Teks Mendengar - PelangiBooks.com PPPM/Motivasi DSK… · Saya akan membeli buah anggur dan buah...

5
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. D1 MOTIVASI PBS Bahasa Malaysia Tahun 4 UNIT 1 Berkhemah di Laman Idaman CD Track 1 Dengar dengan teliti ayat-ayat yang diperdengarkan melalui audio. Kemudian, sebut ayat-ayat tersebut semula dengan sebutan yang betul dan tepat. Hafizin : Di manakah letaknya Laman Idaman, ayah? Ayah : Laman Idaman terletak di Selangor. Hafizin : Ayah, apakah aktiviti yang boleh kita lakukan di sana? Ayah : Pelbagai aktiviti yang boleh kita lakukan di Laman Idaman, seperti berakit, memancing, dan meredah hutan. Hafizin : Baiklah, ayah. Pasti kita seronok nanti, ayah. Ayah : Hafizin, sila dapatkan maklumat perkhemahan di Laman Idaman bagi memudahkan kita menempah chalet nanti. UNIT 3 Bercuti dengan Keluarga CD Track 2 Dengar dengan teliti dialog yang diperdengarkan melalui audio. Kemudian, lengkapkan dialog. Ayah : Aiman, tolong belikan tiket masuk ke Petrosains bagi tiga orang dewasa dan dua untuk kanak-kanak. Aiman : Baiklah, pak cik. Sabrina : Ibu, adik berasa dahaga. Ibu : Danial, tolong belikan adik kamu air minuman di gerai sana. Ini wangnya. Danial : Baiklah, ibu. Danial belikan untuk ibu, ayah, dan Pak Cik Aiman juga ya ibu. Ibu : Baik Danial. Jangan lupa kira wang bakinya. Danial : Sabrina, ini air minuman kamu. Sabrina : Terima kasih, Abang Danial. Ayah : Danial, Sabrina sila duduk dengan sopan semasa minum. Sabrina : Baiklah, ayah. Aiman : Pak cik, ini tiket-tiket untuk masuk ke Petrosains. Ayah : Terima kasih, Aiman. Mari kita masuk sekarang. Danial, berikan botol-botol air itu kepada Pak Cik Aiman untuk disimpan di dalam beg itu. Danial : Baik, ayah. UNIT 4 Kesihatan Penting dalam Kehidupan CD Track 3 Dengar dan fahami petikan yang diperdengarkan melalui audio. Tulis perkataan berimbuhan pinjaman yang terdapat dalam petikan pada gambar yang sesuai. Kemudian, bina ayat daripada perkataan tersebut. Selamat pagi hadirin yang budiman. Saya Doktor Yasmin binti Adzhar dari Hospital Putrajaya. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan ceramah yang bertajuk “Kesihatan Penting dalam Kehidupan Kita”. Pepatah ada mengatakan bahawa “kesihatan itu lebih baik daripada harta benda”. Jika kita mengalami masalah kesihatan, kita tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan selesa. Malah kekayaan yang kita miliki juga tidak dapat kita nikmati sepenuhnya. Jelaslah bahawa kesihatan yang baik dapat menjamin kehidupan yang lebih bermakna dan bahagia. Bagaimanakah untuk menjaga kesihatan, adik- adik? Menurut para cendekiawan, otak yang cerdas datangnya daripada badan yang sihat. Oleh itu, amalan bersenam patut kita amalkan. Apabila kita bersenam, badan kita akan berpeluh, otot menjadi kuat, dan perjalanan darah ke seluruh badan akan menjadi lancar. Hal ini akan menyebabkan otak akan menjadi sihat dan badan kita akan terhindar daripada sebarang penyakit. Adik-adik yang saya kasihi, Selain bersenam, pemakanan seimbang menjadi prasyarat bagi mendapatkan kesihatan yang baik. Sudah semestinya adik-adik harus memenuhi tatacara pengambilan makanan seimbang, iaitu makan makanan yang mencakupi karbohidrat, protein, vitamin, dan garam mineral. Pengambilan makanan yang seimbang ini mampu meningkatkan pertumbuhan fizikal serta memperbaik keupayaan mental adik-adik. Sekian sahaja ceramah saya pada hari ini. Terima kasih. UNIT 5 Amalan Terpuji CD Track 4 Dengar pesanan melalui audio. Kemudian, tulis pesanan tersebut kembali mengikut urutan. Bapa : Suria, beritahu abang dan kakak kamu, Salina bahawa kita akan membersihkan kawasan rumah pada pagi ini bersama- sama. Suria : Baiklah, ayah. Teks Mendengar Teks Mendengar

Transcript of Teks Mendengar - PelangiBooks.com PPPM/Motivasi DSK… · Saya akan membeli buah anggur dan buah...

