Teks Ucapan Juruacara

download Teks Ucapan Juruacara

of 11

description

teks pengacaraan

Transcript of Teks Ucapan Juruacara

Teks Ucapan Juruacara: BilPerkara Upacara

1Pengumuman Ketibaan Tetamu Kehormat

Mengumumkan ketibaan Tetamu Kehormat, Yang Berusaha En. Mohd Nor Bin Ibrahim Pegawai Khas Ahli Parlimen Titiwangsa

2

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

3.6

Ucapan Alu-aluan

Assalamualaikum wrt wbkth dan salam sejahtera .

Yang Berbahagia En. Mohd Nor Bin Ibrahim Pegawai Khas Ahli Parlimen Titiwangsa

Yang Berbahagia, En. Mohd Fairus bin Md Noor Yang DiPertua PIBG SK Puteri Pandan 1

Yang Berusaha Pn. Noriah binti haji ismail Guru Besar Sek. Keb. Puteri pandan

Yang berusaha, Pn. Rahemah Bt Shafiee Guru Penolong Kanan Tadbir dan kurikulum

Pn. Hajah Azizah bt Ayob, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Puan Noor Hazlinda bt Supian Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru, AJK-AJK PIBG , ibu bapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SEKOLAHKEBANGSAANPUTERI PANDAN 1

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadratIlahi, keranaatas limpah kurniaNYAdapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilanggemilang ini untuk menjayakan kejohanan balapan dan padang SK PUTERI PANDAN 1 kali ke53 ini.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para hadirin yang hadir bagi memeriahkan lagikejohanan pada hari ini.

Lenggang bertapak seni memandangSilat sendeng menyusun jariSalam sembah selamat datangSudi tuan ke majlis kami.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Hadirin diminta bersedia dan berdiri tegak untuk menyanyikanlagu negaraku.

hadirin dipersilakan duduk.

Upacara Perarakan Badan Beruniform dan Rumah Sukan

Hadirin yang dihormati,

Upacara Pembukaan Rasmi Kejohanan akan dimulakan dengan perarakan masuk kontingen-kontingen Bendera Kejohanan, Rumah- rumah sukan, unit beruniform dan Pra sekolah.

Majlis menjemput Yang Berusaha Pn. Noriah bt Haji Ismail ,untuk mempersila dan mengiringiYang Berbahagia En. Mohd Nor Bin Ibrahim untuk menerima lintas hormat daripada kontingen-kontingen yang mengambil bahagian. Dipersilakan.

Hadirin sekalian,

Upacara lintas hormat dimulai dengan pembawa bendera kejohanan yang diketuai oleh nik nur maisarah binti nik shah daud dan disertai olehAlea sabreena bt rosidee, laisyah elmy bt ahmad helmi, siti fikriyah miza bt jalaludin, badriena balqis bt mohd badrul hisham, nur jamina bt mohamed jamail, ain nur dini bt mohd azam dan pembawa drum ponnoviya a/p karunanithy.

Seterusnya, wakil-wakil dari unit beruniform iaitu pengakap kanak-kanak, badan bulan sabit merah malaysia, pergerakan puteri islam dan tunas kadet remaja sekolah.

Diikuti pula, perarakan rumah-rumah sukan.

Mendahului perarakan rumah sukan ialah pasukan yang tampil dengan warna merah, iaitu kontinjen dari rumah Delima diketuai oleh..................................... selaku komandan. Dengan motto............................................................................, rumah delima bertekad untuk merebut kembali tahta kejuaran pada tahun ini. Disusuli pula, ialah kontijen dari rumah zamrud yang menggunakan warna hijau sebagai simbol perjuangan. Kontinjen ini diketuai oleh ................................................ selaku komandan. Motto....... diharap dapat menjadi penguat semangat rumah zamrud untuk terus mengejar kejayaan dalam kejohanan kali ini.

Seterusnya ialah kontinjen dari rumah nilam yang mengunakan persalinan serba biru. Kontinjen ini diketuai oleh ........................................................ Dengan motto............................................................... kita percaya ruman nilam mampu membuat kejutan dalam kejohanan kali ini.

