Teks Pengacaraan Sukan Tahunan 2015

download Teks Pengacaraan Sukan Tahunan 2015

of 6

Transcript of Teks Pengacaraan Sukan Tahunan 2015

BIL ACARA DIALOG CATATAN

1.Umumkan ketibaan VIPMengumumkan ketibaan Yang Berusaha,Encik Che Daud b. Jusoh,diiringi oleh Yang Berusaha Encik Mohd Dzohiruddin b. Abd Rahim ,Guru Besar SK Mohd Ariff Abdullah ke Kejohanan Olahraga SK Mohd Ariff Abdullah bagi Tahun 2015.

2.Ucapan alu-aluanAssalamualaikum w.b.t dan selamat datang kepada Yang Berusaha Encik Che Daud b. Jusoh,Yang DiPertua PIBG SK Mohd Ariff Abdullah,Yang Berusaha Guru Besar SK Mohd Ariff Abdullah Encik Mohd Dzohiruddin b. Abd Rahim,Yang Dihormati,Encik Mohd Nasri b. Ismaial,Guru Penolong Kanan 1,Encik Rozalee b. Hussin,Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Encik Amril Afridi b. Ibrahim Guru Penolong Kanan Kokurikulum,Ahli Jawatankuasa PIBG SKMAA,Guru-guru ,tuan-tuan,puan-puan seterusnya murid-murid yang dirahmati Allah sekalian.

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-ngalukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke kejohanan olahraga SKMAA bagi Tahun 2015.Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik semangat kesukanan kepada atlit-atlit muda yang akan beraksi dalam acara pada hari ini.

3.Perbarisan Lintas HormatSebagai pembuka tirai kejohanan olahraga,marilah sama-sama kita saksikan perbarisan lintas hormat semua pasukan yang mengambil bahagian.

4.Menjemput VIP menerima Tabik Hormat.Dengan itu,majlis dengan segala hormatnya mempersilakan,Yang Berusaha Encik Che Daud b. Jusoh untuk menerima tabik hormat daripada para peserta perbarisan.Dipersilakan.

(marching song)

5.Perbarisan Bendera KejohananPerbarisan Lintas Hormat dimulakan oleh pembawa bendera kejohanan yang diketuai oleh adik Mohd Aiman b. Shukri.

6.Perbarisan Pra SekolahKontinjen seterusnya adalah merupakan murid-murid Pra Sekolah yang terdiri daripada 25 orang murid di bawah bimbingan Pn. Fauziah bt Sudin dan Pn.Roziana bt Zakaria.

7. Perbarisan Rumah Helang(Biru)Menyusul di belakang adalah kontinjen Rumah Helang dengan mottonya Helang Gagah Berani.Kontinjen ini diketuai oleh adik Aliff b. Che Hassan dan dianggotai seramai 80 orang peserta.

8.Perbarisan Rumah Singa(Kuning)Seterusnya ialah pasukan dari rumah Singa yang dianggotai seramai 80 orang peserta perbarisan dengan mottonya Singa Gagah Perkasa.Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd Zakwan b Rosli.

9.Perbarisan Rumah Jengking(Hijau)Kontinjen seterusnya ialah pasukan Rumah Jengking dengan mottonya Jengking Sengat Berbisa.Kontinjen ini diketuai oleh adik Nazrul Amar Danial b. Khairul dan disertai seramai 80 orang peserta.

10.Perbarisan Rumah Merah(Harimau)Kontinjen yang terakhir ialah pasukan dari rumah Harimau dengan mottonya Harimau Mara Membara.Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd Fain Haikal b. Jannuar dan disertai seramai 80 orang peserta.

11.Ucapan Alu-aluan oleh Guru BesarMajlis dimulakan dengan mempersilkan Yang Berusaha ,Guru Besar SK Mohd Ariff Abdullah,Encik Mohd Dzohiruddin b. Abd Rahim untuk menyampaikan ucapan.

Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan alua-aluan sebentar tadi.

12.Ucapan PerasmianMajlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha ,Encik Che Daud b. Jusoh,Yang Dipertua PIBG SK Mohd Ariff Abdullah untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Olahraga SK Mohd ariff Abdullah bagi Tahun2015. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Che Daud b. Jusoh atas ucapan perasmian itu tadi dan setinggi-tingggi penghargaan kerana sudi merasmikan Kejohanan Olahraga SK Mohd Ariff Abdullah bagi Tahun 2015.

13.Menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah.Seterusnya marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Nrgaraku dan Lagu Negeri Kedah.

14.Menjemput Pembawa Bendera mengiringi pembaca ikrar.Seterusnya,dipersilakan pembawa bendera kejohanan maju ke hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh adik Mohd Aiman b. Shukri.

Majlis merakamkan terima kasih atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi.

15.PersembahanSebentar lagi kita akan saksikan persembahan Pasukan Sorak dan Senamrobik oleh Murid-murid Tahun 2 dan 4.

Persembahan itu tadi adalah di bawah pimpinan Cik Erdayani bt Amir Mohd dan Cik Shafiqah bt Hasan serta dibantu oleh 2 orang lagi guru pelatih iaitu Cik Rubatashnie dan Cik Linggeswari.

16.Perbarisan Keluar PadangMajlis diteruskan dengan perbarisan keluar padang oleh pasukan pasukan yang mengambil bahagian untuk masuk ke khemah masing-masing.

Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian kejohanan olahraga SK Mohd Ariff Abdullah bagi Tahun 2015.Majlis merakamkan terima kasih kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan Lintas Hormat.

17.Penyampaian Hadiah(1)Sementara menanti para peserta bersedia dan mengambil tempat,majlis kita dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.Untuk menyempurnakan penyampaian hadiah,pihak majlis mempersilakan.............................................................................................................................Untuk menyampaikan hadiah.Dipersilakan.

Acara Padang

Majlis merakamkan terima ksaih kepada .............................................................Kerana sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah .

18.Acara BalapanHadirin dan Hadirat sekalian,sebentar lagi acara akan dimulakan.Diminta para petugas dan pegawai sukan mengambil tempat kerana acara kita akan dimulakan bila-bila masa dari sekarang.

19.Penyampaian Hadiah(2)Seterusnya majlis penyampaian hadiah bagi acara balapan

Untuk menyempurnakan penyampaian hadiah ini,pihak majlis mempersilakan..............................................................................................................................Untuk menyampaikan hadiah.Dipersilakan.

20.PenutupKami ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan jutaan nterima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu menjayakan dan melicinkan pejalanan kejohanan Olahraga SK Mohd Ariff Abdullah bagi Tahun 2015.

Akhir kata dari kami.Majulah Sukan Untuk Negara.Assalamualaikum wbt.