TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu...

31
TEKS UCAPAN DATO’ SERI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH MAMPU PERHIMPUNAN BULANAN MAMPU JULAI 2015 DAN PELANCARAN PROGRAM GEGAR 3R “APLIKASI BERINOVASI PEMANGKIN TRANSFORMASI” 3 OGOS 2015 (ISNIN) 9.00 PAGI HINGGA 12.15 TENGAH HARI AUDITORIUM, BLOK B1 KOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERI PUTRAJAYA

Transcript of TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu...

Page 1: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

TEKS UCAPAN

DATO’ SERI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN

KETUA PENGARAH MAMPU

PERHIMPUNAN BULANAN MAMPU

JULAI 2015 DAN PELANCARAN

PROGRAM GEGAR 3R

“APLIKASI BERINOVASI PEMANGKIN

TRANSFORMASI”

3 OGOS 2015 (ISNIN)

9.00 PAGI HINGGA 12.15 TENGAH HARI

AUDITORIUM, BLOK B1

KOMPLEKS JABATAN PERDANA

MENTERI PUTRAJAYA

Page 2: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

1

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi

wabarakatuh,

Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia:

Rakyat Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan.

Yang dihormati Saudara dan Saudari

Pengacara Majlis,

Yang Berusaha Dr. Aizi Razman bin

Ismail,

Timbalan Ketua Pengarah

(Transformasi dan Pemodenan

Pengurusan), MAMPU

Page 3: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

2

Yang Berusaha Dr. Suhazimah binti

Dzazali,

Timbalan Ketua Pengarah (Teknologi

Maklumat dan Komunikasi), MAMPU

Ketua-Ketua Perunding ICT Sektor

Awam,

Pengarah-Pengarah Bahagian dan

Cawangan,

Perunding-perunding ICT Sektor

Awam,

Yang Berbahagia Dato’, Datin, Dr.,

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Pegawai

MAMPU yang dikasihi sekalian.

Page 4: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

3

1. Alhamdulillah, terlebih dahulu

saya merafakkan setinggi-tinggi

kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T.

kerana dengan izin dan limpah kurnia-

Nya, maka kita dapat bersama-sama

dalam majlis Perhimpunan Bulanan

MAMPU bagi bulan Julai 2015 dan

Pelancaran Program Gegar 3R.

2. Saya juga ingin mengucapkan

tahniah kepada Bahagian

Pembangunan Aplikasi (BPA) kerana

telah berjaya menganjurkan majlis

pada hari ini dan ribuan terima kasih

kepada warga MAMPU yang hadir.

Page 5: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

4

3. Memandangkan kita masih lagi

dalam suasana kemeriahan Aidil Fitri,

saya juga ingin mengucapkan Selamat

Hari Raya Aidil Fitri kepada semua

warga MAMPU yang beragama Islam,

Maaf Zahir dan Batin. Semoga

keberkatan Syawal akan

memperkukuhkan ikatan ukhuwah kita

dalam mendepani cabaran pada masa

kini dan mendatang. Insya Allah.

Inovasi Pemangkin Transformasi

dan Warga Berinovasi

Para hadirin yang saya hormati

sekalian,

Page 6: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

5

4. Inovasi ditafsirkan sebagai

sesuatu yang baru diperkenalkan atau

perihal mengadakan dan memulakan

sesuatu yang baru. Ia diperjelaskan

melalui suatu cetusan idea kreatif yang

berupaya menambahkan nilai output

serta membawa transformasi kepada

amalan konvensional. Justeru, saya

merasakan bahawa tema perhimpunan

bulanan Julai 2015 yang telah dipilih

oleh BPA iaitu “Aplikasi Berinovasi

Pemangkin Transformasi” adalah amat

bertepatan sekali dalam kembara

penjawat awam untuk menjiwai

Gagasan Perdana dan aspirasi YAB

Perdana Menteri untuk menerajui

perubahan bagi merealisasikan visi

Page 7: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

6

negara menjadi sebuah negara maju

berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

Dalam era perubahan yang pantas,

penjawat awam seharusnya memiliki

attitude of mind serta arca minda yang

kreatif dan inovatif dalam mendepani

cabaran masa depan pentadbiran

awam negara. Kita, penjawat-penjawat

awam sewajarnya berperanan sebagai

change agent (pemacu perubahan)

yang utama.