Berikutnya pula, tampil dengan warna kuning ialah kontinjen dari rumah topaz. Kontinjen yang diketuai oleh.................................................................. selaku komandan, setia dengan motto.........,.. mengharap mampu mempertahankan kejuaraan pada tahun ini.

Seterusnya ialah perarakan masuk murid-murid pra sekolah yang ceria dengan pakaian yang berwarna-warni. Seramai .murid pra sekolah telah mengambil bahagian dalam perbarisan pada tahun ini.

5Bacaan Doa

Kalau pergi Tanjung Keramat,Anak manis jangan diangkat;Bersama kita memohon rahmat,Moga majlis mendapat berkat

Hadirin yang dihormati.Untuk memberkati temasya sukan tahunan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput USTAZ AHMAD LUTFI BIN MUSTAFA untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

6Ucapan Pengetua

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Puan Noriah binti haji ismail, guru besar skpp1 untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas ucapan sebentar tadi.

7Ucapan Tetamu Kehormat

Tidak sempurna majlis kita pada hari ini tanpa mendengar ucapan daripada Tetamu Kehormat. Untuk itu majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berbahagia En. Mohd Nor Bin Ibrahim, Pegawai Khas Ahli Parlimen Titiwangsa.untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan kejohanan sukan tahunan pada kali ini. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Jalan lengkok redup berkalisDamba pedoman menyongsong arahUcapan tuan merasmi majlisTanda kejohanan berlangsung meriah

8Acara gimik perasmian

Hadirin Yang dihormati,

Sterusnya, kita akan menyaksikan persembahan silat yang akan dipersembahkan oleh peserta peserta silat Sekolah Kebangsaan Puteri Pandan 1.

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn. Noriah bt haji ismail, Guru besar SK Puteri Pandan 1 bagi menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia, En. Mohd Nor Bin Ibrahim, turun ke padang bagi menyempurnakan acara pemeriksaan perbarisan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia En. Mohd Nor Bin Ibrahim diatas kesudian melakukan pemeriksaan perbarisan sebentar tadi.

Lafaz ikrar

Majlis kejohanan sukan, diteruskan dengan lafaz ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh , diiringi oleh pembawa benderadipersilakan...

begitulah tadi sempurnanya,majlis lafaz ikrar kejohanan balapan dan padangdengan itu, kejohanan Balapan dan padang sk puteri pandan 1 kali ke-53dibuka dengan rasminya.....

9Sebagai tanda terima kasih dan ingatan berpanjangan, dijemput Pn. Noriah bt Haji Ismail Guru besar SKPP1 untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia En. Mohd Nor Bin Ibrahim.

Sirih puan terselit di jari,Ingin kucecah kapur di gagang;Kesudian Tuan hadir kemari,Temasya yang indah tambah gemilang.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih

10Perarakan Keluar Kontingen

Demikian tadi selesainya upacara perasmian kejohanan.

seterusnya, kita akan menyaksikan perarakan keluar kontigen-kontigen perbarisan /

Sekarang dipersilakan semua kontingen yang mengambil bahagian untuk bergerak keluar ke khemah masing-masing bagi kita meneruskan acara sukan pada pagi ini.

Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk bersedia kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi.

11Pengumuman ACARA SUKANEKA Pra Sekolah dan Tahun 1

Hadirin, yang dihormatiSebentar lagi akan berlangsung acara sukaneka murid Pra sekolah dan Tahun 1.

PENGUMUMAN ACARA BALAPAN/ ACARA SUKAN

Hadirin yang dihormati,Sebentar lagi akan berlangsung acara LARI PECUT 50 M bagi murid Tahun 1/2/3 Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini ialahDi lorong yang pertama

Peserta-peserta bagi acara sedia untuk dilepaskan.

Demikianlah tadi berakhirnya acara LARI PECUT 50 M bagi murid Tahun ..

