TEKS KHUTBAH - islam.gov.my · Nikmat keamanan dan keselamatan yang kita nikmati hari ini juga...

9
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN TEKS KHUTBAH Tajuk : ISLAM AGAMA KEAMANAN Tarikh Dibaca : 15 REJAB 1440H/ 22 MAC 2019M Disediakan oleh : Cawangan Khutbah Dan Latihan Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Transcript of TEKS KHUTBAH - islam.gov.my · Nikmat keamanan dan keselamatan yang kita nikmati hari ini juga...

Page 1: TEKS KHUTBAH - islam.gov.my · Nikmat keamanan dan keselamatan yang kita nikmati hari ini juga adalah jasa anggota keselamatan. Kita amat berterima kasih kepada Polis Di Raja Malaysia

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

ISLAM AGAMA KEAMANAN

Tarikh Dibaca :

15 REJAB 1440H/

22 MAC 2019M

Disediakan oleh :

Cawangan Khutbah Dan Latihan

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Page 2: TEKS KHUTBAH - islam.gov.my · Nikmat keamanan dan keselamatan yang kita nikmati hari ini juga adalah jasa anggota keselamatan. Kita amat berterima kasih kepada Polis Di Raja Malaysia

Khutbah Jumaat Islam Agama Kedamaian

1

ISLAM AGAMA KEDAMAIAN 22 Mac 2019M/ 15 Rejab 1440H

ه من ه، نحمده ونستعينه ونستغفره ونتوب إليه، ونعوذ بالل مد لل إن الح نا ومن ش نف ن رو رشدا. ه فهو المهتد ومن يضلل فلن تجد له ولي ا م عمالنا، من يهد الل ن سي ئات

دا عبده ن محم ن شهد ن يك له، و ا إله إلا الل ه وحده لا شر ن ل ن شهد هم ص ن لل وسوله، ا ل د وعلى آله وصحبه ومن دعا بدعوته إلى يوم الد ين. وسل م على نبي نا محم

تقوى الل ه وطاعته لعل وصيكم ونفسي ب قوا الل ه، و ا بعد، فيا عباد الل ه، ات م ن ون.ك م تفل

ڃ ڃ ڃ چ چ

ں ڻ ڻ ڻ ڻ ۀ ۀ ہہ ہ ہ ھ ھ

ھ ھ

Sidang jemaah yang dirahmati Allah,

Marilah kita tingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersegera

melakukan segala suruhan dan perintahNya serta menjauhi segala larangan

dan tegahanNya. Pasak diri dengan keimanan, perhiasi diri dengan ketaqwaan.

Mudah-mudahan kita dijauhkan oleh Allah SWT daripada azab seksaan api

neraka yang tidak terperi sakitnya.

Mimbar pada hari yang mulia ini akan membicarakan khutbah bertajuk: “Islam

Agama Kedamaian”.

Para tetamu Allah yang dikasihi,

Marilah kita mengambil iktibar dengan peristiwa hitam yang berlaku di Masjid

Al-Noor dan Masjid Linwood, Christchurch New Zealand baru-baru ini berpunca

daripada salah faham terhadap Islam. Sesungguhnya tindakan yang dilakukan

oleh pengganas tersebut sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sebagai

Page 3: TEKS KHUTBAH - islam.gov.my · Nikmat keamanan dan keselamatan yang kita nikmati hari ini juga adalah jasa anggota keselamatan. Kita amat berterima kasih kepada Polis Di Raja Malaysia

Khutbah Jumaat Islam Agama Kedamaian

2

muslim yang saling bersaudara, inilah masanya kita menzahirkan keprihatinan,

kebersamaan dan solidariti. Sesungguhnya Allah SWT sahaja yang

mengetahui hikmah di sebalik peristiwa hitam ini.

Islam terbukti membawa kedamaian kerana perintah Allah yang banyak di

dalam al-Quran menganjurkan kedamaian, larangan menumpahkan darah

tanpa hak, tidak memaksa orang bukan Muslim memeluk Islam setelah

disampaikan mesej Islam kepada mereka bahkan Islam mengajar kita supaya

berhikmah dalam berdakwah. Justeru, memelihara kedamaian adalah

sebahagian daripada tujuan penciptaan manusia sebagaimana ajaran Islam.

