Teks Pengacara Majlis

13
Bahasa Melayu Komunikatif Majlis Perutusan YAB Menteri Besar Perlis Dan Penyampaian Bantuan Persekolahan 2015 Dan Anugerah Buku Peringkat Negeri Perlis Tentatif Program 9.30 pagi Ketibaan Jemputan dan Ketua-ketua PTj 9.45 pagi Ketibaan Naib Canselor 10.00 pagi Lagu Negaraku Bacaan Doa Ucapan Aluan Pengarah Pelajaran Negeri Perlis Ucapan Perasmian YAB Menteri Besar Perlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Penyampaian Anugerah Buku Lagu Negeri Perlis Sesi Bergambar Jamuan Bersurai Masa Pra Pengunguman Tindakan 9:55 am (5 Minit Sebelum Pengumuman Ketibaan) MOHON PERHATIAN! MOHON PERHATIAN! Assalamu’alaikum WRT WBT; Para hadirin yang di hormati sekalian, 1

description

Teks MC Majlis Rasmi

Transcript of Teks Pengacara Majlis

Page 1: Teks Pengacara Majlis

Bahasa Melayu Komunikatif

Majlis Perutusan

YAB Menteri Besar Perlis

Dan Penyampaian Bantuan Persekolahan 2015 Dan Anugerah Buku

Peringkat Negeri Perlis

Tentatif Program

9.30 pagi Ketibaan Jemputan dan Ketua-ketua PTj

9.45 pagi Ketibaan Naib Canselor

10.00 pagi Lagu Negaraku

Bacaan Doa

Ucapan Aluan Pengarah Pelajaran Negeri Perlis

Ucapan Perasmian YAB Menteri Besar Perlis

Penyampaian Bantuan Persekolahan

Penyampaian Anugerah Buku

Lagu Negeri Perlis

Sesi Bergambar

Jamuan Bersurai

Masa Pra Pengunguman Tindakan

9:55

am

(5 Minit Sebelum Pengumuman Ketibaan)

MOHON PERHATIAN!

MOHON PERHATIAN!

Assalamu’alaikum WRT WBT;

Para hadirin yang di hormati sekalian,

Majlis mempersilakan tuan-tuan dan puan-

puan untuk mengambil

tempat duduk masing-masing.

Bagi memastikan kelangsungan majlis pada

pagi ini, Majlis

1

Page 2: Teks Pengacara Majlis

Bahasa Melayu Komunikatif

memohon kerjasama para hadirin sekalian.

PERTAMA, mohon tuan-tuan dan puan-puan

pastikan telefon

bimbit berada dalam mod senyap atau

dimatikan.

Dan KEDUA, tuan-tuan dan puan-puan

dimohon terus berdiri untuk

lagu Negaraku yang akan dialunkan sejurus

selepas ketibaan Yang

Amat Berhormat Menteri Besar Perlis.

Majlis akan bermula sebentar lagi. Terima

Kasih.

Masa Pengunguman Ketibaan Tindakan

MASA

10:00

am

Diumumkan ketibaan

YANG AMAT BEHORMAT

DATO SERI SHAHIDAN BIN KASIM,

MENTERI BESAR PERLIS,

… Dan diiringi oleh … YANG BERUSAHA

Encik Dun bin Kasa, …

Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Perlis

Dan pegawai-pegawai pengurusan tertinggi

JPNPs

PARA HADIRIN DI MOHON BERDIRI.

***** LAGU NEGARAKU *****

Masa Pembuka Bicara Tindakan

2

Page 3: Teks Pengacara Majlis

Bahasa Melayu Komunikatif

MASA

10:05

am

BISMILLAHIRAHMIAANIRRAHIIM,

ASSALAAMU ‘ALAIKUM WRT WBT.

ROBBISROH LI SODRI,

WAYYASSIRLI AMRI,

WAH LUL ‘UKDATAN MIN LISAANI

YAFQOHU QAULI.

Yang Amat Behormat Dato Seri Shahidan

Bin Kasim

Menteri Besar Perlis

Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat

Kerajaan Negeri Perlis

Yang Berbahagia Encik Dun bin Kasa

Pengarah Pendidikan Negeri Perlis

Yang Berusaha Encik Nuzrin bin Nuiman

Timbalan Pengarah Pendidikan Perlis

Ketua-ketua Sektor Jabatan Pendidikan

Negeri Perlis

Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan

Negeri Perlis

Para Pengetua dan Guru Besar

Seterusnya Tuan-tuan dan Puan-puan Yang

Dihormati sekalian

3

Page 4: Teks Pengacara Majlis

Bahasa Melayu Komunikatif

Masa Kata Aluan Tindakan

MASA

10:10

am

Indah berbalam si awan petang,

Berarak di celah pepohon ara;

Pemanis kalam selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.

Jejaran mengkudu berbias kesuma,

Di celah angsana di Bandaraya;

Ucapan Aluan pembuka bicara,

Di dewan indah kita bersua.

Majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan

dan puan-puan

yang dihormati sekalian ke Dewan Wawasan

2020, Kompleks Kayangan, Negeri Perlis.

Alhamdulillah, Bersyukur kita ke Hadrat Allah

SWT, Kerana

dengan Berkat Limpah Kurnia-Nya yang

amat Banyak, Dapat kita

berkumpul pada pagi yang berbahagia ini di

Majlis Perutusan YAB Menteri Besar Perlis

Dan Penyampaian Bantuan Persekolahan

2015 Dan Anugerah Buku

Peringkat Negeri Perlis

Masa Pengenalan Tindakan

4

Page 5: Teks Pengacara Majlis

Bahasa Melayu Komunikatif

MASA

10:15

am

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI

SEKALIAN;

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan

terima kasih kepada jawatankuasa pengelola

yang bertungkus-lumus membuat persiapan

dalam memastikan program hari ini berjalan

lancar. Moga komitmen yang ada dijadikan

momentum untuk terus kekal ke arah Perlis

Cemerlang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi

sekalian,

Pendidikan merupakan wahana terpenting

dalam pencapaian matlamat dan

pembangunan negara. Keberhasilannya

amat bergantung kepada perancangan yang

strategik dan teliti, pengurusan yang

berkesan dan efisien serta komitmen yang

tinggi di kalangan warga pendidikan.

