TEKS PENGACARAAN

12
Teks Pengacaraan Hari Graduasi & Kecemerlangan Kanak-Kanak TABIKA & TASKA KEMAS 2012 TEKS PENGACARAAN HARI GRADUASI & KECEMERLANGAN KANAK-KANAK TABIKA & TASKA KEMAS 2012 BIL. ATURCARA CATATAN 1. Kehadiran ibu bapa Ketibaan tetamu jemputan Assalamualaikum w.b.t. Salam sejahtera م ي ح ر ل ا ن م ح ر ل له ا ل م اس ب مه ل ع ، و ن س ب الإ ق ل خ ، و راءن لق م ا عل ي ه الذ ل ل مذ ح ل ا اء و ي0 ب ن4 الإ رف7 ش4 ى ا عل لإم س ل و ا لإة ص ل ، وا ان ي0 ب ل ا ن عي م ح4 ه ا ب ح ص ى اله و عل و ن لي س ر م ل ا1

description

-

Transcript of TEKS PENGACARAAN

Page 1: TEKS PENGACARAAN

Teks Pengacaraan Hari Graduasi & Kecemerlangan Kanak-Kanak TABIKA & TASKA KEMAS 2012

TEKS PENGACARAAN

HARI GRADUASI & KECEMERLANGAN

KANAK-KANAK TABIKA & TASKA KEMAS 2012

BIL. ATURCARA CATATAN

1. Kehadiran ibu bapa

Ketibaan tetamu jemputan

Assalamualaikum w.b.t.

Salam sejahtera

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله الذي علم القراءن، وخلق اإلنسن،

وعلمه البيان، والصالة و السالم على أشرف

األنبياء و المرسلين و على اله وصحبه

أجمعين

Yang berbahgia, Encik Roni bin Zakaria, Pengurus Besar

Wilayah FELCRA Seberang Perak, Yang dihormati, Encik

Nasurunnasir bin Haji Alias, Penyelia KEMAS Parlimen

Pasir Salak, Encik Hamid bin Harun, Pengurus Felcra

Seberang Perak 1,2 dan 16, Encik Razali bin Yahya,

Pengerusi Induk Tabika KEMAS Zon C, Puan Rosni binti

Harun, Penyelia Pra Sekolah, KEMAS Parlimen Pasir Salak,

anak didik Tabika dan Taska KEMAS Zon C, seterusnya

1

Page 2: TEKS PENGACARAAN

Teks Pengacaraan Hari Graduasi & Kecemerlangan Kanak-Kanak TABIKA & TASKA KEMAS 2012

hadirin yang dikasihi, dekat di hati.

Pihak majlis ingin mengucapkan selamat datang ke Majlis

Graduasi dan Kecemerlangan Kanak-kanak Tabika dan

Taska KEMAS bagi tahun 2012.

Nyanyian lagu Negaraku, lagu KEMAS, lagu Tabika Kita

Hadirin dijemput duduk.

2. Lebat kemiri pohonnya rendah,

Dahan terikat tali perkasa;

Sepuluh jari kami menadah,

Mohon berkat yang Maha Esa.

Pihak majlis dengan segala hormatnya, menjemput Ustaz

Muhammad b. Awang untuk mengetuai bacaan doa.

Dipersilakan.

-Bacaan Doa-

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Ustaz Muhammad b. Awang atas bacaan doa itu tadi.

3. Hadirin sekalian,

Sebagai pembuka tirai Majlis Graduasi pada petang ini, mari

kita saksikan Persembahan Pakaian Beragam yang akan

dipersembahkan oleh anak didik TASKA. Dipersilakan.

-Persembahan Pakaian Beragam-

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada anak

didik TASKA atas persembahan itu tadi.

4. Hadirin sekalian,

Kita teruskan majlis kita pada petang ini dengan

2

Page 3: TEKS PENGACARAAN

Teks Pengacaraan Hari Graduasi & Kecemerlangan Kanak-Kanak TABIKA & TASKA KEMAS 2012

Penyampaian Sijil. Kita mulakan dengan Penyampaian Sijil

bagi anak didik berumur 6 tahun. Bagi menyempurnakan

majlis penyampaian sijil ini, dengan segala hormatnya pihak

majlis menjemput Encik Roni bin Zakaria untuk

menyampaikan sijil kepada anak didik. Dipersilakan.