Seterusnya, kita akan menyaksikan pula acara lari pecut 100 m bagi murid Tahun 4/5 dan 6Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini ialahDi lorong yang pertama

Peserta-peserta bagi acara sedia untuk dilepaskan.

Demikianlah tadi berakhirnya acara LARI PECUT 100 M bagi murid Tahun ..

PENGUMUMAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH

Acara SUKANEKA prasekolah dan Tahun 1

Tuan-tuan dan puan-puan,Sebentar lagi akan berlangsung penyampaian hadiah bagi acara ..Untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakanEncik/Puan/Cik ..untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

(kalau banyak hadiah sebut acara dahulu)

Tempat ketiga dimenangi oleh .. ..dari rumah Tempat kedua dimenangi oleh . dari rumahDan johan acara Ialah dari rumah..

Tahniah kepada para pemenang.Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik/Puan/ Cik . atas kesudian menyampaikan hadiah.

12Acara jemputan Larian 4 x 100 meter Acara sukan diteruskan lagi dengan acara larian 4 x 100 m Jemputan Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian ialah 1. 234

13PENGUMUMAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH

Acara lari 50 m dan 100 m Acara jemputan 4x 100 meter

Tuan-tuan dan puan-puan,Sebentar lagi akan berlangsung penyampaian hadiah bagi acara ..Untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakanEncik/Puan/Cik ..untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

(kalau banyak hadiah sebut acara dahulu)

Tempat ketiga dimenangi oleh .. dari rumah Tempat kedua dimenangi oleh . dari rumahDan johan acara Ialah dari rumah..

Tahniah kepada para pemenang.Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik/Puan/ Cik . atas kesudian menyampaikan hadiah.

Persembahan Murid

Hadirin yang dihormati, bagi menyerikan lagi majlis pada hari ini...marilah sama-sama kita menyaksikan menyaksikan persembahan aerobik. Kumpulan aerobik ini terdiri dari murid-murid Tahun 3. selamat menyaksikan.

(selepas persembahan habis)untuk makluman para hadirin... kumpulan aerobik ini adalah dibawah pimpinan

17PENGUMUMAN ACARA BALAPAN/ ACARA SUKAN

Hadirin yang dihormati,Sebentar lagi akan berlangsung acara 4 x 50 m bagi murid Tahun 2/3 Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini ialahDi lorong yang pertama

Peserta-peserta bagi acara sedia untuk dilepaskan.

Demikianlah tadi berakhirnya acara LARI 4x 50 M bagi murid Tahun ..

Seterusnya, kita akan menyaksikan pula acara lari pecut 200 m bagi murid Tahun 4/5 dan 6Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini ialahDi lorong yang pertama

Peserta-peserta bagi acara sedia untuk dilepaskan.

Demikianlah tadi berakhirnya acara LARI PECUT 200 M bagi murid Tahun ..

PENGUMUMAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH

Acara 4 X 50 M Tahun 2 dan 3 Acara 200 M tahap 2

Tuan-tuan dan puan-puan,Sebentar lagi akan berlangsung penyampaian hadiah bagi acara ..Untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakanEncik/Puan/Cik ..untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

(kalau banyak hadiah sebut acara dahulu)

Tempat ketiga dimenangi oleh .. dari rumah Tempat kedua dimenangi oleh . dari rumahDan johan acara Ialah dari rumah..

Tahniah kepada para pemenang.Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik/Puan/ Cik . atas kesudian menyampaikan hadiah.

PENGUMUMAN ACARA BALAPAN/ ACARA SUKAN

LARI 4 X 100 M TAHUN 4,5,6 ACARA PEGAWAI DAN IBUBAPA TARIK TALI AKHIR

Hadirin yang dihormati,Sebentar lagi akan berlangsung acara LARI 4 X 100 M bagi murid Tahun 4, 5 DAN 6.

Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini ialahDi lorong yang pertama

Peserta-peserta bagi acara sedia untuk dilepaskan.