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. D1 MOTIVASI PBS • Bahasa Malaysia Tahun 4

UNIT 1 • Berkhemah di Laman IdamanCD Track 1

Dengar dengan teliti ayat-ayat yang diperdengarkan melalui audio. Kemudian, sebut ayat-ayat tersebut semula dengan sebutan yang betul dan tepat.

Hafizin : Di manakah letaknya Laman Idaman,ayah?

Ayah : LamanIdamanterletakdiSelangor.

Hafizin : Ayah, apakah aktiviti yang boleh kitalakukandisana?

Ayah : Pelbagaiaktivitiyangbolehkitalakukandi Laman Idaman, seperti berakit,memancing,danmeredahhutan.

Hafizin : Baiklah, ayah. Pasti kita seronok nanti,ayah.

Ayah : Hafizin, sila dapatkan maklumatperkhemahan di Laman Idaman bagimemudahkan kita menempah chaletnanti.

UNIT 3 • Bercuti dengan KeluargaCD Track 2

Dengar dengan teliti dialog yang diperdengarkan melalui audio. Kemudian, lengkapkan dialog.

Ayah : Aiman, tolong belikan tiket masuk kePetrosainsbagitigaorangdewasadanduauntukkanak-kanak.

Aiman : Baiklah,pakcik.

Sabrina : Ibu,adikberasadahaga.

Ibu : Danial, tolong belikan adik kamu airminumandigeraisana.Iniwangnya.

Danial : Baiklah, ibu. Danial belikan untuk ibu,ayah,danPakCikAimanjugayaibu.

Ibu : Baik Danial. Jangan lupa kira wangbakinya.

Danial : Sabrina,iniairminumankamu.

Sabrina : Terimakasih,AbangDanial.

Ayah : Danial, Sabrina sila duduk dengansopansemasaminum.

Sabrina : Baiklah,ayah.

Aiman : Pak cik, ini tiket-tiket untuk masuk kePetrosains.

Ayah : Terima kasih, Aiman. Mari kita masuksekarang. Danial, berikan botol-botolair itu kepada Pak Cik Aiman untukdisimpandidalambegitu.

Danial : Baik,ayah.

UNIT 4 • Kesihatan Penting dalam Kehidupan

CD Track 3

Dengar dan fahami petikan yang diperdengarkan melalui audio. Tulis perkataan berimbuhan pinjaman yang terdapat dalam petikan pada gambar yang sesuai. Kemudian, bina ayat daripada perkataan tersebut.

Selamat pagi hadirin yang budiman. Saya DoktorYasmin binti Adzhar dari Hospital Putrajaya. Padapagi ini, saya akan menyampaikan ceramah yangbertajuk“KesihatanPentingdalamKehidupanKita”.

Pepatah ada mengatakan bahawa “kesihatanitu lebih baik daripada harta benda”. Jika kitamengalami masalah kesihatan, kita tidak dapatmelakukan aktiviti harian dengan selesa. Malahkekayaan yang kita miliki juga tidak dapat kitanikmati sepenuhnya. Jelaslah bahawa kesihatanyang baik dapat menjamin kehidupan yang lebihbermaknadanbahagia.

Bagaimanakahuntukmenjagakesihatan,adik-adik?Menurutparacendekiawan,otakyangcerdasdatangnya daripada badan yang sihat. Oleh itu,amalan bersenam patut kita amalkan. Apabila kitabersenam, badan kita akan berpeluh, otot menjadikuat,danperjalanandarahke seluruhbadanakanmenjadi lancar. Hal ini akan menyebabkan otakakan menjadi sihat dan badan kita akan terhindardaripadasebarangpenyakit.

