Teks pengacara majlis perasmian mesyuarat permuafakatan ppki sk parit bunga

5
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT PERMUAFAKATAN PPKI SK PARIT BUNGA 18 Februari 2014 DEWAN SRI SEROJA PENGUMUMAN KETIBAAN. Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tuan Guru Besar , Tn Haji Masood bin Ideris diiringi oleh Penyelaras Program P.khas pn Manisah bt Saat dan Pengerusi Permuafakatan P Khas Parti Bunga Pn Salwa bt Omar. LAGU NEGARAKU Majlis dimulakan dengan nyayian Lagu Negaraku..Hadirin dan hadirat sekalian diminta berdiri dan bersama –sama menyanyikan Lagu Kebangsaan. Terima kasih atas nyayian sebentar tadi.Hadirin dipersilakan duduk. Lenggang bertapak seni memandang Silat sendeng menyusun jari Salam Sembah selamat datang Sudi Tuan ke majlis kami. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia Yang Berusaha, Tuan Guru Besar SK Parit Bunga, Tn Haji Masood bin Ideris. Pengerusi Permuafakatan, Pn Salwa bt Omar. Yang Dihormati Pn Manisah bt Saat Penyelaras P.Khas Sk Parit Bunga,

Transcript of Teks pengacara majlis perasmian mesyuarat permuafakatan ppki sk parit bunga

Page 1: Teks pengacara majlis perasmian mesyuarat permuafakatan ppki sk parit bunga

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT PERMUAFAKATAN PPKI SK PARIT BUNGA

18 Februari 2014DEWAN SRI SEROJA

PENGUMUMAN KETIBAAN.Mengumumkan ketibaan  Yang Berusaha Tuan Guru Besar , Tn Haji Masood bin Ideris diiringi oleh Penyelaras Program P.khas pn Manisah bt Saat dan Pengerusi Permuafakatan P Khas Parti Bunga Pn Salwa bt Omar.

LAGU NEGARAKU

Majlis dimulakan dengan nyayian Lagu Negaraku..Hadirin dan hadirat sekalian diminta berdiri dan bersama –sama menyanyikan Lagu Kebangsaan.

Terima kasih atas nyayian sebentar tadi.Hadirin dipersilakan duduk.Lenggang bertapak seni memandang

Silat sendeng menyusun jariSalam Sembah selamat datang

Sudi Tuan ke majlis kami.

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhSalam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Yang Berusaha, Tuan Guru Besar SK Parit Bunga, Tn Haji Masood bin Ideris.

Pengerusi Permuafakatan, Pn Salwa bt Omar.

Yang DihormatiPn Manisah bt Saat Penyelaras P.Khas Sk Parit Bunga,

 Guru-guru,PPM, ibu bapa , para hadirin seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Mesyuarat Permuafakatan 2014Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah ,penuh cemerlang dan membawa makna kepada kita semua

Page 2: Teks pengacara majlis perasmian mesyuarat permuafakatan ppki sk parit bunga

Bagi  pihak ahli jawatankuasa  berbesar hati  mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha Tuan Guru Besar ke Mesyuarat ini.

Tidak lupa menzahirkan rasa bangga kepada semua ibu bapa yang berkesempatan hadir pada hari ini.Pastinya pertemuan pada hari ini bertujuan bertukar pandangan dan pemikiran membina  ke arah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan poten si anak-anak kita khususnya dalam bidang akademik dan dunia pendidikan bagi anak-anak dan seterusnya.menjulang nama SK Parit Bunga sama ada di bidang kurikulum,kokurikulum mahupun  sahsiah pelajar .  

BACAAN DOA

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Amirrudin Amin Md Shah memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Amirrudin Amin Md Shah atas  bacaan doa itu tadi.

Hujan gerimis lebat di huluHaba di muara terasa nyaman

Bacaan doa sudah berlaluMenyusul kini arena persembahan

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

Hadirin sekalian,Seterusnya kita akan disajikan dengan tayangan multimedia yang memaparkan segala aktiviti yang dijalankan oleh Panitia P. Khas sepanjang tahun 2014 hingga kini.Marilah kita sama-sama saksikan.

Untuk makluman hadirin sekalian,tayangan multimedia sebentar tadi telah disediakan oleh En Amirrudin dengan kerjasama semua warga PPKI SK Parit Bunga. Terima kasih dan tahniah diucapkan

Berat Sama di pikulRingan sama dijinjing 

Kita umpama aur dengan tebingitulah yang ibaratkan

 Ibubapa dan guru saling perlu memerlukan.Pelbagai usaha telah dan akan dicernakan

Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpiJika kita bersatu hati.

Page 3: Teks pengacara majlis perasmian mesyuarat permuafakatan ppki sk parit bunga

UCAPAN ALUAN

Bukan keris tanpa ulunyaBukan majlis tanpa ucapannya.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Dihormati Penyelaras Program Pendidikan Khas SK Parit Bunga, Pn Manisah bt Saat  untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.

Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Dihormati  Pn Manisah bt Saat.. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. 

Pergi ke kedai  membeli gulaGula di bawa berhati-hati

Tuan Pengerusi kami mempersilaUcapan diberi kita hayati.

UCAPAN Pengerusi PermuafakatanSeterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Pengerusi Permuafakatan , Yang Berusaha Pn Salwa bt Omar  untuk menyampaian ucapan. Dipersilakan..

Demikian tadi ucapan oleh  Pengerusi Permuafakatan , Pn Salwa bt Omar  .  Terima kasih diucapkan.

UCAPAN Tuan Guru Besar,Ular lidi menyusur rotan,

Menyusur jatuh ke dalam payaBanyak budi puan semaikan

Semoga tumbuh menyinar dunia.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berusaha, Tuan Guru Besar Tn Haji Masood bin Idris merangkap  penasihat Permuafakatan P Khas SK Parit Bunga untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Mesyuarat Permuafakatan 2014.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha, Tuan Guru Besar Tn Haji Masood bin Idris atas ucapan sebentar tadi.Sememangnya PPKI SK Parit Bunga terhutang budi dengan kesungguhan dan komitmen yang telah diberikan oleh Tn Guru Besar.

Page 4: Teks pengacara majlis perasmian mesyuarat permuafakatan ppki sk parit bunga

CABUTAN BERTUAH

Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan acara yang ditunggu-tunggu…iatu acara cabutan

bertuah. Untuk itu dipersilakan En……………… untuk menyempurnakan acara.

Sebelum kita akhiri majlis kita pada malam ini  mewakili barisan jawatankuasa pelaksana majlis memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang berlangsungnya majlis ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan sudi memeriahkan majlis.

Kita sudah berada di hujung majlis.Diminta semua hadirin dan hadirat semua berdiri untuk bersama-sama menyanyikan Lagu Ibu Pertiwiku..

Sekian Terima kasih..dan jumpa lagi.