Teks Mc

5
TEKS PENGACARAAN KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI Bi l. Agenda Teks Pengacaraan Catatan 1 2.00 p.m Ketibaan semua staf IPG Kampus Tawau Hadirin yang dimuliakan, Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan. Bagi melancarkan perjalanan majlis, saya bagi pihak majlis meminta kerjasama tuan-tuan dan puan-puan supaya mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap. Tuan-tuan dan puan-puan juga diminta mengikuti program ini sehingga ke akhir majlis. Terima kasih atas kerjasama semua. 2 Ketibaan Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Sabah dan deligasi Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Herdiansah Bin Abdul Karim,Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Sabah diiringi oleh Tuan Haji Mohd Zain bin Badui, Timbalan Pengarah IPG Kampus Tawau, dif-dif kehormat, tetamu-tetamu jemputan dan para pensyarah IPG Kampus Tawau.

description

teks pengacara majlis

Transcript of Teks Mc

Page 1: Teks Mc

TEKS PENGACARAAN KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA

PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI

Bil. Agenda Teks Pengacaraan Catatan

1

2.00 p.m

Ketibaan semua staf

IPG Kampus Tawau

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk

itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin

sekalian, diminta mengambil tempat di

dalam dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis, saya

bagi pihak majlis meminta kerjasama tuan-

tuan dan puan-puan supaya mematikan

telefon bimbit atau menetapkannya

kepada mod senyap. Tuan-tuan dan puan-

puan juga diminta mengikuti program ini

sehingga ke akhir majlis.

Terima kasih atas kerjasama semua.

2

Ketibaan Pengarah

Jabatan Keselamatan

Jalan Raya Sabah

dan deligasi

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia

Encik Herdiansah Bin Abdul

Karim,Pengarah Jabatan Keselamatan

Jalan Raya Sabah diiringi oleh Tuan Haji

Mohd Zain bin Badui, Timbalan Pengarah

IPG Kampus Tawau, dif-dif kehormat,

tetamu-tetamu jemputan dan para

pensyarah IPG Kampus Tawau.

3 Nyanyian lagu Sabah

Tanah Airku

Kompang bergema pusaka bangsa,Dipalu oleh si anak muda;

Hadir tuan puan meriah suasana,Kami menyambut penuh gembira.

Bismillahirrahmanirahim.

Yang Berbahagia,

Encik Herdiansah Bin Abdul Karim,

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan

Raya Sabah,

Page 2: Teks Mc

Yang Berusaha,

Tuan Mohd Zain bin Badui,

Timbalan Pengarah IPG Kampus Tawau,

Cik Naima binti Kadir,

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG

Kampus Tawau,

Seterusnya Dif-dif Jemputan, Ketua-Ketua

Jabatan, Staf-staf Pengurusan, para

pensyarah serta hadirin dan hadirat

sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh, selamat sejahtera dan

salam 1 Malaysia. Selamat datang ke

KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA

SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA

AIDILFITRI 2015.

Nyanyian Lagu

- Negaraku

-Sabah Tanah Airku

Memulakan majlis, marilah kita sama-

sama menyanyikan lagu NegaraKu dan

Sabah Tanah Airku.

Mohon para hadirin untuk berdiri.

Terima kasih atas nyanyian lagu sebentar

tadi. Para hadirin dijemput duduk.

4 Bacaaan doa Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Bagi memuliakan majlis kita pada hari ini,

marilah sama-sama kita menadah tangan

bermunajat, memohon keberkatan agar

segala urusan mendapat rahmat. Justeru

itu, majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan saudara

Page 3: Teks Mc

__________________________________

untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan.

Amin amin ya rabbal alamin. Majlis

mengucapkan jutaan terima kasih kepada

saudara __________________________

di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

5

Taklimat

Keselamatan Jalan

Raya oleh JKJR

Kini tibalah masa untuk kita mendengar

taklimat keselamatan jalan raya yang akan

disampaikan oleh Yang Berbahagia Encik

Herdiansah Bin Abdul Karim, Pengarah

Jabatan Keselamatan Jalan Raya Sabah,

Majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan ucapan terima kasih

kepada Yang Berbahagia Encik

Herdiansah Bin Abdul Karim, atas taklimat

yang disampaikan itu tadi. Semoga segala

yang dikongsikan tadi dapat kita hayati

dan ambil tindakan bersama.

6 Penyampaian

cenderahati

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis diteruskan dengan penyampaian

cenderahati kepada tetamu jemputan kita

pada hari ini.

Untuk itu, majlis menjemput Yang

Berusaha Tuan Haji Mohd Zain bin Badui,

Timbalan Pengarah IPG Kampus Tawau

diiringi oleh

__________________________________

__________________________________

Page 4: Teks Mc

IPG Kampus Tawau untuk naik ke atas

pentas bagi menyempurnakan majlis.

Sebagai tanda terima kasih kami,

Majlis menjemput Yang Berbahagia Encik

Herdiansah Bin Abdul Karim, Pengarah

Jabatan Keselamatan Jalan Raya Sabah,

bagi menerima cenderahati. Dipersilakan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada

Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Zain bin

Badui atas kesudian menyampaikan

cenderahati itu tadi.

7 Majlis bersurai Hadirin yang dihormati,

Selesai sudah taklimat keselamatan jalan

raya, ucapan tahniah buat semua yang

sudi memberi kerjasama dan sanggup

menunggu sehingga majlis selesai.

Semoga hadirin dan hadirat sekalian

dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi

dalam program ini.

Bunga dedap di atas para,

Anak dusun pasang pelita;

Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian sahaja untuk kali ini.  Mohon maaf

daripada saya sekiranya ada terkasar

bahasa, terlanjur bicara sepanjang

mengendalikan majlis sebentar tadi.

Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya

daripada Allah S.W.T. yang kurang itu

adalah kelemahan saya.

Page 5: Teks Mc

Sekian, terima kasih.

Assalammualaikum w.b.t dan selamat

sejahtera.