Teks Kejohanan Olahraga Tahunan 2012 Sk Kuala Triang Terkini

9
TEKS KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2012 (A) Assalammualaikum dan Selamat datang kami ucapkan, kepada dif-dif jemputan dan hadirin yang dihormati sekalian, ke Kejohanan Olahraga SK Kuala Triang kali ke 26 bagi tahun 2012. Hadirin yang dihormati sekalian…….. Bagi menyerikan majlis pada pagi ini, upacara lintas hormat pasukan kontinjen-kontijen rumah sukan akan dimulakan…… Majlis dengan segala hormatnya, menjemput ENCIK AB MAJID BIN KASIM, YDP PIBG SK KUALA TRIANG dengan diiringi PUAN GURU BESAR, PUAN KELSOM BINTI HJ. MOHD SIDIN untuk tampil menerima tabik hormat. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…. ( LINTAS HORMAT DENGAN IRINGAN MUZIK…. ) (B)* Lintas hormat perbarisan didahului oleh MOHD. IDHAM ADLY BIN HARMIZAN selaku KETUA KONTIGEN SUKAN. Kontigen pertama yang memberikan LINTAS HORMAT pada hari ini ialah KONTIGEN RUMAH KUNING iaitu RUMAH TEMENGGUNG yang diketuai oleh AZAHARUDDIN BIN MUHAYIDDIN selaku pembawa bendera RUMAH KUNING. Kontigen seterusnya ialah KONTIGEN RUMAH BIRU iaitu RUMAH LAKSAMANA yang diketuai oleh MOHD. SYAFIK BIN MOHAMAD selaku pembawa bendera RUMAH BIRU. Kontijen yang terakhir merupakan KONTIGEN RUMAH MERAH iaitu RUMAH BENDAHARA yang diketuai oleh MOHD. ATIQ HASYIEMI BIN ABU ZAID selaku pembawa bendera RUMAH MERAH. (A)* Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada ENCIK AB MAJID BIN KASIM, YDP PIBG SK KUALA TRIANG atas 1

description

teks ucapan

Transcript of Teks Kejohanan Olahraga Tahunan 2012 Sk Kuala Triang Terkini

TEKS KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2010

TEKS KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2012(A) Assalammualaikum dan Selamat datang kami ucapkan, kepada dif-dif jemputan dan hadirin yang dihormati sekalian, ke Kejohanan Olahraga SK Kuala Triang kali ke 26 bagi tahun 2012.

Hadirin yang dihormati sekalian..

Bagi menyerikan majlis pada pagi ini, upacara lintas hormat pasukan kontinjen-kontijen rumah sukan akan dimulakanMajlis dengan segala hormatnya, menjemput ENCIK AB MAJID BIN KASIM, YDP PIBG SK KUALA TRIANG dengan diiringi PUAN GURU BESAR, PUAN KELSOM BINTI HJ. MOHD SIDIN untuk tampil menerima tabik hormat. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

( LINTAS HORMAT DENGAN IRINGAN MUZIK. )

(B)* Lintas hormat perbarisan didahului oleh MOHD. IDHAM ADLY BIN HARMIZAN selaku KETUA KONTIGEN SUKAN.

Kontigen pertama yang memberikan LINTAS HORMAT pada hari ini ialah KONTIGEN RUMAH KUNING iaitu RUMAH TEMENGGUNG yang diketuai oleh AZAHARUDDIN BIN MUHAYIDDIN selaku pembawa bendera RUMAH KUNING.Kontigen seterusnya ialah KONTIGEN RUMAH BIRU iaitu RUMAH LAKSAMANA yang diketuai oleh MOHD. SYAFIK BIN MOHAMAD selaku pembawa bendera RUMAH BIRU.Kontijen yang terakhir merupakan KONTIGEN RUMAH MERAH iaitu RUMAH BENDAHARA yang diketuai oleh MOHD. ATIQ HASYIEMI BIN ABU ZAID selaku pembawa bendera RUMAH MERAH.(A)* Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada ENCIK AB MAJID BIN KASIM, YDP PIBG SK KUALA TRIANG atas kesudian beliau menerima tabik hormat itu tadi. Terima kasih diucapkan.( Lintas hormat tamat, kontinjen di tengah padang )BUNGA MAWAR CANTIK TERSEMAT,

DIPETIK GADIS DITEPI TITI,

DOA DIBACA MEMOHON RAHMAT,

SEMOGA MAJLIS SENTIASA DIBERKATI.

* Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh USTAZ MAZHA BIN MUSTAFAR. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.( Selesai bacaan doa )

* Amin Ya Rabbal Alamin,Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada USTAZ MAZHA BIN MUSTAFAR di atas bacaan doa itu tadi.