Adik-adikyangsayakasihi,

Selainbersenam,pemakananseimbangmenjadiprasyarat bagi mendapatkan kesihatan yang baik.Sudah semestinya adik-adik harus memenuhitatacara pengambilan makanan seimbang, iaitumakan makanan yang mencakupi karbohidrat,protein, vitamin, dan garam mineral. Pengambilanmakananyangseimbanginimampumeningkatkanpertumbuhan fizikal serta memperbaik keupayaanmentaladik-adik.

Sekian sahaja ceramah saya pada hari ini.Terimakasih.

UNIT 5 • Amalan TerpujiCD Track 4

Dengar pesanan melalui audio. Kemudian, tulis pesanan tersebut kembali mengikut urutan.

Bapa : Suria,beritahuabangdankakakkamu,Salinabahawakitaakanmembersihkankawasanrumahpadapagiinibersama-sama.

Suria : Baiklah,ayah.

Teks MendengarTeks Mendengar

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. D2 MOTIVASI PBS • Bahasa Malaysia Tahun 4

Bapa : Suria, suruh abang kamu mengambilcangkul,danpongkesdidalamstor.

Suria : Baiklah,ayah.

Ibu : Sofia, beritahu Kakak Salina supayamembuangairyangterdapatdidalambekaspelapikpasu-pasubungaitu.

Sofia : Baiklah,ibu.

Ibu : Salina, suruh abang dan adik kamusupaya membasuh tangan sehinggabersihselepasmenyapusampah.

Salina : Baiklah,ibu.

UNIT 8 • Nasib Rakan KamiCD Track 5

Dengar perbualan melalui audio. Tulis ayat yang mengandungi ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya di ruang yang disediakan.

Aini : Natasya, siapakah yang tidak hadirpadahariini?

Natasya : Akmal tidak hadir pada hari ini. Diakemalangan semalam. Kamu tidaktahuakanhalini,Aini?

Aini : Oh, ya! Keadaan Akmal sekarangbagaimana?

David : Janganbimbang.Kecederaannyatidakserius. Dia hanya cedera di lutut dansikunya.

Aini : Bagaimanakah kemalangan itu bolehberlaku?

Natasya : Mengikut cerita kakak Akmal,kemalangan itu berlaku kerana diacubamengelakdaripadasebuahkeretayang dipandu laju. Dia tidak dapatmengawal basikalnya lalu terjatuh kedalamsemak.

David :Walau bagaimanapun, Akmalbernasib baik kerana pada waktu itu,Razif dan Aiman beradadi belakangnya. Merekalah yangmembantu dan membawa Akmalpulang ke rumah. Setibanya di rumah,ibunyamembawaAkmalkeklinikuntukmendapatkanrawatan.

Natasya : Nasib baik mereka ada berdekatandi kawasan kejadian. Basikal Akmalbagaimana?

David : Basikalnya tak adalah rosak teruk,cuma jejari tayar basikalnya bengkok.Saya akan membawa basikalnya kekedaiayahsayauntukdibaiki.

Aini : Saya hendak melawat Akmal. Marilahtemankansayakerumahnya.

Natasya : Saya pun hendak ikut serta. Kitabawalah buah tangan. Saya akanmembelibuahanggurdanbuahlimau.

David : Kalian hendak ke rumahnya bila?Bolehlahsayaikutserta.

Natasya : Kalaubegitu,kitakerumahnyaselepassekolah hari ini. David, kami akantunggukamudirumahAinipadapukul5.00petang.

David : Okey.Kitajumpapetangnanti.

UNIT 8 • BanjirCD Track 6

Dengar petikan yang diperdengarkan melalui audio. Tulis maklumat yang tersurat dan tersirat dalam petikan pada rajah.

Hujan lebat mulai turun sejak dua hari lepas.Beberapa buah rumah di Kampung Indah sudahhampir ditenggelami air. Paras air naik mendadakkerana sistem perparitan yang rosak dan tidakdiselenggaradenganbaiksejakkebelakanganini.

Orang ramai yang tinggal di kawasan rendahdiingatkan supaya sentiasa berjaga-jaga. Merekayang tinggal di kawasan yang sering dinaiki airdinasihatkan supaya sentiasa berwaspada danmematuhi arahan pihak berkuasa. Mereka jugaperlu mengikuti berita terkini tentang banjir darisemasakesemasa.