-Penyampaian Sijil-

(Nama penerima sijil, sila rujuk Buku Jemputan)

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Encik Roni bin Zakaria atas kesudian beliau menyampaikan

sijil itu tadi.

5. Hadirin sekalian,

Sebelum kita teruskan majlis penyampaian sijil yang

berikutnya, mari kita saksikan Persembahan Nyanyian dan

Gerakan yang akan dipersembahkan oleh anak didik

TASKA. Dipersilakan.

-Persembahan Nyanyian dan Gerakan-

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada anak

didik TASKA atas persembahan itu tadi.

6. Hadirin sekalian,

Kita teruskan lagi Majlis Penyampaian Sijil pada petang ini

bagi anak didik berumur 5 tahun. Bagi menyempurnakan

majlis penyampaian sijil ini, dengan segala hormatnya pihak

majlis menjemput Encik Nasrunnasir bin Haji Alias untuk

menyampaikan sijil kepada anak didik. Dipersilakan.

-Penyampaian Sijil-

3

Page 4: TEKS PENGACARAAN

Teks Pengacaraan Hari Graduasi & Kecemerlangan Kanak-Kanak TABIKA & TASKA KEMAS 2012

(Nama penerima sijil, sila rujuk Buku Jemputan)

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Encik Nasrunnasir bin Haji Alias atas kesudian beliau

menyampaikan sijil itu tadi.

Bagi meneruskan lagi Majlis Penyampaian Sijil pada petang

ini, dengan segala hormatnya pihak majlis menjemput Encik

Hamid bin Harun untuk menyampaikan sijil kepada anak

didik. Dipersilakan.

-Penyampaian Sijil-

(Nama penerima sijil, sila rujuk Buku Jemputan)

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Encik Hamid bin Harun atas kesudian beliau menyampaikan

sijil itu tadi.

Bagi meneruskan lagi Majlis Penyampaian Sijil pada petang

ini, dengan segala hormatnya pihak majlis menjemput Ustaz

Hassan bin Osman untuk menyampaikan sijil kepada anak

didik. Dipersilakan.

-Penyampaian Sijil-

(Nama penerima sijil, sila rujuk Buku Jemputan)

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Ustaz Hassan bin Osman atas kesudian beliau

menyampaikan sijil itu tadi.

4

Page 5: TEKS PENGACARAAN

Teks Pengacaraan Hari Graduasi & Kecemerlangan Kanak-Kanak TABIKA & TASKA KEMAS 2012

Bagi meneruskan lagi Majlis Penyampaian Sijil pada petang

ini, dengan segala hormatnya pihak majlis menjemput Encik

Razali bin Yahya untuk menyampaikan sijil kepada anak

didik. Dipersilakan.

-Penyampaian Sijil-

(Nama penerima sijil, sila rujuk Buku Jemputan)

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Encik Razali bin Yahya atas kesudian beliau menyampaikan

sijil itu tadi.

7. Hadirin sekalin,

Majlis pada petang ini diserikan lagi dengan Persembahan

Genderang Gemilang. Mari kita saksikan.

-Persembahan Genderang Gemilang-

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada anak

didik TASKA atas persembahan itu tadi.

8. Hadirin sekalian,

Kita teruskan majlis kita pada petang ini dengan

Penyampaian Sijil dan Hadiah TASKA. Bagi

menyempurnakan majlis penyampaian sijil ini, dengan

segala hormatnya pihak majlis menjemput Puan Rosni binti

Harun untuk menyampaikan sijil kepada anak didik.

Dipersilakan.

-Penyampaian Sijil-

(Nama penerima sijil, sila rujuk Buku Jemputan)

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan

5

Page 6: TEKS PENGACARAAN

Teks Pengacaraan Hari Graduasi & Kecemerlangan Kanak-Kanak TABIKA & TASKA KEMAS 2012

Rosni binti Harun atas kesudian beliau menyampaikan sijil

itu tadi.

9. Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato’ Haji

Tajuddin bin Abdul Rahman,

Ahli Parlimen Pasir Salak merangkap

Pengerusi FELCRA Malaysia Berhad merangkap

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia serta merangkap

Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak

10. Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada YB Dato’ atas kesudian YB Dato’ hadir ke Majlis

Graduasi dan Kecemerlangan Kanak-kanak Tabika dan

Taska KEMAS 2012.

Hadirin sekalian,

Ketibaan YB Dato’ pada petang ini diserikan lagi dengan

Persembahan Kompang Formasi. Mari kita saksikan.

-Persembahan Kompang Formasi-

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas

persembahan itu tadi.

11. Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Encik Razali bin

Mohd Yahya, Pengerusi Induk Tabika KEMAS Zon c untuk

menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

-Ucapan Pengerusi Induk Tabika KEMAS Zon C-

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Encik Razali bin Mohd Yahya, atas ucapan itu tadi.

6

Page 7: TEKS PENGACARAAN

Teks Pengacaraan Hari Graduasi & Kecemerlangan Kanak-Kanak TABIKA & TASKA KEMAS 2012

12. Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Encik

Nasurunnasir bin Haji Alias, Penyelia Kanan KEMAS

Parlimen Pasir Salak untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.

-Ucapan Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Pasir Salak-

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Encik Nasurunnasir bin Haji Alias, atas ucapan itu tadi.

13. Daun semulur di pekan sari,

Batang jerami rebah ke bumi;

Madah dihulur sembah diberi,

Kata perasmi hajatnya kami.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput, YB Dato’ Haji

Tajuddin bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak,

Pengerusi FELCRA Malaysia Berhad, Ahli Majlis Kerja

Tertinggi UMNO Malaysia serta Ketua UMNO Bahagian

Pasir Salak untuk memberikan sepatah dua kata seterusnya

merasmikan Majlis Graduasi dan Kecemerlangan Kanak-

kanak Tabika dan Taska KEMAS bagi tahun 2012.

Dipersilakan.

-Ucapan YB Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman-

Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada YB Dato’ atas ucapan perasmian penutup itu tadi.

14. Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Sijil dan

7

Page 8: TEKS PENGACARAAN

Teks Pengacaraan Hari Graduasi & Kecemerlangan Kanak-Kanak TABIKA & TASKA KEMAS 2012

Anugerah Kecemerlangan. Bagi menyempurnakan

penyampaian sijil dan anugerah kecemerlangan ini, pihak

majlis sekali lagi dengan segala hormatnya menjemput YB

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman untuk menyampaikan

sijil dan anugerah kepada anak didik KEMAS. Dipersilakan.

-Penyampaian Sijil dan Anugerah Kecemerlangan-

Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada YB Dato’ atas kesudian beliau menyempurnakan

majlis penyampaian sijil dan anugerah kecemerlangan itu

tadi.

15 Hadirin sekalian,

Majlis pada petang ini diteruskan lagi dengan Penyampaian

Hadiah Pertandingan Pakaian Beragam. Oleh itu, majlis

dengan segala hormatnya menjemput

................................................................................................

................................................................................................

untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

-Penyampaian Hadiah Pertandingan Pakaian Beragam-

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada

(nama penyampai) atas penyampaian hadiah itu tadi.

16. Hadirin sekalian,

Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan

daripada pihak kami kepada YB Dato’, dengan ini majlis

dengan segala hormatnya menjemput

................................................................................................

8

Page 9: TEKS PENGACARAAN

Teks Pengacaraan Hari Graduasi & Kecemerlangan Kanak-Kanak TABIKA & TASKA KEMAS 2012

................................................................................................

untuk menyampaikan cenderahati kepada YB Dato’.

Dipersilakan.

-Penyampaian Cenderahati-

Pihak majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan buat YB Dato’ atas kesudian YB Dato’ hadir ke

majlis kami pada petang ini.

17. Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati itu

tadi, maka selesailah sudah Majlis Graduasi dan

Kecemerlangan Kanak-kanak Tabika dan Taska KEMAS

bagi tahu 2012. Pihak majlis mengucapkan jutaan terima

kasih kepada YB Dato’ serta seluruh warga kerja yang

terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi

menjayakan Majlis Graduasi dan Kecemerlangan Tabika

dan Taska KEMAS Zon C bagi tahun 2012.

Sekian.

9