Teks MC Penutupan. Edited

11
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN 14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG TEKS PENGACARA MAJLIS UNTUK PROGRAM BINA INSAN GURU FASA IIII “Khidmat Masyarakat dan Anak Angkat” TAHUN 2014

description

s

Transcript of Teks MC Penutupan. Edited

Page 1: Teks MC Penutupan. Edited

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

14000 BUKIT MERTAJAM

PULAU PINANG

TEKS PENGACARA MAJLIS

UNTUK

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA IIII

“Khidmat Masyarakat dan Anak Angkat”

TAHUN 2014

11 hingga 13 SEPTEMBER 2014

SK KOTA KUALA MUDA

Page 2: Teks MC Penutupan. Edited

MASA PERKARA UCAPAN

Ketibaan tetamu Biji selasih boleh dimakan

Menjadi perisa sedap terperi

Selamat datang kami ucapkan

Semoga majlis tambah berseri

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan

kehadiran tuan-tuan, puan-puan dan para pelajar

ke majlis perasmian penutupan Program Bina

Insan Guru Fasa 4, Khidmat Masyarakat dan

Anak Angkat anjuran IPG Kampus Tuanku

Bainun dengan kerjasama SK Kota Kuala Muda

dan juga para ibu bapa sekalian bagi tahun

2014.

Untuk makluman tuan-tuan, puan-puan, para

guru pelatih, para ibu bapa angkat dan para

pelajar sekalian, majlis penutupan akan bermula

sebentar lagi.

Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, para guru

pelatih, para ibu bapa angkat dan para pelajar

sekalian diminta mengambil tempat.

MASA PERKARA UCAPAN

Ketibaan wakil

Pengarah IPG

Kampus Tuanku

Bainun

Mengumumkan ketibaan Tuan Hj Abu Bakar Bin

Othman Timb Pengarah, IPG Kampus Tuanku

Bainun dengan Diiringi:

Yang Berusaha Ustaz Fadzil bin Mahmud guru

besar SK Kota Kuala Muda.

Diiringi Encik Mohd Akhir bin Awang, kem

komandan program BIG Fasa 4

Page 3: Teks MC Penutupan. Edited

Yang DiPertua PIBG,

saudara Ahmad Khobir bin Muslim Bukhari

Pengerusi BIG Fasa 4 mengambil tempat.

MASA PERKARA UCAPAN

Lagu Negaraku

dan lagu negeri

Kedah dimainkan

YB, para tetamu

jemputan dan

hadirin dijemput

duduk

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu

negaraku .

Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta berdiri.

Mohon Tuan Timb Pengarah dan hadirin

sekalian mengambil tempat.

MASA PERKARA UCAPAN

Setelah semua

hadirin berada di

tempat duduk

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t

,salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Yang Berbahagia Tn Hj Abu Bakar b Othman,

Timb Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun

Yang berusaha, Ustaz Fadzil bin Mahmud, Guru

Besar SK Kota Kuala Muda,

Kem Komandan, Encik Mohd Akhir bin Awang,

Yang Dipertua PIBG, Ahmad Khobir bin Muslim

Buhari Pengerusi BIG Fasa 4.

MASA PERKARA UCAPAN

Ucapan alu-aluan Kuntum melati tumbuh melata

Page 4: Teks MC Penutupan. Edited

pengerusi majlis

Setelah semua

para tetamu

jemputan dan

hadirin duduk

Burung merbah di pohon cemara

Assalamualaikum pembuka bicara

Selamat datang untuk semua

Hari ini memugal jagung

Hari esok memetik peria

Hari ini kita berkampung

Meraikan majlis penuh ceria

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan

serta mengalu-alukan kehadiran Tuan Hj Abu

Bakar Bin Othman Timb Pengarah IPG Tuanku

Bainun ke Program Bina Insan Guru Fasa 4,

Khidmat Masyarakat dan Anak Angkat bagi

tahun 2014. Majlis juga mengucapkan selamat

datang kepada semua para tetamu jemputan,

tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin ke

program yang diadakan pada hari ini.