Allah SWT berfirman di dalam surah al-Anfal ayat 61:

جب حب خب مب ىب يئی ی ی ی جئ حئ مئ ىئ

Bermaksud : “Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian,

maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah

kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah SWT kerana Negara Malaysia

aman, damai dan harmoni. Kita dapat menikmati kemakmuran dan keselesaan.

Kerajaan sentiasa berusaha memastikan kemakmuran dan keamanan Negara

sentiasa terpelihara. Sesungguhnya Islam agama yang mencintai kedamaian.

Islam melarang umatnya melakukan kerosakan, kejahatan, kemungkaran,

kekerasan, kezaliman dan sebagainya. Islam menolak apa jua gerakan

pelampau yang menggunakan kekerasan, pembunuhan dan peperangan

sehingga menggugat keamanan Negara mahupun dunia. Justeru, sebagai

umat Islam yang cintakan keharmonian dan keamanan, janganlah kita terlalu

mudah mengambil sebarang tindakan sebagai balasan terhadap perbuatan

Page 4: TEKS KHUTBAH - islam.gov.my · Nikmat keamanan dan keselamatan yang kita nikmati hari ini juga adalah jasa anggota keselamatan. Kita amat berterima kasih kepada Polis Di Raja Malaysia

Khutbah Jumaat Islam Agama Kedamaian

3

jahat orang bukan Islam yang kelak hanya akan mendatangkan kemudaratan.

Ingatlah, perbuatan tersebut tidak akan dapat memberi apa-apa kebaikan,

bahkan mengundang sikap benci, fitnah-menfitnah serta prasangka yang

berpanjangan.

Firman Allah SWT di dalam surah Fussilat, ayat 34:

گ گ گ ڳ ڳ ڳ ژ ژ ڑ ڑ کک ک ک گ

ڳ ڱ ڱ ڱ

Maksudnya : “Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang

baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu)

dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang

yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan

menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.”

Sabda Rasulullah SAW sebagaimana riwayat Imam Al-Bukhari daripada

Abdullah bin Amru bin Al-Ass RA.Huma:

لم من سلم الم الم يده لمون من لانه و Bermaksud: “Seorang Muslim ialah orang yang menyelamatkan kaum

muslimin dari kejahatan lisan dan tangannya.”

Sidang jemaah yang dirahmati Allah,

Kewujudan pelbagai agama, kaum dan bangsa tidak menjadi penghalang untuk

kita hidup dengan aman dan harmoni. Pelbagai kaum dan bangsa serta

keturunan dengan pegangan agama masing-masing dapat membentuk

masyarakat yang saling bertolak ansur. Firman Allah SWT di dalam surah al-

Hujurat ayat 13:

Page 5: TEKS KHUTBAH - islam.gov.my · Nikmat keamanan dan keselamatan yang kita nikmati hari ini juga adalah jasa anggota keselamatan. Kita amat berterima kasih kepada Polis Di Raja Malaysia

Khutbah Jumaat Islam Agama Kedamaian

4

ڇ ڍ ڍ ڌ ڇ ڄ ڃ ڃ ڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ڇ

ڎ ڈ ڈ ژ ژ ڎڌ

Bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan

kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu

berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan

beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia

kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang

lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi

Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

Nikmat keamanan dan keselamatan yang kita nikmati hari ini juga adalah jasa

anggota keselamatan. Kita amat berterima kasih kepada Polis Di Raja Malaysia

yang sentiasa berusaha memelihara keamanan dan kedamaian negara kita.

Justeru, mengambil kesempatan bersempena Sambutan Hari Polis yang ke-

212 pada 25 Mac setiap tahun, ucapan syabas dan tahniah kepada PDRM.

Semoga sambutan Hari Polis ini akan lebih memberikan semangat dan

kesiapsiagaan para anggota keselamatan untuk terus berbakti kepada

masyarakat dan tanah air.

