Teks Mengendalikan Persidangan Tahunan Puteri Umno Cawangan

4
1 TEKS MENGENDALIKAN PERSIDANGAN TAHUNAN PUTERI UMNO CAWANGAN Bil Agenda Teks Ucapan 1 Ucapan aluan- aluan Pengerusi Tetap Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Yang berbahagia Wakil Pemerhati Puteri UMNO Bahagian 1) _____________________________________________________________________ 2) _____________________________________________________________________ Yang berbahagia Ketua Puteri UMNO Cawangan ________________________________________________________________________ Yang berbahagia Setiausaha UMNO Cawangan ________________________________________________________________________ Yang berbahagia Wakil Pemerhati UMNO Cawangan 1) _____________________________________________________________________ 2) _____________________________________________________________________ Yang berbahagia barisan Jawatankuasa Puteri UMNO Cawangan Dan seterusnya ahli-ahli persidangan sekalian. Saya selaku Pengerusi Tetap Puteri UMNO Cawangan ____________________ terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan selamat datang kepada para ahli persidangan sekalian kerana dapat meluangkan masa untuk hadir bagi menjayakan Persidangan Puteri UMNO Cawangan pada hari ini. 2 Bacaan doa Sebelum kita memulakan persidangan kita pada petang ini, adalah lebih baik kita mulakan dengan bacaan ummul kitab. Semoga persidangan kita pada petang ini berjalan lancar dan sempurna. Al-fatihah.. Amin ya rabbal alamin.. 3 Nyanyian lagu Sidang hadirin sekalian, Saya dengan ini meminta dengan ikhlas semua hadirin untuk berdiri dan menyanyikan bersama-sama lagu Negaraku, lagu UMNO dan lagu Puteri UMNO.

description

Puteri UMNO

Transcript of Teks Mengendalikan Persidangan Tahunan Puteri Umno Cawangan

  • 1

    TEKS MENGENDALIKAN PERSIDANGAN TAHUNAN PUTERI UMNO CAWANGAN

    Bil Agenda Teks Ucapan

    1

    Ucapan aluan-

    aluan Pengerusi

    Tetap

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang.

    Yang berbahagia Wakil Pemerhati Puteri UMNO Bahagian

    1) _____________________________________________________________________

    2) _____________________________________________________________________

    Yang berbahagia Ketua Puteri UMNO Cawangan

    ________________________________________________________________________

    Yang berbahagia Setiausaha UMNO Cawangan

    ________________________________________________________________________

    Yang berbahagia Wakil Pemerhati UMNO Cawangan

    1) _____________________________________________________________________

    2) _____________________________________________________________________

    Yang berbahagia barisan Jawatankuasa Puteri UMNO Cawangan

    Dan seterusnya ahli-ahli persidangan sekalian.

    Saya selaku Pengerusi Tetap Puteri UMNO Cawangan ____________________

    terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan selamat

    datang kepada para ahli persidangan sekalian kerana dapat meluangkan

    masa untuk hadir bagi menjayakan Persidangan Puteri UMNO Cawangan

    pada hari ini.

    2

    Bacaan doa

    Sebelum kita memulakan persidangan kita pada petang ini, adalah lebih

    baik kita mulakan dengan bacaan ummul kitab. Semoga persidangan kita

    pada petang ini berjalan lancar dan sempurna.

    Al-fatihah..

    Amin ya rabbal alamin..

    3

    Nyanyian lagu

    Sidang hadirin sekalian,

    Saya dengan ini meminta dengan ikhlas semua hadirin untuk berdiri dan

    menyanyikan bersama-sama lagu Negaraku, lagu UMNO dan lagu Puteri

    UMNO.

  • 2

    4

    Pengerusi Tetap

    membaca Surat

    Akuan Sumpah

    Hadirin yang dihormati sekalian,

    Selaras dengan kehendak Fasal 6.3.4 Perlembagaan UMNO dan Peraturan

    Persidangan, maka

    Saya, ____________________, nombor kad pengenalan _______________ yang

    beralamat di _______________________________________________________ dan

    mempunyai maklumat keahlian UMNO seperti berikut:

    Cawangan : _______________________________

    Bahagian : _________________________________

    Dengan ini membuat pengakuan bahawa sesungguhnya pada tarikh ini

    saya bukanlah seorang yang diisytiharkan muflis oleh mahkamah.

    Inilah pengakuan jujur dan ikhlas dari saya yang dibuat di hadapan ahli-

    ahli persidangan.

    Yang benar, _________________________________

    Tarikh : _______________________________________

    5

    Pengumuman

    Pengerusi Tetap

    mengenai

    jumlah ahli

    Sidang hadirin sekalian,

    Sukacita saya mengumumkan kedudukan keahlian Puteri UMNO

    Cawangan __________________________ adalah seperti berikut:

    Jumlah ahli yang berdaftar ialah _________ orang

    Jumlah ahli yang hadir ialah ______ orang

    Maka dengan ini adalah cukup bilangan untuk menjalankan persidangan

    ini.