(B) Sebentar lagi kita akan menyanyikan LAGU NEGARAKU para hadirin diminta berdiri..

( IRAMA LAGU NEGARAKU )Para hadirin sekalian majlis diteruskan dengan upacara pembacaan IKRAR KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN yang diketuai oleh MOHD. IDHAM ADLY BIN HARMIZAN dipersilakan.( UPACARA PEMBACAAN IKRAR )

Hadirin yang dihormati sekalianmajlis diteruskan dengan kontinjen-kontijen rumah sukan keluar padang.( IRINGAN MUZIK KELUAR BARIS )

**************ACARA SUKAN AKAN BERMULA ***************(A) Hadirin yang dihormati sekalian.

Acara akhir sukan sekolah akan bermula sebentar lagi. Kepada para peserta diminta bersedia. Kepada para pegawai sukan yang terlibat dapat kiranya mengambil tempat masing-masing kerana acara sukan akan dimulakan tidak berapa lama lagi.

* Acara pertama yang akan berlangsung sebentar lagi ialah acara ..

Diharap kepada penyelia dapat menyediakan para peserta di tempat permulaan sekarang.

******ACARA BERLANGSUNG MENGIKUT SUSUNAN ATURCARA******

( RUJUK ACARA YANG DIPERTANDINGKAN )

10.30 Pagi : REHAT

****** ACARA SUKANEKA DITERUSKAN********************** ACARA PERASMIAN PENUTUPAN******************(A) Mengumumkan, ketibaan YANG BERHORMAT ENCIK NOROL AZALI BIN SULAIMAN , AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI, KAWASAN GUAI.DARI RAUB KE PONTIAN,

TERUS PULA KE KUALA PERLIS,

HARAP SEMUA BERIKAN PERHATIAN,

MOHON SAYA MULAKAN MAJLIS.

**YANG BERHORMAT ENCIK NOROL AZALI BIN SULAIMAN, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI, KAWASAN GUAI.**YANG BERUSAHA PUAN KELSOM BINTI HJ. MOHD SIDIN, GURU BESAR SK KUALA TRIANG.**YANG BERUSAHA ENCIK AB MAJID BIN KASIM, YDP PIBG SK KUALA TRIANG,

**ENCIK ROSIDI BIN SULAIMAN, NYDP PIBG,

**ENCIK ABDUL RAHIM BIN WAHAB PPS, PJK, KETUA KAMPUNG KUALA TRIANG,

**ENCIK SAFIE BIN YAHYA, KETUA KAMPUNG SEBERANG GUAI,

DIF-DIF JEMPUTAN, GURU-GURU PENOLONG KANAN, GURU-GURU, AHLI-AHLI JAWATANKUASA PIBG, PARA IBUBAPA PENJAGA, DAN SETERUSNYA HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIKASIHI SEKALIAN.MELAYANG SERINDIT DI ATAS PERMATANG,MERBAH BERKICAU DIHUJUNG MUARA,

PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,

AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.

BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN OLAHRAGA SK KUALA TRIANG KALI KE 26.

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat illahi kerana dengan Taufik dan InayahNya; maka kita dapat bersama-sama berkumpul di padang yang indah dan permai ini bagi menjayakan Kejohanan Olahraga ke 26.(B) NURI BERKICAU DI HUJUNG PEKAN,

MEMBUAT SARANG DI TANAH RENDAH,

KEHADIRAN TUAN KAMI ALUKAN,

KECIL TAPAK TANGAN NYIRU KAMI TADAH.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YANG BERHORMAT ENCIK NOROL AZALI BIN SULAIMAN di atas kesudian untuk hadir ke sini bagi merasmikan PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA SK KUALA TRIANG KALI KE 26. Sesungguhnya, kami semua warga SK KUALA TRIANG amat berbesar hati menerima kunjungan YANG BERHORMAT pada hari ini.Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diserikan lagi dengan persembahan dari Pasukan Senamrobik Sekolah. Majlis dengan segala hormatnya . Dipersilakan

( PERSEMBAHAN SENAMROBIK )

Terima kasih kepada pasukan senamrobik sekolah yang telah memperlihatkan persembahan mereka. Untuk pengetahuan para hadirin sekalian.. Pasukan senamrobik sekolah ini adalah di bawah bimbingan dan tunjuk ajar CIKGU DARA RUGAYYAH BINTI RAMLI. **HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIKASIHI SEKALIAN,Bagi meneruskan acara, majlis mempersilakan YANG BERUSAHA PN. KELSOM BINTI HJ. MOHD SIDIN, GURU BESAR SK KUALA TRIANG, untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya( UCAPAN GURU BESAR )

** Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada PUAN KELSOM BINTI HJ. MOHD SIDIN atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

(A) TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN

SENYUM MANIS TIDAK TERPERI,IMPIAN TERUNA SI PUTERI BUNIAN,SEPATAH KATA AMAT BERERTI,

KINI MASA SAAT PERASMIAN.

