Teks Kejohanan Padang Dan Balapan 2015 Kali Ke 34

download Teks Kejohanan Padang Dan Balapan 2015 Kali Ke 34

of 17

description

teks pegacara majlis

Transcript of Teks Kejohanan Padang Dan Balapan 2015 Kali Ke 34

SUSUNKATA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANGSEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADUKA TUAN KALI KE 34TAHUN 2015Mengumumkan Ketibaan Tetamu Kehormat Majlis En. Ee Hua Siew, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru diiringi oleh En. Balakrishnan A/L Appukuttan Nair, Pengetua SMK Paduka Tuan, serta para pentadbir...

(TETAMU KEHORMAT DUDUK)

(TUNGGU SEHINGGA KOMPANG BERHENTI)

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Yang Berbahagia,

En. Ee Hua Siew, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Paduka Tuan,Yang Berusaha,

En. Balakrishnan A/L Appukuttan Nair, Pengetua SMK Paduka TuanYang dihormati,Guru-guru penolong kanan, guru-guru kanan mata pelajaran, guru-guru, para ibu bapa serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Pihak majlis mengalu-alukan kedatangan Yang Berbahagia, tuan-tuan, dan puan-puan ke Majlis Kejohanan Balapan dan Padang SMK Paduka Tuan kali ke 34 tahun 2015 pada pagi ini.

Indah berbalam si awan petang,Berarak di celah pepohon ara;Pemanis kalam selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara.

Hadirin yang dihormati, pembuka majlis pada pagi ini akan dimulakan dengan perbarisan lintas hormat.

(Tunggu sehingga Pasukan Pancaragam berada di selekoh)

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, En. Balakrishnan A/L Appukuttan Nair, mengiringi En. Ee Hua Siew untuk menerima tabik hormat daripada kontingen-kontingen rumah sukan dan unit-unit beruniform yang mengambil bahagian dalam kejohanan balapan dan padang pada tahun ini.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Hadirin sekalian.

Perbarisan lintas hormat ini didahului oleh Pasukan Pancaragam SMK Paduka Tuan seramai 54 orang ahli, dipimpin oleh Drum Mejar Sia Seng Hang.Pasukan ini adalah dibawah bimbingan Pn. Ng Poy Hwa.

Perbarisan lintas hormat pada pagi ini diketuai oleh ketua perbarisan, Saudara Lee Chi Poh, diikuti pembaca ikrar kejohanan, Saudara Luckneshwaran A/L Chandran dan Saudara Sathishwaren A/L Jeganathan selaku Ketua Pelajar SMK Paduka Tuan. Diikuti di belakangnya ialah ahli-ahli pengakap remaja yang membawa bendera kejohanan.

Pembawa-pembawa bendera Malaysia dan bendera negeri Johor, yang sedang memberi lintas hormat sekarang ini adalah seramai 48 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 3 SMK Paduka Tuan.Seterusnya, adalah pembawa-pembawa bendera warna warni bagi rumah-rumah sukan yang bertanding.

Didahului dengan pembawa-pembawa bendera warna Biru yang mewakili Rumah Nilam.

Diikuti dibelakangnya ialah pembawa-pembawa bendera warna Merah yang mewakili Rumah Delima Seterusnya, pembawa-pembawa bendera warna Kuning yang mewakili Rumah TopazDan pembawa-pembawa bendera warna. Hijau yang mewakili Rumah Zamrud.

Perbarisan lintas hormat diteruskan dengan kontingen-kontigen rumah sukan. Dengan hayunan bersemangat ahli-ahlinya, kontigen yang melangkah di hadapan sekarang adalah kontigen rumah sukan NILAM seramai 27 orang, kontingen ini diketuai oleh Saudara Mohd. Arham B. Mustafa.Menyusul di belakangnya ialah kontigen rumah sukan ZAMRUD seramai 27 orang ahli yang diketuai oleh Ahmad Fauzan B. Bacok.Diikuti di belakangnya adalah kontigen dari rumah sukan TOPAZ seramai 27 orang ahli yang diketuai oleh ..Seterusnya adalah kontigen dari rumah sukan DELIMA yang diketuai oleh Saudara Aidil Akmal B. Ismail. Kontigen ini terdiri daripada 27 orang ahli.

