TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN … UCAPAN YBHG. DATUK KSU - MAJ…Tuan-Tuan dan...

21
1 TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK PENGERUSI PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (SWCorp) SEMPENA MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2016 27 MAC 2017 (ISNIN) DEWAN KRISTAL, KPKT

Transcript of TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN … UCAPAN YBHG. DATUK KSU - MAJ…Tuan-Tuan dan...

Page 1: TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN … UCAPAN YBHG. DATUK KSU - MAJ…Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam

1

TEKS UCAPAN ALUAN

YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK

PENGERUSI PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN

AWAM (SWCorp)

SEMPENA

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2016

27 MAC 2017 (ISNIN) DEWAN KRISTAL, KPKT

Page 2: TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN … UCAPAN YBHG. DATUK KSU - MAJ…Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam

2

Terima Kasih Saudari Pengacara Majlis, Yang Berhormat Tan Sri Noh Bin Haji Omar Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Yang Berhormat Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; YBhg. Dato' Halimi Bin Abd. Manaf Timbalan Ketua Setiausaha (Kesejahteraan Bandar); YBhg. Dato' Nor Inchun Binti Mohamed Salleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan);

Page 3: TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN … UCAPAN YBHG. DATUK KSU - MAJ…Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam

3

YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli Bin Mohamed Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp);

Anggota-Anggota Perbadanan;

Yang Berusaha Dr. Mohd Pauze Bin Mohamed Taha Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal);

Ketua-Ketua Jabatan dan Setiausaha-Setiausaha Bahagian Kementerian;

Pengarah-Pengarah Kanan SWCorp;

Page 4: TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN … UCAPAN YBHG. DATUK KSU - MAJ…Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam

4

Pegawai-PegawaI dan seluruh Warga Kerja SWCorp;

Rakan-Rakan Media yang dikasihi; serta

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan

Salam 1 Malaysia.

Page 5: TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN … UCAPAN YBHG. DATUK KSU - MAJ…Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam

5

1. Terlebih dahulu izinkan saya memanjat rasa kesyukuran ke

hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat serta keizinan-

Nya jua, dapat kita berhimpun pada hari yang cukup bermakna

ini sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan

Awam (SWCorp) Bagi Tahun 2016 untuk kita bersama-sama

meraikan para penerima anugerah yang telah menunjukkan

kecemerlangan dan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan

amanah yang dipertanggungjawabkan kepada organisasi

SWCorp amnya dan kepada Kementerian khususnya.

Page 6: TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN … UCAPAN YBHG. DATUK KSU - MAJ…Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam

6

2. Di kesempatan ini, saya dan seluruh warga kerja SWCorp ingin

mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan

jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri Noh Bin

Haji Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan

Kerajaan Tempatan yang sentiasa memberikan sokongan

kepada SWCorp dan kesudian Yang Berhormat Tan Sri

untuk hadir bagi merasmikan majlis yang penuh bermakna

pada pagi ini. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah

kepada Jawatankuasa SWCorp dan semua pihak yang telah

memberi komitmen sepenuhnya bagi menjayakan majlis ini.

Page 7: TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN … UCAPAN YBHG. DATUK KSU - MAJ…Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam

7

Yang Berhormat Tan Sri dan para hadirin yang dihormati sekalian,

3. Majlis bermakna pada hari ini bagi meraikan kejayaan seramai

86 orang warga kerja SWCorp yang telah menunjukkan

prestasi kerja yang amat cemerlang sepanjang tahun 2016.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada yang telah terpilih

sebagai penerima. Justeru, harapan saya agar anugerah yang

diberikan ini menjadi pembakar semangat dan suntikan motivasi

kepada semua penerima untuk mempertingkatkan lagi usaha,

prestasi kerja dan mutu penyampaian perkhidmatan awam di

SWCorp.

