Teks MC

download Teks MC

of 1

description

Contoh

Transcript of Teks MC

AGENDATEKSCATATAN

Ketibaan dif jemputanPara dif jemputan dan tetamu dipersilakan untuk mengambil tempat.

Ketibaan PMMengumumkan ketibaan Yang Amat Berhormat Dato Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Semua hadirin diminta berdiri.

Iringan kompang

Persembahan tarian sambutanDemikian tadi begitu indah tarian sambutan yang telah dipersembahkan oleh sekumpulan murid cilik SJK (C) Pekan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Tarian Cina

Aluan Pengacara MajlisBismillah ... Adat kita menyambut tetamu

Salam dihulur mesra bertamu

Hamparkan tikar lebarkan pintu

Pemanis bicara aluan didahulu

Yang Amat Berhormat Dato Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak ( Perdana Menteri Malaysia ),Yang Berhormat ( ADUN ),

Yang Berbahagia ( JPNP, PPD ),

Yang Berusaha Puan Gan Feek Moi ( Guru Besar SJK (C) Pekan ),

Yang Berusaha Encik Tay Tick Long, PPN., PKC ( Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis Perasmian Bangunan Tambahan SJK (C) Pekan merangkap Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah ),

Ketua-Ketua Jabatan,Ahli-ahli jawatankuasa Majlis Perasmian Bangunan Tambahan SJK (C) Pekan,

Para Guru Besar, guru-guru, ibu bapa, murid-murid dan hadirin sekalian.

Assalamualaikum wbt, selamat petang dan Salam 1 Malaysia.

Pertama sekali marilah kita memanjatkan kesyukuran kerana dapat memeriahkan Majlis Perasmian Bangunan Tambahan SJK (C) Pekan 2013. Bagi pihak sekolah, kami mengucapkan selamat datang dan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa pada petang ini.

Senarai VIP

NegarakuMajlis pada petang ini akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Hadirin diminta berdiri.Terima kasih diucapkan. Hadirin dijemput duduk.

Ucapan TTLYang Amat Berhormat Dato Sri, Dato-Dato, Datin-Datin dan hadirin sekalian.Adat berbahasa menyampaikan pesan

Adat majlis menyampaikan ucapan

Kini majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Encik Tay Tick Long, PPN., PKC ( Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis Perasmian Bangunan Tambahan SJK (C) Pekan merangkap Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah ) untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Ucapan perasmian PMMeneruskan majlis pada petang ini, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak ( Perdana Menteri Malaysia ) untuk menyampaikan ucapan perasmian.

Dengan penuh takzim dipersilakan.Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas ucapan perasmian itu tadi.

Sijil Kecemerlangan UPSR 2012Kini, majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Sijil Kecemerlangan UPSR 2012.Dengan sukacitanya majlis mempersilakan Puan Guru Besar SJK (C) Pekan dan Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah mengiringi Yang Amat Berhormat Dato Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke pentas bagi menyampaikan sijil kepada penerima anugerah.

Dijemput penerima Sijil Kecemerlangan UPSR 2012 yang telah berjaya memperoleh 7A iaitu Leong Kar Lin dan Tiong Jia Sin. Seterusnya penerima khas bagi kategori OKU iaitu Yap Xun Qing yang telah berjaya memperoleh 5A.

Penyampaian CenderahatiSebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Puan Guru Besar SJK (C) Pekan untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Amat Berhormat Dato Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Pembukaan tirai perasmianHadirin sekalian.Saat yang ditunggu akhirnya tiba. Kini, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak ( Perdana Menteri Malaysia ) untuk menyempurnakan Majlis Menandatangani Plak Perasmian Bangunan Tambahan SJK (C) Pekan 2013.Dengan ini dipersilakan ( ) bagi mengiringi Yang Amat Berhormat Dato Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kita atas kesudian menyempurnakan majlis ini.

Jamuan dan persembahan muridMajlis seterusnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke ruang pameran dan seterusnya menikmati jamuan yang telah disediakan. Semua tetamu dan hadirin juga dipersilakan untuk menikmati jamuan ringan sambil berhibur dengan persembahan yang telah disediakan.