TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

29
UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME JPA 2014 14 NOVEMBER 2014 INTAN, BUKIT KIARA KUALA LUMPUR

Transcript of TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

Page 1: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

UCAPAN

YANG BERBAHAGIA TAN SRI

MOHAMAD ZABIDI ZAINAL

SEMPENA

KARNIVAL PATRIOTISME JPA 2014

14 NOVEMBER 2014

INTAN, BUKIT KIARA

KUALA LUMPUR

Page 2: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

2

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh. Salam Transformasi dan

Salam “1Malaysia : Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan”

Yang Berbahagia Dato’ Sri Dr. Sharifah

Zarah Syed Ahmad

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan

Awam (Pembangunan)

Yang Berbahagia Dato’ Seri Zainal

Rahim Seman

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan

Awam (Operasi)

Page 3: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

3

Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mazlan

Yusoff

Pengarah INTAN

Yang Berbahagia Tan Sri, Dato’ Seri,

Dato’-Dato’, Datin-Datin

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dikasihi

sekalian.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah

SWT kerana dengan limpah kurnia dan

inayah-Nya jua kita dapat bersama-

sama pada hari yang berbahagia ini

sempena Majlis Perasmian Karnival

Patriotisme JPA 2014.

Page 4: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

4

2. Terlebih dahulu saya ingin

mengucapkan penghargaan dan ribuan

terima kasih kepada pihak Institut

Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan

juga rakan-rakan kolaborasi

strategiknya atas kejayaan

menganjurkan Karnival Patriotisme JPA

2014 pada hari ini. Majlis ini begitu

bermakna buat saya kerana dapat

bertemu dan berinteraksi dengan para

hadirin dari pelbagai kumpulan

masyarakat dan usia.

3. Majlis pada pagi ini juga amat

signifikan kerana merupakan acara

yang julung kalinya diadakan di

Page 5: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

5

peringkat Perkhidmatan Awam. Marilah

sama-sama kita menghayati pengisian

Karnival ini dan memahatkan di dalam

sanubari rasa kecintaan terhadap

negara Malaysia yang berdaulat ini.

MENGIKTIBARI KES DAN SALAH LAKU

PENJAWAT AWAM

Hadirin dan hadirat yang dikasihi,

4. Tahun 2014 bakal meninggalkan

kita dalam tempoh sebulan sahaja lagi.

Sepanjang tahun ini, terlalu banyak

Page 6: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

6

cerita suka dan duka yang telah kita

tempuhi bersama-sama. Kita diuji

dengan pelbagai tragedi yang mencabar

kedaulatan negara. Kita dicabar dengan

keruntuhan moral dan terhakisnya sikap

kemanusiaan dalam kalangan rakyat.

Kita terpaksa menelan pahitnya

tanggapan rakyat terhadap

Perkhidmatan Awam apabila ada dalam

kalangan penjawat awam yang didakwa

atas tuduhan pecah amanah, tidak

integriti serta mengambil rasuah.

5. Kes-kes rasuah melibatkan

penjawat awam sentiasa terpampang di

dada akhbar. Seksyen 23 Akta SPRM

Page 7: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

7

2009 memperuntukkan seorang

penjawat awam tidak boleh

menyalahgunakan kuasa dan

kedudukannya untuk mendapat suapan

rasuah, atau tidak boleh terbabit dalam

proses membuat keputusan sekiranya

menjadi pengerusi atau ahli dalam

sesuatu mesyuarat yang mempunyai

kepentingan.

6. Namun, lain yang diharap, lain yang

terjadi. Kata peribahasa Melayu,

harapkan pegar, pegar makan padi.

Yang menjatuhkan imej dan

merosakkan nama baik Perkhidmatan

Page 8: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

8

Awam rupa-rupanya adalah mereka

yang berada dalam Kerajan itu sendiri.

7. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM) telah menerima

sebanyak 4,693 laporan dalam tempoh

lima tahun lepas, dan daripada angka

itu, sebanyak 1,077 kes telah disiasat

dan 847 penangkapan telah dibuat.

Jumlah ini merangkumi kes-kes

melibatkan penjawat awam.

8. Pada bulan ini sahaja, kita boleh

melihat pelbagai kes salah laku

dilaporkan di dada-dada akhbar utama.