Sekiranya hujan tidak berhenti dalam tempoh24 jam, paras air akan semakin naik. Hal ini akanmenyebabkan beberapa kawasan rendah akanditenggelamiair.

Penduduk-pendudukdikawasanyang terbabitdinasihatkan supaya membuat persediaan awal.Dokumen-dokumen penting seperti sijil kelahiran,geran tanah, sijil peperiksaan, dan seumpamanyahendaklahdisimpanditempatyangselamat.

Utamakan keselamatan diri dan hargailahnyawa. Berpindahlah jika diarahkan berbuatdemikian.

Keselamatan anak-anak, wanita, dan orang-orangtuaperludiutamakan.Merekayanguzurjugamesti dipindahkan terlebih dahulu. Kanak-kanakdinasihatkan supaya tidak bermain air. Ibu bapahendaklah sentiasa mengawasi pergerakan anak-anakmerekakerana“malangtidakberbau”.

UNIT 10 • Program Khidmat Masyarakat

CD Track 7

Dengar cerita-cerita yang diperdengarkan melalui audio dengan teliti. Kemudian, huraikan nilai murni yang terdapat dalam cerita tersebut pada gambar yang sesuai.

Cerita 1: Awal-awal pagi lagi, Aiman dan keluarganyasudah berada di balai raya. Hari ini, mereka akanmenyertai program “Sungai Kita, TanggungjawabKita”diHutanLipurSungaiTekala.Kempenanjuran

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. D3 MOTIVASI PBS • Bahasa Malaysia Tahun 4

Persatuan Penduduk Taman Bahagia ini mendapatkerjasama daripada pihak Majlis Daerah Kajang.Seawal pukul 8.00 pagi, para peserta sudah mulabergotong-royong. Mereka berganding bahumembersihkan kawasan hutan lipur. Sampahsarap dikumpulkan dan dibuang di tempat yangdisediakan. Pokok-pokok bunga ditanam bagimengindahkan kawasan tersebut. Selain itu,peralatanseperti tongsampahdanbangku-bangkuyang rosak juga dibaiki. Usaha murni pendudukTamanBahagiamendapatpujiandaripadapegawaidaerah.Beliauberharapagarusahatersebutdapatdijadikancontoh.

Cerita 2: Amirul dan Haziq dalam perjalanan pulangdari sekolah. Tiba-tiba, mereka terpandang asapberkepul-kepuldiudara.AmiruldanHaziqmemecutbasikal mereka ke arah asap tebal itu. Alangkahterkejutnya mereka apabila mendapati rumahPak Daud terbakar. Mereka melihat Pak Dauddan isterinya bertungkus lumus memadamkankebakaranitu.Amirulsegeramenelefonpihakbombadan ayahnya. Tidak lama kemudian, bomba tiba.Walaubagaimanapun,sudah80peratusrumahPakDaudhangus.Pendudukkampungmengutipdermabagi membantu Pak Daud dan isterinya. Pendudukkampung juga membina rumah Pak Daud secarabergotong-royong. Pak Daud amat berterima kasihkepadajiran-jirannya.

Cerita 3: Pada minggu lalu, Kelab PenyayangSekolah Kebangsaan Presint 11(3), Putrajaya telahmenganjurkan program kerja amal di Rumah SeriBahagia.Dalamprogramitu,parapesertaberpeluangberamah mesra dengan warga emas di situ.Selain itu, para peserta juga membersihkan rumahtersebut serta kawasan persekitaran. Antara tugaspembersihanyangdilakukan ialahmencuci tandas,menyapu lantai, mengelap tingkap, memotongrumput, dan mencuci longkang. Semua pesertaberasa bangga kerana dapat menyumbangkantenagauntukkerjaamal ini.Sebelumpulang,CikguLokmanmenyampaikansedikitsumbangankepadasetiapwargaemasdiRumahSeriBahagiaitu.

UNIT 15 • Pertahanan DiriCD Track 8

Dengar petikan yang diperdengarkan melalui audio. Kemudian, lengkapkan perbincangan berdasarkan petikan ini.

