Teks pengacara majlis jamuan perpisahan pn miskiah
-
Upload
ahmad-khusyairi -
Category
Education
-
view
418 -
download
18
Transcript of Teks pengacara majlis jamuan perpisahan pn miskiah
TEKS PENGACARA MAJLIS
SEMPENA PERSARAAN PUAN HJH MISKIAH
Petang yang indah penuh ceria. hari yang berbahagia penuh bermakna kita raikan Majlis “_____________________________________________________________________________”
sempena persaraan Puan Hjh Miskiah Rais PK Hem SKTD,. BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T
Yang Berusaha En Badrol Hasni B Abdullah Sani.
Yang Berusaha Pn Hjh Shamsul Mardziyah Ramli Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Yang Dihormati Pn Hjh Norihani Abdullah
Yang Diraikan Puan Hjh Miskiah Rais PK Hem SKTD Seterusnya, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke : Majlis “________________________________________________________________________”
sempena persaraan , Puan Hjh Miskiah Rais PK Hem SKTD
Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh:
Ustaz____________________________________________________________________________. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz ___________________atas bacaan doa itu tadi.
Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang ditaburkan oleh Yang Diraikan Puan Hjh Miskiah Rais sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir
sebagai PK Hem SKTD
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan wakil guru En.___________________________, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada ___________________________________________________, atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang Berusaha ___________________________________________untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang Berusaha _______________________________________atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan
Buah mengkudu buah bidara Mari disimpan didalam dulang
Hari ini tuan genap bersara Jasa baik tuan tetap dikenang
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Puan Hjh
Miskiah Rais PK Hem SKTD. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Hjh Miskiah Rais PK Hem SKTD atas ucapan itu tadi.
Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan
kepada_______________________________________,untuk mengiringi Yang Diraikan _________________________________________untuk menerima cenderamata kenang-kenangan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.
Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan
Tuai padi antara nampak Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan ___________________________kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan
kami semua mendoakan agar Yang Diraikan ___________________________bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis” ini.
Di kesempatan ini juga, kami ingin menyampaikan seloka khusus buat yang diraikan ___________
Assalamualaikum pembuka bicara Madah disusun mengungkap rasa
Suasana suram senja yang hiba Bagai mengerti gelodak jiwa
Kak Mis panggilan mesra
Guru veteran yang banyak berjasa Mendidik anak bangsa bukan sebentar cuma
Tiga dekad begitulah lama
Dari muda hingga berusia Menjalankan tugas dengan setia
Menabur bakti mencurah jasa Tak terbalas dek pelajar semua
Kini sudah tibanya masa
Berundur Kak Mis kerana bersara Hilanglah permata yang berharga
Hilang seri hilang cahaya
Sudah biasa kita dengari patah tumbuh hilang berganti namun tak sama guru yang ini Tak mungkin ada galang ganti
Kenangan manis kekal selamanya Jasamu cikgu tak mungkin dilupa Pemergianmu cikgu kami redha Sudah suratan berpisah akhirnya
Sampai di sini seloka kami
Tidak berakhir hubungan ini Silaturahim terus terpatri
Biarpun Kak Mis tiada di sisi
Ampun dan maaf kami pinta Andai pernah mengusik rasa Jenguklah kami sekali sekala Andai rindu datang menjelma
Semoga cikgu Miskiah sihat sejahtera
Menyusuri hari-hari yang ceria Di samping beribadat pada yang Esa
Moga dilindungi Allah sentiasa.
Majlis sudah sampai ke penghujungnya, kami selaku pengacara ingin memohon ribuan kemaafan andai
ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali
Dengan ini, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.