TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JPBD SM AMANAT … ucapan/Final_teks_kp-perhimpunan... · Sekretariat...

11
1 TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JPBD SM AMANAT TAHUN BARU 2015, MAJLIS PERHIMPUNAN AWAL TAHUN 2015, JAM 9.00 PAGI, 20 JANUAR I 2015 AUDITORIUM KR SOMA, WISMA TUN SAMBANTHAN, KUALA LUMPUR MEMACU PERANCANGAN YANG DINAMIK DI MASA HADAPAN Bismillahhirrahmanirrahim, Terima kasih Saudari Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia, Dato‟ Dr. Dolbani bin Mijan, Timbalan Ketua Pengarah Perancangan, Yang Berusaha, Tuan Haji Zainuddin bin Ahamad, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan, Pengarah-Pengarah Negeri, Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengurus- Pengurus Projek, Ketua-Ketua Unit, Pegawai-Pegawai Kader; dan semua warga Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia yang saya kasihi. Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Transcript of TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JPBD SM AMANAT … ucapan/Final_teks_kp-perhimpunan... · Sekretariat...

1

TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JPBD SM

AMANAT TAHUN BARU 2015,

MAJLIS PERHIMPUNAN AWAL TAHUN 2015,

JAM 9.00 PAGI, 20 JANUAR I 2015

AUDITORIUM KR SOMA, WISMA TUN SAMBANTHAN,

KUALA LUMPUR

MEMACU PERANCANGAN YANG DINAMIK DI MASA HADAPAN

Bismillahhirrahmanirrahim,

Terima kasih Saudari Pengerusi Majlis,

Yang Berbahagia, Dato‟ Dr. Dolbani bin Mijan, Timbalan Ketua

Pengarah Perancangan,

Yang Berusaha, Tuan Haji Zainuddin bin Ahamad, Timbalan Ketua

Pengarah Pembangunan,

Pengarah-Pengarah Negeri, Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengurus-

Pengurus Projek, Ketua-Ketua Unit, Pegawai-Pegawai Kader; dan

semua warga Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung

Malaysia yang saya kasihi.

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

2

MUKADDIMAH

Terlebih dahulu marilah kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pada pagi

ini kita dapat bersama-sama berhimpun untuk perhimpunan bulanan

yang pertama untuk tahun ini. Saya mengucapkan Selamat Tahun Baru

2015 kepada semua warga Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Semenanjung Malaysia. Not to late to wish all of you Happy New Year

dan juga saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir

pada pagi ini untuk menjayakan Perhimpunan awal tahun 2015 di mana

pada pagi ini ia diurus setiakan oleh Bahagian Korporat dan saya juga

difahamkan perhimpunan ini dijalankan secara lintas langsung di semua

JPBD Negeri dan semua pejabat-pejabat projek. Terima kasih kepada

Bahagian Korporat, STM dan semua Pengarah-Pengarah Negeri dan

Pengarah-Pengarah Zon yang menguruskan lintas langsung dan ini

merupakan satu usaha yang baik agar kita lebih connected.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Saya ingin memulakan ucapan saya dengan mengimbas kembali sedikit

sejarah JPBD. Untuk makluman semua, pada setiap 18 Januari adalah

merupakan anniversary di mana Pejabat Perancang Bandar dan Desa

yang pertama telah ditubuhkan pada tahun 1921 di Bangunan

Sekretariat (kini di kenali sebagai Bangunan Sultan Abdul Samad). Jika

disingkap evolusion perbandaran dalam sejarah tamadun manusia di

dalam rekod sejarah, ada merekodkan evolusi perancangan di ‘City of

Alexandria‟ di Mesir, sekitar tahun 332 sebelum Masihi. Hippodamus of

Miletus yang dianggap father of urban planning telah menghasilkan

3

‘Urban Planning Study for Piraeus’ yang akhirnya menjadi „planning

standards‟ di kebanyakan bandar di Eropah pada masa itu.