** Tibalah kita ke majlis yang dinanti-nantikan, iaitu mendengar ucapan daripada tetamu kehormat kita. Dengan ini, majlis mempersilakan YANG BERHORMAT ENCIK NOROL AZALI BIN SULAIMAN untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan Kejohanan Olahraga SK Kuala Triang kali ke 26. Dipersilakan.. BUAH LONGAN BELI SEKATI,

BELI BERSAMA BUAH BERANGAN,

PESANMU YB KAMI INGATI,

JADI AZIMAT BUAT PEGANGAN.

** Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada YANG BERHORMAT ENCIK NOROL AZALI BIN SULAIMAN, ADUN GUAI atas ucapan dan perasmian penutupan itu tadi.

(B) Bagi meneruskan acara, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan YANG BERHORMAT ENCIK NOROL AZALI BIN SULAIMAN diiringi PUAN GURU BESAR SK KUALA TRIANG, PN. KELSOM BINTI HJ. MOHD SIDIN untuk menyampaikan HADIAH KEPADA PARA PEMENANG. Dipersilakan,;***Hadiah bagi OLAHRAGAWAN HARAPAN di anugerahkan kepada

.. dari RUMAH ..

***Manakala Hadiah bagi OLAHRAGAWATI HARAPAN pula dianugerahkan kepada

dari RUMAH .

*** Seterusnya adalah hadiah bagi OLAHRAGAWAN dianugerahkan kepada

dari RUMAH.

***Manakala hadiah bagi OLAHRAGAWATI dianugerahkan kepada

dari RUMAH.

***Seterusnya adalah PENYAMPAIAN HADIAH JOHAN KESELURUHAN RUMAH SUKAN SK KUALA TRIANG KALI KE 26..

( DIUMUMKAN OLEH SETIAUSAHA SUKAN CIKGU WAN AZIZAN )***Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga di atas kesudian YANG BERHORMAT ENCIK NOROL AZALI BIN SULAIMAN, ADUN GUAI merasmikan Kejohanan Olahraga SK KUALA TRIANG Kali ke 26 ini, dipersilakan PUAN GURU BESAR SK KUALA TRIANG untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan. Jutaan Terima Kasih di ucapkan.

AKHIR KEJOHANAN OLAHRAGA PENUTUP

Dengan berakhirnya acara penyampaian anugerah Kejohanan Olahraga itu tadi, saya selaku wakil jawatankuasa pengelola Kejohanan Olahraga SK KUALA TRIANG kali ke 26/2012 memohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan dan kecacatan dalam menjayakan kejohanan ini.

Diharap kita dipanjangkan umur dan dapat berjumpa lagi dikejohanan olahraga ke 27 pada tahun hadapan. Insyallah. Sampai jumpa lagi. Sekian W.salam.SENARAI NAMA VVIP BAGI MENYAMPAIKAN HADIAH KEJOHANAN1) YANG BERHORMAT ENCIK NOROL AZALI BIN SULAIMAN, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI, KAWASAN GUAI.

2) PUAN KELSOM BINTI HJ. MOHD SIDIN, GURU BESAR SK KUALA TRIANG.

3) ENCIK AB MAJID BIN KASIM, YDP PIBG SK KUALA TRIANG,

ENCIK ROSIDI BIN SULAIMAN, NYDP PIBG,

4) ENCIK ABDUL RAHIM BIN WAHAB PPS, PJK, KETUA KAMPUNG KUALA TRIANG,

5) ENCIK SAFIE BIN YAHYA, KETUA KAMPUNG SEBERANG GUAI,

6) Guru Penolong Kanan Pentadbiran,Pn. Faridah Binti Daud7) Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Nor Hazilah Binti Jani8) Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Siti Surih@Ramlah Binti Suanda9) ..10) .

11) ..

12)

13) .

14) ..

15) ..

16) ..

17)

18)

19) .

20) *********Untuk menyampaikan hadiah bagi acara Dijemput Dengan di iringi oleh ..Untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Tempat ketiga dimenangi oleh dari rumah

Tempat kedua dimenangi oleh dari rumah

Dan Tempat pertama dimenangi oleh dari rumah

Tahniah diucapkan kepada pemenang.

Terima kasih diucapkan kepada . kerana sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang. Sebagai tanda terima kasih dipersilakan untuk menyampaikan cenderamata kepada . ..

PAGE 7