Hadirin sekalian.

Melangkah segak di tengah padang sekarang, adalah kontingen Pendidikan Khas SMK Paduka Tuan, dengan ahli-ahlinya seramai 40 orang. kontingen ini dipimpin oleh Mohd Farid B. Abdul Rahman.

Hadirin sekalian,

Kontigen yang melintas di hadapan astaka sekarang adalah kontigen-kontigen unit beruniform yang didahului oleh unit KADET POLIS dengan ahli-ahlinya seramai 18 orang. Kontigen ini dipimpin oleh saudara Ong Thiam Lai.

Perbarisan lintas hormat diteruskan dengan kontingen Unit ST. JOHN AMBULANCE dengan hayunan bersemangat ahli-ahlinya seramai 24 orang, kontingen ini diketuai oleh saudara Low Ting Kuang.

Kontingen yang sedang melintas astaka sekarang ini ialah kontingen Unit PENGAKAP REMAJA dengan ahli-ahlinya seramai 18 orang. Kontingen ini dipimpin dengan penuh tanggungjawab oleh Saudara Ong Sze Guan.Ini diikuti dengan kontingen unit PERSATUAN BULAN SABIT MERAH. Unit ini terdiri daripada 18 orang ahli yang diketuai oleh saudara Nigel Bong.

Seterusnya, dibelakang menyusul adalah UNIT KADET REMAJA SEKOLAH seramai 18 orang ahli. Unit ini diketuai oleh Saudari Nurain Bt. Isnin.

Ini diikuti oleh Unit PANDU PUTERI seramai 24 orang ahli. Unit ini diketuai oleh saudari Bavani A/P Sundraraju.

Kontingen yang sedang melintas di astaka sekarang ialah Unit PUTERI ISLAM. Unit ini terdiri daripada 18 orang ahli yang diketuai oleh saudari Maizurah Bt. Majid.Hadirin sekalian,

Perbarisan pada pagi ini diakhiri dengan kontigen dari Unit KADET BOMBA. Melangkah segak 24 orang ahli, unit ini diketuai saudara Yoong Lee Siang.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia, kerana sudi menerima tabik hormat daripada kontigen-kontigen itu tadi..

(Tunggu sehingga semua habis masuk dan muzik berhenti )

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan para hadirin berdiri tegak untuk menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Johor dan Lagu Sekolah dengan iringan muzik daripada Pasukan Pancaragam SMK Paduka Tuan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

LAGU BANGSA JOHOR. LAGU NEGARAKU.

LAGU SEKOLAH

Pihak Majlis merakamkan ucapan terima kasih hadirin dipersilakan duduk..

(tunggu sehingga .. beri arahan Senang Diri)

Tetak buluh panjang sepuluh,Laksana dititing kias ibarat;Angkat tangan jemari sepuluh,Doa di pohon biar selamat.

Majlis diteruskan lagi, dengan menjemput ustaz Mohd. Saifussaleh B. Mohd Tahir untuk membacakan doa sempena Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Paduka Tuan Kali Ke 34 Tahun 2015.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Bunyi gendang 1 Kali,pelajar angkat tangan doa)

(bunyi gendang 1 Kali, pelajar turun tangan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ustaz Mohd. Saifussaleh B. Mohd Tahir atas bacaan doa sebentar tadi.

(arahan senang diri)

Emas tempawan buatmu puteri,Busana indah buat rupawan;Sudilah tuan tampilkan diri,Bersama madah kata aluan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Balakrishnan A/L Appukuttan Nair, Pengetua SMK Paduka Tuan untuk menyampaikan ucapan sempena Majlis Kejohanan Balapan dan Padang SMK Paduka Tuan kali ke 34 Tahun 2015.

