teks mc titian kasih.docx

5
Mengumumkan ketibaan yang berbahagia Tuan pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn. Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Yang Berbahagia, Dr Hamzah Bin Ehsan, pengarah IPG kampus Tun Hussein Onn, Yang berusaha, Encik Rousliluddin Bin ambia, Ketua jabatan hal ehwal pelajar IPG kampus Tun hussein onn, Yang dihormati, Barisan Pensyarah, IPG kampus Tun Hussein onn. Barisan pelajar PISMP ambilan jan 2012 IPG Kampus Tun Hussein Onn, , hadirin tuan-tuan dan puan yang dihormati sekalian, Pertama sekali, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya, dapat kita sama-sama hadir ke majlis MALAM TITIAN KASIH yang penuh makna dan berbahagia ini. Dan bagi pihak majlis, kami ingin mengalu-alukan ketibaan serta merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran Yang Berbahagia Dr Hamzah bin Ehsan, pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn Serta rakan hadirin yang saya hormati sekalian ke MAJLIS MALAM TITIAN KASIH tahun 2015 pada malam ini. Yang berbahagia tuan-tuan, puan-puan dan sidang hadirin yang yang saya hormati sekalian, bagi memberkati majlis kita yang penuh bersejarah ini, marilah kita sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa, yang

description

teks pengacara majlis (sei formal)

Transcript of teks mc titian kasih.docx

Page 1: teks mc titian kasih.docx

Mengumumkan ketibaan yang berbahagia Tuan pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn.

Melati kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah di pohon cemara;

Assalammualaikum mulanya kata,

Saya sembah pembuka bicara.

Yang Berbahagia,

Dr Hamzah Bin Ehsan, pengarah IPG kampus Tun Hussein Onn,

Yang berusaha,

Encik Rousliluddin Bin ambia, Ketua jabatan hal ehwal pelajar IPG kampus Tun hussein

onn,

Yang dihormati,

Barisan Pensyarah, IPG kampus Tun Hussein onn.

Barisan pelajar PISMP ambilan jan 2012 IPG Kampus Tun Hussein Onn, , hadirin tuan-

tuan dan puan yang dihormati sekalian,

Pertama sekali, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi

kerana dengan limpah kurnianya, dapat kita sama-sama hadir ke majlis MALAM TITIAN

KASIH yang penuh makna dan berbahagia ini.

Dan bagi pihak majlis, kami ingin mengalu-alukan ketibaan serta merakamkan ucapan

terima kasih atas kehadiran Yang Berbahagia Dr Hamzah bin Ehsan, pengarah IPG

Kampus Tun Hussein Onn Serta rakan hadirin yang saya hormati sekalian ke MAJLIS

MALAM TITIAN KASIH tahun 2015 pada malam ini.

Page 2: teks mc titian kasih.docx

Yang berbahagia tuan-tuan, puan-puan dan sidang hadirin yang yang saya hormati

sekalian, bagi memberkati majlis kita yang penuh bersejarah ini, marilah kita sama-

sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa, yang akan dipimpin oleh saudara

Aimullah bin Mohamad. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Tuan-tuan puan- puan, sidang hadirin yang budiman,

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, penganjuran malam titian kasih ini adalah

bertujuan untuk meraikan pelajar PISMP Ambilan Jan 2012 yang bakal menamatkan

pengajian untuk menjadi seorang pendidik kelak. Banyak kenangan yang telah terpahat

serta pengalaman yang dipelajari dalam usaha mendidik diri untuk menjadi seorang

pendidik yang berjasa kepada negara, bangsa dan agama.

Yang berbahagia, Tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin yang dihormati sekalian,

masa yang di tunggu telah pun tiba,

Beli ikan di pekan limbongan,

anak ikan si anak sembilang,

lauk pauk sedia terhidang,

jemput hadirin untuk menikmati hidangan.

Untuk itu, dijemput semua hadirin yang berada di dalam dewan untuk menikmati

hidangan. Dipersilakan,

Jadi tuan-tuan dan puan-puan sambil kita menikmati hidangan ataupun jamuan makan

malam kita pada malam ini, marilah kita sama-sama tayangan montaj kenang-

kenangan yang disediakan oleh exco TMP JPP sesi 2015-2016. Dengan segala

hormatnya dipersilakan.