Demikianlah tadi berakhirnya acara LARI 4x 100 M bagi murid Tahun ..

Seterusnya, kita akan menyaksikan pula acara Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini ialahDi lorong yang pertama

Peserta-peserta bagi acara sedia untuk dilepaskan.

Demikianlah tadi berakhirnya acara .bagi pegawai dan ibubapa

Upacara Penyampaian hadiah

Dijemput semua peserta dan pelajar bagi semua kontijen masuk ke padang, dan berada di hadapan pentas utama untuk acara penyampaian hadiah dan majlis penutupan sukan tahunan.

ACARA 4 X 100 M TAHUN 4,5 DAN 6ACARA PADANG TAHAP 2ACARA PEGAWAI DAN IBUBAPATARIK TALI TERBUKA

Sebentar lagi akan berlangsung penyampaian hadiah bagi acara ..Untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakanEncik/Puan/Cik ..untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

Tempat ketiga dimenangi oleh .. dari rumah Tempat kedua dimenangi oleh . dari rumahDan johan acara Ialah dari rumah..

Tahniah kepada para pemenang.Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik/Puan/ Cik . atas kesudian menyampaikan hadiah.

Sekarang tibalah masanya yang ditunggu tunggu untuk upacara Penyampaian hadiah dan Piala Pusingan kepada Para pemenang.

Majlis dengan sukacitanya menjemput ..untuk menyampaikan hadiah.

2. Seterusnya dijemput

TEMPAT KETIGA/KEDUA/JOHAN RUMAH SUKAN

Seterusnya, diumumkan pemenang-pemenang bagi pertandingan perbarisan rumah sukan tempat ketiga berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah .........................Seterusnya tempat kedua berjaya digondol oleh pasukan Rumah ...............Johan berjaya disandang oleh pasukan Rumah .....................

Seterusnya dijemput ....................................... dengan diiringi oleh ................................................ untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang Olahragawati HARAPAN pada tahun ini. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan

Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati Harapan adalah.. Untuk makluman semua, beliau telah memenangi acara___________________________________________________

Seterusnya dijemput ....................................... dengan diiringi oleh ................................................ untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang Olahragawati SEKOLAH pada tahun ini. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan

Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati SEKOLAH adalah.. Untuk makluman semua, beliau telah memenangi acara___________________________________________________

JUARA KESELURUHAN

Hadirin sekalian, Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan umumkan secara rasmi johan, naib johan, dan tempat ketiga secara keseluruhan bagi Rumah-Rumah Sukan yang telah bertanding.

Tempat ketiga berjaya disandang oleh pasukan Rumah____________. dengan __________ pingat emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat gangsa Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah______. dengan __________ pingat emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat gangsa .Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 53 jatuh kepada Rumah Sukan dengan __________ pingat emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat gangsa. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

- Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha.. atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.

18

Upacara Menurunkan Bendera Kejohanan

Selesai sudah upacara penyampaian hadiah. Kini Bendera Kejohanan akan diturunkan dengan rasminya sebagai tanda berakhirnya Kejohanan Sukan Tahunan kali ke 53.

Seterusnya majlis menjemput guru besar, puan noriah binti haji ismail untuk menerima bendera kejohanan yang akan diserahkan oleh Saudari ... Bendera ini akan disimpan dan akan dikibarkan semula pada kejohanan yang akan datang, InsyaAllah.

Terima kasih diucapkan .NAMA

19PENYERAHAN BENDERA KEJOHANAN

dengan berakhirnya acara penyerahan bendera itu tadi maka berakhirlah kejohanan sukan tahunan SK PUTERI PANDAN 1 kali ke 53

kami memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang kejohanan ini berlangsung terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan.

hari ini menugal jagung,hari esok menugal padi,hari ini kita berkampung,tahun hadapan berjumpa lagiA

.

20Nyanyian Lagu Sekolah

Sebelum mengakhiri majis, hadirin diminta bersedia dan berdiri untuk menyanyikan lagi sekolah dan lagu wilayah.