Dengan segala Hormatnya Dipersilakan.Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas ucapan yang disampaikan .

Hadirin sekalin,

Sebagai pembuka tirai Kejohanan, Pihak Majlis dengan bangganya mempersilakan Tetamu Kehormat Majlis En. Ee Hua Siew, untuk menyampaikan ucapan seterusnya melangsungrasmikan Kejohanan Balapan dan Padang SMK Paduka Tuan kali yang ke 34 Tahun 2015.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Tunggu Bunyi Pancaragam dan paluan kompang baru ucapkan terima kasih)

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia, diatas kesudian meluangkan masa untuk hadir seterusnya merasmikan majlis Kejohanan Balapan dan Padang SMK Paduka Tuan kali ke 34 tahun 2015.

Jalan lengkok redup berkalis

Damba pedoman menyongsong arah

Ucapan Tuan merasmi majlis

Tanda kejohanan berlangsung meriah

Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera Kejohanan oleh ahli-ahli Pengakap Remaja. Diminta para hadirin berdiri.

(. bg arahan sedia)

(tunggu sehingga bendera naik dan beat terakhir drum)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Seterusnya Majlis dengan bangganya menjemput saudara Luckneshwaran A/L Chandran untuk mengetuai lafaz ikrar kejohanan Balapan dan Padang SMK Paduka Tuan Kali yang Ke 34 Tahun 2015. Dipersilakan ke hadapan.

***(BILA SEMUA DAH DI DEPAN)

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Balakrishnan A/L Appukuttan Nair, mengiringi En. Ee Hua Siew tampil ke hadapan astaka untuk menerima lafaz ikrar.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Pembaca ikrar akan lafaz ikrar)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia kerana sudi menerima lafaz ikrar itu tadi.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, pembaca ikrar kejohanan pada tahun ini iaitu saudara Luckneshwaran A/L Chandran dipilih berdasarkan pencapaian dan kejayaan yang telah dicapai dalam bidang sukan acara balapan dan padang. Potensi Saudara Luckneshwaran mula ditonjolkan dalam acara balapan dan padang ini semasa beliau di tingkatan 1 melalui kejayaan beliau mendapat emas dalam acara 100m dan 200m di MSSD dan tempat ke 3 dalam acara yang sama di MSSJ. Setahun demi setahun potensi beliau semakin menyinar dalam acara balapan dan padang apabila menghadiahkan banyak pingat kepada sekolah di peringkat daerah mahupun negeri dengan bimbingan guru-guru sukan. Pada tahun 2015 inilah merupakan kejayaan beliau yang terbaik apabila mendapat tempat kedua acara Hepthaloan di peringkat daerah dan juga negeri. Tahniah diucapkan.

Hadirin sekalian,

Bagi memeriahkan lagi kejohanan kita pada tahun ini, pihak majlis dengan sukacitanya menjemput Pasukan Taekwando SMK Paduka Tuan untuk membuat persembahan. Dipersilakan...

(TAEKWANDO BT PERSEMBAHAN)

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan taekwando.. sebagai makluman pasukan taekwando yang membuat persembahan sebentar tadi terdiri daripada 15 orang ahli di bawah pimpinan En. Chan Kin Seng. Pasukan ini telah mencapai pelbagai kejayaan termasuklah mendapat 5 emas, 4 perak dan 4 gangsa di kejohanan tertutup Taekwando di Yong Peng walaupun baru ditubuhkan pada tahun ini setelah 3 tahun dibubarkan. Tahniah diucapkan....

Sekarang, marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan daripada Pasukan Seni Silat SMK Paduka Tuan .

Dengan Segala Hormatnya Dipersilakan.

(SILAT BT PERSEMBAHAN)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pasukan Seni Silat....

Untuk makluman para hadirin, persembahan silat tadi diketuai oleh saudara Ahmad Zaki B. Razak yang disertai oleh 20 orang pelajar dibawah bimbingan Encik Doli Indra B. Surianto dan En. Abdul Azami B. Pon.

