Teks Ucapan KP KIMIA - Perhimpunan November 2012 ... · PDF filedan kesejahteraan rakyat. ......

15
SA/TU/2012 TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL.11/2012 DAN MAJLIS PELANCARAN HARI INOVASI KIMIA 2012 ____________________________________ 8 NOVEMBER 2012 (KHAMIS) DATARAN KIMIA IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Transcript of Teks Ucapan KP KIMIA - Perhimpunan November 2012 ... · PDF filedan kesejahteraan rakyat. ......

Page 1: Teks Ucapan KP KIMIA - Perhimpunan November 2012 ... · PDF filedan kesejahteraan rakyat. ... membudayakan tadbir urus yang baik. Pelan ... Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

SA/TU/2012

TEKS UCAPAN

KETUA PENGARAH

JABATAN KIMIA MALAYSIA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL.11/2012

DAN

MAJLIS PELANCARAN

HARI INOVASI KIMIA 2012

____________________________________

8 NOVEMBER 2012 (KHAMIS)

DATARAN KIMIA

IBU PEJABAT

JABATAN KIMIA MALAYSIA

Page 2: Teks Ucapan KP KIMIA - Perhimpunan November 2012 ... · PDF filedan kesejahteraan rakyat. ... membudayakan tadbir urus yang baik. Pelan ... Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

2

Terima kasih saudari-saudari Pengacara

Majlis,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia

Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.

Yang Berusaha Encik Chang Hon Fong

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),

Yang Berusaha Tuan Haji Ismail bin Talib

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),

Pengarah-Pengarah Bahagian

Pegawai-pegawai kanan Jabatan,

Wakil-wakil JKM Cawangan,

Page 3: Teks Ucapan KP KIMIA - Perhimpunan November 2012 ... · PDF filedan kesejahteraan rakyat. ... membudayakan tadbir urus yang baik. Pelan ... Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

3

Tuan-tuan dan puan-puan warga Kerja

Jabatan Kimia yang dihormati dan kasihi

sekalian.

MUKADIMAH

1. Alhamdulillah, segala puji dan syukur

kehadrat Allah SWT di atas limpah rahmat dan

izinNya dapat kita berhimpun di Majlis

Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia

Malaysia, Bulan November bagi tahun 2012

pada pagi ini.

2. Terlebih dahulu saya merakamkan

ucapan penghargaan dan terima kasih kepada

Pengarah dan para pegawai serta semua

kakitangan Bahagian Khidmat Pengurusan

(BKP) yang menganjurkan majlis perhimpunan

pada kali ini.

Page 4: Teks Ucapan KP KIMIA - Perhimpunan November 2012 ... · PDF filedan kesejahteraan rakyat. ... membudayakan tadbir urus yang baik. Pelan ... Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

4

3. Ucapan penghargaan dan terima kasih

juga saya tujukan Pengerusi dan Ahli

Jawatankuasa Hari Inovasi Peringkat Ibu

Pejabat Jabatan Kimia Malaysia kerana telah

mengundang saya untuk merasmikan Majlis

Pelancaran Hari Inovasi KIMIA 2012 yang turut

berlangsung pada pagi ini.

4. Selain itu, saya juga dimaklumkan

bahawa Pelan Integriti KIMIA Malaysia dan

Buku Panduan Pengurusan Kewangan

Jabatan akan turut dilancarkan sebentar lagi.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada

Encik Halmi Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa

Audit Jabatan atas komitmen dan usaha keras

beliau bersama-sama dengan ahli

Jawatankuasa beliau bagi menghasilkan dua

makalah yang akan menjadi panduan dan kayu

Page 5: Teks Ucapan KP KIMIA - Perhimpunan November 2012 ... · PDF filedan kesejahteraan rakyat. ... membudayakan tadbir urus yang baik. Pelan ... Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

5

cemeti dalam pelaksanaan pengurusan integriti

dan kewangan Jabatan.

Hadirin sekalian,

HARI INOVASI KIMIA 2012

4. Perkhidmatan Awam pada masa kini

menghadapi pelbagai cabaran yang kompleks

berikutan perubahan sosial dan ekonomi

sedunia. Persekitaran ini menuntut

perkhidmatan awam inovatif dalam

menyampaikan perkhidmatan yang cekap dan

berkesan serta dapat memenuhi ekspektasi

pelanggan dan stakeholders. Dengan itu, kita

selaku penjawat awam khususnya warga kerja

KIMIA Malaysia perlu berubah minda dari

pemikiran konvensional kepada pemikiran

kreatif dan inovatif supaya dapat membuat

penambahbaikan secara berganda dalam

penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi

Page 6: Teks Ucapan KP KIMIA - Perhimpunan November 2012 ... · PDF filedan kesejahteraan rakyat. ... membudayakan tadbir urus yang baik. Pelan ... Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

6

tuntutan semasa para pelanggan dan orang

ramai. Membudaya inovasi dalam

perkhidmatan awam adalah sebahagian

daripada gerakan transformasi sektor awam di

samping menyokong agenda peningkatan

daya saing negara.

5. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun

Razak pada 28 September lalu telah

membentangkan Bajet 2013 di Parlimen yang

inklusif dan memberi keutamaan kepada

kesejahteraan rakyat. Sebanyak 111 inisiatif

telah dikenalpasti untuk dilaksanakan bagi

memastikan matlamat bajet ini dapat

direalisasikan.

Hadirin sekalian,

6. Kerajaan telah menetapkan Hari Inovasi

Perkhidmatan Awam disambut pada 31

Page 7: Teks Ucapan KP KIMIA - Perhimpunan November 2012 ... · PDF filedan kesejahteraan rakyat. ... membudayakan tadbir urus yang baik. Pelan ... Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

7

Oktober setiap tahun. Di peringkat Jabatan,

kita telah mengambil pelbagai pendekatan

untuk menghasilkan inovasi ini antaranya

dengan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu

Inovasi dan Produktiviti yang dipengerusikan

oleh saya sendiri dan juga Unit Inovasi Jabatan

dittubuhkan. Alhamdulillah, sejak 2010 aktiviti

inovasi Jabatan semakin berkembang bermula

dengan program kesedaran dan promosi,

cadangan dan idea kreatif daripada warga

kerja KIMIA dan para pelanggan. Sekarang,

kita boleh sedikit berbangga kerana mampu

menganjurkan Konvensyen KIK sendiri hasil

daripada penubuhan beberapa Kumpulan

Inovatif & Kreatif di beberapa cawangan dan

bahagian serta mampu bersaing di peringkat

negeri/kebangsaan. Tahun ini, Konvensyen

Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat

Kebangsaan berlangsung di Awana Porto

Page 8: Teks Ucapan KP KIMIA - Perhimpunan November 2012 ... · PDF filedan kesejahteraan rakyat. ... membudayakan tadbir urus yang baik. Pelan ... Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

8

Malai, Langkawi tetapi kita belum bersedia

untuk mengambil bahagian. Saya harap tahun

hadapan akan ada wakil Jabatan yang

bertanding KIK peringkat kebangsaan ini. Jika

hasil inovasi kita benar-benar asli, ianya boleh

dipatenkan dan dikomersialkan di mana itulah

matlamat asal inovasi itu sendiri untuk

menjana pengetahuan, mencipta kekayaan

dan kesejahteraan rakyat.

7. Bersempena sambutan Hari Inovasi

KIMIA 2012 ini, saya dimaklumkan beberapa

acara menarik telah disusun seperti pameran

produk inovasi, kuiz interaktif dan permainan

GERAK Inno. Disamping itu pengumuman dan

penyampaian hadiah kepada pemenang-

pemenang pertandingan slogan dan anugerah

inoasi akan berlangsung sebentar nanti.

Page 9: Teks Ucapan KP KIMIA - Perhimpunan November 2012 ... · PDF filedan kesejahteraan rakyat. ... membudayakan tadbir urus yang baik. Pelan ... Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

9

Hadirin sekalian,

PELAN INTEGRITI KIMIA

8. Selain inovasi, satu lagi indikator untuk

menilai tahap kemajuan sesebuah negara

adalah melalui aspek integriti dan moral.

Perkhidmatan awam sebagai institusi yang

bertanggungjawab kepada rakyat, stakeholder

serta pelanggan keseluruhannya perlu

menunjukkan imej dan integriti yang tinggi.

9. Sejak pelancaran Pelan Integriti Nasional

pada 23 April 2004, agenda pengukuhan

integriti sentiasa menjadi fokus utama

Kerajaan dan Hari Integriti diputuskan

disambut pada 5 November setiap tahun.

Sebagai panduan kepada penjawat awam

untuk melaksanakan amanah dan

tanggungjawab, Kerajaan telah menggariskan

empat (4) nilai asas iaitu Inovasi, Integriti,

Page 10: Teks Ucapan KP KIMIA - Perhimpunan November 2012 ... · PDF filedan kesejahteraan rakyat. ... membudayakan tadbir urus yang baik. Pelan ... Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

10

Kepantasan dan Nilai untuk wang selain

daripada empat (4) tonggak utama; Gagasan

1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan

(GTP), Model Ekonomi Baru (MEB) dan

Rancangan Malaysia Ke-10.