Masa Bacaan Doa Tindakan

MASA

10:17

am

Hadirin Hadirat yang di hormati sekalian;

Bagi memakmurkan lagi majlis pagi ini,

Majlis dengan sukacitanya

mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd

Shahrizal Nasir untuk

memimpin bacaan doa.

5

Page 6: Teks Pengacara Majlis

Bahasa Melayu Komunikatif

Majlis mempersilakan;

********

Majlis merakamkan ucapan terima kasih

kepada Al-Fadhil Ustaz

atas bacaan doa sebentar tadi.

Masa Ucapan Perasmian Tindakan

MASA

10:25

am

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN;

Daun semulur di pekan Sari,

Batang jerami rebah ke bumi;

Madah dihulur hajat beri,

Mohon tuan sampaikan Kata Perasmi.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan

Yang Amat Behormat Dato Seri Shahidan

Bin Kasim, Menteri Besar Perlis

untuk menyampaikan ucapan perasmian.

Majlis dengan segala hormatnya

Mempersilakan.

******

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima

kasih Kepada YAB Menteri Besar.

Atas ucapan aluan beliau tadi.

Masa PENYAMPAIAN BANTUAN Tindakan

6

Page 7: Teks Pengacara Majlis

Bahasa Melayu Komunikatif

PERSOKALAHAN

MASA

10:45

am

Para Hadirin Yang Di Hormati Sekalian;

Acara di teruskan dengan penyampaian

Bantuan Persekolahan.

Untuk makluman para hadirin, sebanyak 130

murid layak untuk menerima bantuan

persekolahan.

Untuk menyempurnakan acara ini, Majlis

dengan segala hormatnya

menjemput Yang Amat Behormat Dato Seri

Shahidan Bin Kasim, Menteri Besar Perlis

dengan diiringi oleh Encik Dun bin Kasa

Pengarah Pendidikan Negeri Perlis

untuk menyampaikan bantuan kepada para

penerima

********

Dengan itu majlis mempersilakan para

pelajar atau wakil yang akan menerima

bantuan persekolahan untuk tampil ke

depan.

******* LIST NAMA *******

1.

2.

3.

Masa PENYAMPAIAN CENDERAHATI Tindakan

7

Page 8: Teks Pengacara Majlis

Bahasa Melayu Komunikatif

MASA

11:30

am

PARA HADIRIN YANG SEKALIAN;

Majlis seterusnya ialah acara penyampaian

cenderahati;

Demikianlah adat kehidupan,

Orang berbudi kita berbahasa.

Tidak mungkin terbalas budi,

Walau emas sebungkus diberi.

Cuma harapan di dalam dada,

Tanda mata sudi di terima,

Tanda ingatan Moga kekal selama.

MAJLIS menjemput Yang Berbahagia Encik

Dun bin Kasa, Pengarah Pendidikan Negeri

Perlis

untuk menyampaikan cenderahati kepada

Yang Amat Behormat Dato Seri Shahidan

Bin Kasim, Menteri Besar Perlis

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan

Yang Amat Behormat Dato Seri Shahidan

Bin Kasim, untuk menerima cenderahati.

Dipersilakan…

***********

Majlis merakamkan ucapan terima kasih

kepada Yang Berbahagia Encik Dun bin

Kasa, Pengarah Pendidikan Negeri Perlis

atas kesudian beliau

menyampaikan cenderahati kepada Yang

Amat Behormat Dato Seri Shahidan Bin

Kasim.

8

Page 9: Teks Pengacara Majlis

Bahasa Melayu Komunikatif

Masa PESANAN PENAJA Tindakan

MASA

11:40

am

Para hadirin yang dihormati sekalian;

Sebelum majlis pagi ini berakhir, di sini ada

dua

Pengumuman dari pihak penganjur;

Pertama;

Mohon semua para hadirin untuk hadir ke

sesi

Bergambar yang akan di adakan sebaik

tamat

Majlis pada pagi ini. Untuk makluman, sesi

Bergambar ini akan diadakan di

………………….

Kedua;

Para hadirin dijemput ke majlis makan

tengah

Hari yang disediakan di Dewan Kayangan

Masa PENUTUP Tindakan

MASA

11:45

am

Majlis kita sudah sampai ke pengakhirannya;

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan

tahniah kepada Penerima Bantuan

Persekolahan 2015 Dan Anugerah Buku

ucapan penghargaan dan terima kasih atas

kehadiran para hadirin.

Banyak keluk ke penarik,

Keluk tumbuh pohon kuini;

Nan elok bawalah balik,

Nan tak elok tinggallah di sini.

9

Page 10: Teks Pengacara Majlis

Bahasa Melayu Komunikatif

Bunga dedap di atas para,

Anak dusun pasang pelita;

Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf dipinta.

Dari saya, Pengacara majlis pada pagi ini

Khairul Hafizd Mohd Asri nama diberi

guru Bahasa Inggeris tugas hakiki

Selesai sudah tugas diberi,

Di lain masa bersua lagi.

***************************************************

*

Para hadirin di mohon berdiri untuk

menyanyikan Lagu Negeri Perlis

***************************************************

*

WASSALAMU’ALAIKUM WRT WBT.

10