Teks Pidato Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti
-
Upload
rashidibahari -
Category
Documents
-
view
1.157 -
download
32
Transcript of Teks Pidato Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti
SK TEDONG
TEKS PIDATO
Tajuk:
RUKUN NEGARA
MEMBENTUK JATI DIRI
1
Assalammualaikum Warahmatullahi
Wabarakatu dan salam 1 Malaysia
Teringat ketika tangan ini menyelak
sebuah buku atlas di perpustakaan,
mengamati betapa kerdilnya Malaysia yang
terpelosok di tenggara dunia. Namun, jangan
disangka cili tidak berapi, kini Malaysia sudah
menjadi sebuah negara yang gah di seantero
dunia. Bak kata orang tua-tua “ duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi”. Fikir-fikirkan...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi
Maha Mengasihani
2
Jutaan apresiasi kepada pimpinan majlis, saf
hakim yang sentiasa cakna dengan keadilan
dan berintegriti, saudara penjaga masa yang
semestinya menjunjung prinsip Al-Asr,
barisan warga pendidik budiman, seterusnya
generasi pendukung wacana wawasan
negara.
.
Rukun Negara Membentuk Jati Diri,
begitulah murninya tajuk pidato yang akan
saya hidangkan kepada hadirin untuk menjadi
santapan minda di pagi yang ceria ini.
Keadaan negara Malaysia yang kita cintai ini
semakin dipandang tinggi oleh masyarakat 3
dunia lantaran kejayaan Malaysia mencipta
nama dan mencorak mutiara berharga dalam
semua lapangan sama ada ekonomi, politik
dan sosial. Maka, pada hari ini, saya akan
mengetengahkan fenomena anjakan
paradigma Malaysia setelah 55 tahun setelah
merdeka.
Bersaksikan warga dewan yang penuh bervisi,
Malaysia merupakan sebuah negara
yang masyarakatnya terdiri daripada rakyat
berbilang kaum yang mempunyai nilai hidup
sosial, kebudayaan dan kepercayaan yang
berbeza. Ini menyebabkan perpaduan agak
sukar dicapai kerana setiap orang mempunyai 4
kepercayaan dan pandangan hidup yang
berbeza. Oleh itu, kita memerlukan sesuatu
yang dapat mengeratkan perhubungan
sesama rakyat dan membolehkan kita hidup
bersama dengan aman dan harmoni di bawah
bumbung yang sama tidak kira sama ada dari
kaum atau status yang berbeza. Sehubungan
itu, Rukun Negara telah diisytiharkan oleh
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang Dipertuan Agong, Tuanku Ismail
Nasiruddin Shah pada 31 Ogos 1970. Antara
tujuan Rukun Negara adalah untuk dijadikan
prinsip hidup semua rakyat negara ini dan
menjamin perpaduan kaum dan keamanan
5
negara. Rukun Negara seharusnya dijadikan
panduan oleh setiap rakyat yang mengaku
dirinya sebagai warganegara Malaysia.
Sekiranya panduan ini sentiasa dipatuhi,
pastinya ia akan membentuk jati diri. Rakyat
yang punyai jati diri pasti warganegaranya
bermutu tinggi dan tinggi nilainya.
“Lima Prinsip Rukun Negara”
Hadirin sekalian,
Itulah lagu yang sering kali dimainkan
di corong-corong radio dan televisyen. Ianya
bukanlah sekadar untuk hiburan semata-mata
tetapi ada mesej yang ingin disampaikan.
6
Mari kita tinjau apakah mesej yang ingin
disampaikan. Prinsip yang pertama iaitu
Kepercayaan Kepada Tuhan. Setiap agama
pastinya menyeru kepada kebaikan. Justeru,
bagi insan yang beragama, pastinya mereka
percaya bahawa melakukan perkara yang baik
adalah sangat dituntut. Di sini kita dapat
memahami bahawasanya prinsip yang
pertama ini akan dapat melahirkan rakyat
yang punyai jati diri terbaik untuk dirinya dan
masyarakat. Jadi, tidak dinafikan, rukun
negara dapat membentuk rakyat mempunyai
jati diri melalui prinsipnya yang pertama.