5. Ini juga selaras dengan saranan

dan hasrat dan hasrat YAB Perdana

Menteri yang meminta agar setiap

penjawat awam dapat berfikiran secara

kritis dan konstruktif dalam

Page 8: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

7

menunaikan tanggungjawab dan

amanah dengan mencari penyelesaian

kreatif dan inovatif di luar kelaziman.

6. Dalam konteks Perkhidmatan

Awam, inovasi boleh dilaksanakan

dalam pelbagai aspek termasuk

pengurusan pelanggan, budaya kerja,

pengurusan strategik, kepimpinan

organisasi dan sebagainya. Hasrat

Kerajaan untuk membina masyarakat

berinovasi memerlukan pengisian yang

signifikan dan bererti. Usaha

membudayakan pemikiran kreatif dan

inovatif memerlukan satu corak

pemikiran yang

berteraskan penciptaan, seperti yang

Page 9: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

8

disebutkan oleh Howard Gardner,

sebagai Minda Penciptaan atau The

Creating Mind. Minda sebegini

memerlukan seseorang mencipta

sesuatu yang baru dan unik dalam

melaksanakan tugasannya. Minda

penciptaan memerlukan kebolehan

menjangkau disiplin ilmu serta

menggabungjalinkan idea-idea yang

tidak terbatas bagi menghasilkan idea-

idea baru yang hebat dan

mengagumkan.

7. Minda seperti inilah yang perlu

dibudayakan dalam MAMPU

khususnya dan Perkhidmatan Awam

amnya. Sudah semestinya MAMPU

Page 10: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

9

akan terus memainkan peranan utama

sebagai pencetus Transformasi Sistem

Penyampaian Perkhidmatan Awam.

Inovasi dalam Dunia Teknologi

Moden

8. Inovasi dalam dunia teknologi

moden pada masa kini tidak pernah

statik. Ia sentiasa berkembang dalam

pelbagai rupa, bentuk dan cara yang

tidak terjangkau oleh pemikiran biasa.

Sebagai contoh, kehebatan daya cipta

mendiang Steve Jobs, pengasas

Apple, tercetus dari minatnya yang

mendalam untuk menghasilkan

sesuatu yang lebih baik. Hasilnya,

Page 11: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

10

produk-produk Apple seperti Macbook,

iPhone, iPad dan Pixar adalah antara

ciptaan yang cukup kreatif yang telah

merubah gaya hidup sebilangan besar

penduduk dunia pada masa kini.

9. Dalam dunia komunikasi pula,

perubahan yang sedang berlaku juga

begitu pantas dan dinamik.

Masyarakat global kini tidak lagi

berkomunikasi secara talian tetap.

SMS atau instant messaging telah

menjadi pilihan utama. Apa yang

menakjubkan lagi, adalah seorang

pereka Jepun, Mac Funamizu telah

berjaya menginovasikan telefon bimbit

biasa kepada konsep telefon bimbit

Page 12: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

11

“hologram Trou” yang menggunakan

hologram 3D bagi membolehkan imej

individu dijelmakan seolah-olah

sedang berkomunikasi secara “live” di

hadapan kita.

10. Selain itu, kita juga boleh

mengambil inspirasi dan iktibar

daripada tokoh seperti pengasas Sony

Inc. Akio Morita serta beberapa tokoh

tempatan seperti Phua Khein Seng.

Phua Khein Seng, bersama-sama

dengan empat lagi rakan kongsi yang

lain menubuhkan Phison Electronics

Corp di Taiwan bagi menghasilkan

teknologi ‘single-chip controller’

pertama di dunia pada tahun 2001.

Page 13: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

12

Kejayaan Phua telah melayakkan

beliau untuk menerima pelbagai

anugerah dari Taiwan dan juga

Malaysia.

