TEKS MC MAJLIS KELAB PROSTAR

11
TEKS UCAPAN PERTANDINGAN KUIZ PERDANA PROSTAR 2012 General Announcem ent Mohon perhatian Majlis akan bermula sebentar lagi, diharap para hadirin dapat mengambil tempat masing-masing. Pembuka majlis Yang Berbahagia, En. Abdul Hamid Bin Takat, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Selangor.. Yang Berusaha, Dr. Nurain Binti Mohamad Seri, Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor merangkap Penyelaras Program. Yang dihormati tetamu-tetamu khas, tetamu-tetamu jemputan ,guru-guru pengiring, peserta-peserta , tuan-tuan, puan-puan serta adik-adik pelajar yang di kasihi sekalian. Pantun pembuka: Melati kuntum tumbuh melata,

Transcript of TEKS MC MAJLIS KELAB PROSTAR

Page 1: TEKS MC MAJLIS KELAB PROSTAR

TEKS UCAPAN PERTANDINGAN KUIZ PERDANA PROSTAR 2012

General Announcement

Mohon perhatian

Majlis akan bermula sebentar lagi, diharap para hadirin dapat mengambil

tempat masing-masing.

Pembuka majlis

Yang Berbahagia, En. Abdul Hamid Bin Takat, Pengetua Sekolah Menengah

Kebangsaan Kuala Selangor..

Yang Berusaha, Dr. Nurain Binti Mohamad Seri, Pegawai Perubatan Pejabat

Kesihatan Daerah Kuala Selangor merangkap Penyelaras Program.

Yang dihormati tetamu-tetamu khas, tetamu-tetamu jemputan ,guru-guru

pengiring, peserta-peserta , tuan-tuan, puan-puan serta adik-adik pelajar yang di

kasihi sekalian.

Pantun pembuka:

Melati kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah di pohon cemara,

Assalamualaikum mulanya kata,

Awal Bismillah pembuka bicara.

Page 2: TEKS MC MAJLIS KELAB PROSTAR

Assalamualaikum w.b.t...................Selamatsejahtera....... Salam Perpaduan,

Salam Satu Malaysia.

Alhamdulillah.

Bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan keizinannya dapat kita bersama-sama  memeriahkan majlis kita pada pagi ini iaitu

Pertandingan Kuiz Perdana PROSTAR, peringkat daerah Kuala Selangor.

Dengan kesempatan ini,majlis mengucapkan selamat datang dan majlis amat mengalu-alukan kehadiran sekalian.

Untuk makluman hadirin,pertandingan kuiz Perdana PROSTAR, peringkat daerah Kuala Selangor ini telah menerima sebanyak …… penyertaan dari sekolah-sekolah dalam daerah Kuala Selangor.

Program ini dijalankan bertujuan untuk

Memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada remaja mengenai nilai-

nilai positif yang harus dipilih dalam hidup . Hal ini bagi mengelakkan

diri dari jangkitan HIV/AIDS , bahaya dadah dan gejala sosial.

Selain itu, hal ini juga menggalakkan ahli-ahli PROSTAR mencari

maklumat yang tepat berkenaan dengan kesihatan terutamanya amalan

gaya hidup sihat berlandaskan modul PROSTAR terkini.

Seterusnya, program ini dapat merapatkan ukhwah antara sekolah ,

Page 3: TEKS MC MAJLIS KELAB PROSTAR

Pejabat Pelajaran dan Pejabat Kesihatan seterusnya memudahkan semua

aktiviti berjalan lancar dan mencapai matlamat sebenar.

Bagi memberkati lagi majlis ini, marilah kita sama-sama mengaminkan doa

yang akan dibacakan oleh

Ustaz Ismail bin Abdul Kadir

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan. (Bacaan doa)

Amin Ya Rabbal A’lamin.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ismail bin Abdul Kadir

atas bacaan doa sebentar tadi.

TaklimatHadirin yang dihormati sekalian, tanpa membuang masa majlis diteruskan

dengan menjemput Yang Berusaha, Dr. Nurain Binti Mohamad Seri untuk

menyampaikan taklimat Pertandingan Kuiz Perdana PROSTAR. Dengan

sukacitanya majlis mempersilakan.

