEPADA ..MOHAMED NAZHAN BIN MOHAMED NAZIR. Justeru majlis mempersilakan Profesor Madya Doktor Tajunnisa' binti Mohd. Iqbal, ibu kepada Mohamed Nazhan naik ke pentas untuk menerima anugerah. Dipersilakan.

__________________________________________________3. ANUGERAH PELAJAR TERBAIK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014.Penerima tokoh akademik pula diberikan kepada pelajar yang memperolehi keputusan terbaik dan cemerlang dalam peperiksaan spm 2014. Berikut dibacakan biodata pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia 2014.. (CUE : BIODATA SELESAI DIBACAKAN)Majlis dengan bangga dan sukacitanya menganugerahkan ANUGERAH PELAJAR TERBAIK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014, MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2014, KEPADA SARAH BINTI MOHAMED ARSHAD ADAM yang telah memperolehi 9A+ dan 1A. Untuk makluman para hadirin, Sarah juga tidak dapat bersama kita pada pagi ini kerana perlu berada di Banting, Selangor untuk menghadiri temuduga biasiswa MARA. Justeru, majlis mempersilakan Saudari Sarah Azureen binti Azhar, Kakak kepada Sarah untuk naik ke pentas menerima anugerah. Dipersilakan.

(CUE : SELESAI PENYAMPAIAN ANUGERAH)Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kesudian Yg Dihormati Inspektor General Tan Sri Dato Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara atas penyempurnaan majlis penyampaian anugerah sebentar tadi. Sebagai penghargaan dan tanda kasih pihak sekolah, majlis mempersilakan Yg Berusaha Pn Hjh Aisah Bt Sidan, Pengetua SMKBJ untuk menyampaikan cenderamata kenangan kepada Yg Dihormati Inspektor General Tan Sri Dato Sri Khalid bin Abu Bakar. Dipersilakan.Majlis juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan Gamelan sekolah yang telah mengiringi upacara penyampaian sijil dan anugerah sepanjang majlis berlangsung dengan bimbingan Pn Loo Lai Kuen. Untuk makluman, Pasukan Gamelan ini sering dijemput membuat persembahan luar terutama bagi Majlis-majlis Graduasi sekolah sejak 2010.

HARYATI JIHAN

HARYATI

JIHANHARYATI

PENUTUPSekalung tahniah kepada para penerima anugerah serta ayahanda bonda tercinta.

Itulah hasrat yang dicitakan,

berjuang kita tiada batasan,

walaupun ganjaran bukan taruhan,

hanya ikhlas menjadi sandaran,

anugerah diterima itulah ukuran,

menjadi perangsang di hari depan.

__________________________________________Dari jauh dan dekat tuan datang, hadiah dan anugerah sudah pun dipangkuan. Tahniah semua kami ucapkan. Anugerah diterima pemangkin kecemerlangan. Dengan berakhirnya penyampaian anugerah dan sijil itu tadi, maka berakhirlah sudah Majlis Anugerah Cemerlang 2015 Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong.Delima selasih indah tersingkap

Hantaran Bengkalis seri cahaya

Terima kasih tidak terungkap

Lantaran majlis lancar berjaya_______________________________________________Kami mewakili pihak sekolah, seisi jawatankuasa pelaksana merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:

1. Yang Dihormati Inspektor General Tan Sri Dato Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara;2. Timbalan Pengarah,Jabatan Pendidikan Negeri Selangor3. Yang Dihormati Commissioner Police, Senior Deputy Commissioner Police, Setiausaha Polis Malaysia4. Penolong Pegawai Pendidikan5. YDP PIBG, Pengetua-pengetua dan guru besar6. Yang Dihormati Dato-dato, Tuan-tuan, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah Kontinjen Polis Selangor;7. Tetamu-tetamu jemputan

8. Wakil-wakil media

9. Pihak JKR

10. Para ibu bapa

11. Pengusaha Kafe SMKBJ dan staf12. Jurugambar, juruaudio dan juga kepada seluruh warga kerja yang terdiri daripada guru-guru, murid-murid dan warga SMKBJ yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini.

Sebelum majlis melabuhkan tirainya, saya Jihan binti Jaafar,

dan saya Haryati binti Borham selaku pengacara pada malam ini memohon jutaan kemaafan andai tersalah kata terlebih bicara sepanjang majlis ini berlangsung. Moga diizin Allah kita ketemu lagi tahun hadapan.

Burung tekukur burung helang

Tidak sama terbang tinggi

Sekarang tetamu berangkat pulang

Bila pulak berjumpa lagi

Satu Sidang Media bersama Yg Dihormati Inspektor General Tan Sri Dato Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara akan dijalankan di Bilik Media.

Dengan itu majlis mempersilakan Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ketua Polis Negeri Selangor dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong mengiringi Yang Dihormati Tan Sri untuk menghadiri sidang media tersebut. Dipersilakan.

Majlis juga turut menjemput dif-dif kehormat dan tetamu jemputan yang lain untuk ke bilik jamuan untuk menikmati hidangan yang telah disediakan.Para ibu bapa dipersilakan melawat tapak pameran AMANITA yang disediakan di foyer sekolah.

Sekian wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum wbh..

---------------------------ALHAMDULILLAHTAMAT SUDAH----------------------

JIHAN

HARYATI

JIHAN

HARYATI

HARYATI JIHAN

(Rujuk Lampiran)

Pentas Utama

Meja VVIP

Meja Tetamu

(Rujuk Lampiran)

PAGE 2MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2015 SMKBJDisediakan oleh: Haryati Borham/Jihan Jaafar