TEKS MC

download TEKS MC

of 18

description

ss

Transcript of TEKS MC

Bil PERKARA UCAPAN

1 PENGUMUMAN KETIBAAN TETAMU KEHORMAT

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha TUAN HAJI SUPIAN BIN PAIMIN , Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara diiringi oleh En Yeoh Boon Lay , Pengetua SMK Mak Mandin , dan barisan pentadbir.

Memulakan atur langkah majlis pada hari ini, dimulakan dengan persembahan oleh kumpulan koir dengan menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Negeri Pulau Pinang. Semua hadirin diminta berdiri dan bersedia.

------------------------------------Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi.Semua hadirin dipersilakan duduk.

2

Ulik mayang nyanyian asli ,

Dilagu si gadis merdu sekali,

Terima kasih sekalung budi,

Sudi datang ke majlis merai.

Assalamualaikum wbt , salam sejahtera, dan salam 1 Malaysia.

Yang Berusaha Tuan Haji Supian Bin Paimin , Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai UtaraYang dihormati En Kalimuthu a/l Karrupiah, Yang Dipertua PIBG SMK Mak Mandin Yang Berusaha En Yeoh Boon Lay, Pengetua SMK Mak Mandin , Dr Chiu Aik Kiat Penolong Kanan Pentadbiran En Mohd Nazir bin Othman - Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn Choo theam Hooi - Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Lim Ah Suan Penolong Kanan Petang

Yang Dikasihi, Guru-guru Kanan , Guru Cemerlang, Rakan- rakan guru, Para Ibu Bapa , Para Penerima Hadiah Kecemerlangan serta pelajar-yang dikasihi sekalian.

___________________________________________

Majlis mengalu-alukan ketibaan Yang Berbahagia TUAN HAJI SUPIAN BIN PAIMIN , Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara kerana sudi hadir ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Mandin Kali ke 38 bagi tahun 2013.

Setiggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat kita berhimpun di sini bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar dan bekas-bekas pelajar yang menunjukkan kecemerlangan di dalam bidang pendidikan.Sesungguhnya kecemerlangan para pelajar hari ini membuktikan kesungguhan dan pengorbanan yang terjalin di antara ibu abapa, warga pendidik dan pentadbir Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Mandin untuk membangunkan kegemilangan pendidikan di sekolah ini.

3BACAAN DOA

Anugerah di kecap si anak watanMengangkat senjata bidalan suaraMenadah tangan memohon keberkatanMendapat restu hidup sejahtera

Untuk memberkati majlis, dengan sukacitanya dijemput En Rosman bin Hassan untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan

----------------

Terima kasih diucapkan kepada En Rosman bin Hassan atas bacaan doa sebentar tadi.

4PERSEMBAHAN PELAJAR

Seterusnya untuk menyerikan lagi majlis ini, dipersembahkan satu persembahan nasyid yang bertajuk _____________________

Dipersilakan. Majlis mengucapkan ucapan trima kasih atas persembahan nasyid sebentar tadi.

5UCAPAN PENGETUA

Sebagai pembuka acara, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha En Yeoh Boon Lay, Pengetua SMK Mak mandin untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

-----------------

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada En Yeoh Boon Lay di atas ucapan sebentar tadi.

6UCAPAN YDP PIBG

Tuah tersenyum pada si Teja, Duduk bersimpuh sambil bersilaKain ditenun bersama reja, YDP PIBG hormat dipersila.

Seterusnya, dengan segala hormatnya, majlis menjemput En Kalimuthu a/l Karrupiah, Yang Dipertua PIBG SMK Mak Mandin untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

---------------------------------

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Kalimuthu a/l Karupiah selaku Yang Dipertua PIBG SMK Mak Mandin atas ucapan itu tadi.

7UCAPAN PERASMI

Pahlawan melayu gagah perkasa,Sungguh terkenal serata negeri,Tuan sudah diberi kuasa,Sudilah kiranya pohon merasmi.

Sidang hadirin yang dihormati, Kini tibalah masa kita mendengar ucapan dan amanat yang akan disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Supian Bin Paimin , Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara dan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Mak Mandin kali ke 38 bagi tahun 2013.Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

------------------------------------------------

Majlis merakamkan setinggi-tingi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Supian Bin Paimin , Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara atas ucapan sebentar tadi dan sudi merasmikan majlis ini .

8PERSEMBAHAN PELAJAR

Sebagai halwa telinga dan penawar resah dan gelisah, pihak majlis tampilkan satu lagi persembahan yang akan disampaikan oleh ____________________________

Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan sebentar tadi.

9PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR CEMERLANG SPM 2012Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Mandin kali ke 38 dimulakan dengan penyampaian hadiah Kepada bekas pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang di dalam Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2012. Sehubungan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En Yeoh Boon Lay, Pengetua SMK Mak Mandin untuk menjemput dan mengiringi Yang berusaha Tuan Haji Supian Bin Paimin , Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pelajar terlibat. Dipersilakan

Dijemput ______________________ yang telah mendapat _______________

baca senarai penerima anugerah

Terima kasih diucapkan kepada En Yeoh Boon Lay dan Tuan Haji Supian Bin Paimin di atas kesudian menyampaikan hadiah itu tadi.

10000 PENYAMPAIAN HADIAH AKADEMIK TING 5, 4 DAN 3

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah kecemerlangan akademik kepada pelajar Tingkatan 5 yang mendapat keputusan yang cemerlang . Untuk itu , majlis mempersilakan Dr Chiu Aik Kiat Penolong Kanan Pentadbiran menjemput dan mengiringi untuk En Kalimuthu a/l Karrupiah, Yang Dipertua PIBG SMK Mak Mandin naik ke pentas meyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Dijemput ________________________ dari kelas _____________________ yang ________________

baca senarai penerima anugerah

Terima kasih diucapkan kepada Dr Chiu Aik Kiat dan En Kalimuthu a/l Karrupiah___________________________________________________________________________________________________________________

Bagi meneruskan majlis, dipersilakan En Mohd Nazir bin Othman, Selaku Naib Pengerusi Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik untuk menjemput dan mengiringi , En Yeoh Boon Lay , Pengetua SMK Mak Mandin , untuk naik ke pentas menyampaikan hadiah akademik kepada pelajar Tingkatan 4. Dipersilakan.

Dijemput ___________________ dari kelas ________________ yang mendapat tempat ___________

baca senarai penerima anugerah

Terima kasih diucapkan kepada En Mohd Nazir bin Othman dan En Yeoh Boon Lay.

___________________________________________________________________________________________________________________

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kecemerlangan akademik kepada pelajar Tingkatan 3. Dijemput En Choo Theam Hooi, Penolong Kanan Kokurikulum untuk naik ke pentas untuk menjemput dan mengiringi Dr Chiu Aik Kiat Penolong Kanan Pentadbiran bagi menyampaikan anugerah kepada para penerima Dipersilakan.

Dijemput ___________________ dari kelas ________________ yang mendapat tempat __________

baca senarai penerima anugerah

Terima kasih diucapkan kepada En Choo Theam Hooi dan Dr Chiu Aik Kiat

11PERSEMBAHAN PELAJAR

Dari Kedah ke Bandar Perlis, Singgah bersantai di tepi jeti,Persembahan menyusul memeriahkan majlisSemoga kalian terhibur hati.

Tuan tuan dan puan-puan sekelian , kita teruskan acara kita pada pagi ini dengan menyaksikan satu persembahan daripada ___________________________________ yang bertajuk_______________________

Dipersilakan.

------------------------------------------------------------

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pelajar yang telah menjayakan persembahan sebentar tadi

12PENYAMPAIAN HADIAH AKADEMIK TING 2, 1 PERALIHAN, PENDIDIKAN KHAS

Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah akademik bagi pelajar Tingkatan 2 Dijemput Puan Lim Ah Suan, Penolong Kanan Petang menjemput dan mengiringi En Mohd Nazir bin Othman selaku Naib Pengerusi Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik untuk menyampaikan hadiah kepada penerima

Dijemput ___________________ dari kelas ________________ yang mendapat tempat __________

baca senarai penerima anugerah

Terima kasih diucapkan kepada Puan Lim Ah Suan dan En Mohd Nazir bin Othman________________________________________________________________________________________________________

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah akademik bagi pelajar Tingkatan Satu. Dijemput Puan Lee Suik Leng, Guru Kanan Kemanusiaan mengiringi dan menjemput En Choo theam Hooi , Penolong Kanan Kokurikulum untuk naik ke pentas menyampaikan

anugerah kepada penerima

Dipersilakan.

Dijemput ___________________ dari kelas ________________ yang mendapat tempat __________

baca senarai penerima anugerah

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Lee Suik Leng dan En Choo THEAM Hooi

____________________________________________________________________________________________________________________

Acara seterunya adalah penyampaian hadiah akademik bagi pelajar Tingkatan Peralihan dan Pelajar Pendidikan Khas.

Dijemput untuk naik ke pentas Cik Toh Moh Lee menjemput dan mengiringi Puan Teh Lay Wah, Naib Pengerusi PIBG untuk menyampaikan

hadiah kepada pelajar Tingkatan Peralihan dan pelajar Pendidikan Khas

Dipersilakan.