10. Dalam hal ini, Jabatan Kimia Malaysia

telah siap merangka Pelan Integriti KIMIA

sebagai panduan untuk memperkukuh amalan

integriti di kalangan warga kerja dan

membudayakan tadbir urus yang baik. Pelan

Integriti KIMIA ini baru siap digubal oleh

Jawatankusa Audit Dalam Jabatan, jadi eloklah

saya terangkan sedikit falsafah dan intipati

pelan integriti ini. Pelan ini memberi

penekanan kepada tiga (3) elemen penting

iaitu sahsiah, profesionalisme dan kepimpinan

yang unggul.

Page 11: Teks Ucapan KP KIMIA - Perhimpunan November 2012 ... · PDF filedan kesejahteraan rakyat. ... membudayakan tadbir urus yang baik. Pelan ... Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

11

a) Sahsiah:- melaksanakan program-

program bagi memastikan warga Kimia

bekerja dengan bersih, cekap dan

amanah.

b) Profesionalisme:- memastikan warga

Kimia melaksanakan tugas berasaskan

ilmu pengetahuan, kemahiran dan

kompetensi dalam menyampaikan

perkhidmatan kepada pelanggan.

c) Kepimpinan:- merupakan penggerak dan

peneraju perubahan yang menyediakan

dasar, prosedur dan peraturan yang jelas

dan telus bagi menutup ruang untuk

sebarang penyelewengan dan salah

laku.

Page 12: Teks Ucapan KP KIMIA - Perhimpunan November 2012 ... · PDF filedan kesejahteraan rakyat. ... membudayakan tadbir urus yang baik. Pelan ... Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

12

11. Untuk makluman, Pelan Integriti KIMIA

dibangunkan berasaskan empat (4) strategi

berdasarkan strategi yang digariskan dalam

Pelan Integriti Nasional (PIN) iaitu:

S1: Membangunkan modal insan berintegriti.

S2: Memantap budaya integriti.

S3: Meningkatkan sistem penyampaian

perkhidmatan.

S4: Memperkasa tadbir urus dan pengurusan

tatatertib.

12. Juga digariskan beberapa program dan

aktiviti untuk mencapai strategi-strategi

tersebut termasuk kaedah/pendekatan

pelaksanaan. Satu Jawatankuasa Pelaksana

Pelan Integriti KIMIA akan ditubuhkan bagi

memantau pelaksanaan dan mengkaji

keberkesanan program/aktiviti yang dirancang.

Strategi-strategi yang ditetapkan dalam pelan

Page 13: Teks Ucapan KP KIMIA - Perhimpunan November 2012 ... · PDF filedan kesejahteraan rakyat. ... membudayakan tadbir urus yang baik. Pelan ... Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

13

ini pula adalah dirangka untuk tempoh 4 tahun

supaya selaras dengan Pelan Korporat KIMIA

2011-2015.

Hadirin sekalian,

BUKU PANDUAN PENGURUSAN

KEWANGAN JABATAN

13. Jawatankuasa Audit Dalam Jabatan juga

telah berjaya menerbitkan Buku Panduan

Pengurusan Kewangan Jabatan untuk rujukan

para pegawai dan kakitangan Jabatan dalam

mengurus kewangan Jabatan dengan cekap

dan menjamin akauntabiliti awam.

PENUTUP

14. Sebelum saya akhiri ucapan pada pagi

ini, marilah kita bekerja sebagai satu pasukan

berdasarkan perkhidmatan yang cepat, tepat

dan berintegriti serta memberi tumpuan

Page 14: Teks Ucapan KP KIMIA - Perhimpunan November 2012 ... · PDF filedan kesejahteraan rakyat. ... membudayakan tadbir urus yang baik. Pelan ... Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

14

kepada produktiviti, kreativiti dan inovasi dalam

penyampaian perkhidmatan.

15. Pada majlis ini juga saya ingin

mengambil kesempatan untuk mengucapkan

Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada

warga Kimia beragama Hindu dan Salam Maal

Hijrah kepada semua warga kerja yang

beragama Islam. Saya percaya sejarah dan

simbolik di sebalik perayaan ini akan memberi

manfaat yang berguna kepada kita semua.

Pesanan saya, sambutlah perayaan ini dengan

meriah dan jagalah keharmonian negara kita.

16. Dengan kata-kata itu tadi, saya dengan

sukacitanya merasmikan Hari Inovasi KIMIA

bagi tahun 2012.

Page 15: Teks Ucapan KP KIMIA - Perhimpunan November 2012 ... · PDF filedan kesejahteraan rakyat. ... membudayakan tadbir urus yang baik. Pelan ... Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

15

Sekian, Wabillahittaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.