Teks Pengacara Majlis Lead Lenggong

5
Teks Pengacaraan Majlis Program Seminar Anak Cemerlang Bil cue ann catata n 1. Persediaan majlis Diminta hadirin mengambil tempat asing- masing kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi 2. Kata-kata aluan Assalamualaikum wbt Yang berhormat, YB DATO SHAMSUL ANUAR BIN HAJI NASARAH, ( Ahli parlimen lenggong merangkap pengerusi perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional PTPTN) Yang berbahagia, Tuan Hj Abdul Latif bin Ismail yang dipertua PIBG Sk Kenering, Yang berusaha, Puan Hajjah Habibah binti Hj Salleh, guru besar sk kenering, wakil guru besar semua penolong kanan Guru-guru Ibu bapa-ibu bapa Dan semua murid yang dirahmati Allah 3. Kata-kata aluan Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari pulau mutiara Pemanis kata selamat datang Awal bismillah pembuka bicara Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul di dewan Sk kenering bagi menyempurnakan majis perasmian penutup bagi program Seminar Anak Cemerlang 4. Bacaan doa Bunga mawar cantik tersemat

description

teks ini untuk guru.

Transcript of Teks Pengacara Majlis Lead Lenggong

Page 1: Teks Pengacara Majlis Lead Lenggong

Teks Pengacaraan Majlis Program Seminar Anak Cemerlang

Bil cue ann catatan

1. Persediaan

majlis

Diminta hadirin mengambil tempat asing-masing kerana majlis

akan dimulakan sebentar lagi

2. Kata-kata aluan Assalamualaikum wbt

Yang berhormat, YB DATO’ SHAMSUL ANUAR BIN HAJI

NASARAH,

( Ahli parlimen lenggong merangkap pengerusi perbadanan

tabung pendidikan tinggi nasional PTPTN)

Yang berbahagia, Tuan Hj Abdul Latif bin Ismail

yang dipertua PIBG Sk Kenering,

Yang berusaha, Puan Hajjah Habibah binti Hj Salleh,

guru besar sk kenering,

wakil guru besar

semua penolong kanan

Guru-guru

Ibu bapa-ibu bapa

Dan semua murid yang dirahmati Allah

3. Kata-kata aluan Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari pulau mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal bismillah pembuka bicara

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat illahi kerana dengan

limpah kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul di dewan

Sk kenering bagi menyempurnakan majis perasmian penutup

bagi program Seminar Anak Cemerlang

4. Bacaan doa Bunga mawar cantik tersemat

Dipetik gadis di tepi titi

Doa dibaca memohon Rahmat

Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh

bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan

Page 2: Teks Pengacara Majlis Lead Lenggong

mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz

Khairani Khalil bin Azizan. Majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima

kasih kepada Ustaz Khairani Khalil bin Azizan atas bacaan doa

itu tadi.

5. makluman Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian, program

seminar anak cemerlang (SAC) merupakan satu program

dibawah inisiatif Lenggong Leadership Programme (LEAD)

anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong. Program ini

melibatkan penyertaan semua sekolah di Parlimen Lenggong.

Sebagai permulaan tiga buah sekolah yang terlibat SK

Kenering, SK Felda Papulut da SK Felda Lawin Selatan.

Program ini memfokuskan peningkatan motivasi kepada ibu

bapa dan murid-murid khususnya tahun 6 yang bakal

menghadapi UPSR 2015. Program SAC ini merupakan usaha

murni pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong dalam usaha

melonjakkan kecemerlangan pendidikan murid-murid

khususnya bagi parlimen lenggong.

6. Ucapan

perasmian

penutup

Bukan keris tanpa ulunya,

Bukan majlis jika tanpa ucapannya,

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kini, tibalah masanya untuk kita sama-sama mendengar

ucapan perasmian penutup Seminar Anak Cemerlang anjuran

ahli parlimen lenggong.

Untuk itu, Majlis ingin mempersilakan Yang Berhormat DATO’

SHAMSUL ANUAR BIN HAJI NASARAH, Ahli parlimen

lenggong untuk menyampaikan ucapan perasmian penutup.

Dengan segala mempersilakan

Setinggi-tingi penghargaan diucapkan kepada Yang Berhormat

DATO’ SHAMSUL ANUAR BIN HAJI NASARAH,atas

perasmian penutup sebentar tadi.

Page 3: Teks Pengacara Majlis Lead Lenggong

7. Penyampaian

sijil

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada peserta

seminar anak cemerlang anjuran ahli parlimen lenggong,

Untuk itu, Majlis ingin mempersilakan

________________________________________ untuk

mengiringi _________________________________________

bagi menyampaikan sijil kepada peserta.

Dijemput wakil dari setiap sekolah.

Wakil dari ____________, ______________________,

____________________

Terima kasih diucapkan kepada

______________________________________atas kesudian

menyampaian sijil sebentar tadi.

8. Cenderahati YB Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Sebagai tanda ucapan terima kasih di atas kesudian Yang

Berhormat DATO’ SHAMSUL ANUAR BIN HAJI NASARAH

yang hadir ke Majlis kita pada hari ini, dan menyempurnakan

upacara perasmian penutup Seminar Anak Cemerlang anjuran

ahli parlimen lenggong, Majlis ingin menyampaikan sedikit

tanda penghargaan kepada beliau.

Untuk itu, Majlis ingin

mempersilakan______________________________ untuk

mengiringi

________________________________________________

untuk menyampaikan cenderamata sebagai tanda

penghargaan. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Dan Majlis ingin merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi

kepada Yang Berhormat DATO’ SHAMSUL ANUAR BIN HAJI

NASARAH di atas kesudian menyempurnakan perasmian

penutup seminar anak cemerlang.

9. Ucapan wakil Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Page 4: Teks Pengacara Majlis Lead Lenggong

PPD Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada yang berbahagia

Ustaz Shahidan bin Shafie , wakil dari pejabat pendidikan

daerah hulu perak.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

.................................................

Terima kasih diucapkan.

10. Penutup Hadirin dan hadirat sekalian,

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di

pelabuhan

Umpama berkayuh telah sampai di muara

Umpama berjalan telah sampai di destinasi.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung Majlis.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai

ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

majlis mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua

tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama

memeriahkan majlis pada petang ini

Akhir kata

ubi manis ubi keladi

kalau ada ditambah lagi

sekiranya umur panjang direstui

kita pasti berjumpa lagi

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah

wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

11. Jamuan Dijemput kepada Yang Berhormat DATO’ SHAMSUL ANUAR

BIN HAJI NASARAH diiringi dif-dif jemputan untuk menikmati

sedikit hidangan yang telah disediakan. Dan dijemput juga

kepada semua tetamu untuk turut mengiringi dan menikmati

jamuan yang telah disediakan. Dipersilakan. Majlis bersurai