Pelaksanaan undang-undang dan

Page 9: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

9

penguatkuasaan yang lemah terhadap

mereka yang menceroboh di tanah

tinggi Cameron Highlands telah

menyebabkan bencana banjir lumpur

dan tanah runtuh beberapa hari yang

lalu hingga mengorbankan nyawa.

9. Selain itu, isu kebocoran beberapa

kertas soalan peperiksaan Ujian

Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

2014 membawa kepada penggantungan

pengarah dan timbalan pengarah

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)

telah sedikit sebanyak menjejaskan

integriti LPM dan keseluruhan sistem

peperiksaan awam negara kita.

Page 10: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

10

10. Kerja-kerja pembotakkan bukit

yang semakin berleluasa pada masa kini

sedikit sebanyak menunjukkan

kegagalan kerajaan untuk memelihara

alam sekitar. Siapakah yang boleh

dipersalahkan dalam hal ini jika bukan

perkhidmatan awam yang merupakan

salah satu agen yang memainkan

peranan dalam membuat keputusan.

Contoh-contoh yang saya berikan tadi,

telah banyak memberikan persepsi yang

negatif tehadap pekhidmatan awam.

Page 11: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

11

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi

sekalian,

11. Marilah kita renung dan fikirkan

sejenak akan untung nasib negara kita

pada masa hadapan kelak. Penjawat

awam adalah merupakan tiang utama

yang akan menjadi penentu

kelangsungan survival anak bangsa

kita. Sekiranya penjawat awam sendiri

yang merosakkan amanah yang

diberikan oleh Kerajaan dan rakyat,

maka wajarlah mereka ini digelar

penderhaka rakyat.

Page 12: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

12

12. Setelah 57 tahun negara kita

merdeka, marilah kita merenung

sejenak tentang nilai-nilai dan unsur-

unsur patriotisme. Kita seharusnya

mempraktikkan nilai-nilai yang

berteraskan perasaan muhibbah seperti

bekerjasama, tolong-menolong dan

bersatu padu dalam kehidupan

bermasyarakat. Nilai-nilai ini akan

membawa kepada perpaduan yang

merupakan asas pembinaan negara

merdeka.

13. Kerana itulah dalam Kerangka

Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam

(KTPA), kita telah menggariskan aspek

Page 13: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

13

Membudaya Nilai sebagai Teras

Strategik Kelima. Kita mahu membina

penjawat awam dan rakyat Malaysia

yang mempunyai semangat setia dan

perasaan cinta terhadap negara.

14. Perasaan ini dilengkapi dengan

sikap ketaatan dan kesetiaan yang

tidak berbelah bahagi kepada Raja dan

pemimpin negara. Dalam situasi semasa

yang begitu mencabar dan berbagai

krisis dialami, semangat kesetiaan kita

telah diuji. Kita mestilah memastikan

perpaduan rakyat Malaysia terus kukuh

dan utuh dalam menghadapi sebarang

Page 14: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

14

ancaman baik dari dalam mahupun dari

luar negara.

15. Semangat kekitaan, bersatu padu

dan berharmoni yang perlu wujud dalam

jiwa setiap rakyat Malaysia. Sikap

hormat-menghormati dan bertolak-ansur

hendaklah sentiasa diutamakan dalam

kehidupan kita. Mengukuhkan

persamaan dan meraikan perbezaan

antara masyarakat berbilang kaum dan

etnik di negara ini adalah amalan kita

sejak sekian lama. Janganlah amalan ini

semakin hari semakin hilang dari

kehidupan kita.

Page 15: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

15

16. Untuk mewujudkan semangat dan

amalan ini, membina penjawat awam

yang berdisiplin, berakhlak dan berbudi

pekerti mulia adalah suatu cabaran

kepada kita. Unsur ini banyak

menyentuh keperibadian seseorang

dengan ciri-ciri yang unggul seperti

berkelakuan sopan, bertatasusila dan

berhemah tinggi, mempunyai pemikiran

rasional, bersikap amanah serta berlaku

adil dan bertimbang rasa.