Pasukan Seni Silat ini sangat aktif menyertai pertandingan di peringkat Daerah dan mendapat johan keseluruhan selama 4 tahun berturut-turut. Pada tahun ini juga, sekolah telah menghantar wakil ke Pencak Silat Peringkat Negeri Johor. Persatuan Seni silat ini juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan termasuklah menerima undangan membuat persembahan di luar sekolah.

Seterusnya sebagai tanda penghargaan, Majlis dengan sukacitanya mempersilakan En. Balakrishnan A/L Appukuttan Nair untuk menyampaikan cenderamata kepada En. Ee Hua Siew.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Balakrishnan A/L Appukuttan Nair atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi.Seterusnya, upacara perbarisan keluar

Demikian tadi selesainya upacara Perasmian Majlis Kejohanan Balapan dan Padang SMK Paduka Tuan. Dengan ini bermulalah Temasya Sukan Kali Ke 34 Tahun 2015. Diminta pegawai-pegawai Kejohanan yang bertugas turun ke padang dan bersedia mengambil tempat masing-masing

Hadirin sekalian,Acara yang akan dimulakan sebentar lagi ialah acara 100 meter L13, L15 dan L18 akhir...Marilah kita sama-sama saksikan....Majlis dengan sukacitanya menjemput En. Balakrishnan A/L Appukuttan Nair mengiringi Tetamu Kehormat Majlis, .......................................................................................... untuk mengalungkan pingat kepada para pemenang.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Pemenang bagi acara 100m L13,Tempat ketiga dimenangi oleh:.

Naib Johan dimenangi oleh: .

Johan dimenangi oleh: ..

Pemenang bagi acara 100m L15,

Tempat ketiga dimenangi oleh:.

Naib Johan dimenangi oleh: .

Johan dimenangi oleh: ..

Pemenang bagi acara 100m L18,

Tempat ketiga dimenangi oleh:.

Naib Johan dimenangi oleh: .

Johan dimenangi oleh: ..

Terima kasih diucapkan kepada .. kerana sudi mengalungkan pingat kepada para pemenang. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

****Dengan itu, pihak majlis menjemput En. Balakrishnan A/L Appukuttan Nair mengiringi , Yang berbahagia dan tetamu-tetamu jemputan untuk menikmati jamuan. Dipersilakan...

Majlis Penutupan Kejohanan Padang dan Balapan kali ke 34 Tahun 2015Unit Pengakap Remaja dan Pancaragam, sila ambil tempat masing-masing. Ketua Kontigen rumah sukan sila bawa ahli-ahli rumah sukan berkumpul di hadapan astaka. Kita akan mulakan majlis penutupan sebentar lagi.Assalamualaikum dan selamat sejahtera ......

Yang Berusaha En. Balakrishnan A/L Appukuttan Nair, Pengetua SMK Paduka Tuan, Yang Dihormati,En. Ee Hua Siew, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru SMK Paduka Tuan,

Yang dihormati,

Tn. Hj. Md. Khidir B. Abdul Rahman, Guru Penolong Kanan SMK Paduka Tuan, En. Mohd Rubai B. Mokhtar, GPK HEM , Encik Md Murad Bin Md Lip, GPK KoKurikulum SMK Paduka Tuan, Pn. Aini Bt. Jebol, Guru Penolong Kanan Petang,

En. Chiong Yew Ming, Guru Penolong Kanan Tingkatan 6,

Tn. Hj. Anuar Halim B. Ismail, Guru Penolong Kanan Pend. Khas

guru-guru kanan mata pelajaran, guru-guru, para ibu bapa serta para pelajar yang dikasihi. Syukur Alhamdulilah kerana sampailah kita ke Majlis Penutupan Kejohanan Padang dan Balapan Sekolah Men. Keb Paduka Tuan kali ke 34 Tahun 2015.

