TEKS PERASMIAN - ANGKASAangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/MAC/Kedai... · 2020. 3....

35
1 TEKS PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA PERASMIAN KEDAI KOPERASI AL- AZHARIAH MART, MESYUARAT AGONG TAHUNAN KOPERASI

Transcript of TEKS PERASMIAN - ANGKASAangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2020/MAC/Kedai... · 2020. 3....

  • 1

    TEKS PERASMIAN

    YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH

    ABDULLAH

    PRESIDEN ANGKASA

    PERASMIAN KEDAI KOPERASI AL-

    AZHARIAH MART, MESYUARAT

    AGONG TAHUNAN KOPERASI

  • 2

    KARIAH MASJID AL-AZHARIAH

    SEKSYEN 18 BERHAD DAN AKTIVITI

    JUALAN MURAH

    7 MAC 2020 (SABTU)

    9.30 PAGI

  • 3

    DEWAN SERBAGUNA, JALAN KEPAU

    18/4, SEKSYEN 18, SHAH ALAM,

    SELANGOR

    Bismilahirrahmanirahim...

    Assalamualaikum Warahmatullahi

    Wabarakatuh dan salam sejahtera

  • 4

    Terima kasih Pengacara Majlis

    [SALUTASI DISEDIAKAN OLEH

    URUSETIA PROGRAM]

    Tuan-tuan dan puan-puan yang

    dihormati sekalian

  • 5

    1. Terlebih dahulu, marilah kita

    bersama-sama mengucapkan

    syukur ke hadrat Allah SWT kerana

    mengurniakan kepada kita

    kesihatan yang baik bagi

    membolehkan kita bersama-sama

    berkumpul pada hari ini, bagi

    menyempurnakan tiga acara

  • 6

    penting iaitu Perasmian kedai Al-

    Azhariah Mart, Mesyuarat Agong

    Tahunan Koperasi Kariah Masjid Al-

    Azhariah Seksyen 18 Berhad dan

    Aktiviti Jualan Murah. Saya

    merakamkan ucapan setinggi-

    tinggi tahniah kepada Anggota

    Lembaga Koperasi Kariah Masjid Al

  • 7

    Azhariah Seksyen 18 Berhad atas

    kejayaan ini.

    2. Saya difahamkan tujuan

    majlis ini diadakan untuk mewar-

    warkan kewujudan Al-Azhariah

    Mart kepada anak kariah masjid

    dan komuniti sekitar. Aktiviti jualan

  • 8

    murah yang dikendalikan di bawah

    Program BA100 juga selaras dengan

    hasrat Kerajaan untuk membantu

    golongan BA100 mengurangkan

    beban kos sara hidup.

    3. Untuk makluman, Koperasi

    Kariah Masjid Al-Azhariah Seksyen

  • 9

    18 Berhad merupakan antara

    koperasi di Selangor yang terawal

    menyertai Program BA100.

    Sekarang ini, ahli kariah dan

    masyarakat sekitar boleh membeli

    secara langsung atau secara online

    barang keperluan asas BA100.

    Tahniah dan syabas kepada

  • 10

    kepimpinan koperasi kerana

    menyokong dan menyertai

    program ini.

    4. Projek BA100 memerlukan

    sokongan padu gerakan koperasi.

    Kejayaan Program Mesra Koperasi

    Bazar Jualan Harga Patut BA100

  • 11

    Anjuran ANGKASA di Masjid Tanah

    baru-baru ini, memperlihatkan

    kepada Kerajaan bahawa

    ANGKASA mampu dan komited

    untuk melaksanakannya. Peranan

    ANGKASA sebagai orang tengah

    dapat memberi manfaat

    sosioekonomi kepada gerakan

  • 12

    koperasi dan masyarakat khususnya

    anggota koperasi. Ini akan menjadi

    sebahagian usaha kerajaan dalam

    mengurangkan kos sara hidup

    rakyat sekaligus memastikan kos

    barangan asas akan sentiasa

    terkawal dan dapat dikurangkan.

  • 13

    5. ANGKASA mensasarkan 1,800

    koperasi menyertai program BA100

    dengan nilai dagangan berjumlah

    RM711 juta bagi tahun 2020 dan

    3,000 outlet dengan nilai dagangan

    berjumlah RM3.6 billion. Usaha

    sedang dilakukan untuk menarik

    lebih ramai pembekal dan koperasi

  • 14

    termasuk peruncit bukan koperasi

    menyertai program ini.

    6. Di Selangor, dengan

    keanggotaan lebih 1/2 juta orang

    (548,885 orang) dari 1720 buah

    koperasi, diharap koperasi-koperasi

    ini akan turut menyertai program

  • 15

    BA100 kerana program ini dapat

    membuka peluang pekerjaan dan

    keusahawanan kepada anggota.

    Sokongan padu terhadap projek ini

    dapat membantu kelancaran

    program rantaian pembekalan

    projek BA100.

  • 16

    Hadirin Yang Dihormati Sekalian

    7. Melalui sektor komuniti,

    pembangunan perniagaan

    koperasi kariah masjid menjadi

    agenda utama ANGKASA.

    ANGKASA melihat peluang

    pembangunan komuniti melalui

  • 17

    kariah masjid sangat releven.

    Mengikut laporan JAKIM, jumlah

    masjid yang didaftarkan sebanyak

    6,336 buah.

    8. Sehingga Jun 2019, mengikut

    statistik SKM terdapat 438 buah

    koperasi masjid yang berdaftar

  • 18

    dengan keahlian seramai 30,139

    orang, syer/yuran berjumlah RM9.49

    juta, aset berjumlah RM20.87 juta

    dan menyumbang perolehan

    sebanyak RM9.5 juta. Bagi

    membantu koperasi menjalankan

    perniagaan berimpak tinggi,

    ANGKASA telah menjayakan

  • 19

    penubuhan Konsortium Koperasi

    Kariah Masjid yang dianggotai 31

    buah koperasi sehingga kini.

    9. Antara aktiviti yang dijalankan

    di bawah Konsortium bagi

    membantu perniagaan koperasi

    adalah:

  • 20

    a). Pemasaran Ayam Probiotik yang

    melibatkan 20 koperasi kariah

    masjid. Melalui perniagaan ini,

    konsortium mengenal pasti

    penternak ayam probiotik dan

    membeli secara borong.

    Seterusnya melantik koperasi

  • 21

    kariah untuk menjadi agen

    pemasaran.

    b). Projek Lembu Korban Secara

    Berkelompok. Dijalankan melalui

    kerjasama antara koperasi.

    Koperasi yang layak akan

    dikenal pasti untuk menjadi

  • 22

    anchor projek. Kriteria kelayakan -

    mempunyai pengalaman, fasiliti

    lengkap dan sebagainya untuk

    menternak lembu-lembu milik

    koperasi kariah masjid yang lain.

    Terkini 2 buah koperasi dilantik

    sebagai anchor dan 8 buah

    koperasi bersetuju menjalankan

  • 23

    kerjasama yang melibatkan 72

    ekor lembu.

    c). Pemasaran kurma - memborong

    kurma dengan pengimport

    pada setiap kali menjelang

    Ramadhan untuk dipasarkan

    oleh koperasi-koperasi berminat.

  • 24

    d). Pengedar Tunggal ubat gigi

    jenama As Shifa untuk pasaran

    kedai-kedai runcit koperasi seluruh

    Malaysia.

    e). Bagi projek modal besar seperti

    projek dialisis secara berkelompok

    yang melibatkan modal lebih RM1

  • 25

    juta sedang dalam perancangan

    untuk dilaksanakan. ANGKASA

    masih dalam perbincangan

    melantik koperasi anchor yang

    berpengalaman dalam aktiviti

    ini.

    Hadirin Yang Dihormati Sekalian

  • 26

    10. ANGKASA terus

    menggalakkan koperasi kariah

    masjid mempelbagaikan

    perniagaan berimpak tinggi.

    Antara projek yang boleh disertai

    koperasi kariah masjid ialah Projek

    Jagung Bijian yang mana

  • 27

    memerlukan sebanyak 4,000 hektar

    tanah untuk dimajukan.

    11. ANGKASA turut

    melaksanakan Program Umrah

    Koop yang diadakan bertujuan

    memberi peluang kepada ahli

    koperasi menunaikan umrah

  • 28

    menerusi skim potongan gaji. Ia

    adalah kerjasama ANGKASA

    dengan syarikat pengendali umrah

    yang diiktiraf. Ini adalah satu

    kemudahan yang disediakan

    ANGKASA untuk ahlinya.

  • 29

    12. Projek perniagaan Pharma

    Wellness ANGKASA berfokus

    kepada Projek Hub Pembelian

    Berpusat Produk-produk

    Farmaseutikal dan Penjenamaan

    CoopFarmasi. Kewujudan

    perniagaan ini membuka peluang

    kepada koperasi-koperasi yang

  • 30

    berminat untuk membuka premis

    perniagaan farmasi, namun tidak

    mempunyai kepakaran.

    13. Koperasi yang berminat

    akan dibantu dari awal penubuhan

    di bawah jenama standard

    ‘COOPFARMASI’, dan operasi

  • 31

    farmasi akan dipantau setiap masa.

    Pilot projek ini dijalankan bersama

    Koperasi Farmasi Muslim Pahang

    Berhad dan seterusnya akan

    diperluaskan ke negeri-negeri lain.

  • 32

    Akhir kata, saya menyeru Koperasi

    Al-Mutawakkil Selangor Berhad

    untuk menjadi ahli ANGKASA dan

    seterusnya menjadi ahli Konsortium

    Koperasi Kariah Masjid.

    14. Akhir kata, ribuan terima

    kasih sekali lagi kepada semua

  • 33

    pihak yang terlibat dalam

    menjayakan majlis ini, terutama

    jawatankuasa penganjurnya.

    Semoga usaha ANGKASA

    memajukan gerakan koperasi

    negara mendapat sokongan padu

    semua pihak dan memantapkan

  • 34

    nama koperasi di mata masyarakat

    dan antarabangsa.

    15. Saya dengan lafaz suci

    Bismillahi rahmanirahim merasmikan

    Kedai Koperasi Al Azhariah Mart,

    Mesyuarat Agung Tahunan

    Koperasi Kariah Masjid Al-Azhariah

  • 35

    Seksyen 18 Berhad dan Aktiviti

    Jualan Murah.

    Sekian, terima kasih.

    Wabillahitaufiq Walhidayah,

    Assalamualaikum Warahmatullahi

    Wabarakatuh.