Teks Pengacaraan Israk Mikraj 07 Julai 2011

3
TEKS PENGACARA MAJLIS (FARAHANIS MOHAMED YUSOP) MAJLIS PELANCARAN MINGGU FESTIVAL PENGHAYATAN ISLAM 2011 TARIKH : 18 APRIL 2011 TEMPAT : BISA CUE TEKS Kata-kata aluan -Yang Berbahagia, Pn. Hjh. Noor hayatee Binti Md. Noor, Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu. -Yang Berusaha En Mohd Nasri B Abdullah, Ketua Unit Pembangunan Insaniah Jabatan Hal Ehwal Pelajar -Yang Berusaha Ustaz Mohd Rizuan Abd Rasip, Ketua Jabatan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral -Yang Diraikan, Ustaz Mohd Asri Bin Abdullah selaku penceramah jemputan pada hari ini, Ketua-Ketua Jabatan, Pensyarah-pensyarah, Seterusnya rakan-rakan guru pelatih sekalian -Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. -Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah jua kita bersama-sama berhimpun dalam Program Israk Mikraj: Back to Fitrah yang mengangkat tema menyingkap kebenaran, melakar kejayaan. Bacaan doa Hadirin Sekalian, Dalam kekuatan langkah, Ada gusar yang menerjah, Dalam gelisah yang tak sudah, Tersedia jalan terhampar indah. -sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang-orang mukmin. -semoga majlis terus diberkati dan

Transcript of Teks Pengacaraan Israk Mikraj 07 Julai 2011

Page 1: Teks Pengacaraan Israk Mikraj 07 Julai 2011

TEKS PENGACARA MAJLIS (FARAHANIS MOHAMED YUSOP) MAJLIS PELANCARAN MINGGU FESTIVAL PENGHAYATAN ISLAM 2011

TARIKH : 18 APRIL 2011TEMPAT : BISA

CUE TEKSKata-kata aluan

-Yang Berbahagia, Pn. Hjh. Noor hayatee Binti Md. Noor, Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu.

-Yang Berusaha En Mohd Nasri B Abdullah, Ketua Unit Pembangunan Insaniah Jabatan Hal Ehwal Pelajar

-Yang Berusaha Ustaz Mohd Rizuan Abd Rasip, Ketua Jabatan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

-Yang Diraikan, Ustaz Mohd Asri Bin Abdullah selaku penceramah jemputan pada hari ini,

Ketua-Ketua Jabatan, Pensyarah-pensyarah,

Seterusnya rakan-rakan guru pelatih sekalian

-Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan

salam sejahtera.

-Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t

kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah jua kita

bersama-sama berhimpun dalam Program Israk

Mikraj: Back to Fitrah yang mengangkat tema

“menyingkap kebenaran, melakar kejayaan.

Bacaan doa Hadirin Sekalian,Dalam kekuatan langkah,Ada gusar yang menerjah,Dalam gelisah yang tak sudah,Tersedia jalan terhampar indah.-sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang-orang mukmin. -semoga majlis terus diberkati dan dipermudah

Page 2: Teks Pengacaraan Israk Mikraj 07 Julai 2011

olehNYA, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Mohd Nasri Bin Abdullah untuk mengetuai bacaan doa.Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Slot Motivasi Hadirin sekalian,

Pada malam yang berbahagia ini kita sama-sama berkumpul untuk menghadiri satu majlis ilmu iaitu Program Israk dan Mikraj: Back To Fitrah yang bertujuan untuk mendedahkan kepada guru pelatih tentang salah satu peristiwa bersejarah dalam islam. Disamping itu, program ini juga mampu bertindak sebagai satu alternatif untuk para guru pelatih meningkatkan pengetahuan mereka tentang kebesaran Allah seterusnya melahirkan generasi bakal guru yang cakna dan faham akan islam secara menyeluruh. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para guru pelatih mengenai persediaan bagi menghadapi peperiksaan. -Bagi menyampaikan maksud itu, majlis dengan segala hormat dan takzimnya menjemput dan mempersilakan Ustaz Mohd Asri Bin Abdullah untuk menyampaikan ceramah beliau.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.Terima Kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Asri Bin Abdullah atas ceramah yang telah disampaikan sebentar tadi.

Penyampaian hadiah Hadirin sekalian,

Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Pn. Pengarah, Pn Hjh Norhayati Binti Md Noor diiringai oleh Ustaz Mohd Nasri Bin Abdullah untuk menyampaikan cenderamata kepada penceramah jemputan, Ustaz Mohd Asri Bin Abdullah..

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Page 3: Teks Pengacaraan Israk Mikraj 07 Julai 2011

.Habis Penutup yg bersesuaian..