TEKS UCAPAN BALAS KETUA SETIAUSAHA … UCAPAN BALAS YBHG. DA… · TEKS UCAPAN BALAS KETUA...

6
TEKS UCAPAN BALAS KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BERSEMPENA DENGAN KONVENSYEN KELESTARIAN KAMPUS HIJAU 25 MEI 2017 DEWAN BESAR PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG, SELANGOR

Transcript of TEKS UCAPAN BALAS KETUA SETIAUSAHA … UCAPAN BALAS YBHG. DA… · TEKS UCAPAN BALAS KETUA...

Page 1: TEKS UCAPAN BALAS KETUA SETIAUSAHA … UCAPAN BALAS YBHG. DA… · TEKS UCAPAN BALAS KETUA SETIAUSAHA ... selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, saya merafakkan rasa syukur yang

TEKS UCAPAN BALAS

KETUA SETIAUSAHAKEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR,PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

BERSEMPENA DENGANKONVENSYEN KELESTARIAN KAMPUS HIJAU

25 MEI 2017

DEWAN BESAR PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIANSULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,SERDANG, SELANGOR

Page 2: TEKS UCAPAN BALAS KETUA SETIAUSAHA … UCAPAN BALAS YBHG. DA… · TEKS UCAPAN BALAS KETUA SETIAUSAHA ... selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, saya merafakkan rasa syukur yang

Yang dihormati saudara/saudari Pengacara Majlis

Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ali Bin HamsaKetua Setiausaha Negara

Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. NurKetua Setiausaha

Kementerian Pengajian Tinggi

Yang Berbahagia Prof. Datin Paduka Dr. Aini IderisNaib Canselor

Universiti Putra Malaysia

Yang Berbahagia Dato’ Dr. Zulkapli Bin MohamedKetua Pegawai Eksekutif

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)

Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Timbalan-timbalan Ketua

Setiausaha Kementerian, Ketua-ketua Jabatan, Pensyarah-pensyarah

Kanan, Pegawai-pegawai Kanan, Dato’-Dato’, Wakil-wakil media, wakil-

wakil pertubuhan bukan kerajaan, para mahasiswa dan mahasiswi, Tuan-

tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Sejahtera, Salam Negaraku - Malaysia.

Page 3: TEKS UCAPAN BALAS KETUA SETIAUSAHA … UCAPAN BALAS YBHG. DA… · TEKS UCAPAN BALAS KETUA SETIAUSAHA ... selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, saya merafakkan rasa syukur yang

1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, saya merafakkan rasa

syukur yang tidak terhingga atas kehadiran YBhg. Tan Sri Dr. Ali BinHamsa, Ketua Setiausaha Negara serta semua hadirin ke majlis

KONVENSYEN KELESTARIAN KAMPUS HIJAU pada hari ini. Kehadiran

dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak di dalam menjayakan

majlis ini mencerminkan sokongan kepada usaha-usaha yang dijalankan

oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan

Tempatan (KPKT) dalam melestarikan alam sekitar yang diamanahkan ke

arah kesejahteraan rakyat dan negara. Kesudian Universiti Putra Malaysia

(UPM) menyediakan kemudahan bagi menjayakan konvensyen ini amat

bermakna kerana UPM adalah merupakan salah sebuah universiti yang

menjadi penggerak kepada usaha melestari alam sekitar di Malaysia.

YBhg. Tan Sri dan para hadirin sekalian,

2. Pada tahun 2016, Malaysia berada di dalam kedudukan 63 daripada

180 negara dalam penilaian Environmental Performance Index (EPI)oleh Yale Centre for Environmental Law and Policy (YCELP) yang

mengambil kira antara lainnya kesan kesihatan, kualiti udara, air dan

sanitasi, sumber air, pertanian, perhutanan, perikanan, biodiversiti dan

habitat, serta iklim dan tenaga. Semua kriteria ini memberikan gambaran

bahawa pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar merupakan indikator

utama yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak ke arah mencapai

sebuah negara maju.

Page 4: TEKS UCAPAN BALAS KETUA SETIAUSAHA … UCAPAN BALAS YBHG. DA… · TEKS UCAPAN BALAS KETUA SETIAUSAHA ... selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, saya merafakkan rasa syukur yang

3. Walaupun usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar

sedang giat dilaksanakan oleh kementerian dan agensi kerajaan namun

kita perlu menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan yang datang.

