teks ucapan ...

download teks ucapan ...

of 2

Transcript of teks ucapan ...

  • 8/2/2019 teks ucapan ...

    1/2

    Nurul Aina Zakaria Copyright 2010

    TEKS PERHIMPUNAN HARI ISNIN

    PANTUN PEMBUKA BICARA Ke Pekan Kuala membeli bingka,

    Sayang pesanan terlupa sudah;

    Majlis bermula tirai dibuka,

    Dengan alunan madah yang indah.

    ASSALAMUALAIKUM W.B.T Yang Berusaha Puan Guru Besar SK Durian Mas 2, Pn. Hjh Saudah Ab.

    Rahman

    Guru Penolong Kanan (1), En.Muhamad Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Mazuki Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En.Suhaimi Guru-guru dan Murid-murid yang dikasihi sekalian.

    UCAPAN SYUKUR Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat

    Allah Taala kerana dengan limpah rahmat, kurnia dan izin-Nya, dapat kita

    kembali berkumpul pada perhimpunan pagi ini.

    NYANYIAN Bagi memulakan majlis kita pada hari ini, guru-guru dan murid-murid

    diminta berdiri dan bersedia untuk menyanyikan lagu Negaraku bersama

    iringan muzik/tanpa iringan muzik.

    IKRAR

    Majlis diteruskan lagi dengan lafaz Ikrar Rukunegara. Dengan itu, majlismempersilakan saudara ______________ untuk melafazkan ikrar.

    Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara ______________ di ataslafaz ikrar sebentar tadi.

    DOA Sekarang dipersilakan saudara ______________ untuk membacakan doa. Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara ______________ atas

    bacaan doa sebentar tadi.

    GURU BERTUGAS MINGGU INI Untuk makluman semua murid , guru yang bertugas pada minggu ini ialah, Cik/Puan : Encik : Jadi, jika terdapat sebarang masalah yang timbul, murid-murid boleh

    berjumpa dengan guru-guru yang bertugas.

    LAPORAN MINGGUAN Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari guru yang bertugas pada minggu

    lepas. Dengan segala hormatnya dipersilakan guru bertugas

    ______________ untuk menyampaikan laporannya.

    Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru bertugas.

    NILAI MURNI

  • 8/2/2019 teks ucapan ...

    2/2

    Nurul Aina Zakaria Copyright 2010

    Kini, dijemput pula guru bertugas ________________ untuk menyampaikanTema Nilai Murni pada minggu ini.

    Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru bertugas.BUKU PERATURAN

    Majlis diteruskan lagi dengan bacaan buku peraturan dari guru yangbertugas pada minggu ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan guru

    bertugas ______________ untuk membacakan buku peraturan.

    Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru bertugas.

    PANTUN JEMPUT UCAPAN Daun semulur di pekan sari,

    Batang jerami rebah ke bumi,

    Ucapan guru besar dinanti-nanti,

    Membuat majlis bertambah seri.

    UCAPAN GURU BESAR

    Bagi menyerikan lagi majlis perhimpunan kita pada pagi ini, dengan segala

    hormatnya majlis mempersilakan Guru Besar SK Durian Mas 2 , Puan Hjh

    Saudah bt Ab. Rahman untuk menyampaikan ucapan.

    Terima kasih atas ucapan Puan Guru Besar. Diharap murid-muridmengambil perhatian di atas teguran dan nasihat yang telah diberikan.

    NYANYIAN Sebelum kita mengakhiri majlis kita pada pagi ini, guru-guru dan murid-

    murid diminta berdiri dan bersedia untuk menyanyikan lagu Wilayah & lagu

    Sekolah bersama iringan muzik/tanpa iringan muzik.

    PANTUN PENUTUP Akhir kata, saya ingin menyusun jari dan memohon maaf andai ada

    tersalah bahasa. Saya akhiri majlis ini dengan serangkap pantun :

    Dari Kedah ke pekan sari,Beli suasa di Kota Tinggi;

    Selesai sudah tugas diberi,

    Di lain masa bersua lagi.

    PENUTUP Majlis diakhiri dengan bacaan Surah al-Asr dan tasbih kifarah. Sekian, terima kasih.