Senipertahanandirisudahwujuddandiwarisiturun-temurun oleh sesuatu bangsa di dunia ini. Padazamandahulu,menjadi suatuamalansetiaporangterutamanya kaum lelaki yang harus mempelajaridan mempunyai ilmu pertahanan diri. Di Malaysia,terdapat pelbagai seni pertahanan diri yangmendapat tempat dalam kalangan masyarakat.Antaranyaialahsilatcekak,silatgayung,silatlincah,silambam, kungfu, dan wusyu. Menceburkan diri

dalamaktiviti senimempertahankandiri inimampumemupuknilai-nilaimurnidanbanyakkebaikannyakepadapengamalnya.

Murid-murid yang mempelajari ilmu senipertahanan diri ini mampu menjaga keselamatandiri supaya lebih selamat dan terjamin. Merekayang mempelajari seni mempertahankan diri iniboleh mengelakkan diri daripada menjadi mangsabuli atau diugut oleh murid yang lebih senior disekolah.

Selain itu, murid-murid yang menceburkandiri dalam bidang ini juga mempunyai disiplin diriyang tinggi. Hal ini demikian kerana, dalam senimempertahankan diri murid-murid dilatih agarmematuhi masa, mengamalkan pemakanan yangsihat, serta mengamalkan nilai-nilai murni yangterpuji. Sekiranya nilai-nilai sebegini diterapkandalam diri murid-murid, maka mereka tidak akanterjebakolehgejalayangnegatif.

Di samping itu, mempelajari seni pertahanandiriinijugadapatmembantumurid-muridmembinakekuatan fizikal sekali gus menyihatkan tubuhbadan. Hasil gerakan yang dilakukan semasamempelajari seni pertahanan diri sebenarnyamerupakansenamanyangdapatmenguatkanototdananggotabadan.Apabilabadancergas, secaratidaklangsungakanmerangsangketajamanminda.

Menyertaisenipertahanandirijugamerupakansuatuwadahyangbaikuntukmenambahkenalandanbersosial.Disampingberlatih,murid-muridjugaboleh berinteraksi dengan rakan-rakan lain. Secaratidaklangsung,merekabolehberkongsipengalamandan juga menambah pengetahuan melaluiperbincangan bersama-sama rakan sepelatih.Murid-murid boleh bertukar-tukar pengetahuanbukansahajamengenaisenipertahanandiri, tetapiboleh juga bertukar-tukar pendapat mengenaiisu semasa dan juga kerja sekolah. Dengan ini,pengetahuan murid-murid akan bertambah luasdanilmuakanbertambahbanyak.

Konklusinya, seni pertahanan diri memangbanyak mendatangkan faedah kepada murid-murid. Semua pihak perlu berganding bahuuntuk mengembangkan seni pertahanan diridalam masyarakat daripada terkubur begitusahaja. Ibu bapa perlu memberikan galakansepenuhnya sekiranya anak mereka ingin belajarseni pertahanan diri kerana seni pertahanan dirijuga mampu membentuk sahsiah yang tinggi danmelahirkanmasyarakatyangmempunyaikesetiaandankecintaanterhadaptanahair.

UNIT 16 • Krep DurianCD Track 9

Dengar cara-cara untuk membuat krep durian melalui audio. Kemudian, tulis maklumat mengikut urutan pada peta alir yang disediakan. Gunakan gambar yang disediakan sebagai panduan.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. D4 MOTIVASI PBS • Bahasa Malaysia Tahun 4

Pagi itu, selepas sarapan, Siti membantu ibunyamenyediakanpemanismulutyangdinamakankrepdurian. Siti melihat ibunya menyediakan bahan-bahanuntukmembuatkrepdurian.Antaranyaialahdurian, tepung ubi, tepung gandum, gula halus,telur, susu cair, air, dan sedikit mentega. SemasaSiti menyediakan isi durian, ibu Siti mencampurkantepung ubi, tepung gandum, dan gula halus.Selepas itu, campuran tersebut diayak. Kemudian,ibu Siti memasukkan susu, telur, esen vanilla, air,dan mentega. Setelah bancuhan untuk membuatkulit krepdurian ini siap, ibuSitimemanaskankualidengan sedikit minyak. Setelah kuali sudah panas,ibu Siti memasukkan sesenduk bancuhan itu kedalam kuali dan leperkan di atas kuali sehinggaterbentuk satu lapisan nipis. Apabila sudah masak,ibu Siti mengangkat kulit krep durian itu danketepikan. Ibu Siti melakukan proses yang samasehinggabancuhantepungtadihabis.