Islam sebagai agama yang membawa rahmat ke seluruh alam amat

mementingkan keadilan ditegakkan dan mengembalikan hak-hak golongan

yang dizalimi serta teraniaya. Justeru, Islam bersikap tegas dan menganggap

perlakuan yang mencetuskan perbalahan dan persengketaan adalah suatu

kesalahan yang besar kerana ia menyanggahi maqasid al-Syariah.

Bagi menjaga keharmonian, perpaduan dan kestabilan negara, perkara-

perkara yang perlu difahami oleh setiap masyarakat ialah konsep taaruf iaitu

Page 6: TEKS KHUTBAH - islam.gov.my · Nikmat keamanan dan keselamatan yang kita nikmati hari ini juga adalah jasa anggota keselamatan. Kita amat berterima kasih kepada Polis Di Raja Malaysia

Khutbah Jumaat Islam Agama Kedamaian

5

saling berkenalan antara kaum dan etnik di negara ini, tafahum iaitu saling

memahami dan ta’awun iaitu saling membantu sebagai tanda kasih sayang.

Kita seharusnya berhati-hati dalam meneliti sebarang propaganda, prasangka

atau berita yang diterima tentang sesuatu kaum, agama dan sebagainya.

Jauhilah perkara-perkara yang mengundang perselisihan serta perbalahan dan

serulah kepada perpaduan dan kedamaian. Ingatlah bahawa seorang Muslim

itu ialah mereka yang menjaga tutur kata, lidah dan tangannya.

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

Mengakhiri khutbah pada hari ini. Marilah kita menghayati beberapa

kesimpulan:

Pertama: Islam sebagai agama perdamaian dan kasih sayang sentiasa

meraikan keharmonian dalam kepelbagaian kaum, bangsa dan agama.

Kedua: Manusia dengan perbezaan agama, keturunan, bahasa dan budaya

dituntut untuk saling kenal mengenali, faham memahami dan hormat-

menghormati.

Ketiga: Perpaduan yang wujud dalam kalangan pelbagai kaum, bangsa dan

agama dapat mewujudkan keharmonian dan kestabilan negara.

Firman Allah SWT di dalam surah Hud ayat 118-119:

ڃ ڃ ڃ چ چ

ٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پپ پ ڀ ڀ ڀ ڀ ٺ ٺ ٺٺ ٿ

ٿٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ

Bermaksud: “Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki,

tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu.

(Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus

Page 7: TEKS KHUTBAH - islam.gov.my · Nikmat keamanan dan keselamatan yang kita nikmati hari ini juga adalah jasa anggota keselamatan. Kita amat berterima kasih kepada Polis Di Raja Malaysia

Khutbah Jumaat Islam Agama Kedamaian

6

berselisihan. Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu,

(mereka bersatu di dalam agama Allah); dan untuk tujuan (perselisihan dan

rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian

sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka

jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)".

من الآيات والذ كر اكم بما فيه لي ول كم بالقرآن العظيم، ونفعني وإي الل ه باكميع العليم. ال هو ه إن ل من ي ومنكم تلاوته قول قولي هذا الحكيم، وتقب الل ه ن ستغفر ن و

منهم حياء لمات والمؤمنين والمؤمنات الأن لمين والم الم ئر لي ول كم ولا العظيمحيم. ه هو الغفو الر موات، فاستغفروه إن والأن

KHUTBAH KEDUA

لل ه ين ب الحمد م الح ين ، العال لا ،وناصر المظلومين ولي الص وال لاة بي والص الن على مين اهر صحابه الط ن قين ، وعلى آله و مين، صفوة المرسلين وإمام المت ،الأن ابعين ومن و على الت

تبعهم بإحان إلى يوم الد ين.

