Teks Pengacara Majlis Slot Pelestarian Bahasa

download Teks Pengacara Majlis Slot Pelestarian Bahasa

of 3

description

n

Transcript of Teks Pengacara Majlis Slot Pelestarian Bahasa

BilPerkaraTeks

1PengenalanTerima Kasih kepada tuan Pengerusi Majlis,Hadirin yang dihormati,selamat datang ke slot Pelestarian Bahasa pada kali ini. Tahukan hadirin bahawa bulan Oktober merupakan bulan bahasa kebangsaan?. Jadi sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya sama-sama meraikan sambutan bulan bahasa kebangsaan ini. Bersempena dengan bulan bahasa kebangsaan ini,Jabatan Pengajian Melayu IPGM Kampus Ilmu Khas tidak melepaskan peluang untuk turut sama menjayakan kempen tersebut. Slot pelestarian bahasa pada hari ini adalah salah satu wadah yang telah dicadangkan untuk mewarnakan kempen tersebut.

Jambangan mawar menghias istanaMekar serumpun bunga melati,Bulan bahasa sama diwarna,Wadah terisi terpaut dihati.

Hadirin yang dihormati, Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaab Negara kita Malaysia. Keunikan yang terdapat pada bahasa Melayu sememangnya tidak dapat dinafikan. Keindahan gaya bahasa dan penggunaannya yang sangat meluas menjadikan bahasa ini sangat menarik. Bahasa Melayu sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada kehalusan dan kesenian. Tidak hairanlah terdapat pelbagai kesenian yang bersaskan kepada penggunaan bahasa Melayu.

2Lagu PuisiHadirin yang dihormati,Keindahan bahasa Melayu kian terselah apabila adanya pantun,puisi,syair,gurindam,seloka dan sebaginya. Jalinan bahasa menjadi benang asas kepada keunikan dan keaslian sesebuah karya yang dihasilkan.Dahlia anggerik tumbuh serasi,Segar berkembang meyubur tamanLagu puisi bawaan tradisi,Merdu alunan kekal berzaman.

Dipersilakan Ahmad Syafiq Muhamad untuk menyampaikan lagu puisi yang bertajuk Suatu Masa diiringi dengan petikan gitar oleh Muhamad Khidzir Kassim dan gesekan biola oleh Muhamad Jais.

3PidatoSelain daripada gubahan lagu puisi yang sangat indah penggunan bahasa tidak terhad konteksnya. Keindahan dan keunikan bahasa Melayu tampak serlah apabila adanya perbahasan,syarahan,pidato dan sebagainya yang menjadikan bahasa Melayu sebagai kayu asas.

Rodat dipalu alunan bertingkah,Gamelan dilagu bersimpul adat ,Pidato dinobat kehadapan selangkah,Gemilang bahasa tinggi martabat.

Hadirin yang dihormati,Seterusnya dipersilakan untuk menyampaikan pidato yang bertajuk .

4Lagu RakyatLagu Rakyat merupakan salah satu keunikan gubahan bahasa. Gubahan bahasa yang digandingkan dengan corak rentak dan irama yang halus menonjolkan lagi keindahan bahasa Melayu.

Mekar mawar menghias taman,Pilihan si dara harum baunya,Lagu Rakyat irama berzaman,Gandingan bahasa terselah nilainya,

Lagu Gunung Kinabalu merupakan salah satu lagu rakyat yang sangat dibangggakan oleh warga Negeri Di Bawah Bayu iaitu negeri Sabah. Jadi hadirin terimalah Edna Mc Erry dan Felicia Joseph mempersembahkan lagu Gunung Kinabalu.

5PenutupDengan berakhirnya persembahan lagu rakyat sebentar tadi maka sampailah sudah kita di penghujung slot pelestarian bahasa buat kali ini.

Hadirin yang dihormati,

Di dahan meranti hinggap si rama,Rona sayapnya tampak serasi,Martabat bahasa dijulang bersama,Gandingkan tangan tegakkan visi.

Dengan itu sekian sahaja Assalamualaikum.