7
“Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa,
itulah kasih mesra, sejati dan mulia”. Prinsip
yang kedua ialah Kesetiaan Kepada Raja Dan
Negara. Prinsip ini menyeru supaya rakyat
Malaysia sentiasa mengamalkan sikap taat
setia kepada pemimpin dan tanah air. Rakyat
yang taat dan sayang akan tanah airnya pasti
akan berusaha untuk memajukan
negara.Contohnya, pada tanggal 1 Mac 2013
yang lalu, negara kita telah dikejutkan dengan
pencerobohan di Sabah khususnya di Lahat
Datu oleh penceroboh dari Filipina.Pihak
keselamatan seperti anggota Polis Diraja
Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia
8
telah berada dibarisan hadapan dalam
Operasi Daulat untuk mempertahankan
negara.Kesanggupan anggota pasukan
keselamatan berkorban mempertahankan
negara sangatlah dihargai. Ini menunjukkan
bahawa rakyat Malaysia adalah rakyat yang
mempunyai jati diri. Prinsip kesetiaan inilah
yang akan memacu rakyat Malaysia untuk
berubah memajukan negara Malaysia. Rakyat
yang bersemangat seperti inilah yang akan
dapat memimpin negara kelak. Pepatah
Melayu ada mengatakan “di mana bumi
dipijak di situ langit dijunjung”.
Hadirin yang saya muliakan,
9
Prinsip yang ketiga pula ialah
Keluhuran Perlembagaan. Maksudnya ialah
setiap warganegara hendaklah menghormati
perlembagaan negara yang juga merupakan
sumber perundangan tertinggi negara. Setiap
rakyat haruslah menghormati dan mematuhi
perlembagaan yang telah ditetapkan. Ia
bertujuaan untuk menjaga hak-hak
keistimewaan setiap rakyat Malaysia. Justeru,
dalam usaha membentuk rakyat yang punyai
jati diri, prinsip ini memainkan peranan yang
sangat penting. Setiap rakyat pastinya
dibawah naungan perlembagaan negara yang
semestinya menjaga hak-hak mereka.
10
Masuk kandang kambing mengembek,
masuk kandang kerbau menguak. Kalau
sudah ditetapkan a, jangan pula dibuatnya b.
Maksud yang saya ingin sampaikan di sini
ialah setiap negara mempunyai undang-
undangnya tersendiri. Ia adalah berasaskan
kepada perlembagaan negara. Perkara ini
termaktub di dalam rukun negara yang
keempat iaitu Kedaulatan Undang-Undang.
Dengan adanya undang-undang, maka setiap
rakyat akan berdisiplin dan mematuhi segala
yang telah ditetapkan. Warganegara yang
berdisiplin akan membentuk rakyat punyai
jati diri yang tinggi.
11
Hadirin yang disanjungi,
Prinsip yang terakhir iaitu Kesopanan
Dan Kesusilaan. Prinsip ke lima ini
menekankan perkembangan personaliti dan
tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya
ialah untuk membentuk warga negara yang
bersopan santun dan bersusila selaras dengan
kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang
diwar-warkan di media massa. Sifat individu
yang bersopan santun dan bersusila adalah
paling bermakna dan amat penting dalam
konteks perhubungan antara satu sama lain
dalam masyarakat pelbagai kaum di negara
ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut
12
diamalkan bagi membentuk seseorang
individu dan masyarakat yang berdisiplin
serta bermoral tinggi yang akan membantu
mewujudkan negara memiliki jati diri yang
mantap.Masyarakat yang majmuk namun
hidup bersatu padu. Inilah yang menunjukkan
bahawa rakyat Malaysia sememangnya rakyat
yang berkualiti tinggi.
Di penghujung kalam, kita perlu sedar,
kematangan negara semakin menyerlah dek
semangat waja yang ditunjukkan oleh
pemimpin negara dan disepadukan dengan
keazaman rakyatnya tercinta. Suka saya
mengajak seisi dewan sekalian, untuk sama-
13
sama menabur bakti, menghulurkan secebis
kekuatan untuk merealisasikan hasrat negara
dan menjadikan rakyat tinggi jati
dirinya.Tanamkan tekad di dalam hati,
bulatkan azam penuh bermisi, jadikan Negara
Malaysia, Negara tersohor di mata dunia.
Saya akhiri pidato saya dengan Wabilahitaufik
wal hidayah, assalammualaikum w.t.w.
14