Sebagai contoh, KPKT yang terlibat dalam pengurusan sisa pepejal dan

pembersihan awam masih menghadapi masalah di dalam membudayakan

amalan kebersihan dalam kalangan masyarakat. Ada pihak-pihak yang

tidak bertanggungjawab melupuskan sisa pepejal di lokasi-lokasi dan

tapak-tapak pelupusan haram. Pada tahun 2014 terdapat sebanyak 851lokasi pembuangan sampah haram yang telah dibersihkan di negeri-

negeri yang menerima pakai Akta 672, namun begitu pada tahun 2015

hingga 2016 terdapat lokasi-lokasi pembuangan sampah haram baharuberjumlah 190. Ini mengakibatkan pihak kerajaan terpaksa

membelanjakan kira-kira RM9.8 juta bagi tempoh 2014 hingga 2016untuk membersihkan lokasi-lokasi tersebut yang memberikan kesan

kepada bebanan kewangan kerajaan. Selain daripada itu, lokasi-lokasi

tapak pelupusan haram ini mengakibatkan berlakunya pelepasan gas

metana, pembakaran terbuka, kerosakan habitat, pencemaran sumber air

yang memberikan kesan kepada kelestarian alam sekitar. Faktor-faktor ini

menyebabkan kesukaran pihak kerajaan dalam merealisasikan agenda

menjadikan negara kita sebuah negara yang bersih, indah dan sejahtera.

4. Pada 19 Januari 2017, YAB Perdana Menteri Malaysia telah

melancarkan Transformasi Nasional 2050 atau dikenali sebagai TN50.

Justeru penganjuran konvensyen pada hari ini merupakan antara inisiatif

KPKT melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan

Awam atau SWCorp untuk meningkatkan kesedaran dan memupuk rasa

tanggungjawab masyarakat khususnya kepada golongan TN50. Antara lain

Page 5: TEKS UCAPAN BALAS KETUA SETIAUSAHA … UCAPAN BALAS YBHG. DA… · TEKS UCAPAN BALAS KETUA SETIAUSAHA ... selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, saya merafakkan rasa syukur yang

aspirasi golongan TN50 ini adalah untuk memastikan kelestarian alam

sekitar di Malaysia dipelihara. Walau bagaimanapun di satu pihak yang

lain, golongan TN50 ini perlu mempunyai sifat kebertanggungjawaban dan

membantu usaha-usaha kerajaan bagi memastikan kelestarian alam

sekitar ini terjaga dan dipulihara dengan sempurna. Sehubungan itu,

beberapa program yang melibatkan TN50 seperti Forum KelestarianKampus Hijau, Green Talk dan pelancaran aplikasi MyMobile NegarakuBersih akan diadakan pada hari ini. Saya berharap konvensyen ini dapat

dijadikan platform untuk meningkatkan pengetahuan dan memupuk

kesedaran di dalam memelihara alam sekitar dalam kalangan golongan

TN50.

YBhg. Tan Sri dan para hadirin sekalian,

5. Buat pertama kalinya Anugerah Kursi Tan Sri Dr. Ali Bin Hamsaakan diperkenalkan. Anugerah ini akan dikurniakan kepada Universiti

Awam yang telah menunjukkan komitmen, kesungguhan dan

kecemerlangan di dalam aspek kelestarian alam sekitar terutamanya

berkaitan pengurusan sisa pepejal. Objektif penganugerahan ini adalah

sebagai pengiktirafan kepada usaha-usaha Universiti Awam yang aktif di

dalam pengurusan sisa pepejal melalui pengamalan kelestarian kampus

hijau, penghasilan penyelidikan yang bermutu tinggi, inovasi teknologi

pengurusan sisa pepejal yang baharu seterusnya mewujudkan satu

persekitaran kampus yang lestari. Untuk makluman YBhg. Tan Sri dan

para hadirin, Universiti Awam yang dikurniakan Anugerah Kursi Tan Sri Dr.

Ali Bin Hamsa ini akan menerima sijil dan wang tunai RM300 ribu yang

akan disalurkan dalam tempoh tiga tahun.

Page 6: TEKS UCAPAN BALAS KETUA SETIAUSAHA … UCAPAN BALAS YBHG. DA… · TEKS UCAPAN BALAS KETUA SETIAUSAHA ... selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, saya merafakkan rasa syukur yang

6. Selain daripada itu, Pengiktirafan Khas Kelestarian Kampus Hijauakan diberikan kepada 5 Universiti Awam yang akan menerima SijilPengiktirafan Khas dan wang tunai berjumlah RM20 ribu sebagai

insentif untuk menghargai usaha dan peranan mereka dalam

meningkatkan mutu kelestarian kampus hijau. Manakala 14 UniversitiAwam akan diberikan sijil penghargaan dan wang tunai berjumlah RM2ribu di atas kerjasama dan penglibatan dalam menjayakan konvensyen ini.

7. Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri

dan semua pihak yang menyokong segala usaha yang dijalankan oleh

KPKT. Saya juga mengucapkan syabas kepada semua jawatankuasa yang

terdiri daripada Pegawai-pegawai di pejabat KSN, KPKT, SWCorp dan

UPM yang telah memberikan segenap tenaga dan komitmen dalam

memastikan konvensyen ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Saya

juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada syarikat-syarikat

konsesi iaitu Alam Flora Sdn. Bhd., SWM Environment Sdn. Bhd.,

Environment Idaman Sdn. Bhd. serta Bank Islam Malaysia Berhad yang

telah terlibat secara langsung di dalam penganjuran Konvensyen

Kelestarian Kampus Hijau ini.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah,

Wassalamualaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.