TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH MAJLIS … · Web viewSesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari...

3
TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH PROGRAM CERAMAH PENGHAYATAN AL- QURAN - SALUTASI – Assalamualaikum warahmatullahi Ta ala wabarakatuh dan salam sejahtera. Syukur kehadrat Allah Subhanahu Wa Ta ala kerana dengan limpah kurnia serta rahmat dan inayah-Nya, dapat kita bersama-sama berkumpul dalam program Ceramah Penghayatan al-Quran 2013 yang bertemakan Al-Quran sebagai Syifa . Terlebih dahulu, saya ingin ’” mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada penceramah jemputan kita pada malam ini, iaitu Ustaz Wan Hilmi Wan Abdullah kerana sudi menghadirkan diri untuk memberikan ceramah kepada kita semua. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengetua Kolej Ungku Omar, Mejar Dr. Azahan Bin Awang, kerana sudi menghadiri dan akan merasmikan majlis pada malam ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang sudi hadir pada malam ini. Jawatankuasa penganjur majlis ini mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana turut sama-sama memeriahkan majlis kita pada malam ini. Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian, matlamat utama penganjuran Ceramah Penghayatan Al-Quran ini adalah sebagai salah satu platform untuk kemudahan para pelajar mahasiswa dan mahasiswi untuk mempelajari ilmu berkaitan Al-Quran. Program ini turut mengalu-alukan pelajar yang bukan beragama Islam untuk turut serta dalam majlis ini dan memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari dan mengenali Al-Quran dengan lebih dekat.

Transcript of TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH MAJLIS … · Web viewSesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari...

Page 1: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH MAJLIS … · Web viewSesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya)

TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH PROGRAM CERAMAH PENGHAYATAN AL-QURAN

- SALUTASI –

Assalamualaikum warahmatullahi Ta’ala wabarakatuh dan salam sejahtera.

Syukur kehadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan limpah kurnia serta rahmat

dan ‘inayah-Nya, dapat kita bersama-sama berkumpul dalam program Ceramah

Penghayatan al-Quran 2013 yang bertemakan “Al-Quran sebagai Syifa’”. Terlebih

dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih

kepada penceramah jemputan kita pada malam ini, iaitu Ustaz Wan Hilmi Wan Abdullah

kerana sudi menghadirkan diri untuk memberikan ceramah kepada kita semua. Saya juga

ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengetua Kolej Ungku Omar, Mejar Dr.

Azahan Bin Awang, kerana sudi menghadiri dan akan merasmikan majlis pada malam

ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang sudi hadir pada malam

ini. Jawatankuasa penganjur majlis ini mengucapkan selamat datang dan terima kasih

kerana turut sama-sama memeriahkan majlis kita pada malam ini.

Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian, matlamat utama penganjuran

Ceramah Penghayatan Al-Quran ini adalah sebagai salah satu platform untuk kemudahan

para pelajar mahasiswa dan mahasiswi untuk mempelajari ilmu berkaitan Al-Quran.

Program ini turut mengalu-alukan pelajar yang bukan beragama Islam untuk turut serta

dalam majlis ini dan memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari dan mengenali

Al-Quran dengan lebih dekat.

Page 2: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH MAJLIS … · Web viewSesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya)

Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan

mahasiswa bahawa pentingnya ilmu Al-Quran pada diri mereka sebagai seorang muslim.

Sebagai seorang umat Islam, tidak patutlah seseorang itu mengabaikan kitab Al-Quran

sebagai panduan dan cara hidup kita. Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah berfirman dalam

surah An-Nisa’ ,surah ke-4, ayat 174 yang bermaksud;

“Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari

Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur

(cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan

kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak)”.

Selain itu, program ini bertujuan untuk membentuk kelompok mahasiswa dan

mahasiswi yang seimbang dari pelbagai sudut, merangkumi rohani, intelektual, emosi

dan jasmani.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian

Sebagai pengerusi Kelab Iqra’ Kolej Ungku Omar, amatlah besar harapan saya

untuk mencapai matlamat,visi dan misi kelab iaitu melahirkan mahasiswa dan mahasiswi

yang cintakan Al-Quran serta melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam

akademik, malah cemerlang dari segi ketakwaannya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Akhir kalam, sekali lagi saya ingin melafazkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada semua Jawatankuasa Penganjur Ceramah Penghayatan al-Quran 2013 kerana

telah berusaha dan bekerja keras dengan sedaya-upaya untuk memastikan segala

perancangan yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar. Sekali lagi saya

juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir pada malam ini.

Semoga Allah merahmati dan memberkati majlis ilmu yang diadakan pada malam ini

serta memperoleh ganjaran pahala di sisi-Nya.

Sekian,

Wabillahi al-Taufiq wa al-Hidayah...

Page 3: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH MAJLIS … · Web viewSesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya)

Assalamualaikum w.b.t.