Evolusi perbandaran yang dinamik ini telah berkembang ke seluruh

pelosok dunia termasuklah di United Kingdom. Pada tahun 1898, Sir

Ebenezer Howard telah memperkenalkan konsep ‘Garden City’ yang

memfokuskan kepada „self-contained communities surrounded by

greenbelts’. Dan kemudiannya pada tahun 1928 pula, Sir Henry

Wright telah merancang pembangunan komuniti perumahan awam di

Radburn, New Jersey, Amerika Syarikat yang mula memisahkan mod

trafik dengan memperkenalkan laluan pejalan kaki dan cul-de-sac.

Kemudian muncul pula Frank Lloyd Wright yang terkenal dengan

falsafah „Organic Architecture’ dan telah menghasilkan konsep

‘Broadacre City’, sebuah kawasan pinggir bandar yang dibangunkan

dengan ciri-ciri Transit Oriented Development. Juga banyak

perancangan dan rekabentuk yang istimewa di dunia Islam seperti di

Cordoba, Andalusia.

Jadi, jika kita lihat dahulu lagi perancangan dibuat untuk membolehkan

kehidupan manusia move daripada yang kurang baik, kurang berkualiti

kepada yang lebih baik, berkualiti dan sehingga kini kita terus

mengamalkan good planning practise untuk perancangan yang lebih

sistematik, sustainable, mempertingkatkan kualiti hidup dan juga perlu

untuk kita adapt kepada changes of value, perubahan-perubahan

kepada value dan juga kepada perubahan iklim. Sekarang ini kita sering

mendengar dan juga telah melihat video tadi mengenai floods, banjir

dan sebagainya, ramai yang bertanya apakah peranan seseorang

perancang bandar itu untuk kita mengelakkan misalnya impak-impak

daripada natural disaster sungguhpun its beyond our control, as a

4

planner that are things that you can do in your planning to minimise the

impact of disaster misalnya dan dari segi strategiknya perlu kita

rangkumkan di dalam Rancangan Fizikal Negara dan juga secara

terperinci di dalam rancangan –rancangan kemajuan. Jadi, jika kita lihat

daripada video tadi, Tahun 2014 merupakan tahun yang amat mencabar

bagi Malaysia dan bagi kita semua dengan pelbagai peristiwa telah

berlaku tanpa diduga kehilangan pesawat-pesawat, banjir dan juga kita

mengalami kekurangan air, i think in a 1st quarter of last year, catuan

air dan sebagainya. Di Cameron Highlands ada berlakunya tragedi

banjir lumpur dan diikuti baru-baru ini dengan peristiwa banjir besar

yang melanda Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perak dan Sabah

amat menyayat hati. Jadi kita mengambil que daripada kejadian-

kejadian ini, bagaimanakah kita boleh menggunakan amalan

perancangan yang baik untuk kita menangani ataupun minimise this

impact dan juga perlu berfikir dan mungkin menjurus semula kepada

perancangan yang memfokus kepada disaster resdistruction perhaps di

dalam konteks pembangunan komuniti sejahtera dan juga perubahan

iklim. Jadi, sehubungan ini, kita perlu sebagai town planner, we also

need to collaborate with other technical department untuk kita

menangani dan juga kita merancang serta adapt kepada potensi

kejadian bencana alam di masa akan datang. Saya juga telah

mendengar amanat daripada Dato’ Menteri dan KSU yang mana 2015

akan menjadi tahun yang mencabar juga dengan nilai ringgit kita yang

menjunam dan banyak lagi challenges to our economy, tetapi

bagaimanapun untuk jabatan kita last year its very significant because

we had a change in management di mana saya telah dilantik sebagai

Ketua Pengarah dan Dato’ Dr. Dolbani bin Mijan dan Tuan Haji

Zainuddin bin Ahamad sebagai Timbalan Ketua Pengarah, saya rasa

lama sangat saya menjadi Ketua Pengarah tetapi sebenarnya baru 11

5