Inovasi dalam Pembangunan ICT

Para hadirin yang saya hormati

sekalian,

11. Selaras dengan perkembangan

teknologi maklumat dan komunikasi

(ICT), sektor awam turut melalui

perubahan ketara. Kita tidak

menyangkal bahawa perkembangan

teknologi maklumat kini secara

langsung telah mempengaruhi dan

Page 14: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

13

mengubah cara kita bekerja.

Hakikatnya, kemajuan teknologi

dengan penggunaan sistem atau

aplikasi ICT telah membolehkan

sesuatu urusan dan keputusan dapat

dibuat dengan lebih pantas dan

sebaran maklumat dapat disalurkan

dengan lebih cepat bagi memenuhi

tuntutan pengguna. Perkembangan

dan keperluan aplikasi ICT kini seiring

dengan perubahan globalisasi yang

berlaku serta permintaan yang tinggi

untuk perkhidmatan yang lebih

berkualiti.

12. Bertepatan dengan visi dan misi

MAMPU sebagai sebuah agensi pusat

Page 15: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

14

bagi pemodenan pentadbiran dan

transformasi sistem penyampaian

Perkhidmatan Awam melalui

pengurusan organisasi dan ICT, maka

aplikasi ICT dilihat sebagai penggerak

dan pemangkin untuk mencapai visi

dan misi MAMPU.

13. Apa yang dapat kita lihat dan

nikmati sekarang, aplikasi ICT yang

dibangunkan telah banyak membantu

dan memudah cara sesuatu proses

dalam urusan seharian kita.

Contohnya, Human Resource

Management Information System

(HRMIS) atau Sistem Maklumat

Pengurusan Sumber Manusia telah

Page 16: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

15

berjaya membawa sistem pengurusan

sumber manusia sektor awam ke arah

satu tahap yang lebih efisien dan

sistematik. Pengurusan sumber

manusia secara dalam talian melalui

HRMIS telah berjaya meningkatkan

produktiviti sektor awam yang akhirnya

dapat membantu sistem penyampaian

Kerajaan.

14. Perlaksanaan dan perluasan

Sistem MyMesyuarat ke agensi-agensi

Sektor Awam telah dapat membantu

dan memudahkan agensi dalam

pengurusan mesyuarat. MyMesyurat

dapat meningkatkan kecekapan dalam

urusan jemputan mesyuarat,

Page 17: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

16

penyediaan minit mesyuarat,

pelaporan mesyuarat, meningkatkan

keberkesanan pemantauan keputusan

dan status tindakan mesyuarat serta

membolehkan perkongsian maklumat.

Di samping itu, pelaksanaan

MyMesyuarat menyokong dasar ke

arah teknologi hijau dengan penjimatan

penggunaan kertas.

15. Pelaksanaan MyIdentity yang

telah dilaksanakan di 10 agensi sektor

awam dapat memudahkan urusan

pelanggan dengan hanya

menggunakan nombor kad pengenalan

dalam semua urusan. MyIdentity

memudahkan urusan dengan agensi

Page 18: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

17

kerajaan kerana pelanggan tidak perlu

memberikan maklumat peribadi yang

sama berulang kali. Ini membuatkan

urusan menjadi lebih singkat.

16. Sistem Digital Document

Management System atau DDMS

dibangunkan untuk menggantikan

rekod kertas kepada rekod digital serta

menghapuskan penggunaan kertas

secara berperingkat di agensi

Kerajaan. Antara objektif utama

pelaksanaan DDMS adalah untuk

mewujudkan kawalan sistematik ke

atas pengurusan dokumen dan rekod

di Sektor Awam. DDMS membolehkan

semua urusan Kerajaan seperti

Page 19: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

18

penghantaran bahan pembentangan,

pekeliling dalaman dan surat antara

agensi dilaksanakan secara elektronik.

Ini dapat menyumbang ke arah

penjimatan penggunaan kertas

(paperless) dalam urusan harian

kerajaan.

