teks ucapan

4
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia. - Yang Berusaha Pn Nazirah bt Yeob Guru Besar SK Alma, Pn. Fatimah Wahid GPK HEM, Encik Safuan bin ……… GPK Kokurikulum, En. Wan Zolkipli B. W.Ismail GPK Pend.Khas, guru-guru, dan murid- murid yang dikasihi sekalian. Bagi memulakan majlis kita pada hari ini, marilah kita menyanyikan lagu Negaraku dan lagu negeri Pulau Pinang. Semua guru dan murid diminta berdiri. Hati-hati membuka peti, Peti pusaka zaman berzaman; 55 tahun janji ditepati, Malaysia merdeka penuh keamanan. Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian yang penuh semangat sebentar tadi.Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan al- fadzil Ustaz Azni Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati. Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul bagi Majlis Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan penuh kedamaian dan keamanan.

description

majlis penutupan bulan kemerdekaan

Transcript of teks ucapan

Page 1: teks ucapan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

- Yang Berusaha Pn Nazirah bt Yeob Guru Besar SK Alma, Pn. Fatimah Wahid GPK

HEM, Encik Safuan bin ……… GPK Kokurikulum, En. Wan Zolkipli B. W.Ismail GPK

Pend.Khas, guru-guru, dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Bagi memulakan majlis

kita pada hari ini, marilah kita menyanyikan lagu Negaraku dan lagu negeri Pulau

Pinang. Semua guru dan murid diminta berdiri.

Hati-hati membuka peti,

Peti pusaka zaman berzaman;

55 tahun janji ditepati,

Malaysia merdeka penuh keamanan.

Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian yang penuh semangat sebentar tadi.Bagi

memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan  al-fadzil  Ustaz  Azni Bin Ali untuk memimpin

bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima

kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati.

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah

rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama

berkumpul bagi Majlis Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan

penuh kedamaian dan keamanan.

Kedamaian dan keamanan ini sebagai tanda bahawa negara ini berada dalam kestabilan politik

dan kita mampu berkongsi muafakat untuk hidup bersama. Bermula pada tahun ini, sambutan

Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya

mengikut tahun. Ia dilihat sebagai prinsip kesamarataan antara Semenanjung Malaysia serta

Sabah dan Sarawak kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya adalah pada 16

September. Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para

guru dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah, dengan semangat

kesungguhan yang berkobar-kobar dan beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang

patriotik.

Page 2: teks ucapan

Baiklah, bagi menyempurnakan upacara perasmian, majlis dengan sukacitanya ingin

menjemput dan mempersilakan Pn Nazirah Bt Yeoh selaku guru besar SK Alma memberikan

ucapan.

. Daun semulur di pekan sari,

Batang jerami rebah ke bumi;

Madah dihulur sembah diberi,

Kata perasmi hajatnya kami.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn Naziran bt Yeoh guru besar SK Alma untuk

memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 2015

peringkat Sekolah Kebangsaan Alma. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Ucapan GB

Kalungan apresiasi buat Yang Berusaha Guru Besar atas ucapan yang dititipkan  dan sudi

merasmikan Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia sebentar tadi.

Bendera berkibar di rumah Pak Agos,

Di halaman rumah pasang pelita;

Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos,

Tarikh kemerdekaan negara kita.

Hadirin yang saya hormati sekalian, Kehadiran kita semua pada pagi ini bukan hanya sekadar

untuk mewarnai program ini tetapi juga bertujuan untuk menzahirkan rasa bangga dan cinta kita

kepada tanah air. Ia bukan hanya berkisar tentang mengibarkan Jalur Gemilang, dan laungan

Merdeka, tetapi bagi memahami, menghayati dan menterjemahkannya dalam kehidupan

seharian. Majlis seterusnya diteruskan dengan Gimik Perasmian Penutup serta Persembahan

Murid Tahun 6.

Gimik & Persembahan

Begitu menarik persembahan murid Tahun 6 itu tadi di bawah bimbingan …………………………

Kini, tibalah masa untuk kita mendengarkan keputusan bagi pertandingan-pertandingan yang

telah diadakan sempena sambutan bulan kemerdekaan 2015. Untuk tujuan itu, majlis dengan

berbesar hatinya ingin menjemput dan mempersilakan Puan Nazirah Guru Besar SK Alma,

dengan diiringi En Safuan GPK KOKU bagi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

- Rujuk senarai keputusan pertandingan –

Terima kasih diucapkan kepada GB dan GPK KOKU atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

Page 3: teks ucapan

Hadirin yang dikasihi sekalian, Kehidupan majmuk rakyat Malaysia membawa kepada

kebudayaan yang berbeza mengikut amalan setiap kaum. Kepelbagaian inilah yang menjadikan

Malaysia sebuah negara yang unik dan menarik yang perlu diraikan.Dengan keunikan dari segi

cara hidup, tatasusila, dan silang budaya, kita perlu terus mempertahankan kedaulatan negara

yang kita cintai ini dengan sentiasa bersatu-padu dan saling bertolak ansur tanpa mengira kaum

mahupun agama seiring dengan tema “Sehati Sejiwa”. Tidak lengkaplah sambutan

kemerdekaan kita tanpa nyanyian lagu tema sambutan Hari Kebangsaan 2015. Untuk itu, saya

ingin mengajak para hadirin untuk kita sama-sama berdiri dan menyanyikan lagu “Sehati

Sejiwa” serta lagu-lagu patriotic ( tanggal 31, keranamu Malaysia, 1malaysia & jalur

gemilang) dengan penuh semangat.

Hadirin yang dihormati sekalian, kita telah pun tiba di penghujung majlis. Syabas dan tahniah

diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa penganjur yang telah bertungkus lumus untuk

menjayakan Sambutan Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SK Alma. Sebelum tirai

majlis dilabuhkan, majlis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua hadirin atas

kerjasama yang telah diberikan. Saya mewakili jawatankuasa kerja Majlis Sambutan

Kemerdekaan 2015 memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan,keterlanjuran kata

mahupun tersilap bicara sepanjang majlis berlangsung. Semoga sambutan ini akan

menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam diri kita terhadap tanah air yang tercinta.

Tenang-tenang air di kali

Tempat mandian putera dan puteri

Sempurna sudah majlis dirai

Salah dan silap harap dimaafi

Sekian Terima Kasih