TEKS MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA.docx

3
TEKS MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA Mengumumkan ketibaan tetamu-tetamu kehormat, dif-dif jemputan, guru- guru program pendidikan khas SK Air Merah, ibu bapa dan waris murid- murid dan tidak lupa juga kepada murid-murid program pendidikan khas integrasi SKAM yang dikasihi sekalian. Yang dihormati Puan Hjh Che Indon Bt Osman, guru besar SK Air Merah. Yang dikasihi Puan Hjh Siti Normah Bt Saleh, Bekas Penyelaras Program Pendidikan Khas SKAM, Yang berusaha Puan Basyirah Bt Mohamed Hilmi, Setiausaha Program Pendidikan Khas Intergrasi SKAM. Yang berusaha Encik Mariaselvam, merangkap Pengerusi Ahli Jawatan Kuasa waris Program Pendidikan Khas Intergrasi SKAM. Guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi SKAM. Para ibu bapa dan waris serta murid- murid Program Pendidikan Khas SK Air Merah. Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kedai Kek I-ceria, Tuan Haji Safee Bin Sahar, para waris serta individu-individu dan persendirian yang telah memberi sumbangan bagi melaksanakan jamuan pada hari ini. Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan. Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis jamuan hari Raya Aidilfitri Peringkat Program Pendidikan Khas SK Air Merah. Untuk makluman semua jamuan pada hari ini juga merupakan sambutan hari lahir bagi warga program pendidikan khas SK Air Merah. Bagi memulakan majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput En Mohd Jaafar Bin Ibrahim untuk bacaan doa bagi memberkati majlis. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. Doa........ Terima kasih diucapkan atas bacaan doa itu tadi. Majlis diteruskan dengan menjemput Setiausaha program pendidikan khas SK Air Merah Puan Basyirah Bt Mohamed Hilmi untuk memberikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan. Ucapan ........................ Terima kasih diucapkan atas ucapan itu tadi. Seterusnya, majlis kini mempersilakan En Mariaselvam selaku Pengerusi Ahli Jawatan kuasa Waris program pendidikan khas SK Air Merah untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan. Ucapan........................ Terima kasih diucapkan atas ucapan itu tadi.

Transcript of TEKS MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA.docx

Page 1: TEKS MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA.docx

TEKS MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA

Mengumumkan ketibaan tetamu-tetamu kehormat, dif-dif jemputan, guru-guru program pendidikan khas SK Air Merah, ibu bapa dan waris murid-murid dan tidak lupa juga kepada murid-murid program pendidikan khas integrasi SKAM yang dikasihi sekalian.

Yang dihormati Puan Hjh Che Indon Bt Osman, guru besar SK Air Merah. Yang dikasihi Puan Hjh Siti Normah Bt Saleh, Bekas Penyelaras Program Pendidikan Khas SKAM, Yang berusaha Puan Basyirah Bt Mohamed Hilmi, Setiausaha Program Pendidikan Khas Intergrasi SKAM. Yang berusaha Encik Mariaselvam, merangkap Pengerusi Ahli Jawatan Kuasa waris Program Pendidikan Khas Intergrasi SKAM. Guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi SKAM. Para ibu bapa dan waris serta murid- murid Program Pendidikan Khas SK Air Merah. Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kedai Kek I-ceria, Tuan Haji Safee Bin Sahar, para waris serta individu-individu dan persendirian yang telah memberi sumbangan bagi melaksanakan jamuan pada hari ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan. Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis jamuan hari Raya Aidilfitri Peringkat Program Pendidikan Khas SK Air Merah. Untuk makluman semua jamuan pada hari ini juga merupakan sambutan hari lahir bagi warga program pendidikan khas SK Air Merah.

Bagi memulakan majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput En Mohd Jaafar Bin Ibrahim untuk bacaan doa bagi memberkati majlis. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Doa........

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa itu tadi.

Majlis diteruskan dengan menjemput Setiausaha program pendidikan khas SK Air Merah Puan Basyirah Bt Mohamed Hilmi untuk memberikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Ucapan ........................

Terima kasih diucapkan atas ucapan itu tadi.

Seterusnya, majlis kini mempersilakan En Mariaselvam selaku Pengerusi Ahli Jawatan kuasa Waris program pendidikan khas SK Air Merah untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.

Ucapan........................

Terima kasih diucapkan atas ucapan itu tadi.

Page 2: TEKS MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA.docx

Dari Melaka pergi ke Serdang,

Singgah sebentar di Bukit Serindit,

Puan umpama bintang gemilang,

Titipkan amanat barang sedikit,

Kini, saat dinanti- nantikan sudah tiba. Majlis dengan penuh rendah hati mempersilakan Yang Dihormati, Puan Hjh Che Indon Bt Osman, Guru Besar SKAM untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Jamuan Hari Raya Aidilfitri ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Ucapan......

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada , Puan Hjh Che Indon Bt Osman diatas ucapan itu tadi.

Majlis diteruskan dengan acara potong kek dan penyampaian hadiah hari lahir kepada arga Program pendidikan khas Integrasi SKAM yang lahir pada bulan Mei Hingga bulan Ogos.

Majlis menjemput , Puan Hjh Che Indon Bt Osman guru besar SKAM diiringi oleh Pn Hjh Siti Normah Bt Salleh Bekas Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi SKAM serta En. Mariaselvam Pengerusi AJK Waris Program Pendidikan Khas Integrasi SKAM bagi menyampaikan hadiah hari lahir kepada mereka yang menyambut hari lahir pada bulan Mei hingga bulan Ogos.

Hadiah..................

Majlis diteruskan lagi dengan acara potong kek. Bagi mereka yang menyabut hari lahir dipersilakan tampil ke hadapan untuk acara potong kek. Majlis mempersilakan.

Potong kek.................

Kini selesai sudah acara potong kek.seterusnya, hadirin sekalian dijemput ke meja jamuan untuk menjamu selera.

Jamu selera...................

Page 3: TEKS MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA.docx

Gendang gendut tali kecapi,

Kenyang perut suk hati,

Kini majlis diteruskan lagi dengan acara bersalam-salaman. Dijemput semua hadirin bersalaman.

Salam....................

Tuai padi antara nampak,

Esok jangan layu layuan,

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan.

Kini berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian semua menjayakan majlis jamuan hari taya aidilfitri pada hari ini. Segala kekurangan datangnya dari kami, saalah dan silap mohon dimaafkan.

Sekian Terima Kasih. Wabilah Hi Taufi Wal Hidayah Assalamualaikum.