Teks khutbah khas hari guru 2013 terkini

8
1 KHUTBAH PERTAMA Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang jumaat yang dikasihi sekelian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah S.W.T dengan TEKS KHUTBAH JUMAAT SEMPENA HARI GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2013

Transcript of Teks khutbah khas hari guru 2013 terkini

Page 1: Teks khutbah khas hari guru 2013 terkini

1

KHUTBAH PERTAMA

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang jumaat yang

dikasihi sekelian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah S.W.T dengan

TEKS KHUTBAH JUMAAT

SEMPENA HARI GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2013

“GURU MALAYSIA : SATU ASPIRASI SATU AGENDA”

Page 2: Teks khutbah khas hari guru 2013 terkini

2

sebenar-benar taqwa serta melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi segala

larangannya, mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Kerjaya guru merupakan tugas mulia di sisi Islam, apatah lagi membabitkan

disiplin ilmu berkaitan agama. Islam sebagai satu agama yang mementingkan ilmu

pengetahuan, memandang tinggi martabat seorang pendidik sama ada berkaitan ilmu

duniawi dan ukhrawi.

Tarikh 16 Mei setiap tahun merupakan hari yang amat bermakna bagi setiap

warga guru. Guru pasti diingati, dihargai dan diraikan dengan sewajarnya. Tidak

kiralah siapa pun yang pernah mengajar kita, banyak atau sedikit ilmu yang

dicurahkan, tidak kira apa bangsa atau agamanya, mereka tetap guru kita. Merekalah

yang mengajar kita membaca, menulis dan mengira supaya kita menjadi insan yang

berilmu. Oleh yang demikian, adalah wajar untuk kita mengiktiraf sumbangan dan

jasa guru terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Ianya selari dan bertepatan

dengan tema sambutan Hari Guru pada tahun ini “Guru Malaysia : Satu Aspirasi

Satu Agenda”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Dewasa ini, pelbagai berita yang boleh dikira sebagai keadaan di mana

martabat guru cuba direndahkan. Segala nilai-nilai yang perlu ada bagi setiap yang

menuntut ilmu, tidak diamalkan. Hal ini menyebabkan keberkatan daripada Allah itu

tiada. Maka dengan itu, masyarakat berilmu tetap akan lahir namun daripada aspek

yang bukan kita cari.

Page 3: Teks khutbah khas hari guru 2013 terkini

3

Sebagai perbandingan, pada masa sekarang, sangat ramai ahli profesional

daripada bidang masing-masing yang tampak hebat pada kaca mata manusia. Mereka

menunjukkan prestasi yang baik dalam menjalankan tugas mereka. Namun, kita akan

dapat melihat perbezaan antara orang yang menjaga adab dan yang sebaliknya.

Seseorang akan benar-benar ikhlas dalam menjalankan tugas kesan daripada adab

terhadap guru.

Oleh yang demikian, adab-adab terhadap guru dalam menuntut ilmu sangat

penting. Islam amat menitikberatkan adab seorang murid terhadap gurunya. Adalah

menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk hormat kepada guru meskipun mereka tidak

lagi mengajar kita.Seorang guru sudah pasti mempunyai pengetahuan yang tinggi

tentang sesuatu bidang sehingga mampu mengajar orang lain. Oleh sebab itulah

menghormati mereka adalah dituntut oleh syarak sebagaimana firman Allah SWT :

Maksudnya : Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantara kamu,

dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama( dari kalangan kamu)

beberapa darjat. Dan ingatlah, Allah maha dalam pengetahuannya tentang apa yang

kamu lakukan.

Muslimin yang dirahmati Allah

Pernah diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu

hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah

seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali. Melihat sahaja badwi itu

masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi

itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan

Page 4: Teks khutbah khas hari guru 2013 terkini

4

Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya

kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut. Imam Syafie berkata

bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab

itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun

pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam

Syafie.

Jawab Imam Syafie, "Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku

mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakah hendak mengenali dan membezakan

di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku

fikir tentu badwi tahu kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal

kambing-kambing mereka.

Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang aku peluk tadi. Badwi itu

menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang

apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya

bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku

itu."

Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam

Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru. Saidina

Ali R.A juga pernah berkata “Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf

maka ia adalah tuan kepadaku:”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah ,

Dalam menjana tranformasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, tugas

guru bukan sekadar menjadi mudarris (pendidik), tetapi guru juga sebagai mua’llim

(penyampai yang benar), sebagai murabbi (pengasuh dan pendidik anak-anak dengan

Page 5: Teks khutbah khas hari guru 2013 terkini

5

kasih sayang), sebagai muaddib (pembentuk adab dan akhlak anak-anak), dan

sebagai mursyid (pembimbing ke arah kebenaran).

Kehidupan seorang guru tidak dapat lari dari hidup secara berjemaah atau

dengan kata lain “Hidup Bermasyarakat” Apabila kita jauh dari sanak saudara dan

ahli keluarga , maka orang yang paling hampir dengan kita ialah jiran tetangga atau

lebih dikenali sebagai masyarakat. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui

sabda baginda :

Maksudnya : “Sesiapa yang tidak mengambil berat di atas urusan orang muslimin

maka bukanlah dia dari kalangan mereka. Dan sesiapa yang pada pagi hari

mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada

golongan yang diredhai Allah.”

Lihatlah tokoh-tokoh ulama nusantara seperti Prof. Dr. Hamka, Syeikh

Muhammad Idris al-Marbawi, Tuan Guru Tok Kenali dan ramai lagi, mereka telah

mencurahkan bakti dalam menyampaikan ilmu dan bergiat aktif dalam masyarakat.

Kesinambungan usaha mereka itu sewajarnya diteruskan oleh generasi pendidik

masakini.

Page 6: Teks khutbah khas hari guru 2013 terkini

6

Sidang Jumaat yang dihormati,

Kita tidak boleh meletakkan peranan membentuk akhlak dan peribadi anak-

anak kita hanya kepada guru-guru di sekolah sahaja. Ibu bapa serta ahli masyarakat

sewajarnya memainkan peranan secara bersama. Gunakanlah ruang permuafakatan

melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk menjana idea dan menyelesaikan

masalah.

Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak diberikan kasih sayang dan

perhatian secukupnya. Usaha mendidik anak-anak sebenarnya bermula dari rumah,

terutamanya dalam mendirikan solat secara istiqamah, membaca, memahami serta

menghayati isi kandungan al-Quran. Ianya selari dan bertepatan dengan hasrat

Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah memperkenalkan “sarana ibubapa” dan

“sarana sekolah” sebagai inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan

ibubapa, komuniti dan sektor swasta kearah bersatu dan menyokong satu matlamat

iaitu membantu murid berjaya. Penglibatan semua mampu mengubah sistem

pendidikan negara kearah kecemerlangan dan kemenjadian murid seperti yang

diharapkan.

Sidang Jumaat yang dihormati;

Justeru, sempena Hari Guru yang disambut setiap tahun, kita perlu kembali

mengenang jasa guru yang banyak membantu agama, bangsa dan negara. Hal ini

bertepatan dengan saranan Baginda SAW yang mengajar umatnya agar sentiasa

ringan mulut untuk mengucapkan ‘terima kasih’ kepada sesiapa sahaja yang berbakti

kepada mereka. Sesungguhnya segala amal bakti seorang guru dalam menyampaikan

ilmu yang bermanfaat kepada anak didiknya akan melayakkan dirinya mendapat

ganjaran kebaikan, meskipun setelah pergi menghadap ilahi.

Page 7: Teks khutbah khas hari guru 2013 terkini

7

Mengakhiri khutbah pada hari ini mimbar menyeru dan berpesan, marilah kita

menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru melalui tindakan berikut:

Pertama: Mendoakan kebahagian buat guru-guru, sama ada yang masih hidup atau

yang telah meninggal dunia.

Kedua: Menziarahi guru-guru untuk mengeratkan silaturrahim.

Ketiga: Menghulurkan apa juga bentuk sumbangan mengikut kemampuan

masing-masing kepada institusi pendidikan.

Keempat: Berkatalah dengan lemah-lembut dan jangan sekali-kali menyakiti hati

guru.

Kelima: Ucapkanlah terima kasih kepada guru-guru dan semua insan yang

pernah menabur bakti dan budi kepada kita.

Buat para guru, teruslah beristiqomah dengan penuh keikhlasan dan kesabaran

dalam menyampaikan ilmu kepada anak bangsa mudah-mudahan akan diberi

ganjaran oleh Allah s.w.t.

Firman Allah dalam surah al-Jumu’ah ayat 2:

Page 8: Teks khutbah khas hari guru 2013 terkini

8