ن ن شهد ن ا إله إلا الل ه دا ل شهد ن سي دنا محم ن يك له، الملك الحق المبين، و وحده لا شر ادق الوعد ا مين.عبده وسوله، الص لأن

Page 8: TEKS KHUTBAH - islam.gov.my · Nikmat keamanan dan keselamatan yang kita nikmati hari ini juga adalah jasa anggota keselamatan. Kita amat berterima kasih kepada Polis Di Raja Malaysia

Khutbah Jumaat Islam Agama Kedamaian

7

ا م قوا الل ه ن بعد، فيا عباد الل ه، ات ، حق تقواه وكونوا إخوانا ،وحافظوا على صلاة ال جماعة متحاب ين في الل ه نف ن فيه ب مر بد مركم بأن ن ن الل ه سبحانه وتعالى ن . واعلموا كته ه ، و بملا

يله:المب حة بقدسه ، فقال الل ه تعالى في محكم تنز

ڄ ڄ ڄ ڄ ڃ ڃڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ڇ ڇ

د وعلى دنا محم هم صل على سي لل آا براهيم وع دنا إ يت على سي ا صل د كم دنا محم ل آلى ل سيد وعلى دنا محم باك على سي براهيم و دنا إ آسي كت على سي د كما با دنا محم براهيم ل سي دنا إ

آوعلى براه دنا إ ك حميد مجيد.ل سي ين إن م يم في العال

ض الل ، وا بي بكر وعمر وعثمان وعلي ن اشدين المهدي ين : لفاء الر هم عن الخ ض الل هم واجمعين، ن حابة ئر الص اومن تبعهم بإحان عن سا ض عن إلى يوم الد ين وا عهم بمن ك م

كرمين كرم الأن ن .وكرمك وإحانك يا

موات. حياء منهم والأن لمات والمؤمنين والمؤمنات الأن لمين والم هم اغفر للم الل

ي د بدوام ن هم الل مل ك نا ك باوه دولي يڠ مها م لامة وال ة ح والص وفيق والهداية ليا والت سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ، اللطان عبد الل ه عاية الد ين ال مصطفى بالل ه

تعين بالل ه. حمد شاه ال م ن بن سلطان حاج شاه ا

ليا سري ڤدوك بڬيندا اج ڤرمايسوي اڬوڠ، ووكذلك ك باوه دولي يڠ مها مية بنت ال مرحوم ال متوك ل على الل ه (Tunku)تونكو مينة ميمونة إسكند ن حاجه عزيزة

اج. الح سلطان إسكند

Page 9: TEKS KHUTBAH - islam.gov.my · Nikmat keamanan dan keselamatan yang kita nikmati hari ini juga adalah jasa anggota keselamatan. Kita amat berterima kasih kepada Polis Di Raja Malaysia

Khutbah Jumaat Islam Agama Kedamaian

8

لمات وال لمين والم اله وعاياه من الم هم احفظ علماءه ووزاءه وقضاته وعم الل ؤمنين ماحمين . حم الر ن والمؤمنات برحمتك يا

لدنا هم اجعل ب يا الل مطمئن ماليز مان، آمنا ن من و ن عدل وإيمان، و خاء، دا ا، سخاءلمين. ئر بلاد ال م وسا

مكان وحين، وانصر من نصر الد ين، واخذل من لمين في كل عز الإسلام والم ن هم الل عل ن لمين، و عداء الد ين. خذل الم ن عداءك ن كلمتك إلى يوم الد ين، ودم ر

لمات إ لام، ونج نا من الظ صلح ذات بيننا، واهدنا سبل ال ن نا، و ب ل ف بين قلو ن هم لى الل و، وجن بنا الفواحش ما ظهر الن ب بصانا، وقلو ن سماعنا، و ن باك لنا في نا، منها وما بطن، و

ين لنعمك، حيم، واجعلنا شاكر اب الر و نت الت ن ك نا، وتب علينا إن ات ي زواجنا، وذ ن وها علينامثنين بها عليك، قابلين لها تم ن نيا حنة وفي او نا في الد نا آت ب لآخرة حنة وقنا .

ا. عذاب الن

عباد الل ه،

چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ

ڎڈ ڈ ژ ژ ڑ

فاذكروا لوه من فضله يعطكم الل ه العظيم يذكركم، واشكروه على نعمه ولذكر يزدكم، واسأنكبر، والل ه يعلم ما تصنعون. ن الل ه