bulan. Jadi, bila saya tengok tadi the video dan sebagainya, it has been

quite a long year for all the 3 of us, around about eleven (11) months

dan kita harap kita telah dapat membawa jabatan ini ke peringkat yang

memuaskan. Kita telah mula pada tahun lepas untuk membuat

collaboration antara agensi. Ini adalah langkah pertama yang penting

untuk kita mendapat sokongan daripada agensi-agensi luar dan kita juga

pada bulan Jun 2014 telah melancarkan Centre of Excellent (COE) dan

telah menjalankan pelbagai seminar dan international seminar,

international conference urban wellbeing happiness pada bulan Jun

2014. Kita juga banyak membentangkan kertas-kertas kerja di peringkat

antarabangsa dan nasional dan juga telah mengalami banyak

movement di dalam department sama ada naik pangkat, bersara dan

juga lantikan pegawai-pegawai baru. Kita juga mendapat pucuk

pimpinan yang baru tahun ini di bahagian khidmat pengurusan iaitu

Puan Indra, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan yang baru. Pada

tahun lepas kita telah banyak menjalankan projek-projek yang

berkepentingan antarabangsa di mana kita terlibat secara direct atas

planning of Youth Cities dimana ini telah diarahkan di peringkat NBOS

dan juga kita telah diarahkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri untuk

menyediakan Rancangan Tempatan untuk Cameron Highlands di mana

ini adalah direct di bawah seliaan saya selaku Ketua Pengarah dan juga

kedua-dua Timbalan Ketua Pengarah. Pada tahun lepas dan akan

continue to this year untuk Cameron Highlands kita telah membuat

kaedah baru sebagai satu operation room untuk menjalankan kajian

Rancangan Tempatan Cameron Highlands dan dimulakan dengan cara

in-house di mana Dr. Shamsaini adalah pengurus projek dan kita juga

banyak input daripada expert dalam jabatan dan juga kita collaborate

dengan other agencies. Kita dapat chart our success in 2014 melalui

KPI-KPI KP, tadi juga telah dipaparkan pelaksanaan:

6

a. Mengadakan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara –

sebanyak 3 kali pada tahun 2014.

b. Memulakan kajian strategik negara iaitu RFN Ke-3, DPN Ke-

2 dan Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara.

c. Melaksanakan Pelancaran Serentak Publisiti dan

Penyertaan Awam Draf RTD Kampar 2030 dan Draf RT

Majlis Daerah Batu Gajah 2025 yang telah dilancarkan pada

15 Disember 2014 di mana Dato’ Dr. Dolbani Mijan telah

mewakili Ketua Pengarah serta Menyiapkan penyediaan

beberapa Rancangan Kawasan Khas.

d. Memuktamadkan dua (2) kajian iaitu Kajian Pelan Induk

Laluan Pejalan Kaki Dan Basikal Pusat Bandar Klang dan

Kajian Kerangka Perlaksanaan Konsep Bandar Sejahtera

Masa Depan (Sustainable Future Cities) Dalam

Perancangan dan Pembangunan Bandar di Malaysia telah

berjaya dimuktamadkan.

e. Menyempurnakan Kajian Sistem Perancangan Bersepadu

Di Malaysia, Panduan Pelaksanaan Akta 172 : Notis

Pembelian, Kajian Pelaksanaan Penguatkuasa-an Di Bawah

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Kajian

Pembangunan Sistem Maklumat Gunatanah Bersepadu (I-

Plan), projek-projek NBOS dan Program Bandar Selamat.

Berhubung dengan prestasi perbelanjaan Jabatan telah menunjukkan

prestasi baik dalam pelaporan perbelanjaan peruntukan tahun lepas di

mana prestasi perbelanjaan pembangunan P43 adalah sebanyak

99.86% (RM7.067 juta) daripada jumlah keseluruhan iaitu RM7.077 juta.

Peratusan prestasi ini adalah merupakan yang terbaik dalam tempoh

7

RMK ke-10 dan ianya lebih significant memandangkan akaun ditutup

awal dan tiada tempoh tuntutan lanjutan Bayaran AKB dibenarkan.