17. Pelaksanaan Gerbang

Perkhidmatan Mudah Alih Kerajaan

(myGov Mobile) membolehkan

perkhidmatan Kerajaan boleh dicapai

oleh rakyat melalui pelbagai saluran

teknologi mudah alih dengan mudah

dan ringkas. Melalui telefon mudah alih

yang asas, telefon pintar atau peranti

mudah alih pintar, perkhidmatan

Page 20: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

19

Kerajaan boleh dicapai oleh rakyat

pada bila-bila masa dari mana-mana

sahaja tidak kira sama ada di desa atau

di bandar dengan satu nombor tunggal

iaitu 15888. Agensi Kerajaan boleh

menawarkan perkhidmatan dengan

cara yang lebih kreatif melalui saluran

SMS (mySMS 15888), MMS (myMMS

15888), USSD (myUSSD *158#) dan

aplikasi mudah alih (myApp). Melalui

mySMS 15888 misalnya, orang ramai

boleh menyemak keputusan

peperiksaan, semakan saman trafik

dan mendapat janji temu hospital tanpa

perlu ada kemudahan internet.

Mungkin kita tidak terfikir sebelum ini,

orang ramai di Samarahan Sarawak

Page 21: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

20

menyemak jadual perkhidmatan feri

hanya melalui telefon mudah alih biasa

mereka. Bahkan melalui myGov

Mobile rakyat kini sudah boleh

membuat pembayaran kepada agensi

Kerajaan melalui telefon mudah alih

pintar dan peranti pintar.

18. MAMPU juga telah

membangunkan beberapa aplikasi

yang dapat memberi manfaat dan

menyumbang kepada peningkatan

penyampaian perkhidmatan kerajaan

antaranya seperti Enjin Carian Rasmi

Kerajaan (1AKSES), Galeri Aplikasi

Mudah Alih Kerajaan Malaysia

(GAMMA), Sistem Penilaian Kepuasan

Page 22: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

21

Pelanggan Secara Elektronik (eRating)

dan banyak lagi.

19. Oleh itu marilah kita bersama-

sama sebagai warga MAMPU dengan

bangganya menggunakan aplikasi-

aplikasi yang telah kita sendiri

bangunkan seperti peribahasa Inggeris

yang berbunyi “charity begins at home”.

Dalam konteks ini, ia bermaksud kita

(MAMPU) perlu menggunakan terlebih

dahulu sebelum meminta orang ramai

menggunakannya.

Amalan 3R

Page 23: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

22

Para hadirin yang saya hormati

sekalian,

20. Dalam keghairahan kita mengejar

kemajuan, kita juga tidak patut

mengabaikan penjagaan alam sekitar.

Dalam hal ini, saya berbangga kerana

MAMPU turut mengambil inisiatif untuk

melaksanakan amalan 3R di kalangan

warga MAMPU. Amalan 3R iaitu

Reduce (Pengurangan), Reuse (Guna

Semula) dan Recycle (Kitar Semula)

merujuk kepada bagaimana sesuatu

sumber atau elemen itu boleh

dikitarkan atau diguna semula supaya

kitar hidup sumber atau elemen itu

dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Page 24: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

23

21. Amalan 3R adalah bertujuan

untuk mengubah perspektif dan gaya

hidup warga MAMPU agar dapat

bekerja dalam suasana kondusif dan

pada masa yang sama peka kepada

menilai dan menghargai penggunaan

sumber secara berhemah dan

berkesan. Ia boleh dilaksanakan

dengan cara mengurangkan

penggunaan segala jenis bahan-bahan

sama ada semula jadi atau sebaliknya,

menjana sumber kewangan dan

memberi manfaat sosial serta

membantu usaha pemuliharaan alam

sekitar. Amalan 3R juga menggalakkan

warga MAMPU mengamalkan

penggunaan teknologi hijau di pejabat,

Page 25: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

24

mewujudkan kesedaran mengenai

kepentingan mengamalkan amalan

hijau dan menyebar dan memupuk

kesedaran mengenai faedah amalan

hijau kepada masyarakat.