Page 8: TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN … UCAPAN YBHG. DATUK KSU - MAJ…Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam

8

4. Untuk makluman Yang Berhormat Tan Sri, majlis yang

diadakan hari ini adalah khusus untuk meraikan dan

menghargai warga kerja SWCorp bukan sahaja yang telah

menunjukkan kecemerlangan di dalam aspek kewibawaan

dan keterampilan, malah penglibatan warga kerja tersebut

dalam memberi sumbangan ke arah pembangunan dan

kesejahteraan masyarakat. Selain itu, kriteria pemilihan

penerima anugerah APC pada kali ini juga dinilai dari aspek-

aspek lain seperti laporan kedatangan ke pejabat,

sumbangan serta aktiviti bukan tugas rasmi yang

Page 9: TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN … UCAPAN YBHG. DATUK KSU - MAJ…Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam

9

meningkatkan imej organisasi, sumbangan idea-idea

bernas dan sebagainya. Harapan saya agar warga kerja

SWCorp cemerlang ini dapat mempertingkatkan prestasi

kerja bagi meneruskan rentak kecemerlangan.

Page 10: TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN … UCAPAN YBHG. DATUK KSU - MAJ…Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam

10

5. Bagi mereka yang tidak terpilih, jangan menganggap ia

sebagai satu penghalang untuk berjaya, sebaliknya tingkatkan

lagi kreativiti dan produktiviti anda. Saya yakin, kecemerlangan

warga kerja SWCorp yang diraikan hari ini akan menjadi

dorongan dan sumber inspirasi kepada warga kerja yang lain

untuk terus berusaha mempertingkatkan lagi kecemerlangan

di dalam tugas-tugas harian.

Page 11: TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN … UCAPAN YBHG. DATUK KSU - MAJ…Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam

11

Yang Berhormat Tan Sri dan para hadirin yang dihormati

sekalian,

6. Pelbagai strategi, tindakan dan pendekatan telah diatur dan

disusun rapi oleh SWCorp dalam memacu fungsinya demi

memastikan SWCorp menjadi sebuah organisasi yang

sentiasa responsif, relevan, cepat dan berkesan. Dalam hal ini,

SWCorp telah mencatatkan pencapaian yang cemerlang dan

membanggakan sepanjang tahun 2016. Antaranya adalah:

Page 12: TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN … UCAPAN YBHG. DATUK KSU - MAJ…Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam

12

(a) Mencatat peratusan pencapaian SKT secara

keseluruhannya sebanyak 110.28%;

(b) Menyelesaikan keseluruhan 53 isu yang

dibangkitkan di dalam Laporan Ketua Audit

Negara (LKAN);

(c) Memuktamadkan semakan data inventori

pengurusan sisa pepejal dan pembersihan

awam bagi tujuan pelarasan bayaran

perkhidmatan kepada syarikat konsesi;

Page 13: TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN … UCAPAN YBHG. DATUK KSU - MAJ…Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam

13

(d) Menyelaras kerja-kerja ubahsuai ruang

pejabat dan penempatan warga kerja di Ibu

Pejabat SWCorp yang baharu dengan lancar;

(e) Mencatat kejayaan yang cemerlang di dalam

pertandingan inovasi di peringkat antarabangsa;

(f) Memperkasakan tindakan penguatkuasaan

Pengasingan Sisa Pepejal di Punca (SAS) di

negeri-negeri menerimapakai Akta 672; dan

(g) Pencapaian-pencapaian cemerlang yang lain.

Page 14: TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN … UCAPAN YBHG. DATUK KSU - MAJ…Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam

14

7. Sebagai menyahut hasrat Kerajaan yang menetapkan bahawa

tahun 2017 sebagai tahun penyampaian dan fokus KPKT untuk

melaksanakan inisiatif-inisiatif ke arah kesejahteraan hidup rakyat

dengan perhatian khusus untuk menangani isu-isu yang dekat di

hati rakyat, saya dimaklumkan SWCorp telah merangka pelbagai

program bagi mentransformasikan organisasi ke arah

kejayaan SWCorp sebagai organisasi yang memacu budaya

kebersihan. Saya dimaklumkan SWCorp telah menetapkan

tujuh (7) fokus utama yang akan dilaksanakan pada tahun

2017 iaitu:

Page 15: TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN … UCAPAN YBHG. DATUK KSU - MAJ…Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam

15

(a) Memperkasakan Tindakan Penguatkuasaan dan

Kawal Selia;

(b) Meningkatkan Teknologi Pengurusan Sisa

Pepejal dan Pembersihan Awam;

(c) Inisiatif Penjimatan Perkhidmatan Sisa Pepejal

dan Pembersihan Awam;

(d) Pengurusan Sumber Kewangan Yang Kukuh;

(e) Pembitaraan Budaya Amalan 3R;

Page 16: TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN … UCAPAN YBHG. DATUK KSU - MAJ…Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam

16

(f) Penilaian Aset Perkhidmatan Pengurusan Sisa

Pepejal; dan

(g) Pengukuhan Pentadbiran dan Pengurusan.

Justeru itu, saya berharap dengan sokongan yang padu dari

pihak KPKT, SWCorp tidak akan menoleh ke belakang lagi

tetapi terus mengorak langkah ke hadapan dalam memastikan

visi SWCorp ke arah meningkatkan kualiti persekitaran yang

bersih, indah dan sejahtera menjelang 2020 tercapai.

Page 17: TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN … UCAPAN YBHG. DATUK KSU - MAJ…Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam

17

Yang Berhormat Tan Sri dan para hadirin yang dihormati

sekalian,

8. Usaha mempersiapkan sesebuah organisasi untuk mencapai

kecemerlangan, aspek pembangunan modal insan

merupakan satu elemen terpenting dan menjadi penentu

kepada hala tuju SWCorp. Sejajar dengan aspriasi SWCorp

untuk menjadi sebuah organisasi yang cemerlang dan

bertaraf global, adalah perlu sumber manusia digembeling dan

dibangunkan secara lebih strategik dan sistematik.

Page 18: TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN … UCAPAN YBHG. DATUK KSU - MAJ…Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam

18

9. Saya berharap langkah-langkah bagi memperkukuhkan aspek

modal insan menerusi pelbagai program dan latihan yang

mempunyai impak tinggi dan memperlengkapkan sumber

manusia yang kreatif, inovatif serta berupaya

mencetuskan idea-idea baru ke arah kehebatan organisasi

dapat dilaksanakan secara berterusan untuk memacu SWCorp

ke arah satu tahap yang boleh dibanggakan di peringkat

negara mahupun antarabangsa.

Page 19: TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN … UCAPAN YBHG. DATUK KSU - MAJ…Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam

19

10. Kita harus sedar bahawa kita semua sedang menggalas

tanggungjawab yang berat dalam melaksanakan tugas

khususnya dalam memastikan persekitaran hidup yang

berkualiti demi kesejahteraan rakyat dan negara. Diharap

segala inisiatif yang sedang dilaksanakan ini dapat

memberikan impak yang besar kepada negara dan SWCorp

akan muncul sebagai agensi yang berkesan melaksanakan

fungsi yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Page 20: TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN … UCAPAN YBHG. DATUK KSU - MAJ…Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam

20

11. Saya bagi pihak SWCorp sekali lagi ingin merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua

pihak dalam menjayakan majlis pada hari ini khususnya

kepada Yang Berhormat Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri

Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di

atas kesudian merasmikan majlis pada pagi yang berbahagia

ini. Akhir kata, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada

semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SWCorp

bagi tahun 2016. Saya berharap agar semua yang diraikan

pada hari ini dapat mengekalkan rentak kecemerlangan dan

Page 21: TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN … UCAPAN YBHG. DATUK KSU - MAJ…Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam

21

komitmen serta menjadi sumber inspirasi kepada seluruh

warga kerja untuk terus berusaha menjadikan SWCorp sebuah

organisasi yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

Terima kasih.