Manakala bagi Perbelanjaan Mengurus B43 pula telah mencapai

101.06%(RM56.861 juta) daripada jumlah keseluruhan peruntukan

RM56.262 juta. Ini merupakan satu pencapaian yang baik dan ianya

adalah hasil komitmen daripada semua pengarah dan warga JPBD, dan

juga Ketua Seksyen Kewangan yang memberikan komitmen dan saya

ucapkan sekali lagi terima kasih dan syabas kepada semua.

JPBD juga tidak terkecuali daripada menyertai beberapa pertandingan

diperingkat tempatan mahupun antarabangsa. Pada 4 Disember 2014

yang lalu, Kumpulan KIK Infynyty dari JPBD Negeri Selangor telah

berjaya meraih Anugerah Ketua Pengarah MAMPU di Konvensyen

KIK Perkhidmatan Awam Kebangsaan 2014 Kali Ke-31 yang

diadakan di Johor Bahru. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat

dengan usaha mempertingkatkan inovasi dan manakala di peringkat

antarabangsa pula, JPBD telah memenangi Anugerah Geospatial

World Excellence Award For Application of Geospatial Technology

In Public Safety untuk Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS) di

Geospatial World Forum 2014 yang diadakan di Geneva, Switzerland

pada 5 – 9 Mei 2014 lalu.

Jadi, seterusnya saya ingin imbas atau look forward to bajet 2015 di

mana untuk tahun 2015, bajet peruntukan pembangunan Jabatan di

bawah P43 berjumlah RM11.836 juta yang meliputi 16 projek.

Manakala bagi waran peruntukan Jabatan di bawah B43 mengikut

program adalah berjumlah RM54.098 juta. Bagi projek pembangunan

8

di bawah P43, sebanyak 5 projek sediada (baru) dan 11 projek baru

akan dilaksanakan pada tahun ini.

Saya amat mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan yang terlibat

secara langsung dengan projek-projek ini agar terus memberikan

komitmen yang tinggi bagi memastikan projek-projek ini dapat dilaksana

dan disiapkan mengikut jadual dan memenuhi aspirasi Jabatan dan juga

kualiti.

Tadi juga telah ditunjukkan Centre of Excellence for Urban Wellbeing

and Happiness (COE) di mana sejak pelancaran Pusat Kecemerlangan

Kesejahteraan Bandar (COE) tahun lalu di bawah R&D, welcome to

R&D Chief, Encik Jamil adalah Pengarah Bahagian R&D. Terdapat dua

projek utama yang telah dilaksanakan di bawah COE iaitu Kajian Garis

Panduan Servis Apartment dan Kajian Perumahan Pekerja Industri.

COE ini adalah satu platform untuk kita menjurus kepada mengenal

pasti apakah urban solutions dan kita harap kita dapat

mempertingkatkan usaha-usaha di dalam COE dan juga kita ada

beberapa showcase di sini yang sedang dijalankan iaitu Showcase

Center Of Excellence Pembangunan Projek Perintis Healthy Cities

Di Bandar Kluang dan Kuala Terengganu (Kolaborasi Bersama

Kementerian Kesihatan Malaysia) telah dilancarkan. Projek seumpama

ini perlu diperluaskan sebagai ‘test bed‟ kepada garis panduan-garis

panduan perancangan sediada. Disamping itu juga Pangkalan Data

Kesejahteraan Bandar (Urban Wellbeing Data Bank) perlu dilihat

sebagai output penting COE.

9

Perancangan gunatanah perlu bersifat “resilient” atau berdaya tahan

dan mampu menghadapi cabaran perubahan iklim yang dijangka

melanda dunia. Aspek rekabentuk perancangan perlu dikaji semula dan

disesuaikan dengan keadaan semasa dan akan datang.

Kerjasama bersama agensi lain berkaitan perlu dipertingkatkan dalam

memastikan perancangan dijalankan dengan lebih efisien untuk

kesejahteraan masyarakat. Saya mengharapkan all our plan sama ada

strategik atau local perlu dirangkumkan, kita sebagai pengurus-

pengurus projek juga perlu memantau our consultants yang

menjalankan kajian-kajian kita.