TAKLIMAT DR. NURAIN BINTI MOHAMAD SERI

Page 4: TEKS MC MAJLIS KELAB PROSTAR

Slot Pusingan Awal

Terima kasih diucapkan kepada Dr. Nurain Binti Mohamad Seri atas taklimat

yang telah disampaikan sebentar tadi.

Untuk tidak melengahkan masa , majlis akan diserahkan kepada Pengawas Kuiz

dari pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor , untuk memulakan

Pertandingan Kuiz Perdana Pusingan Awal.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

SLOT PUSINGAN AWAL

* Pertandingan Kuiz Perdana PROSTAR akan ditangguhkan selama 30 minit untuk waktu rehat kepada semua

para hadirin serta peserta-peserta pertandingan.

* Para hadirin dijemput ke ........................... untuk sedikit jamuan ringan.

REHAT ( 30 MINIT )

Page 5: TEKS MC MAJLIS KELAB PROSTAR

Slot Pusingan Akhir

Hadirin yang dihormati sekalian, sebentar lagi, akan dijalankan Slot Pusingan

Akhir bagi Pertandingan Kuiz Perdana PROSTAR peringkat Daerah Kuala

Selangor.

Majlis menjemput Yang Berusaha Dr. Vishvanath, wakil dari Pejabat Kesihatan

Daerah Kuala Selangor selaku Jurukuiz bagi pusingan akhir Pertandingan Kuiz

Perdana PROSTAR pada hari ini.

Majlis dengan sukacitanya , mempersilakan.

SLOT PUSINGAN AKHIR DIJALANKAN

Penyampaian hadiah / cenderahati

Hadirin dan hadirat sekalian

Kini tibalah masanya kita ke kemuncak acara bagi mengetahui keputusan yang

terbaik antara yang baik,yang terhebat diantara yang hebat.

Justeru,

Majlis menjemput, Pn. Sa’yah Binti Yusop, Guru Penolong Kanan

Kokurikulum SMK Kuala Selangor, untuk mengiringi Dr. Nurain Binti

Mohamad Seri bagi menyampaikan sijil kepada para pemenang.

Page 6: TEKS MC MAJLIS KELAB PROSTAR

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Pemenang tempat ketiga dipersilakan.................................................dari

sekolah..........................................................

Naib johan dipersilakan adik..............................................dari

sekolah.....................................................

Dan johan pertandingan Kuiz Perdana PROSTAR Peringkat Daerah Kuala

Selangor, pada tahun 2012…

Telah disandang oleh adik............................................................dari

sekolah..............................................................

Tahniah diucapkan kepada pemenang dan tahniah juga kepada peserta-peserta

yang telah mengambil bahagian.terima kasih diucapkan kepada Dr. Nurain

Binti Mohamad Seri atas penyampaian hadiah itu tadi.

Sebagai ……………………………………………………………………. ,

majlis berbesar hati menjemput Dr. Vishvanath bagi mengiringi Tuan Pengetua

SMK Kuala Selangor, En. Abdul Hamid Bin Takat, untuk menyampaikan

hadiah kepada

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

Page 7: TEKS MC MAJLIS KELAB PROSTAR

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Abdul Hamid Bin Takat

atas kesudian beliau menyampaikan hadiah sebentar tadi.

* ( kalau ada ) Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih ,majlis berbesar hati

menjemput Yang Berusaha.........................................untuk menyampaikan

cenderahati dari pihak …………………

PenutupBunga dedap di atas para,

Anak dusun pasang pelita,

Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf dipinta.

Tuai padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan,

Intai kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan

Page 8: TEKS MC MAJLIS KELAB PROSTAR

Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati itu tadi, maka berakhirlah

PERTANDINGAN KUIZ PERDANA PROSTAR DAERAH KUALA

SELANGOR BAGI TAHUN 2012.

Saya mewakili Jawatankuasa Pelaksana Program memohon maaf seandainya

terdapat kesilapan dan kekurangan sepanjang majlis ini diadakan.

Akhir kalimah, segala yang baik itu datang dari Allah dan maka yang tidak elok

itu datangnya dari kelemahan diri kami sendiri.

SEKIAN..

WABILAHHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM W.R.T

Dijemput dif-dif jemputan untuk menikmati jamuan yang kami sediakan..

Mengumumkan perarakan dif-dif jemputan keluar dari dewan.