MASA PERKARA UCAPAN

Bacaan Doa

Selepas bacaan

doa

Bagi memberkati majlis pada petang ini,

dipersilakan saudara Nizar Syazwan bin Mohd

Noor untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

dan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Page 5: Teks MC Penutupan. Edited

MASA PERKARA UCAPAN

Ucapan alu-aluan

pengerusi program

BIG Fasa 4

Hadirin yang dihormati,

Bagi meneruskan majlis pada petang ini, majlis

dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh

Pengerusi Program BIG Fasa 4, Ahmad Khobir

bin Muslim Buhari

MASA PERKARA UCAPAN

Setelah selesai

ucapan pengerusi

program BIG

Tayangan

Multimedia

Penyerahan

semula anak

angkat

Demikianlah tadi ucapan alau-aluan daripada

Pengerusi Program BIG, Ahmad Khobir bin

Muslim Buhari

Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas

ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Marilah sma-sama kita saksikan tayangan

multimedia yang memaparkan suka duka dan

corat coret program BIG Fasa 4 sepanjang 3 hari

2 malam ini.

Seterusnya, majlis akan diteruskan lagi dengan

upacara penyerahan semula anak angkat.

Dipersilakan ibu bapa angkat dan anak angkat

untuk tampil kehadapan dan bersalam-salaman

apabila nama anda disebut

Dimulakan dengan ……

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Page 6: Teks MC Penutupan. Edited

Ucapan Guru

Besar SK Kota

Kuala Muda

Ucapan Timbalan

Pengarah

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Yang

Berusaha Ustaz Fadzil bin Mahmud Guru Besar

SK Kota Kuala Muda.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil

kepada ketua murid.

Dengan itu majlis menjemput dan

mempersilakan Tuan Timbalan Pengarah, Tuan

Hj Abu Bakar Bin Othman diringi oleh Kem

Komandan En Mohd Akhir Bin Awang untuk

menyampaikan sijil penyertaan.

Majlis mempersilakan ___________________

ketua murid SK Kota Kuala Muda untuk

menerima sijil penyertaan.

Seterusnya, majlis mempersilakan Guru Besar

SK Kota Kuala Muda untuk menerima

cenderahati daripada timbalan pengarah.

Terima kasih diucapkan.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Timbalan

Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun, Tuan

Haji Abu Bakar Bin Othman untuk

menyampaikan ucapan dan seterusnya

merasmikan majlis penutupan bagi program BIG

Page 7: Teks MC Penutupan. Edited

Penyampaian

cenderamata

Penutup

Fasa 4 bagi tahun 2014.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Timb

Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun, atas

ucapan dan kesudian merasmikan majlis

penutupan Program BIG Fasa 4 bagi tahun 2014

sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan

segala hormatnya mempersilakan Timbalan

Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun Tuan

Haji Abu Bakar Bin Othman untuk menerima

cendermata daripada wakil guru pelatih.

Dijemput Tuan Haji Abu Bakar Bin Othman, Timb

Pengarah menerima cenderamata daripada

Pengerusi BIG Ahmad Khobir Bin Muslim Buhari

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Sempurnalah sudah majlis perasmian penutupan

Program Bina Insan Guru Fasa 4 bagi tahun

2014 pada petang ini.

Semoga program yang dijalankan dapat

meningkatkan minat para pendidik untuk terus

berjuang dan mendidik anak bangsa dan para

pelajar untuk terus menimba ilmu.

Page 8: Teks MC Penutupan. Edited

Hadirin sekalian,

Berakhirlah sudah majlis perasmian penutupan

pada petang ini.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang

telah menjayakan program ini.

Bunga seroja di atas cemara

Jatuh sekuntum di atas para

Andai kata tersilap bicara

Kemaafan jua yang kami pinta

Sekian terima kasih. Assalamualaikum w.b.t.