Kita juga mengharapkan Pindaan Akta Perancangan Bandar dan Desa

akan dapat dimuktamadkan pada tahun ini. JPBD juga perlu

memanfaatkan Prosedur Pekeliling Ketua Pengarah yang boleh

diedarkan melalui platform stfm dan juga merupakan satu kaedah yang

dapat memaklumkan arahan-arahan daripada jabatan atau Ketua

Pengarah kepada PBT-PBT seluruh negara. So far kita punya

connection dengan PBT tidak nampak sangat, maybe by using

Pekeliling Ketua Pengarah kita akan dapat menghasilkan that kind of

connectedness with PBT di mana PBT merupakan the place where

implementation for our plan.

Kita juga perlu memperkukuhkan our position di peringkat antarabangsa.

Terdapat beberapa bahagian dalam JPBD ini yang take care of

internationalisation iaitu Bahagian Korporat dan Bahagian R&D. Saya

dan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah juga berusaha bagaimana kita

boleh memperkukuhkan our role sebagai “focal point“ di dalam planning.

Kita juga telah terpilih sebagai „focal point‟ negara bagi pelaporan Model

10

City Project di peringkat ASEAN. Penglibatan JPBD didalam program

seumpama ini diharapkan akan meningkatkan kefahaman awam

mengenai peranan JPBD dalam mewujudkan persekitaran yang

berkualiti dan mampan. JPBD telah dijemput oleh ASEAN Secretariat

dan ASEAN Working Group on Environmentally Sustainable Cities untuk

bersama-sama menganjurkan The 6th High Level Seminar (HLS) On

Environmentally Sustainable Cities pada 9 – 10 Februari 2015 di Johor

Bahru. Ini merupakan komitmen Malaysia kepada ASEAN di mana

JPBD SM akan bertindak sebagai Co-organizer (penganjur bersama)

bersama Kerajaan Jepun, dan ASEAN Secretariat. Saya mengharapkan

kerjasama yang sebaiknya dari setiap lapisan pegawai demi

memastikan penganjuran seminar ini akan berjalan lancar dan mencapai

matlamatnya.

Jadi, sebagai penutup YBhg. Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-tuan dan

Puan-puan yang saya hormati, kita harap Tahun 2015 ini akan lebih

mencabar dan boleh memberi lebih komitmen dan saya berharap JPBD

akan dapat menjadi jabatan yang terbaik dari pelbagai aspek samada

aspek pentadbiran mahupun perkhidmatan dalam menyumbang

kesejahteraan rakyat. Semangat teamwork perlu kita kuatkan, dalam

perhimpunan bulanan (bulan Mac) kita ada menyebut (“One JPBD”).

Kita merupakan “closed department” jika dibanding dengan agensi-

agensi lain. We are very small and we should supporting each other. I

am glad here because ada di dalam warga JPBD ada pegawai-pegawai

yang boleh menasihati kita dari segi SSM, pentadbiran, STM dan lain-

lain lagi. Do not work in “silos” and remind ourselves we have to work

together even between department kita kena ada connection. Kita harap

JPBD akan terus menjadi satu organisasi yang relevan dan cemerlang

di negara ini dan kita perlu untuk adapt to the changes. Jadi, our plan

11

will not look the same. We have to look our term and reference untuk

kita memantapkan lagi the content of our plan. Akhir kata saya ingin

merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada Bahagian Korporat

and anybody else who had been involved untuk perhimpunan bulanan

pada hari ini. Kita harap semoga kita terus diberi kesihatan dan

kekuatan untuk melaksanakan amanah yang diberikan kepada kita

dengan baik dan sempurna. Sekali lagi terima kasih kepada semua yang

telah bersara, pegawai-pegawai baru dan juga kepada leaders baru di

dalam jabatan, dengan itu saya ucapkan terima kasih kepada semua.

Assalamualaikum wbt

-Ends-