Bagi memulakan majlis Penutupan Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Men. Keb Paduka Tuan, pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Balakrishnan A/L Appukuttan Nair, pengetua SMK Paduka Tuan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menutuprasmi Kejohanan Padang dan Balapan Sek. Men Keb Paduka Tuan kali ke 34 tahun 2015. Dengan hormatnya, dipersilakan...

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Balakrishnan A/L Appukuttan Nair atas kesudian menutuprasmi kejohanan pada tahun ini.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan piala pusingan kepada para pemenang.

Bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah, pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn. Hj. Md. Khider B. Ab Rahman, Guru Penolong Kanan SMK Paduka Tuan ke hadapan astaka untuk menyampaikan hadiah Pertandingan Perbarisan Unit Beruniform.. Dipersilakan..

Tempat ketiga Perbarisan unit beruniform dimenangi oleh unit

Naib Johan pula dimenangi oleh unit

Johan kategori Perbarisan Unit Beruniform Kejohanan Padang dan Balapan SMK Paduka Tuan kali ke 34 tahun 2015 dimenangi oleh unit..

Majis mengucapkan terima kasih kepada Tn. Hj. Md. Khider B. Ab Rahman kerana sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Tahniah diucapkan kepada para pemenang

Seterusnya majlis mempersilakan En. Ee Hua Siew, YDP PIBG SMK Paduka Tuan untuk menyampaikan hadiah bagi pertandingan perbarisan rumah-rumah sukan. dipersilakan..Tempat ke-4 dimenangi oleh rumah .

Tempat ke 3 dimenangi oleh rumah ..

Naib Johan dimenangi oleh rumah .

Johan pertandingan perbarisan rumah-rumah sukan dimenangi oleh rumahMajlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Ee Hua Siew atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang . Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Seterusnya, dengan segala hormatnya, majlis dengan ini, mempersilakan En. Balakrishnan A/L Apukuttan Nair, Pengetua SMK Paduka Tuan tampil ke hadapan astaka untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.. Dipersilakan.

Bagi pertandingan lumba basikal antara guru-guru rumah sukan,

Tempat ke 4 dimenangi oleh guru rumah sukan .......................................................

Tempat ke 3 dimenangi oleh rumah ..

Naib Johan dimenangi oleh rumah .

Johan pertandingan lumba basikal Antara guru-guru dimenangi oleh rumah sukan

Atlet terbaik bagi kategori P13 dimenangi oleh dari rumah.

Bagi kategori P15, atlet terbaik dimenangi oleh .dari rumah

Bagi kategori P18, atlet terbaik dimenangi oleh .dari rumah

Bagi kategori L13, atlet terbaik dimenangi oleh .dari rumah

Bagi kategori L15, atlet terbaik dimenangi oleh .dari rumah

Bagi kategori L18, atlet terbaik dimenangi oleh .dari rumah

Seterusnya adalah penyampaian piala pusingan bagi johan keseluruhan mengikut kategori,

Bagi kategori P13 dimenangi oleh rumah.

Bagi kategori P15, dimenangi oleh rumah

Bagi kategori P18, dimenangi oleh rumah

Bagi kategori L13, dimenangi oleh rumah

Bagi kategori L15, dimenangi oleh rumah

Bagi kategori L18, dimenangi oleh rumah

Seterusnya adalah bagi kategori lelaki keseluruhan terbaik, johan jatuh kepada rumah...........Manakala bagi kategori perempuan keseluruhan terbaik, johan jatuh kepada rumah.

Seterusnya, penyampaian piala pusingan dan piala iringan olahragawan dan olahragawati..

Olahragawan bagi Kejohanan Padang dan Balapan SMK Paduka Tuan kali ke 34 tahun 2015 jatuh kepada. .........................................Dari rumah...................Manakala, olahragawati bagi Kejohanan Padang dan Balapan SMK Paduka Tuan kali ke 34 tahun 2015 jatuh kepada. .....................................Dari rumah..............Inilah saat-saat yang kita sama2 nantikan, keputusan keseluruhan kedudukan rumah2 sukan dlm Kejohanan Padang dan Balapan Smk Paduka Tuan kali ke 34 tahun 2015..

