TEKS UCAPAN KETUA POLIS NEGARA POLIS DIRAJA … UCAPAN KPN.pdf · membantu mewujudkan sekolah...

2
TEKS UCAPAN KETUA POLIS NEGARA POLIS DIRAJA MALAYSIA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2017 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin-Nya, negara kita berada dalam keadaan aman dan damai. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, 1. Polis Diraja Malaysia (PDRM) begitu prihatin terhadap kejadian-kejadian jenayah dan salah laku dalam kalangan generasi muda, khususnya murid-murid sekolah. Dalam hal ini pihak PDRM akan sentiasa memantau murid-murid yang terlibat dengan salah laku disiplin. Kejasama antara pihak sekolah dengan PDRM mampu membendung salah laku disiplin dalam kalangan murid daripada berleluasa. Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) sentiasa bersedia memberi khidmat kepada pihak sekolah tanpa mengira masa untuk membantu pihak sekolah dalam menangani masalah salah laku disiplin murid. 2. Antara usaha yang dilakukan oleh (PDRM) khususnya PPS adalah untuk membantu mewujudkan sekolah selamat dengan menjalankan tanggungjawab yang digariskan dalam Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). Antara tugasnya termasuklah mengumpul maklumat daripada sekolah untuk diambil tindakan jika perlu, melakukan rondaan/ lawatan berjadual di kawasan sekolah dan memberikan ceramah berkaitan dengan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah. Keselamatan sekolah sangat mempengaruhi suasana pembelajaran murid-murid. Oleh itu, adalah diharapkan agar program-program yang dirancang boleh menyemai sikap kesedaran murid-murid terhadap tanggungjawab mereka kepada sekolah dan negara. 3. Sehubungan dengan itu, PDRM akan sentiasa memberi komitmen kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani masalah disiplin dalam

Transcript of TEKS UCAPAN KETUA POLIS NEGARA POLIS DIRAJA … UCAPAN KPN.pdf · membantu mewujudkan sekolah...

Page 1: TEKS UCAPAN KETUA POLIS NEGARA POLIS DIRAJA … UCAPAN KPN.pdf · membantu mewujudkan sekolah selamat dengan menjalankan tanggungjawab yang ... sekolah serta membantu pihak sekolah

TEKS UCAPAN

KETUA POLIS NEGARA POLIS DIRAJA MALAYSIA

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH

PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2017

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin-Nya, negara kita berada dalam keadaan aman

dan damai.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

1. Polis Diraja Malaysia (PDRM) begitu prihatin terhadap kejadian-kejadian jenayah

dan salah laku dalam kalangan generasi muda, khususnya murid-murid sekolah.

Dalam hal ini pihak PDRM akan sentiasa memantau murid-murid yang terlibat dengan

salah laku disiplin. Kejasama antara pihak sekolah dengan PDRM mampu

membendung salah laku disiplin dalam kalangan murid daripada berleluasa. Pegawai

Perhubungan Sekolah (PPS) sentiasa bersedia memberi khidmat kepada pihak sekolah

tanpa mengira masa untuk membantu pihak sekolah dalam menangani masalah salah

laku disiplin murid.

2. Antara usaha yang dilakukan oleh (PDRM) khususnya PPS adalah untuk

membantu mewujudkan sekolah selamat dengan menjalankan tanggungjawab yang

digariskan dalam Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). Antara

tugasnya termasuklah mengumpul maklumat daripada sekolah untuk diambil tindakan

jika perlu, melakukan rondaan/ lawatan berjadual di kawasan sekolah dan memberikan

ceramah berkaitan dengan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah. Keselamatan

sekolah sangat mempengaruhi suasana pembelajaran murid-murid. Oleh itu, adalah

diharapkan agar program-program yang dirancang boleh menyemai sikap kesedaran

murid-murid terhadap tanggungjawab mereka kepada sekolah dan negara.

3. Sehubungan dengan itu, PDRM akan sentiasa memberi komitmen kepada

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani masalah disiplin dalam

Page 2: TEKS UCAPAN KETUA POLIS NEGARA POLIS DIRAJA … UCAPAN KPN.pdf · membantu mewujudkan sekolah selamat dengan menjalankan tanggungjawab yang ... sekolah serta membantu pihak sekolah

kalangan murid sekolah untuk melahirkan warganegara yang berdisiplin dan bersahsiah

tinggi. Setiap PPS perlu lebih aktif, kreatif dan inovatif ke arah membentuk sahsiah

murid. PPS bertanggungjawab mengawasi kadar jenayah yang berlaku di persekitaran

sekolah serta membantu pihak sekolah memastikan murid-murid tidak melanggar

peraturan dan undang-undang.

4. PPS juga perlu membentuk satu mekanisme yang boleh mendorong dan

meransang masyarakat sekolah untuk turut sama memainkan peranan dalam

mencegah salah laku disiplin murid. Menerusi mekanisme ini, PPS dapat memberi

kesedaran kepada masyarakat sekolah berkaitan peranan yang boleh dimainkan oleh

mereka serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diimplementasi dalam usaha

mengekang kes salah laku disiplin murid dan menjayakan Program Jom ke Sekolah.

5. Kerjasama antara PPS dan masyarakat sekolah dalam menjayakan Program

Jom ke Sekolah ini akan dapat menangani sebarang isu atau masalah disiplin dalam

kalangan murid melalui Peti Aduan Disiplin Murid yang diwujudkan di sekolah-sekolah.

Selain itu, pemahaman dan pengetahuan masyarakat sekolah mengenai penggunaan

Peti Aduan Disiplin Murid perlu diterapkan agar dapat mempertingkatkan lagi

kecekapan bertindak pihak sekolah terhadap masalah disiplin murid yang berlaku.

Akhir kata, saya berharap kewujudan PPS di sekolah-sekolah dapat membantu

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khususnya pihak sekolah dalam mengatasi

permasalahan yang berkaitan dengan isu disiplin murid.

Sekian, terimakasih.

Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar

Ketua Polis Negara

Polis Diraja Malaysia.