TEKS MC

2
Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Salam sejahtera pembuka bicara Yang dihormati _____________________________________________________ _________________________________________________________________ Yang dihormati Encik Hussien Bin Hamidon, Penolong PPD Pengurusan Kualiti, selaku penceramah jemputan. Yang Berusaha En. Chua Aik Meng, Guru Besar SJKC Foon Yew 5, Guru-guru besar dan Guru Penolong Kanan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Daerah Pasir Gudang serta warga kerja SJKC Foon Yew 5. Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Majlis terlebih dahulu merakamkan ucapan selamat datang dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Hussien bin Hamidon serta tuan-tuan dan puan- puan sekalian kerana sudi hadir ke Ceramah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 untuk Standard 4 iaitu Pembelajaran dan Pengajaran. Majlis dimulakan dengan mempersilakan Yang Berusaha En Chua Aik Meng selaku Guru Besar SJKC Foon Yew 5 untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ….…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… Terima kasih diucapkan kepada En Chua Aik Meng atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Hadirin dan hadirat sekalian, Sebelum tirai ceramah dibuka, izinkan saya memperkenalkan serba sedikit tentang tajuk ceramah kita pada hari ini. Warga dewan yang saya muliakan, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 atau ringkasnya SKPM G2 merupakan rujukan kepada penilaian kualiti sekolah di Malaysia yang mengandungi 5 Standard yang perlu dicapai oleh pihak sekolah. Bagi entri untuk kali ini, ceramah ini akan memfokuskan kepada Standard 4 iaitu Pembelajaran dan Pengajaran. Standard 4 ini, piawaiannya lebih menjurus kepada peranan guru dalam memberikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti tinggi. Tanpa melengahkan masa lagi, majlis memberi laluan mesra kepada Encik Hussien bin Hamidon untuk menyampaikan ceramah beliau. Dipersilakan. ….…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Hussien bin Hamidon atas ceramah beliau sebentar tadi. Semoga segala perkongsian ilmu yang

Transcript of TEKS MC

Page 1: TEKS MC

Sirih berlipat sirih pinangSirih dari Pulau MutiaraPemanis kata selamat datangSalam sejahtera pembuka bicara

Yang dihormati ______________________________________________________________________________________________________________________Yang dihormati Encik Hussien Bin Hamidon, Penolong PPD Pengurusan Kualiti, selaku penceramah jemputan.Yang Berusaha En. Chua Aik Meng, Guru Besar SJKC Foon Yew 5, Guru-guru besar dan Guru Penolong Kanan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Daerah Pasir Gudang serta warga kerja SJKC Foon Yew 5.Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.Majlis terlebih dahulu merakamkan ucapan selamat datang dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Hussien bin Hamidon serta tuan-tuan dan puan-puan sekalian kerana sudi hadir ke Ceramah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 untuk Standard 4 iaitu Pembelajaran dan Pengajaran.Majlis dimulakan dengan mempersilakan Yang Berusaha En Chua Aik Meng selaku Guru Besar SJKC Foon Yew 5 untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ….……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………Terima kasih diucapkan kepada En Chua Aik Meng atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.Hadirin dan hadirat sekalian,Sebelum tirai ceramah dibuka, izinkan saya memperkenalkan serba sedikit tentang tajuk ceramah kita pada hari ini. Warga dewan yang saya muliakan, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 atau ringkasnya SKPM G2 merupakan rujukan kepada penilaian kualiti sekolah di Malaysia yang mengandungi 5 Standard yang perlu dicapai oleh pihak sekolah. Bagi entri untuk kali ini, ceramah ini akan memfokuskan kepada Standard 4 iaitu Pembelajaran dan Pengajaran. Standard 4 ini, piawaiannya lebih menjurus kepada peranan guru dalam memberikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti tinggi. Tanpa melengahkan masa lagi, majlis memberi laluan mesra kepada Encik Hussien bin Hamidon untuk menyampaikan ceramah beliau. Dipersilakan.….

Page 2: TEKS MC

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Hussien bin Hamidon atas ceramah beliau sebentar tadi. Semoga segala perkongsian ilmu yang disampaikan oleh beliau akan dapat dihadam dan dicernakan kepada anak-anak didik kita. Guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti tinggi dan bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan potensi dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Sesungguhnya, aspek-aspek yang diperincikan dalam Standard 4 ini ternyata boleh membawa kita ke arah menghasilkan guru-guru yang berkualiti tinggi yang kreatif dan berinovasi. Seterusnya, sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih, majlis mempersilakan __________________________________ untuk menyampaikan cenderamata kenangan kepada tetamu jemputan dan penceramah kita.

Dipersilakan _____________________________________________________.Seterusnya, dipersilakan Encik Hussien bin Hamidon untuk menerima cenderamata.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ________________________ yang telah sudi menyampaikan cenderamata sebentar tadi.Dengan itu, berakhirlah sudah Ceramah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 untuk Standard 4 iaitu Pembelajaran dan Pengajaran. Sebelum tirai saya labuhkan, terima 2 rangkap pantun daripada saya.Bunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita;Kalau tersilap tutur bicara,Jemari disusun maaf dipinta.

Pohon berangan tempat bertemu,Girangnya rasa si anak dara;Baliklah tuan membawa ilmu,Binalah bangsa bangunkan negara.

Sekian, Terima kasih dan Salam Perpaduan.