Tempat keempat keseluruhan rumah sukan dengan jumlah mata sebanyak . jatuh kepada rumah....................................Tempat ketiga keseluruhan rumah sukan dengan jumlah mata sebanyak .jatuh kepada rumah.................................Naib Johan Keseluruhan rumah sukan dimenangi oleh rumah........dengan mendapat .

Johan Keseluruhan rumah sukan dengan mendapat mata sebanyak ..dimenangi oleh rumah.

Majlis merakamkan terima kasih kepada En. Balakrishnan A/L Appukuttan Nair atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Tahniah diucapkan kepada rumah... kepada yang tidak Berjaya pada tahun ini,teruskan usaha anda. Sekali gagal tidak bermakna gagal selamanya..

Sekarang tibalah masanya untuk Upacara Menurunkan Bendera Kejohanan. Diminta para hadirin berdiri.

Untuk itu majlis mempersilakan En.Md. Murad B. Md Lip, mengiringi En. Balakrishnan A/L Appukuttan Nair ke hadapan astaka untuk menerima bendera kejohanan.

Dipersilakan.

*** UPACARA MENERIMA BENDERA

Majlis merakamkan terima kasih.

Untuk mengakhiri majlis pada pagi ini, majlis mempersilakan para hadirin dan para pelajar berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku.

Majlis mengucapkan terima kasih. Majlis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pentadbir, pegawai-pegawai kejohanan, para guru, para peserta, tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin dan hadirat yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 34 tahun 2015 pada tahun ini. Di pihak kami pula, kami ingin memohon maaf segala kesilapan, keterlanjuran kata sepanjang mengendalikan majlis pada hari ini...

Dari Kedah ke pekan sari,Beli suasa di Kota Tinggi;Selesai sudah tugas diberi,Di lain masa bersua lagiSekian, terima kasih. Dengan ini majlis bersurai....

Dipersilakan .........................................................tampil ke hadapan astaka untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang

Bagi acara 100m P13, tempat ke3 dimenangi oleh rumah ..

Naib Johan jatuh kepada rumah

Johan dimenangi oleh rumah.

Seterusnya, Bagi acara 100m P 15, tempat ke3 dimenangi oleh rumah ..

Naib Johan jatuh kepada rumah

Johan dimenangi oleh rumah.

Bagi acara 100m P 18, tempat ke3 dimenangi oleh rumah ..

Naib Johan jatuh kepada rumah

Johan dimenangi oleh rumah.

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ..................................................... atas kesudian menyampaikan pingat sebentar tadi.

Dipersilakan pula .........................................................untuk tampil ke hadapan astaka bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Bagi acara 4x 400m L 13, tempat ke3 dimenangi oleh rumah ..

Naib Johan jatuh kepada rumah

Johan dimenangi oleh rumah.

Seterusnya, Bagi acara 4x 400 L 15, tempat ke3 dimenangi oleh rumah ..

Naib Johan jatuh kepada rumah

Johan dimenangi oleh rumah.

Bagi acara 4x 400 L18, tempat ke3 dimenangi oleh rumah ..

Naib Johan jatuh kepada rumah

Johan dimenangi oleh rumah.

Bagi acara 4 x 100m Pend Khas, Tempat ke 4 dimenangi oleh rumah ..................................

tempat ke3 dimenangi oleh rumah ..

Naib Johan jatuh kepada rumah

Johan dimenangi oleh rumah.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.................

Bagi acara sukaneka Pendidikan khas, Tempat ke 4 dimenangi oleh rumah ..................................

tempat ke3 dimenangi oleh rumah ..

Naib Johan jatuh kepada rumah

Johan dimenangi oleh rumah.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.................

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ..................................................... atas kesudian menyampaikan pingat sebentar tadi.

X perlu sebut