Teks Ucapan Ketua Murid (Hari Guru 2014)

2
TEKS UCAPAN KETUA MURID SEMPENA HARI GURU - 2014 Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Yang Berusaha En. Mohd Amin bin Yahaya, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Penaga Jaya. Yang dihormati Pn. Mardiana binti Jaafar,Penolong Kanan Pentadbiran, En. Mohd Zaini bin Zainal,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Rosli bin Ahmad, Penolong Kanan Kokurikulum. Barisan Guru Sekolah Kebangsaan Penaga Jaya yang dedikasi. Seterusnya rakan-rakan pencetus kegemilangan negara. Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada hari ini dengan hasrat yang satu iaitu meraikan sambutan hari guru. Sesungguhnya tanggal 16 Mei amat penting dan sangat bermakna kerana kita semua mempunyai guru yang telah banyak berjasa kepada kita. Inilah waktu terbaik untuk kita luahkan setinggi-tinggi rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap mereka yang telah banyak berbudi kepada agama, bangsa dan negara. Pepatah Melayu ada mengatakan, ”Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain”. Ini menunjukkan pengorbanan seorang guru yang bersusah payah memberi didikan yang sempurna kepada kita semua. Tanpa guru, takkan ada insan-insan hari ini yang berpangkat menteri, berjawatan besar, bergelar jutawan, doktor, peguam, angkasawan dan sebagainya. Oleh itu, guru-guru sentiasa berada di barisan hadapan dalam melahirkan generasi yang berfikiran kritis dan kreatif serta membentuk sahsiah yang holistik bertepatan dengan tema hari guru pada tahun ini iaitu ”Guru pencentus kreativiti, penjana inovasi”.

Transcript of Teks Ucapan Ketua Murid (Hari Guru 2014)

TEKS UCAPAN KETUA MURID SEMPENA HARI GURU - 2012

TEKS UCAPAN KETUA MURID SEMPENA HARI GURU - 2014Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhYang Berusaha En. Mohd Amin bin Yahaya, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Penaga Jaya.Yang dihormati Pn. Mardiana binti Jaafar,Penolong Kanan Pentadbiran, En. Mohd Zaini bin Zainal,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Rosli bin Ahmad, Penolong Kanan Kokurikulum.Barisan Guru Sekolah Kebangsaan Penaga Jaya yang dedikasi. Seterusnya rakan-rakan pencetus kegemilangan negara. Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada hari ini dengan hasrat yang satu iaitu meraikan sambutan hari guru.Sesungguhnya tanggal 16 Mei amat penting dan sangat bermakna kerana kita semua mempunyai guru yang telah banyak berjasa kepada kita. Inilah waktu terbaik untuk kita luahkan setinggi-tinggi rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap mereka yang telah banyak berbudi kepada agama, bangsa dan negara.

Pepatah Melayu ada mengatakan, Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Ini menunjukkan pengorbanan seorang guru yang bersusah payah memberi didikan yang sempurna kepada kita semua. Tanpa guru, takkan ada insan-insan hari ini yang berpangkat menteri, berjawatan besar, bergelar jutawan, doktor, peguam, angkasawan dan sebagainya. Oleh itu, guru-guru sentiasa berada di barisan hadapan dalam melahirkan generasi yang berfikiran kritis dan kreatif serta membentuk sahsiah yang holistik bertepatan dengan tema hari guru pada tahun ini iaitu Guru pencentus kreativiti, penjana inovasi.Rakan-rakan sekalian,Segala kejayaan yang kita kecapi, semalam, hari ini dan esok terletak pada tugas yang digalas oleh insan yang bergelar guru. Tugas guru merupakan satu tugas yang mulia dan murni. Guru telah mendidik kita dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu. Maka tidak hairanlah guru dapat melonjakkan transformasi pendidikan negara agar lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.Oleh itu, marilah kita tanamkan tekad dan azam, untuk belajar bersungguh-sungguh bukan sahaja untuk diri kita dan ibu bapa kita, tetapi juga untuk guru-guru yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan buah fikiran demi untuk kecemerlangan kita semua.Pada kesempatan ini, saya mewakili murid-murid sekolah ini, mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru SK Penaga Jaya. Semoga guru-guru terus dianugerahi kekuatan dan ketabahan dalam mendidik kami. Cikgu,Kalau tinggi Gunung Everest, tinggi lagi budimu, cikgu.Kalau dalam lautan Atlantik, dalam lagi jasamu, cikgu.Kalau harum bau kasturi, harum lagi pengorbananmu, cikgu.Terima kasih cikgu,Akhir kata, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, seandainya kami telah melakukan kesalahan kepada semua cikgu sama ada kami sedari atau tidak. Sekian, terima kasih.