Setelah kulit krep durian tersedia, ibu Sitimenyediakan krim putar yang dibuat daripada“whipping cream” dan dicampurkan dengangula halus dan dikacau sehingga gebu dankental. Setelah semua bahan tersedia, ibu Sitipun memulakan proses untuk membungkus krepdurian.Kulitkrepduriandiletakkandiataspinggandan ibu Siti meletakkan krim putar. Selepas itu, isidurian di letakkan di atas krim tersebut. Kemudian,inti itu dibungkus dengan kemas. Siti dan ibunyamelakukan proses itu sehingga kulit krep durianhabis.Kemudian,krepdurianitudisimpankedalampeti sejuk selama empat hingga lima jam supayaintinyamenjadipadatdanlembut.

UNIT 17 • Pengorbanan Pak Cik RajuCD Track 10

Dengar dialog yang diperdengarkan melalui audio. Kemudian, catat soalan tanpa kata tanya yang terdapat dalam dialog. Kemudian, jawab soalan tersebut berdasarkan dialog yang kamu dengar.

Hafiz : Wah, besar betul kandang kambingPakCikRajukamu!

Nathan : Kandanginibarusahajadibesarkan.

Hafiz : Pekerjapakcikkamubanyak?

Nathan : Dulu, ayah dan dua orang anak pakcik saya yang bekerja dengannya.Sekarang pak cik saya menggajikansepuluhoranglagi.

Hafiz : PakCikRajululusanbidangpertanian?

Nathan : Oh, tidak! Dulu dia seorang akauntandi sebuah syarikat telekomunikasi diKualaLumpur.

Hafiz : Sanggup Pak Cik Raju melepaskanjawatannya untuk menceburi bidangpenternakankambingini?

Nathan : Ya, Hafiz. Selepas ayahnya meninggaldunia, tiada sesiapa yang mahumengambil alih perusahaan yangdiusahakan oleh ayahnya. Sebagaianaksulungdan tidakmahutitikpeluhayahnya berkubur begitu sahaja,dia mengambil keputusan untukmelepaskanjawatannyaitu.

Hafiz ; Tiadatentangandaripadakeluarganya?

Nathan : Pada mulanya, isteri serta ibunyamenentang,tetapipakciksayabertekaduntukmeneruskanusahaayahnya.Diajuga mengatakan bahawa dia tidakmahu menjadi kuli selama-lamanya.Jadi, dia meneruskan usaha ayahnyadenganpenuhsemangat.

Hafiz : Saya rasa pengorbanan pak cikkamu tidak sia-sia. Pendapatanyang diterimanya kini, pasti melebihipendapatannya semasa bekerjadahulu.

Nathan : Betul, Hafiz. Kehidupan pak cik sayadan keluarganya jauh lebih senangdaripada dulu. Malahan beliau jugabanyak membantu keluarga saya.Pada masa cuti sekolah, saya tidakakan melepaskan peluang untukmembantupakciksayadiladangini.

Hafiz : KamurapatdenganPakCikRaju?

Nathan : Ya, Hafiz. Walaupun dia sudahberjaya,namundia tidakpernah lokekmenurunkanilmupenternakankambinginikepadasaya.

Hafiz : Bertuahkamu,Nathan.

Nathan : Terima kasih, Hafiz. Eh, marilah kitanikmati dulu minuman susu segarkambingtenusupakciksaya!

UNIT 21 • Negaraku IndahCD Track 11

Dengar dialog melalui audio. Kemudian, senaraikan faktor-faktor yang boleh menarik hati Encik Malik untuk memilih Pulau Redang sebagai destinasi percutiannya sekeluarga.

CikJulia : Selamat pagi, encik. Saya Cik Julia.Bolehsayabantuencik?

EncikMalik : Selamat pagi. Saya bercadanghendak membawa keluarga sayabercuti pada cuti sekolah ini. SayaharapCikJuliadapatmemaklumkankepada saya tentang pakej-pakejyangditawarkanolehsyarikatini.

CikJulia : Pilihanutamaencikkepulauataukekawasanpergunungan?