Page 3: teks mc titian kasih.docx

Majlis diteruskan lagi dengan 3 persembahan khas daripada pelajar PISMP Ambilan

Jan 2012 yang akan dimulakan dengan persembahan nyanyian dariapada saudara

Muhd Ifran bin............ Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Seterusnya majlis menjemput Saudari Era binti................ untuk menyampaikan sebuah

lagu yang bertajuk............. Dengan segala hormatnya dipersilakan

Hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan menjemput saudari Aida biti....................

untuk menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk............. Dengan segala hormatnya

dipersilakan.

Sidang hadirin yang budiman, majlis diteruskan lagi dengan menjemput Saudara

Shahril Nazri bin Jailani untuk memberikan ucapan selaku wakil pelajar PISMP ambilan

Jan 2012. Dipersilakan.

Terima kasih saudara shahril nazri atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya majlis menjemput En Rousliluddin bin Ambia , Ketua Jabatan Hal ehwal

Pelajar IPG Kampus Tun Hussein Onn untuk memberikan sepatah dua kata. Dengan

segala hormatnya dipersilakan tuan.

Terima kasih En rouliluddin atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan menjemput, Dr Hamzah Bin Ehsan ,

Pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn untuk memberikan ucapan. Dengan segala

hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Dr Hamzah Bin Ehsan atas ucapan yang telah

disampaikan sebentar tadi.

Page 4: teks mc titian kasih.docx

Hadirin, tuan-tuan dan puan-puan yang budiman,

Majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan kepada setiap ketua

opsyen dan penolong ketua opsyen bagi semester 2 tahun 2015.

Majlis dengan ini menjemput Dr. Hamzah Bin Ihsan, pengarah IPG Kampus Tun

Hussein Onn diiringi oleh en rousliluddin bin ambia Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

untuk naik ke pentas. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dijemput saudara/saudari ..................... KO/PKO dari opsyen ......................

Seterusnya,

saudara/saudari ..................... KO/PKO dari opsyen ......................

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata khas daripada pelajar-pelajar

PISMP ambilan jan 2012 kepada mentor yang telah banyak berjasa kepada mereka.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput

Encik/Puan/DR/Ustaz/Ustazah............ mentor kpd opsyen ...................... untuk

menerima cenderahati yang akan di sampaikan oleh Ketua opsyennya.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian

hadiah kepada king dan quen of the night bagi jamuan makan malam titian kasih 2015

yang akan di sampaikan oleh Dr. Hamzah Bin Ehsan Pengarah Ipg Kampus Tun

Hussein Onn.

Maka dengan itu, majlis dengan ini mengumumkan takhta bagi king of the night pada

malam ini jatuh kepada..... ................................ dari opsyen.......................

Seterusnya bagi takhta quen of the night pula disandang oleh saudari............. dari

opsyen...............

Page 5: teks mc titian kasih.docx

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata khas daripada pelajar-pelajar

PISMP ambilan jan 2013 kepada Pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn. Untuk itu,

majlis dengan segala hormatnya menjemput saudara shahril nazril bin ahmad jailani

untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan upacara penyampaian cenderemata

kenang-kenangan kasih bertautan kepada Dr. Hamzah Bin Ehsan Pengarah Ipg

Kampus Tun Hussein Onn.

Terima kasih diucapkan kepada dr hamzah bin ehsan pengarah IPG kampus Tun

hussein onn atas kesudian tuan dalam menyempurnakan upacara penyampaian hadiah

itu sebentar tadi.

Maka dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah itu sebentar tadi maka

berakhirlah sudah jamuan makan malam titian kasih 2015 bagi pelajar PISMP ambilan

jan 2012 dan saya mengakhiri majlis dengan dua rangkap pantun.

Pohon berangan tempat bertemu,

Girangnya rasa si anak dara;

Pulangnya tuan membawa ilmu,

Binalah bangsa bangunkan negara.

Dari Kedah ke pekan sari,

Beli suasa di Kota Tinggi;

Selesai sudah tugas diberi,

Di lain masa bersua lagi.

Sekian disini sahaja pertemuan kita pada malam ini, insyaallah jika ada kesempatan di

lain masa kita berjumpa lagi,.

Sekian terima kasih.