Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah Cemerlang

6
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG (AKADEMIK) Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berhormat Encik Khairuddin B. Mahmud, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pulau Manis diiringi oleh dif-dif kehormat. Majlis dimulakan dengannyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah. Hadirin diminta berdiri. Pakaian dipakai cantik berseri, Majlis keraian kita semua, Majlis kita takkan berseri, Tanpa persembahan muri semua Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah; Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah Hadirin yang dihormati, Marilah sama-sama kita saksikan persembahan murid daripada tahun 1 dan murid tahun 2. Untuk makluman semua, persembahan murid tahun 1 dan 2 sebentar tadi, merupakan ilham kreatif dibawah bimbingan Encik Abdul Rahman bin Rashid. Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Yang Berhormat Encik Khairuddin B. Mahmud, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pulau Manis

description

teks

Transcript of Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah Cemerlang

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG (AKADEMIK)

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berhormat Encik Khairuddin B. Mahmud, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pulau Manis diiringi oleh dif-dif kehormat.Majlis dimulakan dengannyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah. Hadirin diminta berdiri.Pakaian dipakai cantik berseri,Majlis keraian kita semua,Majlis kita takkan berseri,Tanpa persembahan muri semua

Ke Pekan Kuala membeli bingka,Sayang pesanan terlupa sudah;Majlis bermula tirai dibuka,Dengan alunan madah yang indah

Hadirin yang dihormati,Marilah sama-sama kita saksikan persembahan murid daripada tahun 1 dan murid tahun 2.Untuk makluman semua, persembahan murid tahun 1 dan 2 sebentar tadi, merupakan ilham kreatif dibawah bimbingan Encik Abdul Rahman bin Rashid.Melayang serindit di atas permatangMerbah berkicau di hujung muaraPemanis kata selamat datang,Awal Bismillah pembuka bicara.Yang Berhormat Encik Khairuddin B. Mahmud, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pulau ManisYang Berusaha Encik Omar B. Kasim,Yang Dipertua PIBG, SK Seri MakmurYang Berusaha Encik Mohd Zain B. Bakar,Guru Besar SK Seri MakmurDif-dif kehormat, AJK PIBG, para ibu bapa, guru-guru seterusnya anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian.Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan lizin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang SK Seri Makmur bagi tahun 2012. Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang Berhormat Encik Khairuddin B. Mahmud, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pulau Manis kerana sudi hadir dalam majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Seri Makmur pada tahun ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri.Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.Untuk itu, majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Mokhtar bin Abd Ghani untuk memimpin bacaan doa.Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Mokhtar bin Abd Ghani atas bacaan doa sebentar tadi.Tak molek, jika ada alu tida lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicaraTirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan daripada YDP PIBG SK Seri Makmur. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Omar B. Kasim, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.Majlis merakamkan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Omar B. Kasim , atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.Hadirin dan hadirat yang dihormati,Buah langsat di tepi busut,Mari dimuat di atas peti,Besar hajat kami menjemput,

Besar niat di dalam hati.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Guru Besar SK Seri Makmur. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Mohd Zain B. Bakar, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.Majlis merakamkan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Omar B. Kasim , atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat. Bertonggak adat, yang datang disambut, yang pergi diringi, maka majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berhormat Encik Khairuddun B. Mahmud, Ahli Dewan undangan Negeri Kawasan Pulau Manis untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Cemerlang Sk Seri Makmur bagi tahun 2012. Dengan segala hormatnya dipersilakan.Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada mempersilakan Yang Berhormat Encik Khairuddun B. Mahmud, Ahli Dewan undangan Negeri Kawasan Pulau Manis sebentar tadi.Seterusnya majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan tetamu kehormat kita diiringi oleh tuan pengetua untuk memukul gong sebagai simbolik perasmian Hari Anugerah Cemerlang 2011. Dipersilakan.Kini, tibalah kita ke acara penyampaian anugerah kepada para pelajar dan guru-guru yang telahpun menyumbang kepada kecemerlangan bidang akademik Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid, Yang Dipertua PIBG STAR diiringi oleh Penolong Kanan HEM untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar dan guru-guruMajlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamidatas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.Penyampaian anugerah diteruskan lagi dengan sesi yang ke dua. Untuk itu majlis memepersilakan Yang Berbahagia Dato Mohd Nassir bin Ahmad, Presiden STAROBA diiringi oleh Dr Mior Hamdan bin Haji Ghazali, Penolong Kanan STAR untuk menyempurnakan upacara penyampaian anugerah. Dipersilakan.Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Mohd Nassir bin Ahmad atas kesudian menyempurnakan upacara oenyampaian anugerah sebentar tadi.Adat tuan adat berserahMari datang membawa puanAdat bersirih adat sejarahUntuk tuan kami sembahkanMajlis penyampaian anugerah berhenti rehat seketika bagi member laluan kepada persembahan pelajar. Persembahan pertama merupakan persembahan Choral Speaking para pelajar Tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Mankala persembahan kedua merupakan nyanyian lagumemeperoleh tempat ke dua dalam pertandingan lagu Perancis sempena Hari Kebudayaan Bahasa Perancis SBP. Beliau juga telah diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu Perancis di hadapan duta Perancis baru-baru ini.Hadirin sekalian, sama-sama kita saksikan persembahan dari para pelajar sekolah Tuanku Abdul Rahman.Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan choral speaking dan nyanyian solo lagu perancis sebentar tadi. Untuk makluman semua, persembahan persembahan tadi dibimbing oleh Puan Faizah Ismail, Cik Norhasliza Abdul Hamid dan Cik Norhidayah Abdullah.Majlis pada pagi ini diteruskan dengan upacara penyampaian anugerah bagi sesi ke tiga. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian SBP dan Sekolah Kecemerlangan diiringi oleh Tuan Pengetua, Tn Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim untuk menyampaikan anugerah.Dengan segala hormatnya dipersilakan.Seterusnya, majlis mempersilakan Pengetua Cemerlang STAR, Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim untuk menyampaikan cenderamata daripada pihak sekolah kepadaYang Berusaha Puan Ashah binti Samah.Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar dan panitia yang menerima anugerah pada hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang dalam bidang masing-masing. Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acaraGugur menguning buah kuini,Menghijau pohon subur dibaja,Majlis kita berakhir di sini,Salah dan silap lupakan saja Sebarang kelemahan harap dimaafiSegala kerjasama sangat dihargaiTerima kasih sekalung budiKenangan nan indah simpanlah di hatiSemoga kita berjumpa lagi.Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Hari Anugerah Cemerlang kali ke-51 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan majlis untuk Majlis Perasmian Rumah Tetamu STAR.Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh