Teks Pidato Guru Berintegriti

4
Teks Pidato Disediakan oleh : Mohd Aidil Bin Sahipaludin Tajuk : Guru Berintegriti Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Bismillahirahmanirahim.. Kata membuka bicara, menguak makna sebagai lambang yang merakam citra. Terbinalah ilmu yang diikat oleh akal budi dan bicara, melalui bicara bahasa, kata- kata, tinta dan pena membina tamadun bersama. Semuanya, bermula dari kata seorang guru biasa. Aprisiasi buat guru-guru berintegriti ; Saya bawakan idea bermisi dalam maudhu bicara berbunyi Guru Berintegriti Penjana Transformasi Pendidikan Negara.Terima kasih saudara pengerusi, panel juri penjunjung kesaksamaan, dif- dif kehormat, kelompak pendidik bestari, hadirin pendengar yang dikasihi, dekat di hati. Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh dan salam 1Malaysia, berbunga kemesraan. Daku tujukan pidato ini buat keluarga tercinta di daerah terpencil sana, tanpa jemu dan kecewa sentiasa bersama hingga mendidik aku dewasa sebagai bakal guru bahasa. Hadirin dan hadirat, Ayuh kita telusuri, hayati dan mula untuk merungkai kata yang tersurat dari bait maudhu bicara saya. Guru berintegriti dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka didefinisikan sebagai guru yang punyai kejujuran, ketulusan dan penjana membawa maksud alat atau sesuatu dan transformasi pendidikan negara pula membawa maksud perubahan bentuk pendidikan negara khususnya. Secara generalisasinya, Menurut Perdana Menteri 1 Malaysia, YAB DatoSeri Najib Tun Abdul Razak, masyarakat berintegriti membentuk bangsa bermaruah menuntut kita menganalisis atas satu sintesis tentang susur galur sejarah pendidikan negara dan dibajai dan disemai dengan roh integriti bermisi. Usaha dalam memartabatkan integriti dan tidak dilupa

Transcript of Teks Pidato Guru Berintegriti

Page 1: Teks Pidato Guru Berintegriti

Teks Pidato

Disediakan oleh : Mohd Aidil Bin Sahipaludin

Tajuk : Guru Berintegriti Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

Bismillahirahmanirahim..

Kata membuka bicara, menguak makna sebagai lambang yang merakam

citra. Terbinalah ilmu yang diikat oleh akal budi dan bicara, melalui bicara bahasa,

kata- kata, tinta dan pena membina tamadun bersama. Semuanya, bermula dari kata

seorang guru biasa.

Aprisiasi buat guru-guru berintegriti ; Saya bawakan idea bermisi dalam maudhu’

bicara berbunyi “Guru Berintegriti Penjana Transformasi Pendidikan Negara.”

Terima kasih saudara pengerusi, panel juri penjunjung kesaksamaan, dif-dif

kehormat, kelompak pendidik bestari, hadirin pendengar yang dikasihi, dekat di hati.

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh dan salam 1Malaysia, berbunga

kemesraan.

Daku tujukan pidato ini buat keluarga tercinta di daerah terpencil sana, tanpa jemu

dan kecewa sentiasa bersama hingga mendidik aku dewasa sebagai bakal guru

bahasa.

Hadirin dan hadirat,

Ayuh kita telusuri, hayati dan mula untuk merungkai kata yang tersurat dari bait

maudhu’ bicara saya. Guru berintegriti dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

didefinisikan sebagai guru yang punyai kejujuran, ketulusan dan penjana membawa

maksud alat atau sesuatu dan transformasi pendidikan negara pula membawa

maksud perubahan bentuk pendidikan negara khususnya.

Secara generalisasinya,  Menurut  Perdana Menteri 1 Malaysia, YAB Dato’ Seri Najib

Tun Abdul Razak,  masyarakat berintegriti membentuk bangsa bermaruah menuntut

kita menganalisis atas satu sintesis tentang susur galur sejarah pendidikan negara

dan dibajai dan disemai dengan roh integriti bermisi.  Usaha dalam memartabatkan

Page 2: Teks Pidato Guru Berintegriti

integriti dan tidak dilupa tuai hasil yang berbuah daripada pengaplikasi integriti

tersebut dalam memperkasa ilmu dan memartabatkan bangsa. Justeru, bagi

mengupas dan mengulas persoalan ini, 3 perspektif utama saya ajukan.

Pertama,  pengaplikasian intgeriti dalam mewarnai citra pendidikan negara, kedua,

usaha yang dicanai dalam membudayakan integriti, seterusnya, hasil kejayaan

pembentukan maruah bangsa. Yang akhirnya, membina dan mempertingkatkan

integriti manusia pastinya terserlah kebenaran dan membuka minda peria dan juwita

dalam memahami masyarakat yang berintegriti membentuk bangsa bermaruah. 

Sidang saksi bermisi, saudara dan saudari.

Pertama- Pengaplikasian integriti dalam mewarnai citra pendidikan negara

Mungkin kini sudah  begitu lama untuk kita bangkitkan, untuk kita ungkitkan betapa

untuk kita bangun meratapi muram durja, meratapi keagungan bumi Melaka gugur

rebah dimamah penjajah durjana akibat integriti tidak menjadi suaka. Rentetan

penjajahan ini terus menerus sehinggakan 400 tahun tanah tercinta ini dirobek dan

diperkosa sesuka hati oleh tangan yang punya kuasa dunia.

Justeru kita perteguhkan integriti untuk menuntut bela dengan kesepaduan golongan

bangsawan dan rakyat biasa, cendiakawan muda dan tua, golongan pendidik dan

ilmuan turut sama memacu usaha ke arah kemerdekaan negara. Maka dengan

rencah integriti, rempahnya toleransi, kaum muda dan tua bersatu hati bersama

berdiplomasi menuntut kemerdekaan ibu pertiwi kemuncak ceritra, tersingkap di balik

tabir sejarah kemerdekaan negara. 5 dasawarsa dahulu bukti jelas masyarakat

berintegriti membentuk bangsa bermaruah dan berintelektual tinggi. Siapa

penerusnya? Kita, generasi pendidik Za’ba inilah pemacu dan penjana transformasi

pendidikan negara untuk mencapai matlamatnya yang bervisi, asas perubahan

landskap pendidikan bertaraf antarabangsa.

Saudara dan saudari, sidang penonton yang penuh santun,  ke-2 ; Usaha yang

dicanai dalam membudayakan integriti.

Page 3: Teks Pidato Guru Berintegriti

Dalam mengharungi  ledakan dan hambatan mehnah dan tribulasi, usaha perlu

difikirkan kerana dengan usaha yang mampan Lopez Disequira menjumpai tanjung

harapan.

Justeru, gagasan modal insan diperkenalkan. Ia membentuk personaliti  unggul dari

gerakan glokal, asas pembentukan modal insan ini kita pupuk dari rebung, dari anak

kecil mengenal alif bata ta hinggalah mahasiswa dan mahasiswi di universiti. Namun,

terkesima seketika saya, apa usaha memurnikannya? Adakah sekali lagi guru

dipertanggungjawabkannya?

Ya, kewibawaan guru berintegriti sekali lagi diguna bagi menjayakannya, kempen-

kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni dari peringkat sekolah diwujudkan,

semuanya demi matlamat yang tersemat menyahut seruan cabaran  ke-4 Wawasan

2020 yang semakin dialpakan, satu visi ke arah masyarakat yang mempunyai nilai

dan moral yang teguh, lantas membentuk dan membina pendidikan berkualiti dengan

penekanan bukan hanya ujian semata, tetapi juga nilai dalam hati anak-anak muda.

Saudara-saudari, ke-3 ; Transformasi pendidikan ke arah pembentukan maruah

bangsa

5 dasawarsa telah kita lalui, kini negara dalam kerangka pendidikannya jelas

bermatlamat seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Melahirkan individu yang seimbang dan harmonis dari segenap aspek, baik rohani,

jasmani, emosi, intelek dan sosial. Guru menjadi agen untuk melakukan perubahan

yang kita canangkan sejak sekian lama dalam falsafah ini hinggalah lahirlah pelbagai

dasar baharu seperti pelaksanaan KSSR, KSSM, pertambahan sekolah-sekolah

kluster dan sekolah berprestasi tinggi. Semua ini jelas, membawa kita ke tahap yang

lebih baik, sebuah pendidikan bertaraf antarabangsa.

Maka, guru yang mengajar juga seharusnya berprinsip dan berintensif dalam

pengamalan budaya kerja cemerlang, berfikiran ke hadapan dan semangat serta

motivasi cekal yang tinggi menjulang, agar harapan membawa pendidikan negara

kita ke arah peningkatan dan pembaharuan mapan dapat dicapai.

Page 4: Teks Pidato Guru Berintegriti

Pada penghujung bicara, jelas tertera, tatkala kita jadikan integriti  sebagai budaya

dan pegangan, maka impaknya bangsa yang dulu tertiarap dimamah, kini kembali

tegak bermaruah. Yang dahulunya pendidikan hanya mengenal erti baca dan

mengira, kita sudah mampu mencipta teori dan revolusi nyata.

Ingat,   jangan biar ayam direban disambar helang, jangan biarkan padi di tangan

menjadi lalang, mari bangkit pendidik bervisi, kita cintakan ilmu, kita cintakan integriti

kerana peradaban bangsa bertamadun dikenali oleh sejarah sebagai bangsa yang

terdidik dengan ilmu dan integriti. Dalam meredah segala rencam ini,kita sedar dan

yakin bahawa guru yang berintegritilah yang menjadi agen pembaharuan, pelaksana

dasar kemajuan cemerlang, dan pembentuk khalifah tamadun gemilang. Guru

sebagai pemacu transformasi pendidikan negara terbilang.

Sekian, wabillah hitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.