Dijemput ___________________ dari kelas ________________ yang mendapat tempat __________

baca senarai penerima anugerah

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cik Toh Moh Lee dan Pun Teh Lay Wah

13

PERSEMBAHAN PELAJAR

Bagi mengakhiri acara persembahan pentas, majlis diteruskan lagi dengan persembahan oleh pelajar choral speaking yang akan

mempersembahkan

______________________________________________________________________________________________

Terima kasih kepada kumpulan pelajar yang telah menjayakan persembahan itu tadi.

14

PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN

Seterusnya ialah penyampaian Sijil penghargaan dalam pencapaian Kelab dan Persatuan, Badan Beruniform dan Permainan.

Dijemput En Mohd Zulkifle Bin Sulaiman , Guru Kanan Teknik dan Vokasional mengiringi _____________________________, AJK PIBG bagi menyampaikan sijil penghargaan bagi kategori Kelab Sukan permainan.

1) Kelab Bola Sepak SMK Mak Mandin telah menyertai Pertandingan Bola Sepak Bawah 15 dan 18 MSSPP dan telah

berjaya mendapat tempat ketiga.

Dijemput _____________

Rujuk lampiran m/s _________________

2)Seterusnya Kelab Hoki SMK Mak Mandin telah menyertai Pertandingan Hoki Bawah 18 MSSPP dan telah berjaya meraih tempat ketiga.

Dijemput _______________

Rujuk Lampiran m/s_________________

3)Kelab Olahraga SMK Mak Mandin pula telah menyertai Kejohanan olahraga MSSPP Zon Butterworth dan telah mendapat 3 emas,

2 perak dan 3 gangsa dan juga Kehohanan Heptatlon MSSPP Peringkat Negeri dan mendapat tempat Keenam.

Dijemput _________________

Rujuk Lampiran m/s _____________________

Terima kasih diucapkan kepada En Mohd Zulkiflee dan __________________ AJK PIBG

__________________________________________________________________________________________________________________

Seterusnya majlis diteruskan dengan menjemput En Chang Jook Ee, Guru Kanan Sains dan Matematik untuk mengiringi dan menjemput

__________________________ AJK PIBG untuk menyampaikan sijil penghargaan bagi kategori Unit Beruniform.

Anugerah ini diberikan kepada unit beruniform Briged Putra .

####BACA LAMPIRAN

Rujuk Lampiran m/s ___________

Bagi Kategori Ko akadmik pula,Pasukan Bahs sekolah telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan mendapat Naib johan bagi

Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parimen

Kelompok M5.

Dijemput para Peserta Bahas yabg terdiri daripada _____________________

Rujuk Lampiran

Terima kasih diucapkan kepada En Chang Jook Ee dan ______________________________

15 PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA TETAMU KEHORMAT

Hadirin yang dihormati,

Adat orang bertandang, kehadiran dialu-alukan, kepulangan diraikan.Sebagai tanda kasih dan tanda penghargaan , majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha En Yeoh Boon Lay, Pengetua SMK Mak Mandin untuk menyampaikan tanda hati kepada tetamu jemputan kita pada pagi ini. Dipersilakan Yang Berusaha TUAN HAJI SUPIAN BIN PAIMIN, Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara untuk menerima tanda hati daripada pihak sekolah sebagai tanda penghargaan dan kenangan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada TUAN HAJI SUPIAN BIN PAIMIN.

----------------------------------------------Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.kepada En Yeoh Boon Lay dan TUAN HAJI SUPIAN BIN PAIMIN.

16PENUTUP

Sidang hadirin sekalian,

Dengan penyampaian tanda hati itu tadi, majlis kita sudah tiba dipenghujungnya.

Inilah yang dikatakan , umpama berlayar telah sampai di pelabuhan

Umpama berkayuh telah sampai di muara

Umpama berjalan telah sampai ke destinasi.

Bagi pihak sekolah , majlis merakamkan jutaan ucapan terima kasih kepada Tetamu jemputan dan semua hadirin yang turut sama meluangkan

masa untuk hadir pada majlis ini .

Akar keladi melilit selasih

Selasih tumbuh di hujung taman

Kalungan budi junjungan kasih

Mesra kenangan sepanjang zaman

Dengan ini maka berakhirlah sudah majlis Hari Anugerah kecemerlang kali ke 38 SMK Mak Mandin bagi tahun 2013.

SELAMAT MAJU JAYA DAN SEMOGA BERJUMPA LAGI

Sekian terima kasih