EncikMalik :Saya menginginkan percutian kepulau.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. D5 MOTIVASI PBS • Bahasa Malaysia Tahun 4

CikJulia : Buat masa ini, syarikat kami adamenawarkan promosi melawat kePulau Redang, selama tiga hari duamalam.

EncikMalik : Apakahkeistimewaanpakejini?

CikJulia : Bayaran bagi keseluruhan pakejkeluarga ini ialah sebanyak RM1200bagi dua orang dewasa dan tigaorang kanak-kanak. Bayaran initermasuklah pengangkutan feri kepulau, penginapan selesa yangbertaraf lima bintang, makan pagi,tengah hari, dan makan malamsepanjang tiga hari dua malam.Pelbagai jenis makanan Melayu,Cina,India,danmakananjenisbaratakandisediakan.

EncikMalik : Bagaimana dengan aktivitisnorkeling? Adakah termasuk dalampakejini?

CikJulia : Ya,encik.Inilahyangpalingistimewa.Pihak kami akan menawarkantiga kali aktiviti snorkeling secarapercuma.

EncikMalik : Wah,hebatjugatawarannya!

CikJulia : Memang hebat, encik. Selainitu, encik bolehlah menikmatipemandangan yang indah di PulauRedang. Pasirnya yang putih sertapemandangan dunia laut yangmenarik dengan pelbagai hidupanlaut. Pilihan encik ke Pulau Redangtidakakanmengecewakanencikdankeluarga.

EncikMalik : Ok, saya akan berbincang dengankeluargasaya.

CikJulia : Boleh. Sila ambil risalah ini. Encikboleh tunjukkan kepada isteri dankeluargaencik.Merekapasti terpikatoleh keindahan alam semula jadi diPulauRedang.

UNIT 22 • Keluarga YasminCD Track 12

Dengar cerita tentang keluarga Yasmin yang diperdengarkan melalui audio. Kemudian, ceritakan maklumat yang kamu peroleh melalui cerita ini.

NamasayaYasmin.Sayaberumursembilan tahundan masih bersekolah di Sekolah KebangsaanPresint 11(3) di Putrajaya. Saya dihantar oleh bapasaya ke sekolah. Setiap hari, saya menerimawang saku sebanyak RM3.00. Pada waktu rehat,saya akan makan di kantin sekolah. Biasanya,saya akan membelanjakan wang saku sayasebanyak RM2.00 untuk membeli makanan. Setiaphari, saya akan membawa minuman dari rumah.Hal ini telah menjimatkan wang saku saya. BakisebanyakRM1.00ituakansayatabungkandidalamtabung buluh saya. Pada masa lapang, saya sukamembaca buku cerita. Saya akan menggunakanwang tabungan saya untuk membeli buku-bukukegemaransaya.

Ayah dan ibu saya guru. Mereka sangatbaik meskipun tegas semasa mengajar. Denganpendapatanyangditerimaolehibudanayah,kamisekeluarga hidup sederhana. Walaupun kehidupankami tidak mewah, tetapi kami sungguh bahagia.Dengan sikap berjimat cermat ayah dan ibu,merekamampumenyediakansebuahrumahteresyang sederhana besar untuk kami. Ayah dan ibujuga memiliki sebuah kereta yang memudahkanpergerakankamisekeluarga.

Saya mempunyai seorang kakak dan seorangabang. Abang saya masih belajar di sekolahmenengah.Abangsayaseorangpemainbadmintonyang hebat. Dia sering menjadi juara dalamkejohanan badminton peringkat Putrajaya. Kakaksaya pula sudah menamatkan pelajarannya diuniversiti.Kini,diabekerjadisebuahkilangelektroniksebagai juruteknik. Kakak saya seorang yang baikhati.Setiapbulanselepasdiamenerimagajinya,diaakan membelikan saya buku-buku cerita. Dia jugaseringmembawakamisekeluargamakan.

Pada setiap hari minggu, kami sekeluargapasti meluangkan masa bersama-sama. Ibu akanmemasakmakanankegemarankami,iaiturendangayamdanbuburkacang.Kamijugatidakmelepaskanpeluanguntukberiadahbersama-samapadawaktupetang. Biasanya, kami akan menunggang basikaldi Taman Botani. Saya sungguh gembira keranamempunyaikeluargabahagia.