17. Akhirnya, kita hendaklah sentiasa

berusaha gigih dan produktif dalam

melaksanakan tanggung jawab dalam

pelbagai profesion sama ada dalam

Page 16: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

16

sektor awam mahupun swasta.

Kesungguhan kita dalam apa jua bidang

yang diceburi akan membuahkan hasil

yang setimpal. Namun, ketabahan kita

menghadapi cabaran dan dugaan

hendaklah sentiasa diperkukuh agar

terus berdaya menelusuri arus

kemajuan.

PATRIOTISME ASAS PERJUANGAN

NEGARA

Para hadirin yang saya kasihi sekalian,

18. Tanggal 16 Oktober 2014

menyaksikan peristiwa bersejarah dan

Page 17: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

17

bermakna kepada rakyat Malaysia

apabila Malaysia terpilih sebagai wakil

tidak tetap Majlis Keselamatan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

(PBB). Peranan Malaysia yang konsisten

dalam memperjuangkan banyak isu

misalnya isu senjata pemusnah dan

nuklear, pembangunan mapan dan

seimbang, serta isu kemanusiaan

khasnya nasib penduduk Palestin

menunjukkan keupayaan Malaysia untuk

menyuarakan pandangan yang mampu

memberi impak yang besar.

Page 18: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

18

19. Pelantikan Yang Berbahagia Tan

Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha

Negara sebagai presiden baharu

Pertubuhan Komanwel Bagi Pentadbiran

Awam dan Pengurusan (CAPAM) untuk

penggal 2014 hingga 2016 merupakan

satu penghormatan dan manifestasi

keyakinan negara-negara Komanwel

dan CAPAM terhadap kepimpinan

negara kita.

20. Kejayaan demi kejayaan yang

berlaku ini menunjukkan Negara kita

berwibawa dan diiktiraf oleh dunia.

Pelantikan Malaysia ke dalam Majlis

Keselamatan PBB dan sebagai presiden

Page 19: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

19

baharu CAPAM membuktikan suara kita

didengari dan mampu mempengaruhi

sesuatu keputusan.

21. Hari ini, Malaysia adalah sebuah

negara membangun yang berada di

lekok terakhir menuju ke arah status

negara maju selaras dengan hasrat

Wawasan 2020. Tidak ada guna menjadi

negara maju sekiranya penjawat awam

tidak mempunyai semangat patriotisme

yang kukuh dan kental di hati mereka.

22. Kemajuan yang diperolehi ini

adalah amat bermakna apabila segenap

lapisan masyarakat mempunyai

Page 20: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

20

semangat cintakan negara. Sebagai

warganegara Malaysia, kita amat

berbangga apabila ada individu-individu

yang mampu dan berjaya

mengharumkan nama Malaysia di

persada dunia.

23. Malaysia sudah dikenali di seluruh

pelusuk dunia. Melalui semangat

cintakan Negara yang menggunakan

kata hikmat “Malaysia Boleh”, ramai

rakyat Malaysia yang telah berjaya di

dalam pelbagai bidang seperti dalam

sukan badminton melalui beregu emas

negara, Shalin Zulkifli dalam sukan

bowling, Datuk Nicole David dalam

Page 21: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

21

sukan skuasy dan lain – lain. Tidak juga

kurang hebatnya rakyat Malaysia yang

mencipta rekod dunia dengan Datuk N.

Mohanadas dan Datuk M. Magendran

menawan Gunung Everest.

24. Apabila Malaysia berada di puncak

dunia dengan semangat cintakan

negara yang ditonjolkan oleh rakyatnya

maka ia mampu memberi pulangan yang

tinggi kepada semua warganegara

Malaysia terutamanya dari segi

ekonomi.

Page 22: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

22

25. Ekonomi negara akan semakin

mantap dengan kehadiran pelancong

untuk melihat kemasyhuran Malaysia.

Para pelabur juga berlumba–lumba

menjana ekonomi negara kerana

mereka percaya Malaysia adalah negara

yang aman, bersatu padu dan makmur

serta stabil di mana semua rakyatnya

yang berbilang bangsa mencintai

negara.

26. Tanggungjawab kita adalah untuk

membawa Malaysia ke puncak dunia

dengan sentiasa menyemai rasa

cintakan negara dengan tidak

melibatkan diri dalam pelbagai gejala

Page 23: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

23

sosial dan jenayah. Kita perlu menjadi

warganegara yang terus menyokong

pembangunan negara yang telah

direncanakan oleh kerajaan Malaysia.