22. Saya amat berharap agar warga

MAMPU dapat melaksanakan Amalan

3R secara berterusan dan menjadi

contoh kepada agensi-agensi Kerajaan

yang lain seterusnya kepada orang

awam.

Penggunaan Media Sosial Dan

Kebocoran Maklumat Rahsia Rasmi

Dan Rasmi Kerajaan

Page 26: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

25

Para hadirin yang saya hormati

sekalian,

23. Pepatah Inggeris ada

menyatakan “social media is just like

the double-edge sword di mana jika

digunakan secara positif, ia boleh

membawa kebaikan dan jika

digunakan secara negatif ia akan

mendatangkan pelbagai keburukan

yang membawa kepada kemusnahan

masyarakat dan negara.

24. Saya berpandangan, tidak ada

salahnya untuk menggunakan media

sosial sebagai medan atau landasan

untuk berhubung. Namun begitu, saya

Page 27: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

26

melihat penggunaan media sosial pada

masa kini adalah lebih tertumpu

kepada penyebaran maklumat yang

tidak berasas, berunsur fitnah, berita-

berita yang palsu, gambar-gambar

sensitif, malah tidak terkecuali

dokumen-dokumen rahsia dan

dokumen rasmi kerajaan.

25. Sekiranya kita masih ingat,

terdapat beberapa kes yang

melibatkan pendedahan dokumen-

dokumen yang melibatkan perolehan

kerajaan, program lawatan rasmi

pemimpin negara, kebocoran

maklumat kenaikan harga minyak dan

beberapa kes lain yang menunjukkan

Page 28: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

27

ada dalam kalangan penjawat awam

yang menjadi dalang kepada

pendedahan dokumen serta maklumat

tersebut.

26. Pada Majlis Perdana

Perkhidmatan Awam Ke-14 (MAPPA

XIV) yang telah diadakan pada 17 Jun

2015 di Pusat Konvensyen

Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-

baru ini, YAB Perdana Menteri telah

mengingatkan kepada seluruh

penjawat awam agar tidak

membocorkan rahsia rasmi kerajaan.

Beliau juga telah mengingatkan

bahawa penjawat awam adalah terikat

dengan sumpah dan ikrar di bawah

Page 29: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

28

Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Aku Janji

Perkhidmatan Awam bagi menyimpan

rahsia rasmi kerajaan. Di sini saya ingin

mengingatkan kepada semua warga

MAMPU bahawa kita sebagai penjawat

awam hendaklah sentiasa mendukung

prinsip taat setia kepada Raja, Negara

dan Kerajaan yang memerintah dan

hendaklah sentiasa menjaga rahsia

kerajaan yang telah diamanahkan

kepada kita dengan bersungguh-

sungguh dan dengan cara yang terbaik

sekalipun.

27. Penjawat awam juga adalah

diingatkan untuk tidak melibatkan diri

dalam sebarang aktiviti atau perbuatan

Page 30: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

29

yang boleh disifatkan sebagai

mencemarkan imej perkhidmatan

awam dan menjejaskan ketenteraman

dan keselamatan negara.

Para hadirin yang saya hormati

sekalian,

Penutup

28. Bersempena dengan tema majlis

perhimpunan kita kali ini, Aplikasi

Berinovasi Pemangkin Transformasi,

sekali lagi saya ingin mengambil

kesempatan ini untuk mengajak tuan-

tuan dan puan-puan sekalian untuk

terus memantapkan usaha-usaha

Page 31: TEKS UCAPAN - mampu.gov.my · teks ucapan dato’ seri zainal rahim bin seman ketua pengarah mampu perhimpunan bulanan mampu julai 2015 dan pelancaran program gegar 3r “aplikasi

30

mempelbagaikan lagi idea-idea kreatif

dan inovatif bagi menambah baik

sistem perkhidmatan dan

meningkatkan prestasi dan kualiti

perkhidmatan MAMPU khususnya dan

meningkatkan prestasi sistem

penyampaian perkhidmatan Kerajaan

amnya.

Sekian.

Wabillahitaufik walhidayah

wassalammualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.