    Maka dengan ini saya mulakan Persidangan Tahunan Puteri UMNO

    Cawangan _________________________________ dengan mengikut aturcara.

    6

    Pesanan

    Pengerusi Tetap

    Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

    Saya memohon perhatian dan berharap sepanjang saya

    mempengerusikan persidangan ini, akan mendapat kerjasama daripada

    ahli persidangan sekalian agar persidangan ini dapat berjalan dengan

    lancar dan mengikut tatacara dan peraturan yang telah ditetapkan oleh

    Peraturan Persidangan dan Perlembagaan UMNO.

    Sebagaimana maklum bahawa pembentangan kertas-kertas persidangan

    iaitu Kertas Peringatan Persidangan dan Penyata Tahunan, tiada sebarang

    perbahasan dibenarkan, kecuali untuk pembetulan mengenai ejaan,

    ayat-ayat dan angka-angka yang tidak tepat. Jika sekiranya ada apa-

    apa perkara yang hendak dibahas atau dikemukakan, bolehlah dibuat

    semasa Agenda Ucapan Penangguhan.

    Terima kasih.

  • 3

    7

    Pembentangan

    Peringatan

    Persidangan

    Tahun 2014

    Saya dengan ini mempersilakan Penolong Setiausaha Puteri UMNO

    Cawangan membentangkan Peringatan Persidangan Puteri UMNO

    Cawangan Tahun 2014.

    Kertas Persidangan KPP / 01 / 12 / 2015.

    8

    Pembentangan

    Penyata

    Tahunan Tahun

    2014/2015

    Saya dengan ini mempersilakan Penolong Setiausaha Puteri UMNO

    Cawangan membentangkan Penyata Tahunan Puteri UMNO Cawangan

    Tahun 2014/2015.

    Kertas Persidangan KPP / 02 / 12 / 2015.

    9

    Ucapan Ketua

    Puteri

    Cawangan

    Saya dengan sukacitanya mempersilakan Ketua Puteri UMNO Cawangan

    untuk menyampaikan ucapan.

    10

    Memilih 2 wakil

    Puteri

    Cawangan ke

    Mesyuarat

    Perwakilan Puteri

    Bahagian

    Sidang hadirin sekalian,

    Seterusnya memilih dua orang wakil Puteri UMNO Cawangan ke Mesyuarat

    Perwakilan Puteri UMNO Bahagian tahun 2015.

    Selaras dengan Fasal 14.2.3 Perlembagaan UMNO Ketua, Naib Ketua dan Penolong Setiausaha Puteri UMNO Cawangan menjadi Perwakilan

    Puteri UMNO Cawangan ke Bahagian secara automatik.

    Dan Fasal 14.2.4 Mana-mana wakil yang telah dipilih sebagai Perwakilan Puteri Cawangan tidak boleh melantik gantinya sekiranya tidak dapat

    hadir ke Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian.

    Oleh yang demikian, diminta kepada ahli persidangan untuk menamakan

    dua orang wakil sebagai Perwakilan Puteri Cawangan.

    Dua nama yang telah dipilih sebagai Perwakilan Puteri Cawangan adalah

    1) _____________________________________________________________________

    2) _____________________________________________________________________

    11

    Membahaskan

    usul-usul

    Sidang hadirin sekalian,

    Saya dengan sukacitanya mempersilakan _______________________________

    bagi pihak Puteri UMNO Cawangan untuk membacakan usul.

    Saya memohon cadangan dari ahli berhubung usul tersebut.

    Saya memohon sokongan dari ahli berhubung usul tersebut.

    12

    Tangguhan

    persidangan

    Saya memohon cadangan dari ahli persidangan untuk menangguhkan

    persidangan pada petang ini.

    Saya memohon sokongan dari ahli untuk menangguhkan persidangan.

  • 4

    13

    Ucapan

    penangguhan

    Seterusnya, dijemput kepada wakil ahli puteri cawangan untuk

    memberikan ucapan penangguhan.

    Dijemput kepada wakil pemerhati cawangan untuk memberikan ucapan

    penangguhan.

    Dijemput kepada wakil pemerhati puteri bahagian untuk memberikan

    ucapan penangguhan.

    Dijemput kepada ketua puteri cawangan untuk memberikan ucapan

    penangguhan.

    14

    Pengerusi

    menangguhkan

    persidangan

    Alhamdulillah, selesai sudah agenda persidangan Puteri UMNO Cawangan

    pada petang ini.

    Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua ahli

    persidangan dan dapat bersidang dengan lancar.

    Saya selaku Pengerusi Tetap persidangan kali ini dengan menangguhkan

    Persidangan Tahunan Puteri UMNO Cawangan tahun 2015 pada jam

    _________________

    Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.