27. Kita mestilah berasa bangga

dengan kejayaan yang telah dikecapi

oleh rakyat Malaysia dan pastinya

generasi seterusnya akan meneruskan

kesinambungan pembangunan yang

telah dicipta berasaskan semangat

cintakan negara hingga Malaysia berada

di puncak dunia.

Page 24: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

24

MALAYSIA… DI SINI LAHIRNYA SEBUAH

CINTA

Hadirin dan hadirat yang dikasihi

sekalian,

28. Tema Hari Kebangsaan kita pada

tahun ini ialah Malaysia... Di Sini

Lahirnya Sebuah Cinta yang merupakan

sebahagian daripada lirik lagu

Allahyarham Datuk Sudirman Haji

Arshad bertajuk Warisan. Pemilihan

tema ini adalah untuk menyemai dan

menyemarakkan rasa cinta dalam diri

rakyat Malaysia terhadap negara.

Page 25: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

25

29. Jalur Gemilang adalah lambang

negara kita yang sentiasa kita bawa

dalam jiwa kita. Kita seharusnya berasa

berbangga dengannya kerana Jalur

Gemilang menjadi bukti bahawa kita

adalah rakyat kepada sebuah negara

yang bernama Malaysia. Tidak kira di

mana pun kita berada, lambang Jalur

Gemilang haruslah sentiasa disemai di

dalam diri kita.

30. Sebagai rakyat Malaysia juga, kita

perlu menanam rasa kecintaan terhadap

Bahasa Melayu yang merupakan bahasa

bahasa kebangsaan negara kita. Malah

Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu

Page 26: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

26

mengadakan lawatan kerja di Australia

baru-baru ini telah menegaskan bahawa

Bahasa Melayu mempunyai tempat

sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan

ia tidak harus dikorbankan dalam usaha

untuk memperkasakan Bahasa Inggeris.

31. Seperti mana yang kita sedia

ketahui, peruntukan Perkara 152

Perlembagaan Persekutuan dan Akta

Bahasa Kebangsaan 1963/67 telah

memperuntukkan bahawa bahasa

Melayu adalah bahasa kebangsaan dan

hendaklah digunakan dalam pentadbiran

negara. Sehubungan itu, JPA telah

mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan

Page 27: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

27

Bilangan 9 pada tahun 2011 mengenai

Panduan Penggunaan Bahasa

Kebangsaan dalam Perkhidmatan

Awam. Terdahulu Surat Pekeliling Am

Bilangan 1 Tahun 2006 telah

dikeluarkan sebagai panduan untuk

memperkasakan penggunaan bahasa

kebangsaan dalam perkhidmatan awam.

32. Sewaktu sambutan Bulan Bahasa

Kebangsaan 2014, Dewan Bahasa dan

Pustaka (DBP) telah memaklumkan

bahawa terdapat sembilan agensi awam

dan enam pejabat kerajaan negeri telah

diaudit sepanjang tahun ini. DBP akan

meneruskan pengauditan terhadap

Page 28: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

28

penggunaan bahasa kebangsaan di

agensi-agensi awam sehingga awal

tahun hadapan dan hasil dapatan

keseluruhan dijangka akan dibentang

pada bulan Jun 2015.

33. Justeru itu, saya ingin mengajak

tuan-tuan dan puan-puan untuk

bersama-sama menyelami erti

kemerdekaan, nilai patriotisme dan rasa

cintakan negara agar kedaulatan negara

dapat kita pertahankan. Sahutlah

gagasan yang direncanakan oleh

kerajaan dengan keazaman dan

semangat juang yang tinggi demi untuk

mencapai kemakmuran bersama.

Page 29: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA KARNIVAL PATRIOTISME

29

34. Mudah-mudahan segala usaha

murni yang kita gembelengkan akan

mendapat keredhaan Allah SWT jua.

InsyaAllah. Akhir kata, dengan lafaz

Bismillahirrahmanirrahim saya

merasmikan Karnival Patriotisme JPA

2014 ini.

Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh. Terima kasih.