TEKS PENGACARA Majlis Pelantikan Pengawas

5
TEKS PENGACARAAN MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH DAN PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ANUM TUNKU ABDUL RAHMAN TAHUN 2015 Aturcara Teks Tind akan Mula majlis Terima kasih saudari pengacara majlis Bismillahirahmannirrahim…. Daun layu di tengah cerun Tampak hijau pepohon cemara Tradiri Melayu turun-temurun Pantun ditutur pembuka bicara Assalamualaikum wbt , salam sejahtera, salam 1 Malaysia, Salam Kedah Aman Makmur, Salam Kedah Serata-rata. 1. Yang berusaha, En. Osman bin Noor, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Sekolah Sukan Negeri Kedah 2. En. Wahid Zukni bin Dali, Penolong Kanan Pentadbiran 3. Pn Azizah binti Darus, Penolong kanan Hal Ehwal Murid 4. En. Barkis bin Ismail, Penolong Kanan Kokurikulum 5. Pn. Khidzirah binti Arif, Penolong Kanan Tingkatan 6 6. Guru-guru Kanan, Guru-guru Cemerlang, Kaunselor sekolah, Barisan guru, Barisan

Transcript of TEKS PENGACARA Majlis Pelantikan Pengawas

Page 1: TEKS PENGACARA Majlis Pelantikan Pengawas

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH DAN PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ANUM TUNKU ABDUL RAHMAN TAHUN 2015

Aturcara Teks Tindakan

Mula majlis Terima kasih saudari pengacara majlis

Bismillahirahmannirrahim….

Daun layu di tengah cerunTampak hijau pepohon cemaraTradiri Melayu turun-temurunPantun ditutur pembuka bicara

Assalamualaikum wbt , salam sejahtera, salam 1 Malaysia, Salam

Kedah Aman Makmur, Salam Kedah Serata-rata.

1. Yang berusaha, En. Osman bin Noor, Pengetua Sekolah Menengah

Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Sekolah Sukan

Negeri Kedah

2. En. Wahid Zukni bin Dali, Penolong Kanan Pentadbiran

3. Pn Azizah binti Darus, Penolong kanan Hal Ehwal Murid

4. En. Barkis bin Ismail, Penolong Kanan Kokurikulum

5. Pn. Khidzirah binti Arif, Penolong Kanan Tingkatan 6

6. Guru-guru Kanan, Guru-guru Cemerlang, Kaunselor sekolah,

Barisan guru, Barisan Pengawas dan Rakan pelajar sekalian.

Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dapat kita berkumpul semula pada

perhimpunan hari ini. Untuk makluman semua, perhimpunan kita pada

hari ini, akan diteruskan dengan majlis penyerahan watikah dan

pelantikan pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum

Tunku Abdul Rahman, Sekolah Sukan Negeri Kedah bagi tahun 2015.

Majlis Penyerahan Watikah dan Pelantikan Pengawas ini, diadakan

bertujuan untuk, mengiktiraf pengawas sekolah yang telah dilantik dan

seterusnya diharap dapat menjadi pemangkin semangat kepada para

Page 2: TEKS PENGACARA Majlis Pelantikan Pengawas

pengawas ini supaya dapat menggalas tugas dengan penuh amanah dan

jati diri yang tinggi.

Berdasarkan transformasi yang telah dilakukan dalam pengurusan

pengawas sekolah tahun lalu, sembilan jawatankuasa telah dibentuk

dengan tujuan memberi lebih banyak peluang kepada pelajar untuk

dilantik dan diiktiraf sebagai pengawas. Jawatankuasa tersebut ialah:

jawatankuasa skim pinjaman buku teks (SPBT),

jawatankuasa kebajikan

jawatankuasa kesihatan

jawatankuasa kantin

jawatankuasa perhimpunan

jawatankuasa surau dan kerohanian

jawatankuasa pembangunan sahsiah pelajar

jawatankuasa pusat sumber sekolah serta

jawtankuasa ICT

Pada tahun ini, seramai 120 orang pelajar telah diberi kepercayaan dan

dilantik sebagai pengawas sekolah.

Untuk itu, bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala

hormatnya mempersilakan Puan Azizah binti Darus, Penolong Kanan

Hal Ehwal Murid untuk menjemput dan mengiringi Yang Berusaha, En.

Osman bin Noor, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku

Anum Tunku Abdul Rahman untuk menyampaikan watikah pelantikan

kepada para pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum

Tunku Abdul Rahman, Sekolah Sukan Negeri Kedah bagi tahun 2015.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Penyampaian Watikah

Dimulakan dengan JAWATANKUASA INDUK BADAN PENGAWAS

2015.

Dijemput,

(RUJUK SENARAI NAMA)

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan

Page 3: TEKS PENGACARA Majlis Pelantikan Pengawas

pengetua atas kesudian menyempurnakan acara pada pagi ini.

Lafaz ikrar Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan lafaz ikrar pengawas. Lafaz ikrar

pengawas ini akan dipimpin oleh saudara MUHAMMAD AMIR

ADLEY BIN MARZUKAI Ketua Pengawas Sekolah Menengah

Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman.

Majlis mempersilakan.

------------------------LAFAZ IKRAR-------------------------------------

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas lafaz ikrar pengawas itu

tadi.

Majlis berakhir

Hadirin hadirat sekalian,

Dengan berakhirnya lafaz ikrar pengawas itu tadi , maka berakhirlah

Majlis Penyerahan Watikah Dan Pelantikan Pengawas Sekolah

Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Sekolah

Sukan Negeri Kedah bagi tahun 2015. Majlis mengucapkan setinggi-

tinggi tahniah kepada semua pengawas yang telah dilantik. Harapan,

agar semua pengawas ini, dapat menggalas tanggungjawab dan amanah

yang diberikan dengan dedikasi dan komitmen yang tinggi.

Ucapan Pengetua

Hadirin sekalian

Majlis perhimpunan pada pagi ini diteruskan lagi dengan ucapan

pengetua. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang

Berusaha, En. Osman bin Noor, Pengetua Sekolah Menengah

Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman untuk menyampaikan

ucapan.

Majlis mempersilakan.