Teks Mc RIMUP

5
PERAYAAN HARI KUIH BULAN BAWAH RANCANGAN (RIMUP) ANTARA SJK (C) PEKAN DAN SK AHMAD TAHUN 2012 Masa Perkara Catatan 7.45 Murid berkumpul di dewan kecil 8.00 Ketibaan dif-dif jemputan, guru dan murid SK Ahmad Dipersilakan semua jemputan, guru dan murid untuk mengambil tempat. Assalamualaikum, selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Yang Berbahagia Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah SJK (C)Pekan, En. Tay Tick Long, PPN. PKC, Yang Berusaha Guru Besar SJK (C) Pekan, Pn. Gan Feek Moi, Yang Berusaha Guru Besar SK Ahmad, En. Ahmad bin Abu Bakar, Yang Dipertua PIBG SK Ahmad, Dato’ Aminuddin bin Mohd Yassin, guru-guru dan murid-murid sekalian. Pertama sekali, marilah kita memanjatkan kesyukuran kerana dapat berkumpul di dewan ini bagi menjayakan Perayaan Kuih Bulan di bawah aktiviti RIMUP antara SJK (C) Pekan dan SK Ahmad. Bagi pihak sekolah, saya mengalu-alukan kehadiran warga SK Ahmad pada hari ini. Bertemu kita di pagi ceria,

description

Contoh Teks Pengacara Majlis

Transcript of Teks Mc RIMUP

Page 1: Teks Mc RIMUP

PERAYAAN HARI KUIH BULAN BAWAH RANCANGAN (RIMUP) ANTARA

SJK (C) PEKAN DAN SK AHMAD TAHUN 2012

Masa Perkara Catatan

7.45 Murid berkumpul di dewan kecil

8.00 Ketibaan dif-dif jemputan, guru dan murid SK Ahmad

Dipersilakan semua jemputan, guru dan murid untuk mengambil tempat.

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia.Yang Berbahagia Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah SJK (C)Pekan, En. Tay Tick Long, PPN. PKC, Yang Berusaha Guru Besar SJK (C) Pekan, Pn. Gan Feek Moi, Yang Berusaha Guru Besar SK Ahmad, En. Ahmad bin Abu Bakar, Yang Dipertua PIBG SK Ahmad, Dato’ Aminuddin bin Mohd Yassin, guru-guru dan murid-murid sekalian.

Pertama sekali, marilah kita memanjatkan kesyukuran kerana dapat berkumpul di dewan ini bagi menjayakan Perayaan Kuih Bulan di bawah aktiviti RIMUP antara SJK (C) Pekan dan SK Ahmad.

Bagi pihak sekolah, saya mengalu-alukan kehadiran warga SK Ahmad pada hari ini.

Bertemu kita di pagi ceria,Menjalin ikatan hati ke hati,

Program RIMUP aktiviti mulia,Bina perpaduan dan jati diri.

8.05 Nyanyian Negaraku

Memulakan majlis pada hari ini, hadirin dimohon berdiri untuk

Page 2: Teks Mc RIMUP

menyanyikan lagu Negaraku.

Terima kasih diucapkan.

8.10 Ucapan Guru Besar SJK (C) Pekan

Hadirin sekalian. Seterusnya, majlis menjemput Guru Besar SJK (C) Pekan, Pn. Gan Feek Moi untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih di atas ucapan itu tadi.

Ucapan aluan Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah

Tanpa melengahkan masa, kini dijemput Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah SJK (C) Pekan, En. Tay Tick Long, PPN. PKC untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

8.15 Sketsa asal-usul Perayaan Kuih Bulan

Hadirin sekalian. Aturcara berikutnya ialah sketsa asal-usul Perayaan Kuih Bulan. Bagi makluman semua, perayaan ini yang turut dikenali sebagai ( Zhong Qiu ) disambut pada setiap 15 hari bulan lapan dalam kalendar lunar. Ia diraikan dengan santapan kuih bulan dan perarakan tanglung. Untuk itu, marilah bersama-sama kita saksikan sketsa yang akan dipersembahkan oleh ( ) Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan.

Persembahan tarian murid SJK (C) Pekan dan SK Ahmad

Seterusnya, kita akan menyaksikan persembahan tarian oleh murid SJK (C) Pekan dan SK Ahmad. Dengan sukacitanya, dipersilakan.

Page 3: Teks Mc RIMUP

Terima kasih di atas persembahan itu tadi. Diharapkan semua hadirin telah terhibur.

8.45 Demonstrasi membuat kuih bulan

Hadirin sekalian. Seperti yang kita sedia maklum, kuih bulan merupakan elemen yang amat penting bagi perayaan ini. Untuk itu, aturcara diteruskan lagi dengan demonstrasi membuat kuih bulan oleh Puan Chua Siew Choo. Dipersilakan.

9.00 Aktiviti membuat kuih bulan

Setelah menyaksikan demonstrasi tadi, aturcara diteruskan dengan aktiviti membuat kuih bulan oleh murid-murid SJK (C) Pekan dan SK Ahmad yang akan dijalankan secara berkumpulan. Untuk itu, dijemput Puan Chua Siew Choo bagi mengendalikan aktiviti ini.

10.00 Penyampaian cenderamata

Hadirin sekalian. Sebagai menghargai kehadiran ( ),dijemput ( ) untuk menyampaikan cenderamata.Dipersilakan.Terima kasih diucapkan.

Nyanyian bersama

Kini, kita akan bersama-sama menyanyikan lagu 1 Malaysia dan Yong Ma Lai Xi Ya De Tian Qi Lai Shuo Ai Ni.

10.15 Pameran Tanglung Jamuan

Sebelum menutup aturcara pada hari ini,pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan aktiviti RIMUP ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Kami juga memohon maaf jika terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan. Kini, dijemput

Page 4: Teks Mc RIMUP

semua warga dari SK Ahmad untuk melihat pameran tanglung dan menikmati jamuan yang disediakan.

Kalau ada sumur di lading,Boleh saya menumpang mandi,Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.